Friday, April 2, 2010

mati, bersediakah anda ?

Pagi tadi mase breakfast kakak dan umi borak-borak. Lepas tu, adik aku, amir yang tengah main tenet cakap,

"Umi, eh Din Beramboi mati doh? "

Umi aku pun cakap la,

"Mati doh la, umi tengok paper sakni dio keno denggi berdarah"

Pastu, aku yang tengah blur ni pun cakap,

" Yolo ko umi, mace x cayo dio mati doh"

Umi aku dengan pelik dengan statement aku tu pun cakap,

"Pelik gaponyo, semo ore mati ke, x kiro la tuo ko mudo"

Ok, sebelum aku ingin meneruskan apa yang aku ingin tulis di sini, diharap, semua yang membaca boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi.

Al-Fatihah....

Mungkin ada yang pelik, kenapa bercakap tentang Din Beramboi, walhal dia bukanlah seorang ulama mahupun pemikir yang aku segani, bukan jua kawan aku, bahkan, jauh sekali saudara aku. Dia hanya seorang artis yang juga merupakan seorang Muslim macam kita. Yang aku ingin tekankan di sini bukanlah mengenai personaliti itu sendiri, namun aku ingin berbicara mengenai MATI.

Mati itu pasti. Kalau tanya budak kecil pun dia akan tahu semua yang bernyawa itu pasti akan mati. Dan, semua orang juga tahu sakatulmaut bukan hanya akan menjelma tikala usia kita sudah lanjut, tapi, di usia yang muda juga, sakatulmaut itu akan menjelma. Dalam Al-Quran pun banyak ayat yang menekankan tentang mati itu pasti bagi setiap orang. Dalam surah Al-Anbiya', ayat ke 35, mafhumnya, setiap yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati, dan Allah menguji manusia dengan kebaikan dan keburukan sebagai cobaan dan ujian.

Juga, bagi orang Islam, mereka juga percaya akan kehidupan selepas mati. Satu fasa hidup yang tak terfikir dek akal. Namun, kehidupan kita di alam barzakh bukanlah merupakan destinasi yang hakiki. Ianya hanyalah sebagai tempat persinggahan sebelum manusia menuju ke yaumul qiamah. Manusia juga boleh diibaratkan seperti musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang dituju. Di alam barzakh nanti, jika kita ini tergolong dalam kalangan yang soleh, insyaAllah, kita akan diberi taufik dan hidayah untuk menjawab segala persoalan yang ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir. INSYAALLAH....

Destinasi yang dituju itu ialah hari akhirat Satu hari di mana amalan manusia kan dihisab sebelum ditentukan untuk dimasukkan ke dalam syrga ataupun neraka. Ya, syurga itu idaman setiap insan, tapi sejauh manakah amalan kita? Sejauh manakah kita berazam untuk melakukan segala yang disuruh serta meninggalkan segala yang dilarang? Sejauh manakah kita berpegang kepada Al-Quran serta Hadith? Sejauh manakah kita sanggup meninggalkan perbuatan yang haram kerana Allah? Persoalan ini khasnya diajukan kepada diri sendiri. Ya Allah, aku tahu, dengan amalanku yang hanya seciput ini, mampukah aku ingin menapak di syurgaMu, namun Ya Allah, aku tidak ingin diseksa de nerakaMu. Teringat pula Doa Taubat yang didendangkan oleh Raihan.....

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka

Bukan ingin mengulas panjang mengenai mati itu sendiri, tetapi hanya sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan yang sedang membaca post ini. Juga, sebagai muhasabah diri agar selalu ingat akan mati, kerana mati itu pasti. Dan, tingkatkan amal agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Ya Allah, matikanlah aku dalam husnul khotimah, jauhkanlah aku dari mati
dalam su'ul khotimah

...Amin....

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com