Friday, January 29, 2010

kuatkan hatimu...

Tak tahu kenapa tiba-tiba dalam dua tiga hari ni ak rasa malas sangat.
serious, x tahu kenapa. Maybe because i keep thinking too much about final exam and too much worry about it. Maybe.....
Kekadang rasa tak mengantuk pun, tapi, oleh sebab virus malas mula menguasai diri, katil jadi tempat persinggahanku dan bermulalah pengembaraan mimpiku.
tak boleh jadi camni ni..tak boleh...
Inilah yang jadi kalau teori yang dipelajari tidak diamalkan secara praktikal.
Athirah, kan kau dah belajar tentang jihad, jihad yang paling awal sekali kan jihad melawan hawa nafsu, so, lawanlah hawa nafsu anda wahai athirahku sayang.
Ingat, satu daripada wasiat Imam Hassan Al-Banna ialah kewajipan lebih banyak dari masa, jadi, gunalah masa sebaik-baiknya.
Sekarang kan dah nak dekat final exam, so, study la. Study hard and smart so that you can achieve what you want. Ingat, kejayaan tidak datang bergolek. Formula untuk berjaya ialah Doa, Usaha, Ikhtiar dan akhir sekali barulah Tawakkal. Jadi, wahai dr. athirah, setakat mana usaha dan ikhtiar anda?????
Apapaun, thank you umi sebab sudi mendengar luahan anakmu ini. Terima kasih kerana senantiasa menjadi pendengar setia kepada setiap masaalah yang anakmu ini hadapi. And, i'll practise all your advices...InsyaAllah...

Jadi, konklusinya, kuatkan hatimu untuk belajar, tabahkan hatimu untuk menghadapi segala dugaan sebagai seorang pelajar dan sentiasa ikhlaskan niatmu untuk belajar. Ingat, umat Islam kini lemah dari pelbagai segi, jadilah orang Islam yang berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Ingat, bukan mudah untuk menjejakkan kaki ke Kuliyyah Pergigian. Segalanya bermula sekarang, berusahalah untuk mencapai apa yang ibubapamu impikan athirah. Please, do make them happy and proud of you.

Thursday, January 28, 2010

solehahkan diri kamu untuk mendambakan lelaki soleh

Ya Allah, jika aku bukan dari tulang rusuknya,

Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,

Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,

Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku Ya Allah,

dan usirlah dia dari ruang hatiku,

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,

dengan kasih dan rindu pada-Mu yang tulus dan murni......

Saturday, January 9, 2010

a talk by muallaf

Malam tadi, ak rasa macam free jer. So, ak luangkanlah masa pergi talk kat amf tu. Tajuk talk tu ialah Misconception About Islam. Mualanya macam malas nak pergi talk ni, tapi selepas ak dengar talk yang diberi oleh Lim Jooi Soon ni, rasa macam rugi pulak kalau ak x datang talk ni. Dan, entry ni ditulis untuk menceritakan serba sedikit apa yang ak dengar dari talk ni semalam.

Penceramah bagi talk ni ialah Lim Jooi Soon. Lim Jooi Soon ialah nama beliau sebelum dan selepas beliau masuk Islam. Menurut beliau, keputusan untuk x mengubah nama kepada nama yang agak kemelayuan adalah kerana menurut kajian yang beliau telah buat, nama dalam Islam tidak semestinya nama arab tapi nama yang mempunyai maksud yang baik. Dalam sejarah Islam sendiri, Nabi Muhammad menyeru kaum Arab yang telah masuk Islam untuk menukar nama kepada nama yang mempunyai maksud yang lebih baik. Nama beliau sendiri mempunyai maksud menuju kejayaan. Menurut beliau juga, dengan menggunakan nama cina ini, ia akan memudahkan beliau untuk berdakwah kepada orang cina dan menarik mereka untuk memeluk agama Islam.

Sebelum beliau memulakan ceramah, beliau menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman hidup beliau sebelum beliau menemui cahaya Islam. Beliau pada awalnya merupakan penganut BTC (Buddhism, Taoism dan Confunism). Tetapi pada umur 20 tahun, beliau 'memeluk' agama kristian. Penghijrahan beliau kepada agama kristian menjadi batu loncatan untuk beliau memeluk agama Islam. Beliau juga pernah mengikuti "Correspondence Bible Study Training" di Australia. Dan dalam beliau mengkaji Bible, bermulalah detik beliau dikurniakan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam pada umur 27 tahun.

Beliau juga berkongsi perasaan beliau setelah memeluk Islam. Petama, beliau berasa amat bersyukur kerana tergolong dalam kalangan yang diberi petunjuk oleh Allah. Beliau juga berasa amat takut dan risau kerana beliau dikelilingi oleh orang bukan Islam yang terdiri daripada keluarga dan rakan beliau. Beliau juga merasakan bahawa beliau diberi satu tanggungjawab yang besar oleh Allah untuk berdakwah dan mengajak golongan ini untuk turu memeluk agama Islam. Menurut beliau, untuk memantapkan iman seta menenangkan hati beliau yang deselubungi perasaan takut dan risau, beliau banyak membaca sirah nabi serta para sahabat. Sebagai contoh, Yasir sekeluarga yang baru memeluk Islam sanggup diseksa oleh tuan mereka semata-mata untuk tetap dengan akidah islam mereka. Yasir dibakar sehingga mati didepan isteri dan anak-anaknya, manakala isterinya Sumaiyyah, wanita pertama dalam Islam yang mati syahid, dibunuh dengan amat kejam. Akhir sekali, beliau juga merasa amat sedih kerana beliau memeluk agama Islam setelah ibu dan saudara kandungnya telah meninggal dunia dalam keadaan bukan Islam. Beliau juga amat sedih kerana selama keluarga mereka tinggal di sebuah perkampungan di Melaka yang majotriti penduduknya adalah agama Islam, tidak ada seorang pun yang sudi untuk berdakwah dan memeperkenalkan Islam kepada mereka.

Tiba-tiba ak teringat kat abah aku. Abah aku juga pernah cakap yang kita as muslim ni kena la adav rasa tanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam. Abah aku pernah bawa kami sekeluarga ke perkampungan orang asli di Pos Brooke, dalam perjalanan kami sekeluarga balik ke Kelantan dari Cameron Highland. Abah ak ada kenal la orang asli kat kampung tu. Ak pun pelik gak camne abah boleh kenal. Ade jugak la ak tanya, tapi dah x ingat dah camne. Maybe diorang tu patient abah kot. Tapi yang ak ingat la, adik-adik ak semua cakap tak nak pergi umah orang asli tu. Ak la, ak kan anak yang baik, abah cakap pergi ak pergi la, hihi. Then, masa kat umah orang asli tu ada la abah cakap serba sedikit ttg Islam ni. Tapi, benda yang basic-basic je la.

Ooopss, sori2x.. Dah lari tajuk dah. Ok, sekarang ak nak citer pulak pasal misconception about Islam menurut pandangan beliau sebelum memeluk agam Islam.

Menrut beliau, sebelum beliau memeluk Islam, beliau berpendapat yang Islam merupakan sebuah agama yang penuh dgn pantang larang. Bukan orang non-muslim je yang cakap macam ni, orang muslim sendiri pun ada yang sanggup cakap sebegini rupa. Then, mulalah beliau mengkaji Al-Quran seta hadith nabi. Dalam Al-Quran, banyak ayat yang menekankan bahawa agama Islam bukanlah sesuatu agam yang susah. Menurut belaau, di Malaysia ini, yang menampakkan agam Islam itu susah apabila ianya telah bercampur aduk dengan budaya masyarakat di Malaysia ini. Ini yang menjadikan ramai non-muslims takut untuk memeluk agama Islam. Contoh yang beliau beri ialah mengenai perkahwinan, di Malaysia, jika mahu mendirikan rumah tangga, mulalah berbincang mengenai hantaran yang kosnya beribu-ribu ringgit. Walhak dalam Islam, perkara yang wajib ialah mas kahwin, bukan hantaran itu sendiri. Ini yang menyebabkan ramai yang remaja yang terlanjur kerana tidak berkemampuan untuk berkahwin tetapi telah mempunyai pilihan hati mekeka sendiri.

Beliau juga memandang serong akan poligami dalam Islam sebelum beliau masuk Islam. Menurut beliau, poligami mengabaikan hak seorang wanita yang bernama isteri. Tetapi, setelah beliau mengkaji secara mendalam mengenai poligami berdasarkan Al-Quranh dan hadith, beliau menyedari betapa indahnya poligami yang dibenarkan Allah dalam Islam ini. Agama merupakan satu jalan untuk menyelesaikan masalah hidu umatnya. Kini, masalah yang ketara mengenai masyarakat dunia ialah peratusan wanita lebih banyak dari lelaki (tanda kecil akhir zaman ni). Jadi, Islam merupakan satu-satunya agama di dalam dunia ini yang boleh meyelesaikan masalah ini melalui poligami. Tapi, menurut beliau, poligami bukanlah semudah yang disangka. Seorang lelaki yang berpoligami bermaksud beliau mempunyai lebih dari satu isteri dan lebih banyak TANGGUNGJAWAB yang dipikul. Analogi yang diberi oleh beliau amat memudahkan pemahamanku. Berkahwin bermaksud membina sebuah masjid, maknanya seorang suami itu seharusnya mampu memakmurkan masjid yang dibina dengan membinbing anak2x serta isteri, mengimami solat, memberi tazkirah serta menguruskan masjid itu. Jika satu masjid pun tidak dapat diurus dengan baik, usahlah punya impian untuk membina sebuah masjid lagi!!

Sebelum beliau menjadi seorang Muslim, beliau berpendapat bahawa umat Islam menyembah berhala yakni kaabah. Setelah menyelidiki akan perkara ini, beliau menyedari yang umat Islam bukanlah menyembah kaabah, tetapi arah solat umat Islam kearah kaabah hanyalah satu lambang perpaduan umat Islam. Jika umat Islam menyembah kaabah, masakan sanggup para sahabat pada zaman Rasulullah memanjat kaabah, jika kaabah itu dianggap sebagai tuhan bagi umat Islam. Contohnya, Bilal bin Rabah, yang memanjat kaabah da berdiri diatasnya untuk melaungkan azan agar azan dapat didengar oleh penduduk Mekah.

Beliau juga memepunyai pandangan yang serong terhadap hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalm Al-Quran. Bagi beliau, hukum hudud merupakan satu hukum yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi, setelah beliau memeluk agam Islam, beliau menyedaru betapa indahnya serta banyaknya hikmat melalui hukum hudud ini. Hukum hudud merupakan satu hukum dari Allah yang ditetapkan untuk menghukum orang yang didapati bersalah. Ini mampu menjaga ketenteraman awam kerana dengan terlaksananya hukum ini, pesalah akn serik untuk mengulangi kesalahan yang sama dan orang awam juga boleh mengambil iktibar dari hukuman yang dikenakan.

Oleh itu, diharap kerajaan Malaysia yang dikatakan negara Islam ini juga melaksanakan hukum hudud serta kisas. Jangan sekadar cakap jer yang kita ni negara Islam, tapi hukum Islam pun x terlaksana!

Di akhir ceramah ini, beliau juga memberi cara untuk merasai kemanisan iman yang didapati dari sebuah hadith sahih.
1. Cintakan Allah dan rasul lebih dari segal-galanya.
2. Cinta kepada manusia kerana Allah.
3. Benci untuk jatuh ke dalam kekufuran

Beliau juga menasihati agar umat Islam berdakwah dengan apa cara sekalipun. Setidak-tidaknya, dakwah bil hal (yakni dakwah melalui menunjukkan akhlak yang baik). Ini kerana dakwah merupakan satu kewajiban bagi setiap umat Islam.

Alhamdulillah, sebelum balik dari ceramah, ak sempat membeli dua buah buku hasil karangan beliau dan Mohd Amin Yaacob iaitu 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian dan Mengulas Karya Saudara Moh Farhan Abd. Allah " Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia"

Diharap, segala apa yang dikongsi memberi manfaat kepada diri yang menulis ini serta sahabat yang disyangi sekalian.

Thursday, January 7, 2010

facebook ????


Ada la kawan ak cakap, dia baca dalam satu majalah mengatakan bahawa facebook merupakan antara penyumbang kepada pembunuhan warga Islam di Palestin. Ak amatlah terkejut. Korang pon tahu kan kenapa. Sebab ak ada akaun facebook dan ak amt suka facebook itu. Kalau ada benarnya kata kawanku itu, akan kudelete akaunku tanpa was-was. Tapi, ak cuba tunggu komen dari ilmuwan agama yang lebih arif tentang hal ini. Dan, ak tak nak jadi orang yang menghebahkan benda yang ak sendiri tak pasti. Alhamdulillah, kutemui jawapan yang amat kunanti dalam beberapa laman web. Paling ak suka, huraian dan pendapat seorang yang amat kugagumi, even dia pun remaja macam kita jugak, namanya boleh dikatakan sebaris dengan Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Hasrizal dari segi usaha dakwahnya. Namanya Hilal Asyraf dan laman webnya Langit Illahi.

Actually, ingat nak conclude apa yang ada kat laman web ni, tapi, sebab ak takut nak buat conclusion based on these 3 articles, sebab takut apa yg ak hurai tu salah, almaklumlah ak ni bukan bijak pandai agama. So, aku attachkan disini link laman web mereka bertiga mengenai facebook. Ak tahu korang pun amatlah suka akan mukabuku ini kan?Dan ak amatlah berharap korang sudi-sudikanlah diri menjenguk laman web mereka bertiga ini.

Hilal Asyraf
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bila-kamu-bising-fasal-facebook/

Ustaz Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/facebook-yahudi-status-hukum.html

Ustaz Hasrizal
http://saifulislam.com/?p=6714

tears fall...

crying rite now...
don't really know the reasons why..
maybe because i got so many things to think about..erkk..i mean so many problems..
erkk...are they being considered as problems?..
me myself don't really know it..
maybe it just a small matter, but because i'm a person who always take serius even a small matter,
so, i do keep thinking about it..always and always...
actually, i really hate to cry....
really hate...

ummi, sorry for not calling you for about 5 days...
usually, for every 2 days, i will keep calling my mum to tell her about my life here..
i love to tell everything to her..
everything, even a small matter,
but, for 5 days, i do not call her...
i'm afraid that i will cry...
i don't want you to worry about your dear daughter...
i just want u to think that i'm happy to be here..
(actually, i'm happy to be here, but certain problems make me feel suck with my life)
but, i really misssssss u so much, miss your voice and miss to tell about my life here...
thank GOD, i have such a wonderful mother that always be by my side...
always support me in everything that i do...

miss u so much umi!!!!

but today, i will try to call her,and try not to CRY...
i really don't want she to worry about me..
eventhough, actually she will understand about my problems because she is the only person who know what is my weaknessess...the only one..

but then, i also thanked GOD because HE gave me friends that always support me...
my dear frens...
all the 9 VIVIANS...
estna and seken...
thank because u always by my side and always support me...
THANK DEAR...

p/s: susoh nop cari kawe hok bulih dgr masaalah kito...i mean saim maso kito sedih..saim maso gumbira rama la...

p/s: thank u seken coz mum sudi jadi tempat dengar ak nangis teresok-esok...but don't worry, ak lap doh hingus ak..hikhikhik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com