Tuesday, November 3, 2009

7 sunnah utama Rasulullah

Hari ini petang ak takde kelas. Free..free..free....Then ak nak habiskan baca buku yang ak beli kat Kelantan ari tu. Tajuk buku ni ialah Diari Hidup Rasulullah SAW. A very nice and beneficial book. Banyak input yg ak dapat. Alhamdulillah, ak berjaya khatamkan buku ni. dari buku ni. Ok, sharing is caring rite? So, ak nak share la seket ape yg ak dapat aku dapat dari buku ni. Sikit dah la, ak dalam mood malas actly ni..haha...

Ok..serius...be serius...Melalui buku ini, kita dapat menjejaki sunnah utama Rasulullah SAW dalam sehari dari pagi hingga malam. Terdapat tujuh amalan sunah harian Rasulullah SAW yang terdapat dalam buku ini. Ini bukan bermaksud hanya tujuh amalan sahaja yang harus kita ikuti kerana masih banyak amalan yang telah dilakukan oleh baginda sepanjang hidup baginda, namun, tujuh amalan inilah yang Rasulullah SAW lakukan daripada bangun tidur sehinggalah baginda tidur semula pada malam hari. Harus diingat, setiap perbuatan yang telah dilakukan oleh baginda, jika kita contohinya dan jadikan sebagai amalan seharian, diharap akan dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah dan diharap kita akan mendapat syafaat Rasulullah tika kita amat butuh akan bantuan di akhirat kelak. Juga, diharap kita akan menjadi seorang Islam yg bukan hanya bergelar seorang Muslim, tetapi mempraktikkan setiap amalan yang dituntut syariat....INSYAALLAH.....

7 sunnah utama Rasulullah SAW...
1.Solat Tahajud
2.Menyelami dan memahami Al-Quran
3.Solat Subuh berjemaah di masjid
4.Solat Dhuha
5.Sedekah
6.Memelihara wuduk sepanjang waktu
7.Zikrullah

Untuk keterangan lebih lanjut akan fadhilat dan keistimewaan amalan ini, akan kukupas untuk entry yang lain..nak study pulak ni..

Antara pengajaran yg ak dapat dari buku ini ialah..
-Rasulullah SAW tidak diutus semata-mata mahu dipuja dan diagun-agungkan
-Rasulullah SAW tidak diutus semata-mata untuk menjadi simbol agama Islam
-Namun, Rasulullah SAW diutus sebagai qudwah hasanah, supaya kehidupannya, keperibadiannya dan keunggulannya menjadi bekal utama kepada umat baginda, iaitu saya, saudari, saudara dan seluruh umat Islam sekalian
-Jadi, ayuhlah athirah dan sahabat sekalian kita jadikan 7 sunnah utama Rasulullah SAW ini sebagai amalan seharian kita......

Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yang kupilih ini......

1 sila..silakan komen..:

abdul said...

Salam wbt. Syabas kerana tlh memilih jalanNYA. Teruskan niat saudari itu. Mungkin saudari tlh graduate dan memasuki alam baru.. apa pun nasihat itu mudah, yg mushkil ialah melaksanakan Sunnah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com