Thursday, April 22, 2010

tag..tag..tag..

Ditag oleh cik isna athirah. Tapi, sorry east, aku jawab lambat sikit.

Appearance
- Wajahku biasa je, semua complete, hidung, mulut, mata semua ada.
- Tak cantik pon, tapi syukur dengan apa yang ada, tak pernah la nak dengki-dengki dengan orang yang ada muka yang cantik.
- Muka cantik tak perlu, asal hati baik kan, kan...
- Aku ni gemuk actually, tapi ramai yang cakap aku kurus. Dan, aku buat kesimpulan, maybe aku nampak kurus sebab aku ni tinggi, walhal, memang tersangat gemuk, lebih-lebih lagi sekarang kerana sedang BAHAGIA berada di rumah.

Family/Home Life
- I LOVE my family.
- Alhamdulillah, ada seorang abah, umi, 4 orang adik lelaki (amir, imran, hanif dan lutfi) dan seorang adik perempuan (najihah).
- I'm the ELDEST. not the OLDEST.
- Ada 2 ekor rabbits dan 4 ekor ikan keli (daripada berbelas-belas, tinggal empat je sekarang).
- Semua binatang ni semua lutfi yang punya.

Embarrassment
- Masa 1st time buat flying fox masa dok kat UTP dulu. Dari start dia lepaskan aku sampai la tiba di seberang sungai sana, aku menjerit dengan sekuat hatinya dan tutup mata, tak bukak langsung mata. Dan, masa sampai tu pak cik tu cakap, "Udah-udah la tu, dah sampai dah..". Malu sangat masa tu. Dahlah ramai lelaki, tahu-tahu je la UTP kan. Buat malu umi abah je kan, kan. Bukan sengaja nak bergedik-gedik, tapi semua tu memang aku buat dalam keadaan yang unconcious.

Healthy
-Alhamdulillah, kesihatan aku baik setakat ini.
-Tapi, abah selalu cakap kalau aku teruskan cara kehidupan aku sekarang, mesti nanti tua banyak penyakit yang menanti.
-So, demi kesihatan anak daranya, abah suruh aku bersenam dan jaga pemakanan. (tapi, sampai sekarang, tak sampai seru lagi nak ikut, sorry abah)

Travelling
- Satu Malaysia ni pun aku tak habis pusing lagi, tak macam cik isna, dia dah pusing satu globe dah, kalau ada globe lain pun dia akan pusing lagi.
- Tempat yang aku nak sangat travel ialah, Mesir (nak sangat pergi lepas baca buku Travelog Haji), Paris (influece daripada sepupu aku yang dah pergi sana), Australia (suka sebab nampak tenang) dan Korea (walaupun aku tak minat cerita korea, tapi suka sangat dengan suasana di korea itu sendiri)
- Dan, untuk pengetahuan anda semua, aku sangat suka pulau. Kalau kat Malaysia ni teringin sangat nak pergi Pulau Sipadan. Best tengok coral yang cantik-cantik.

Experience
- Pernah buat egg tart dengan menggunakan tepung beras, bukan tepung gandum. Ceritanya begini, masa 1st time buat tu guna tepung gandum, kira macam jadi dan agak best la (perasan je kan). Pastu excited sangat nak buat kali kedua, terguna tepung beras. Doh dia memang lain macam. Memag tak boleh langsung nak lekatkan dekat acuan tart tu. So, buang je. Agak membazir la. Moral of the story, kalau nak buat apa-apa pun, jangan over excited!

Relationships
- Never have relationship with anyone.
- InsyaAllah, i'm in a relationship after i've married.

Honesty/Crime
- Aku rasa aku ni jahat, selalu buat kawan aku sakit hati dengan aku.
- Walaupun mulutku bukanlah mulut laser, tapi aku rasa perbuatanku selalu buat kawan aku sakit hati, even diorang tak cakap, tapi aku dapat rasa. Maafkan daku, aku insan lemah yang punya banyak kekurangan.

Drugs/Alcohol
- Food are my drugs. I can't live withot food (nampak sangat la aku ni kuat makan)
- No alcohol please..HARAM..

Ok, dah siap dah buat survey ni east. Penat jawab ni.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com