Friday, July 16, 2010

ikhlaskan niatmu kerana Allah, bukan kerana manusia...

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

{18 : 103-105}

Post kali ni dimulakan dengan ayat dari kitabul karim, buat renungan diri dan sahabat. Sebenarnya, saya baru sahaja membaca post di Az-Zhariyat. Post yang ringkas tapi bermakna buat diri ini. Di sini, saya kongsikan apa yang telah saya baca. Moga kalian semua dapat muhasabah diri balik. Fikirkan balik samaada apa yang kita lakukan selama ini niat ikhlas kerana Allah atau untuk mendapat pujian dari manusia semata-mata.

*************************************

Kadang-kadang bila kita tolong kawan,kita ingat kita adalah kawan dunia dan akhirat,padahal dalam hati penuh rasa tidak puas hati.

Kadang-kadang bila kita bersabar dengan kerenah kawan,kita fikir kita lah yang paling banyak bersabar,padahal kerenah kita dengan kawan-kawan lagi banyak.

Kadang-kadang bila kita mengajak kawan tunaikan solat,kita rasa kita lah pewaris nabi,padahal solat subuh kita pun tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita jaga hubungan dengan Allah,kita rasa kita sudah layak masuk syurga,padahal hubungan sesama manusia tidak terjaga.

Kadang-kadang bila kita tolong ibu bapa kita,kita rasa kita adalah anak soleh,padahal jaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab asas seorang anak.

Kadang-kadang bila kita menjaga pandangan,kita rasa kita lah manusia yang paling suci,padahal dalam fikiran kita lebih dari perempuan bogel dibayang.

Kadang-kadang bila kita study teruk-teruk dan jaga solat tapi result kita masih teruk,kita fikir Allah tidak tunaikan janji Nya,padahal kita hanya mengingati Nya ketika exam sahaja.

Kadang-kadang bila kita menulis artikel keagamaan,kita rasa kita sudah jalankan tanggungjawab berdakwah,padahal entah betul entah tidak artikel yang ditulis.

Kadang-kadang bila kita ikut program agama,kita rasa kita lah yang paling baik,padahal baru sekali dua kita ikut.

Kadang-kadang bila kita diuji,kita rasa kita lah manusia yang paling malang,padahal ada si fakir miskin yang makan 1 minggu sekali tetap bersyukur dan redha dengan Allah.

Kadang-kadang bila kita bersedeqah,kita rasa kita lah manusia yang paling dermawan,padahal kita hanya menderma RM1 dari biasiswa yang kita dapat.

Kadang-kadang bila kita baca al-quran,kita rasa kita sudah berinteraksi dengan Allah,padahal sepatah haram pun kita tidak faham.

Kadang-kadang bila kita bangun qiamullail tatkala kawan yang lain sedang nyenyak tidur,kita fikir kita lah yang paling rapat dengan Allah,padahal baru sekali kita bangun qiamullail.

Kadang-kadang bila kita menangis ketika solat,kita fikir kita lah yang paling kusyuk,padahal tangisan kita itu telah pun melalaikan kita dari mengingati Allah.

Kadang-kadang bila kita berpuasa sunat Isnin-Khamis,kita rasa kita lah yang paling soleh,padahal kita tidak sedar kita ujub.

Kadang-kadang bila kita jaga solat berjemaah di Masjid,kita rasa kita sudah dijamin masuk syurga,padahal wudhu’ dan hukum-hakam tentang solat entah ke mana.

Seloka yang ringkas tapi moga jadi iktibar buat kita semua.

notakaki :: Ya Allah, tetapkanlah aku pada agamaMu.

1 sila..silakan komen..:

Siti kHaDiJah biNTi maZLi said...

terima kasih..
krn saling mengingati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com