Friday, November 5, 2010

berhikmah

Saya sayang mereka. Jadi, saya perlu bimbing mereka.
Mereka yang sayang saya juga perlu bimbing saya.
Tegurlah dengan berhikmah!


Bila nampak kemungkaran jelas-jelas di hadapan mata kita, apa yang akan kita lakukan?

Adakah kita akan membenci si pelaku dosa dan terus menjauhinya? Atau mungkin terus memaki hamun si pelaku dosa? Atau mungkin terus menegur si pelaku dosa? Atau mungkin ada yang mengambil inisiatif untuk mendekati dan berkawan dengan si pelaku dosa agar dapat membawanya ke arah jalan yang benar? Aatu mungkin hanya membencinya dalam hati? Atau, atau, dan atau..

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.
~An-Nahl: 125~

Sebenarnya, apa-apa jalan sekalipun yang dipilih, ianya mestilah berhikmah! Ada orang dengan cara menegur dengan cara yang kasar, dia mungkin boleh terima (tapi, tak ramai yang macam ni), ada sesetengah orang dia mudah untuk menerima nasihat dengan cara sindiran, ada jenis orang yang mudah terasa bila ditegur, lalu menjauhkan dirinya dengan si pemberi nasihat.

Saya sendiri pun sebenarnya tak layak untuk membicarakan soal ini. Tapi sekadar ingin berkongsi persoalan yang saya ajukan kepada Kak Husna mengenai ini masa perjumpaan tempoh hari. Apa yang Kak Husna cakap sungguh bermakna! Simple je apa yang dia nak cakap, kalau tegur orang mestilah dengan cara yang berhikmah, apa-apa jua cara yang dipilih pun mestilah berhikmah (tapi cara dia explain sangatlah BEST!). Kenapa? Sebabnya, tujuan kita bukan saja-saja je nak menegur si pelaku dosa, tapi aim kita ialah kita mahu membawanya ke jalan yang maaruf dan agar dia menjauhi yang mungkar. Itulah aim kita! Tak ada guna kalau kita guna cara yang cepat, tapi langsung tak ada kesan ke atas orang yang kita aim kan, kan.

Cara yang berhikmah ini begitu subjektif. Bervariasi mengikut orang. Sama-samalah kita mengkreatifkan otak dan pemikiran kita agar dapat memikirkan cara yang terbaik untuk menyahut seruan amar ma'aruf nahi munkar ni. Moga segala apa yang dilakukan akan mendapat ganjaran disisiNya di akhirat kelak.


Maksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

~Ali Imran : 104~




notakaki :: Maaf sangat sebab post ni saya tak dapat nak explain panjang-panjang sebab saya tersangatlah letih sekarang. Baru balik dari rumah mek(nenek) saya, tolong Cik Ti(mak saudara) kemas rumah mek, hias bilik pengantin dan sediakan makanan pengantin sebab esok ada majlis sambut menantu kat rumah mek. Saya kena buat semua ni sebab tenaga kerja tak ramai, mak dan bapa saudara yang lain semua sampai esok. Mujurlah makanan tetamu semua order catering je, kalau tak mau pengsan masak semua.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com