Thursday, November 26, 2009

Muhasabah Diri....

Alhamdulillah, akhirnya ari nie aku dah boleh bukak laptop, and of course bukak facebook n encek blog stlh 5 hari ak 'puasa'..hehe..almaklumlah minggu ni ak agak busy.

Ya, seperti sediakala, bilamasa ak free jer akan ku luangkan masa untuk ziarah blog dan website. Banyak yang aku dapat. Mungkin boleh mendidik jiwa ini yang kalau tidak diberi makanan, mungkin akan jadi kosong. Bukan badan ak je yg perlukan makanan, jiwa ini pun perlukan makanan agar sentiasa berada di landasan yang betul.

Hari ini, ak ingin berkongsi tatapan yg ak dapat dari Hilal Asyraf, melalui website beliau. Aku amat suka cara dan pendekatan beliau dalam menyampaikan mesej2x islam.

Bayak artikel yang sempat ak baca, tetapi, ada satu artikel yang amat menarik perhatianku. Tajuk artikel ini, "Wahai Umat, Aku Memanggil-manggil Kamu". Actly, ia adalah sebuah cerpen. Tapi mesej yang tersirat dalam cerpen ini amat mendalam. Ia berkenaan dengan perjuangan para pejuang palestin di Gaza dalam memperjuangkan tanah air mereka, tapi, harus diingat, mereka bukan sahaja memperjuangkan bumi Baitul Maqdis, tapi memperjuangkan ISLAM wahai sahabat sekalian. Islam yang kini kian tergadai dek kealpaan umat Islam yang hanya mementingkan kepentingan duniawi.

Cerpen ini dimulakan dengan satu ayat yang membuat diriku tersentak seketika....

" Kamu tinggalkan kami berjuang sedangkan pada kamu ada tanggungjawab"

Ya, kita juga punya tanggungjawab dalam menegakkan agama kita yang tercinta ini. Aku bertanya diriku, sejauh mana ak berkorban untuk Islam? Hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya diri ini, betapa lemahnya iman ini jika hendak dibandingkan dengan mereka yang sanggup mempertaruhkan segalanya demi Islam.

Aku, seorang insan yang amat lemah. Malu sebenarnya untuk kuakui, tetapi aku seorang yang punya banyak kelemahan. Maksiat dihadapan mata ini tidak aku cegah, tapi hanya sekadar membenci di dalam hati. Itulah aku. Takut. Itu yang ak fikirkan. Takut untuk kehilangan kawan bila kita menegur mereka, takut orang membenci diri ini tatkala ak menutur kata, dan takut..takut...takut....

Dalam cerpen itu juga diselitkan bersama sepotong hadis yang amat familiar bagiku, tapi, membuatkan otakku ini berfifkir sejenak.

Rasulullah SAW bersabda:

“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”

Sahabat-sahabat bertanya:

“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”

Ya, umat Islam kini boleh diibaratkan sebagai buih di lautan. Pernah anda melihat buih2x terapung di lautan? Ya, begitulah keadaannya. Umat Islam kini ramai, tetapi, berapa ramai yang menjadikan Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup mereka? Berapa ramai yang menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan sempurna?

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah. Kekadang aku terfikir baagaimana keadaanku bila ak MATI? Aku tidak lagi bersedia Ya Allah. Amalanku amatlah sedikit. Amatlah sedikit. Namun, aku berharap aku tidak tergolong dalam kalangan umat Islam yang tergolong dalam penyakit wahn. Tahukah anda apakah wahn itu? Rasulullah pernah bersabda bahawa kelemahan umat akhir zaman ialah wahn, iaitu satu perasaan cintakan dunia dan takutkan mati.

Ya Allah, aku tahu aku hambaMu yang amat lemah lagi hina....
Ya Allah, tunjukkanlah padaku jalan yang lurus....
Ya Allah, mantapkanlah imanku walau apa jua badai yang melanda....
Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yang kupilih ini....

AMIN...

1 sila..silakan komen..:

nikisha said...

brani dop ak komen mg???
huhu...
wawawawa....
islamic gler blog mg...
klu tgk blog ak xyah komen ag ah...
xciap ag...
heheheee....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com