Saturday, January 9, 2010

a talk by muallaf

Malam tadi, ak rasa macam free jer. So, ak luangkanlah masa pergi talk kat amf tu. Tajuk talk tu ialah Misconception About Islam. Mualanya macam malas nak pergi talk ni, tapi selepas ak dengar talk yang diberi oleh Lim Jooi Soon ni, rasa macam rugi pulak kalau ak x datang talk ni. Dan, entry ni ditulis untuk menceritakan serba sedikit apa yang ak dengar dari talk ni semalam.

Penceramah bagi talk ni ialah Lim Jooi Soon. Lim Jooi Soon ialah nama beliau sebelum dan selepas beliau masuk Islam. Menurut beliau, keputusan untuk x mengubah nama kepada nama yang agak kemelayuan adalah kerana menurut kajian yang beliau telah buat, nama dalam Islam tidak semestinya nama arab tapi nama yang mempunyai maksud yang baik. Dalam sejarah Islam sendiri, Nabi Muhammad menyeru kaum Arab yang telah masuk Islam untuk menukar nama kepada nama yang mempunyai maksud yang lebih baik. Nama beliau sendiri mempunyai maksud menuju kejayaan. Menurut beliau juga, dengan menggunakan nama cina ini, ia akan memudahkan beliau untuk berdakwah kepada orang cina dan menarik mereka untuk memeluk agama Islam.

Sebelum beliau memulakan ceramah, beliau menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman hidup beliau sebelum beliau menemui cahaya Islam. Beliau pada awalnya merupakan penganut BTC (Buddhism, Taoism dan Confunism). Tetapi pada umur 20 tahun, beliau 'memeluk' agama kristian. Penghijrahan beliau kepada agama kristian menjadi batu loncatan untuk beliau memeluk agama Islam. Beliau juga pernah mengikuti "Correspondence Bible Study Training" di Australia. Dan dalam beliau mengkaji Bible, bermulalah detik beliau dikurniakan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam pada umur 27 tahun.

Beliau juga berkongsi perasaan beliau setelah memeluk Islam. Petama, beliau berasa amat bersyukur kerana tergolong dalam kalangan yang diberi petunjuk oleh Allah. Beliau juga berasa amat takut dan risau kerana beliau dikelilingi oleh orang bukan Islam yang terdiri daripada keluarga dan rakan beliau. Beliau juga merasakan bahawa beliau diberi satu tanggungjawab yang besar oleh Allah untuk berdakwah dan mengajak golongan ini untuk turu memeluk agama Islam. Menurut beliau, untuk memantapkan iman seta menenangkan hati beliau yang deselubungi perasaan takut dan risau, beliau banyak membaca sirah nabi serta para sahabat. Sebagai contoh, Yasir sekeluarga yang baru memeluk Islam sanggup diseksa oleh tuan mereka semata-mata untuk tetap dengan akidah islam mereka. Yasir dibakar sehingga mati didepan isteri dan anak-anaknya, manakala isterinya Sumaiyyah, wanita pertama dalam Islam yang mati syahid, dibunuh dengan amat kejam. Akhir sekali, beliau juga merasa amat sedih kerana beliau memeluk agama Islam setelah ibu dan saudara kandungnya telah meninggal dunia dalam keadaan bukan Islam. Beliau juga amat sedih kerana selama keluarga mereka tinggal di sebuah perkampungan di Melaka yang majotriti penduduknya adalah agama Islam, tidak ada seorang pun yang sudi untuk berdakwah dan memeperkenalkan Islam kepada mereka.

Tiba-tiba ak teringat kat abah aku. Abah aku juga pernah cakap yang kita as muslim ni kena la adav rasa tanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam. Abah aku pernah bawa kami sekeluarga ke perkampungan orang asli di Pos Brooke, dalam perjalanan kami sekeluarga balik ke Kelantan dari Cameron Highland. Abah ak ada kenal la orang asli kat kampung tu. Ak pun pelik gak camne abah boleh kenal. Ade jugak la ak tanya, tapi dah x ingat dah camne. Maybe diorang tu patient abah kot. Tapi yang ak ingat la, adik-adik ak semua cakap tak nak pergi umah orang asli tu. Ak la, ak kan anak yang baik, abah cakap pergi ak pergi la, hihi. Then, masa kat umah orang asli tu ada la abah cakap serba sedikit ttg Islam ni. Tapi, benda yang basic-basic je la.

Ooopss, sori2x.. Dah lari tajuk dah. Ok, sekarang ak nak citer pulak pasal misconception about Islam menurut pandangan beliau sebelum memeluk agam Islam.

Menrut beliau, sebelum beliau memeluk Islam, beliau berpendapat yang Islam merupakan sebuah agama yang penuh dgn pantang larang. Bukan orang non-muslim je yang cakap macam ni, orang muslim sendiri pun ada yang sanggup cakap sebegini rupa. Then, mulalah beliau mengkaji Al-Quran seta hadith nabi. Dalam Al-Quran, banyak ayat yang menekankan bahawa agama Islam bukanlah sesuatu agam yang susah. Menurut belaau, di Malaysia ini, yang menampakkan agam Islam itu susah apabila ianya telah bercampur aduk dengan budaya masyarakat di Malaysia ini. Ini yang menjadikan ramai non-muslims takut untuk memeluk agama Islam. Contoh yang beliau beri ialah mengenai perkahwinan, di Malaysia, jika mahu mendirikan rumah tangga, mulalah berbincang mengenai hantaran yang kosnya beribu-ribu ringgit. Walhak dalam Islam, perkara yang wajib ialah mas kahwin, bukan hantaran itu sendiri. Ini yang menyebabkan ramai yang remaja yang terlanjur kerana tidak berkemampuan untuk berkahwin tetapi telah mempunyai pilihan hati mekeka sendiri.

Beliau juga memandang serong akan poligami dalam Islam sebelum beliau masuk Islam. Menurut beliau, poligami mengabaikan hak seorang wanita yang bernama isteri. Tetapi, setelah beliau mengkaji secara mendalam mengenai poligami berdasarkan Al-Quranh dan hadith, beliau menyedari betapa indahnya poligami yang dibenarkan Allah dalam Islam ini. Agama merupakan satu jalan untuk menyelesaikan masalah hidu umatnya. Kini, masalah yang ketara mengenai masyarakat dunia ialah peratusan wanita lebih banyak dari lelaki (tanda kecil akhir zaman ni). Jadi, Islam merupakan satu-satunya agama di dalam dunia ini yang boleh meyelesaikan masalah ini melalui poligami. Tapi, menurut beliau, poligami bukanlah semudah yang disangka. Seorang lelaki yang berpoligami bermaksud beliau mempunyai lebih dari satu isteri dan lebih banyak TANGGUNGJAWAB yang dipikul. Analogi yang diberi oleh beliau amat memudahkan pemahamanku. Berkahwin bermaksud membina sebuah masjid, maknanya seorang suami itu seharusnya mampu memakmurkan masjid yang dibina dengan membinbing anak2x serta isteri, mengimami solat, memberi tazkirah serta menguruskan masjid itu. Jika satu masjid pun tidak dapat diurus dengan baik, usahlah punya impian untuk membina sebuah masjid lagi!!

Sebelum beliau menjadi seorang Muslim, beliau berpendapat bahawa umat Islam menyembah berhala yakni kaabah. Setelah menyelidiki akan perkara ini, beliau menyedari yang umat Islam bukanlah menyembah kaabah, tetapi arah solat umat Islam kearah kaabah hanyalah satu lambang perpaduan umat Islam. Jika umat Islam menyembah kaabah, masakan sanggup para sahabat pada zaman Rasulullah memanjat kaabah, jika kaabah itu dianggap sebagai tuhan bagi umat Islam. Contohnya, Bilal bin Rabah, yang memanjat kaabah da berdiri diatasnya untuk melaungkan azan agar azan dapat didengar oleh penduduk Mekah.

Beliau juga memepunyai pandangan yang serong terhadap hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalm Al-Quran. Bagi beliau, hukum hudud merupakan satu hukum yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi, setelah beliau memeluk agam Islam, beliau menyedaru betapa indahnya serta banyaknya hikmat melalui hukum hudud ini. Hukum hudud merupakan satu hukum dari Allah yang ditetapkan untuk menghukum orang yang didapati bersalah. Ini mampu menjaga ketenteraman awam kerana dengan terlaksananya hukum ini, pesalah akn serik untuk mengulangi kesalahan yang sama dan orang awam juga boleh mengambil iktibar dari hukuman yang dikenakan.

Oleh itu, diharap kerajaan Malaysia yang dikatakan negara Islam ini juga melaksanakan hukum hudud serta kisas. Jangan sekadar cakap jer yang kita ni negara Islam, tapi hukum Islam pun x terlaksana!

Di akhir ceramah ini, beliau juga memberi cara untuk merasai kemanisan iman yang didapati dari sebuah hadith sahih.
1. Cintakan Allah dan rasul lebih dari segal-galanya.
2. Cinta kepada manusia kerana Allah.
3. Benci untuk jatuh ke dalam kekufuran

Beliau juga menasihati agar umat Islam berdakwah dengan apa cara sekalipun. Setidak-tidaknya, dakwah bil hal (yakni dakwah melalui menunjukkan akhlak yang baik). Ini kerana dakwah merupakan satu kewajiban bagi setiap umat Islam.

Alhamdulillah, sebelum balik dari ceramah, ak sempat membeli dua buah buku hasil karangan beliau dan Mohd Amin Yaacob iaitu 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian dan Mengulas Karya Saudara Moh Farhan Abd. Allah " Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia"

Diharap, segala apa yang dikongsi memberi manfaat kepada diri yang menulis ini serta sahabat yang disyangi sekalian.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com