Wednesday, September 1, 2010

sabarlah duhai hati...


Salam Ramadhan...

Sekejap je kan masa berlaku, sekarang, kita berada di fatrah ketiga di bulan Ramadhan yang mulia ini, iatu fatrah pembebasan dari api neraka. Jom sama-sama kita tingkatkan amal kita selagi masih sempat, kerana mungkin kita tak sempat untuk mengecap nikmat Ramadhan pada tahun hadapan.

Sedar tak anda semua, yang hanya seminggu lagi Ramadhan bakal berpisah dengan bulan penuh barakah ini, satu minggu lagi juga kita akan menyambut Hari Raya setelah sebulan berpuasa, satu minggu lagi juga akan terlepaslah musuh kita, syaitan, satu minggu lagi juga akan bersambung semula siksaan para ahli kubur, jadi, marilah sama-sama kita manfaatkan masa yang ada untuk beramal dan mencari malam Lailatul Qadar. Moga kita direzekikan olehNya untuk bertemu malam yang lebih baik dari seribu bulan ini. Satu lagi saya nak kongsi, guru talaqqi saya, Ustaz Muhadhir cakap, beramal habis-habisan dalam fatrah terakhir Ramadhan ni, terutamanya sekali, pada malam 25, 27 dan 29 Ramadhan. Ustaz pesan lagi, jangan tidur dalam waktu malam ni, beramal dan beribadat sebanyak mungkin.

Oklah, selesai sudah muqaddimah untuk post ini. Sebenarnya, dalam post ini, ingin sekali saya kongsikan tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling saya saat dan ketika ini. Ada la satu hari, ada seorang sahabat saya berpesan, kita kalau nak bermuamalat dengan lelaki, Islam ada sertakan cara-caranya. Tak salah untuk kita bermuamalat, tapi jaga batas pergaulannya, jangan sampai berlakunya ikhtilat. Memang di usia remaja ni, normal saya katakan jika kita ada meminati orang yang berlainan gender dengan kita. Itu fitrah, memang Allah dah ciptakan lelaki akan minat perempuan dan perempuan akan minat lelaki.

Dalam satu artikel yang saya baca, ditulis oleh Ustaz Hasrizal, apabila ada orang bertanya bagaimana unuk mengelakkan untuk bercinta di alam belajar, katanya."Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya". Kata Ustaz lagi, cara terbaik ialah dengan melupakan cinta itu sendiri.

Bagaimana? Ustaz menambah, sibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya. Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin. Sibukkan diri dengan kerja-kerja peratuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi". Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah..dan zaman belajarlah cara terbaik untuk melakukannya. Untik baca artikel sebenar, klik sini.

Tapi, ada juga yang berlaku, aktivis dakwah yang sibuk dok buat amar makruf nahi munkar ni sendiri yang terjebak dengan masalah hati ni, yakni, couple. Saya bukan nak kata saya baik, sesungguhnya saya insan yang sangat hina. Tapi, dengarlah sahabat, jangan biarkan anda yang membuat orang pandang serong terhadap Islam. Jangan biarkan anda menjadi fitnah terhadap Islam. Anda orang berilmu, anda tahu yang couple ni HARAM, mungkin anda cakap anda tak couple, tapi cara anda memang macam orang couple.

Mungkin anda rasa 'baik' dan berada di atas jalan yang 'lurus' sebab anda saling dok mesej-mesej benda yang baik. Kejutkan qiam, pesan untuk solat awal waktu, nasihatkan untuk solat sunat, saling nasihat-menasihati untuk sentiasa berzikrulllah dan baca Quran. Tapi ingat, tu bukan mahram anda, itu bukan suami atau isteri anda. Jangan biarkan ilmu yang anda ada menyoal anda di akhirat kelak. Pelik juga bila saya yang jahil ni dengar yang orang tahu hukum hakam agama pun terlibat dengan cinta terlarang ini.

Memang, perasaan suka terhadap berlainan gender itu fitrah. Siapa yang tak suka disayangi, bermanja-manja dengan pasangan, saling meluahkan perasaan tikala suka dan duka, tapi, sabarlah, ada hikmah di sebaliknya. Ada seorang Ustaz yang bagi tazkirah hari tu cakap yang sekarang ni dalam usia remaja, kita kena berjihad melawan nafsu remaja ni. Ya, saya tahu, banyak godaan zaman remaja ni, banyak sangat, tapi, sabarah sahabat semua, akan ada ganjaran di sisiNya terhadap apa yang anda buat ni.

Setakat ini sahaja coretan saya, mungkin ada yang terasa semasa membaca post saya ini, tapi tahulah teman, saya sangat sayangkan kamu semua.Itulah sebabnya, saya nasihatkan anda. Dan, jika anda sayangkan saya, tegur-tegurlah saya jika saya menyimpang dari apa yang saya nukilkan di sini.

Sama-sama kita doakan agar kita semua akan bertemu jodoh dengan pasangan yang soleh dan solehah, dan mampu menuntun kita ke syurgaNya, bukan mencampakkan kita ke nerakaNya.....

2 sila..silakan komen..:

Afifah Rahimi said...

agree 100%..moga kita sama2 b'mujahadah m'jaga hati ini..
btw,Tirah blik kltn bile?

athirahariffin said...

meme susah sangat nak jago hati ni..tapi kita wajib jaga hati ni, sbb takot nati cemar dgn bendo2x lahgo..pah, trah balik ari sb2 ni..x saba balik rayo...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com