Friday, June 18, 2010

mati tak mengenal usia

Alhamdulilah, hari ini berjaya jugak aku online dan buka facebook dan blg kesayangan. Seerti yang kujangka, status sahabat di UIA PJ di facebook kebanyakannya mengenai kak atim. Senpat jugak aku melihat wall di Facebook kak atim. Sahabat, sebelum anda semua membaca entri ini, eloklah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat kak atim. Moga kak atim ditempatkan diantara kalangan hambaNya yang beriman.

******************************

Pada 1 Rejab yang lalu, alhamdulillah, aku berkesempatan menunaikan solat berjemaah di surau ground floor zc. Selepas selesai solat, ada seorang senior memaklumkan bahawa kak atim telah terlibat dalam kemalangan yang agak ngeri bagiku dan pada masa itu sedang koma. Sejurus selepas itu, bacaan Yasin dibaca oleh kami semua.

Pada 3 Rejab, pada pagi hari lagi, aku mendapat mesej yang mana mengatakan bahawa kak atim kini sedang nazak. Dan pada petangnya, sekali lagi mendapat mesej yang kak atim telah pergi buat selamanya bertemu pemiliknya.

Entri ini sebenarnya bukan untuk menceritakan yang telah pergi, kerana jujurnya, memang aku tak berapa mengenali kak atim. Wajahnya kukenal, tapi tak pernah aku bercakap dengannya secara personal. Tapi, apa yang akan kuingat tentang kak atim ialah suaranya yang selalu mengingatkan kami semua, pelajar UIA agar menutup aurat. Suara kak atim akan kedengaran pada setiap hari selasa khasnya, kerana pada hari ini ramailah pelajar UIA PJ yang akan keluar ke pasar malam, mengingatkan kami semua agar memakai sarung kaki, sarung lengan, jangan memakai selendang yang mendedahkan dada, dan berjalan ke pasar malam mengikut laluan yang telah ditetapkan untuk muslimat agar tidak bercampur dengan para muslimin. Moga apa yang kak atim nasihatkan ini akan menjadi amalan yang akan dibawanya di alam barzakhnya.

Mendengar kak atim pergi dalam usia yang sangat muda membuatku memikirkan yang mati tidak mengenal usia. Dalam usia yang remaja, orang kata zaman untuk enjoy. Katanya, muda hanya sekali. Maka ramailah anak-anak muda yang memang menghabiskan masanya untuk menikmati segala macam yang ada di dunia ini. Tapi ingatlah wahai diri dan sahabat, kita yang remaja ini mungkin akan mati sesaat selepas ini, tak pun, seminit selepas ini, sejam selepas ini dan mungkin sehai selepas ini.

Semasa mendapat tahu akan pemergian kak atim, aku terfikir, jika aku yang pergi, macam mana keadaanku selepas mati nanti, apakah aku akan bahagia seorang diri di alam barzakh ataupun diseksa dek dosaku yang bertimbun? Mati bukanlah penamat kehidupan, tapi mati merupakan satu titik bermulanya kehidupan yang akan kekal abadi.

Oleh itu sahabat, sama-samalah kita tingkatkan amalan agar kita bahagia di kehidupan kita di alam barzakh dan moga kita semua ditempatkan di syurgaNya.

notakaki 1 :: Kak atim meninggal dalam bulan Rejab. Ustaz Muhadir pernah berkata, sesiapa yang dimatikan dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadha, mereka mulia di sisi Allah. Moga kak atim tergolong dalam golongan tersebut.

notakaki 2 :: Sekarang tibalah bulan Rejab, marilah sama-sama kita tingkatkan amal kita dalam bulan yang mulia ini.

4 sila..silakan komen..:

yam said...

uiks trah..rndu yam x nih??;P..
btw p0s ni mmg bg diri ni sdar ble2 mser je Allah bley amek kter..tq!~alfatihah utk akk ni...

ara said...

semoga ingatannya buat muslimat yg lain jadi amal jariah buatnya. Allah yarhamha. salam perkenalan! saya student dentistry di jordan.

athirahariffin said...

yam :: yammmmmmmmmm!!!! miss nyo ko mum..lamo x denga kaba..
sama2x sedekahkan al-fatihah buat kak atim..moga dia tenang di sana..

ara :; salam kenal ara..thanks for visiting...

yam said...

tu la, rnduu........Y.Y
tmn spm, adkh kau lupa??
hehe..xdela, t klu rndu jnguk la bl0g yam i'allah update s0kmo sbb cuti loni xdop kij0...(^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com