Sunday, April 25, 2010

semua orang kena buat, jangan banyak alasan !!

Pagi ini, aku luangkan masa untuk jenguk-jenguk laman web Ustaz Zaharuddin, dan, ada satu artikel yang menarik perhatianku. Artikel ini bertajuk, 'Walau Siapa Dirimu, Jangan Lupakan Tugas Ini'(sila baca yer kawan-kawan, klik je!).

Apakah tugas itu? Ianya tidak lain tidak bukan, amar ma'ruf nahi munkar. Setiap dari kita bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas ini. Namun, adakah kita melaksanakannya? Kadang-kadang rasa macam rendah diri sebab tak cukup ilmu, malu nak tegur orang, takut kawan marah, rasa diri ni tak sempurna....dan pelbagai lagi alasan. Sebenarnya inilah juga yang aku rasa. Tapi, yang buat aku tertarik, menurut Ustaz Zaharuddin, katanya:

****************************

Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.

Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.

Justeru itu, Allah tala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :

كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)

**************************

Pesanku, gunakan segala kemudahan teknologi yang kita ada (facebook, twitter, blog), gunakan ia sebagai jalan untuk menjalankan misi amar ma'ruf, nahi munkar !!! Ia tanggungjawab kita bersama.

p/s : rindu akan usrah, dan terus msg akak naqibah, dan katanya, walaupun cuti ni x dop usrah, still buleh tamboh ilmu lagi, guna cuti ni untuk baco buku banyop2x....


0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com