Saturday, October 30, 2010

selawat


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
" Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku di hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku "

Ibn Mas'ud r.a.


Rasulullah S.A.W. bersabda:
" Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku: oleh itu terpulanglah kepada seseorang untuk berselawat sedikit atau banyak "


Jadi, sama-samalah kita perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Moga kita antara yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.


notakaki :: Currently addicted dengan lagu Binnabil Huda nyanyian UNIQUE. Ia merupakan selawat yang diiringi dengan irama. Berulang-ulang kali saya dengar dan tak jemu. Search sedirik la ye kat tenet kalau nak tahu lagu menusuk kalbu ni.

screening test

I am proud with Islam ~ Deviant Art

Petang tadi, alhamdulillah, saya dan Fareeza sempat ke AMF untuk buat screening test. Ramai la jugak orang. Tunggu punya tunggu, sampailah jugak turn saya. Haa, nak tahu tak result screening test saya tadi macam mana, ni dia, share sikit je, tak larat nak tulis semua, share apa yang patut je la ye.

BMI (Body Mass Index) : 19.8 which in the normal range
Weight : 51.9 kg (selama ni ingat berat saya 54 kg, oh, rupanya saya ditipu oleh penimbang rumah saya yang sewel!)
Fitness Score : 74 points (ok la tu, dapat B jerk kan! )
Weight Control : + 3.3 kg
Fat Control : - 1.4 kg
Muscle Control : +4.7 kg (jap, jap, saya tertanya-tanya macam mana nak tambah muscle ye?)
Mostly all results are under normal, except for protein, SMM (Skeletal Muscle Mass) and Body Strenght, all are in deficient and weak. And the most important part is, i have to lose 1.4 kg of fat to upgrade my fitness score.

Oh apakah, so, start esok, misi saya dan fareeza ialah BERSENAM! Waa, mesti abah suka anak dara yang teramat malas nak bersenam ni tiba-tiba merajinkan dirinya bersenam. Huh! Esok, kami akan berjogging kat taman permainan kat UIA tuh! Wah, hebat kan kami! *masalahnya plan lepas jogging nak breakfast kat kedai mamak, aci tak macam ni? hee~~*

Ok, ok. Sebenarnya nak cerita benda ni, tapi terlajak cakap pasal result exam eh, eh, silap result screening test la. Lepas tulis nama untuk buat screening test tu, kami berdua duduk la kat kerusi untuk menunggu giliran screening test. Masa tengah tunggu tu, ada seorang sister tanya sister yang bertugas,

"Kena bukak stokin ke masa nak naik?" Maksudnya masa nak naik Body Composition Analyzer tu la. Benda alah tu lebih kurang macam penimbang la, cuma dia boleh analyze banyak benda. Lepas tu sister tu cakap,

"A'ah, masa naik tu, kena bukak stokin."

Lepas dengar kedua-dua sister ni bercakap, saya dah gabra dah. Alah, takkkan nak bukak sarung kaki yang saya pakai ni kot sebab orang yang in charge cehck kami semua ialah orang lelaki non muslim, a chinese. Ada jugak jenguk-jenguk sister yang naik atas benda tu, memang semuanya berkaki ayam, mungkin lebih memudahkan alat tu untuk analyse apa yang ada dalam badan kita kot sebab terus in contact dengan skin kita.

Macam mana ni? Macam tak nak buat test ni je rasanya. Mungkinlah akan ada orang yang akan kata saya ni jumud or kampung or whatever lah, tapi, bagi saya, aurat saya memang tanggungjawab saya untuk menjaganya. Semua pun tahu kaki tu aurat kan. Tapi, alhamdulillah, mujurlah hari ni saya pakai jubah dan biasanya kalau pakai jubah saya pakai kain baju kurung kat dalam. So, saya turunkan kain yang kat sebelah dalam tu untuk tak menampakkan kaki saya yang tak pakai sarung kaki ni. Semua settle! Alhamdulillah....

Memang la, dalam urusan pemeriksaan dengan doktor atau dengan sesiapa la yang nak merawat kita ni, mungkin akan ada aurat kita yang akan terdedah. Mungkin keadaan ni boleh dikira darurat. Tapi, kalau kita mampu nak jaga, jagalah aurat anda semampunya. Saya pun pernah ada pengalaman buat pemeriksaan dengan doktor masa Form 1 dulu kalau tak silap. Masa tu saya ada masalah tulang belakang. So, masa tu jumpa pakar otopedik la. Faham-faham macam mana doktor nak periksa dan rawat tulang belakang saya ni, di mesti akan pegang tulang belakang ni sebelum dijalankan x-ray dan mungkin masa tu baju kita semestinya akan terselak. Saya tak nak cerita detail tapi mungkin anda semua akan faham kan. Takkan tiba-tiba nak halang doktor tu daripada nak periksa kita sebab mungkin akan ada kesan kat badan kita kan kalau kita tak rawat penyakit tu.

Malu memang malu, dah la doktor tu kawan abah. Malu sangat. Saya cerita la kat umi yang saya ni malu dan macam tak nak buat je pemeriksaan selanjutnya, tapi umi cakap, itu memang jobscope doktor dan itu memang cara dia untuk tahu apa penyakit kita sebelum kita dirawat. Abah pun cakap macam tu jugak. Lepas abah cakap baru saya faham, abah cakap takkan la kalau setiap kali nak deal dengan patients, kita perlu cari patients yang sejantina dengan kita je untuk elakkan bersentuhan kulit dan nampak aurat berlainan jantina. Cakap memang senang, tapi secara praktikalnya, memang susah sebab keadaan kat hospital memang tersangatlah sibuk. Baru la saya faham ,yelah masa tu kan budak lagi kan, baru nak meningkat remaja. Hee~~

Tapi, apa-apapun, kalau kita tak berada dalam keadaan tak darurat, berusahalah sedaya upaya untuk menjaga aurat anda kerana ia tanggungjawab anda dan anda akan dipersoalkan atas setiap apa yang dipertanggungjawabkan ke atas anda di akhirat kelak. Ingat, tutuplah aurat anda dengan sempurna, mungkin ianya sukar dan pahit bagi sesetengah orang, tapi ingatlah, akan ada manisnya di kemudian hari. Ingatlah azab Allah ke atas sesiapa yang tak menjaga auratnya. Ingat, jangan fikirkan apa pandangan orang terhadap anda, tapi fikirkan apa pandangan Allah terhadap anda.


notakaki :: Saya tengah homesick ni, tapi kan tak sabar tunggu hari selasa ni sebab saya balik Kelantan hari tu. Wah, bestnye!

notakaki :: Untuk makluman semua, saya telah bertukar bilik dari 216 C ke 422 C. Naik 2 tingkat. Tak apa, sambil naik tangga sambil bersenam kan, betul tak? Sekarang roomate baru saya ialah Aqilah. InsyaAllah, kami akan menempuh satu sem ni bersama-sama, kan qilah? Jemput la datang bilik, bawak makanan sekali ye.

Saturday, October 23, 2010

senyum, pasti ada hikmahnya



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
~Al-Ankabut : 2~

Saya mulakan entry ini dengan ayat ini. Cukup bermakna! Memang, kadang-kadang senang untuk kita lafazkan yang kita ingin jadi hamba yang beriman, tapi, tatkala kita diuji, kita lemah. Bukan kita, tapi SAYA. Saya sangat lemah bila diuji. Ujian yang sedikit sahaja, tapi cepat melatah.

Rukun iman yang ke-enam, percaya kepada qada' dan qadar. Kita belajar dari sekolah rendah lagi. Faktanya kita tahu, tapi secara teorinya, adakah kita benar-benar percaya dengan setiap ketentuan yang telah Allah tetapkan. Adakah kita percaya dengan setiap rezeki yang Allah berikan pada kita? Kita kena terima qada' dan qadarNya. Kalau kita tak terima maknanya kita dah ingkar salah satu daripada rukun iman. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana punya teman-teman dan umi yang selalu ingatkan saya agar selalu menerima ketentuanNya, even kadang-kadang saya cepat melatah.

Kadang-kadang kita berusaha bersungguh-sungguh, tapi kadangkala kita tak dapat apa yang kita impikan. Mungkin terdetik di hati, Allah tak adil sebab Allah tak bagi apa yang kita usahakan. Betul ke macam ni? Wahai hati, Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Dia sayang pada hambaNya dan berlaku adil pada setiap hambaNya. Mungkin Dia ingin menguji tahap keimanan kita. Mungkin ini cara kamu diuji. Setiap orang, Allah uji dengan cara yang berbeza. Ingin kukongsi kata-kata semangat dari sahabat tercinta;

"Bersabarlah, bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan lewat tiba. Sabar, pasti ada hikmahnya"

Satu mesej yang berjaya buat hati ini bangkit kembali. Ya, usahaku bukan sia-sia kerana jika setiap pekerjaan yang diniatkan ikhlas kerana Allah, ianya dikira sebagai ibadah.

Bak kata Isna, NOBODY'S PERFECT! Ya, manusia tak sempurna dan tak akan pernah sempurna. Mungkin kadang-kadang kita nampak orang tu selalu happy-happy, tapi sebenarnya mungkin ujian yang Allah bagi kat dia lebih berat. Mungkin dia tersenyum di hadapan kita, di hatinya, tiada siapa yang tahu sedih dan pilu hati itu. Bak kata Isna lagi, kejayaan itu ada di hadapan dan tak muncul dari belakang. So, i must look forward. Never look backward!

Umi pulak cakap, kita kena tengok dan hargai rezeki yang Allah bagi kat kita. Sentiasa bersyukur atas setiap kelebihan kita. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Allah uji kita ni sebab dia sayangkan kita, Dia tak mahu kita gagal di kemudian hari. Mungkin, kita akan berjaya di hadapan, tiada siapa yang tahu percaturan Allah. Thanks umi, you always make smile when i can't even smile at that moment. She always make me thinked positive to everything that happened in my life. She lets me listen to her soft voice, motivates me up. She always gives her warm hug whenever i really need it. I'm so lucky to have a mother like you!

Saya bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat Islam dan Iman yang saya perolehi hari ini. Saya bersyukur kerana masih mempunyai umi yang sangat penyayang, abah yang sangat memahami, keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang selalu berada di samping saya dan menerima saya seadanya walaupun saya ni sangatlah tidak sempurna, nikmat sihat yang membolehkan saya untuk masih lagi beribadat secara normal dan masih lagi berbakti kepada Islam walaupun seciput, dan banyak lagi nikmat yang tak mampu saya tulis semuanya dalam blog ini.

Buat Isna, thanks sebab bagi kata-kata semangat ko aku. I really appreciate it! Thanks jugok sebab bagi pinjam B ko aku. B tu comel macam mung (awas, ayat bodek!). Kawan-kawan, mesti nak tengok kecumelan B kan. Haa, ini dia!


notakaki :: Juga terima kasih saya ucapkan pada Dayah dan Jah yang sedikit sebanyak buat diri ini kuat.

notakaki :: Esok saya akan balik ke UIA. Esok saya bakal tinggalkan umi, abah dan adik-adik semua untuk saya berjuang di UIA. Saya sedih. Post ini juga ditulis saat air mata ini bercucuran. Arghhh, emo pulak dah malam-malam nih!

notakaki :: Doakan saya dapat apa yang terbaik dalam hidup saya. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat.

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Ya Allah, sucinya wajah mereka,
sesuci hati mereka yang tak dinodai noda dosa.


20102010

Hari ni sepatutnya saya dapat result. Tapi, sampai sekarang, saya still tak boleh nak bukak lagi laman web My IIUM tu. Dah tekan refrseh again and again, tapi still, stuck kat tempat yang sama jugak. So, sabar je la.

Oklah, kita tenang-tenangkan diri dulu. Nak share satu video yang comel boleh tak? Saya, umi, dan adik-adik saya tengok banyak-banyak kali. Comel dan lucu sangat baby ni. Geram nak cubit pipi dia. Nak anak comel macam ni boleh tak? Sekali dengan pakej soleh dan solehah.




notakaki :: Ya Allah, berikanlah yang terbaik buatku. Hanya Kau yang tahu betapa keluh kesah hatiku menanti keputusan ujian di dunia ini.

notakaki :: Suka dengan status facebook Aisyah Ahmad hari ini, "Jangan pernah berhenti berdoa kerana doa kepada tuhan merupakan tanda pengabdian seorang hamba yang cukup tinggi kepada tuhannya. Cuba fikirkan betapa banyak doa kita yang telah Allah makbulkan dan bagaimana kita pada hari ini!"

Tuesday, October 19, 2010

musibah

Patience is Good, by SoulFlamer
Deviant Art



Alhamdulillah, pagi tadi sempat tengok Tanyalah Ustaz kat TV9. Tajuknya Musibah. Maaf, saya tak ingat nama ustaz yang bagi tazkirah tu.

Pesan ustaz di akhir rancangan,

Jadikan setiap musibah yang terjadi dalam hdup untuk menuju syurga Allah, jangan kita biarkan musibah yang melanda kita di dunia membawa kita ke neraka

Ustaz juga ada berkongsi satu doa yang boleh dibaca ketika kita sedang ditimpa musibah.

Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun. Allahumma ajirnii fii mushiibatii wakhluf lii khairamminhaa

Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-NYA. Ya Allah berilah kami pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik
(HR. Mu
slim)


Sama-sama kita berdoa agar kita sabar menghadapi segala musibah yang melanda. Moga iman kita akan lebih kuat dengan setiapa musibah yang menimpa. Moga kita diberi ganjaran pahala tika kita sabar menghadapi musibah.

Perkongsian yang seciput dari saya. Moga beroleh manfaat.


notakaki :: Debar menanti detik menerima result. Eh, macam berdebar nak akad nikah pulak! Heee~~

Monday, October 18, 2010

cerita lutfi



Ini Ahmad Lutfi. Adik saya yang bongsu. Entah kenapa tiba-tiba saya nak post satu entry pasal dia. Sebelum ni pun saya dah pernah buat post pasal lutfi ni. Nak baca, klik SINI. Mungkin sebab lepas ni saya akan balik ke UIA dan rasa berat hati nak tinggalkan rumah dan segala isinya, termasuk la si budak manja ni.

Entah kenapa, rasa berat sangat nak tinggalkan rumah tercinta ni. Banyak benda yang saya sayang kat sini. Lutfi ni sebenarnya sangat-sangat la manja. Dah nama pun anak bongsu kan. Mudah sangat merajuk. Lebih-lebih lagi time dia kena suruh buat homework. Sebab budak ni sangatlah malas nak buat homework ke, baca buku ke, baca Iqra' ke.

Tadi, masa solat jemaah maghrib, lutfi tak solat sekali sebab dia merajuk, dengan siapa entah. Masa solat isyak, dia join la. Tapi, punyalah susah nak pujuk, sampai kain pelekatnya pun saya kena pakaikan, sambil kakinya dok sepak-sepak bola. Normal la tu rumah saya, malam-malam ada orang main bola. Almaklumlah, adik lelaki ramai. Tapi, sebab Imran baca bacaan surah panjang, budak ni dah mengantuk dah masa solat. Siap kopiah terjatuh atas sejadah lagi (sebab dia pakai kopiah besar, so longgar la). Habis je solat, tak sempat doa lagi. terus tidur atas sejadah. Lutfi, lutfi..

Satu lagi, lutfi ni sangat suka binatang. Ikan, arnab, kura-kura, hamster, semua dia bela. Sampaikan nampak katak pun dia cakap katak tu comel. Eeeeeeeiiii. Geli la nak cakap. Budak ni sebenarnya tak makan nasi. Yang dia makan roti, spaghetti, mee, kuoe teow dan yang sewaktu dengannya. Kalau saya buat spaghetti, mau 3 pinggan dia makan. Kalau nasi, jeling pun jangan harap. Sampai umi cakap, lutfi ni orang putih hidung kepek.
p/s :: hidung kepek tu maksudnya hidung tak mancung la.

Itu sahaja post saya untuk malam ini. Sorilah mengarut sikit. Tapi tulah, sebab saya mesti rindu sangat kat Lutfi lepas ni. Lutfi ni pun satu perangai dia yang saya tak suka, dia sangat tak suka cakap phone. So, kalau saya telefon rumah pun, memang dia tak akan cakap punya.

:) dan :(


notakaki :: Takut sangat-sangat bila fikir result nak keluar 2 hari lagi. Doakan kejayaan saya.

201010 : result


Kat UIA tak wujud pun A+ ni, A je yang wujud.


Pagi-pagi lagi bukak facebook, terus ada statement ini:

Attention to all CFS IIUM students,Please be informed that the Semester 1, 2010/2011 examination result will be accessible from 20th October 2010 (Wednesday) after 5.00 pm onwards through student portal.

Terus saya buat status facebook. Arghhh. Takut sangat-sangat. Tengok phone pulak, ada kawan yang mesej pasal result ni. Lagi la buat saya berdebar menanti result yang bakal diterima.

Walau apapun result yang bakal diterima, saya harap saya redha dan menerima apa sahaja yang telah ditetapkan. Kita boleh merancang dan berusaha, tapi ingat, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buatku dan buat kita semua.

Ya Allah, berikanlah yang terbaik buatku, hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat hambaMu yang lemah ini.


notakaki :: Tinggal kurang dari seminggu saja lagi untuk saya ke UIA. Malas balik boleh tak ?

notakaki :: Readers, doakan kejayaan saya ye!

perbualan

This picture is totally not related with this post. I just love it!
Deviant Art, Pink Flower by Lavender1992


Ini perbualan kami bertiga semasa menonton cerita apa ntah kat Asian Food Channel (AFC), channel 703. Dialog ini campuran bahasa kelate dan bahasa ibunda, diharap anda semua tidak pening-pening lalat ketika membacanya.

Adik : Sedak nyo makanan tuh. Lapar la pulok tengok dio dok masok.

Kakak : Oloh ore putih masok semo boh arak dik. Salad pon boh arak jugak.


Adik : Nati kakak masak tak payoh la buh(masukkan) arak, tiru resepi dio tapi tak payoh(perlu) boh arak. Sedak ko arak eh?


Kakak : Kakak sero la sedak, tu ore putih dok minum tu. Lagipun Allah oyak arak tu haram sebab banyak effect ko kito. Tapi kita tak leh la nok try. Allah oyak doh haram ke. Ingat nati kat syurga nati Allah sedia sungai arak kat syurga nanti. Ni Allah nok uji hamba dio jah. Bilo Allah oyak haram, x leh la kito nok buat gapo hok Allah larang tu.

Adik : Yolo eh ado sungai arak kat syurga?

Kakak : Yolo la. Ustaz kakak ado oyak. Dale Quran pon ado oyak kan. Tapi kakak tak ingat la ayat mano. Dale syurga pun Allah buat air sungai madu. Sedak deh dok dale syurga.

Selepas perbualan tu, saya membelek ayat dalam Quran yang nyatakan hal ini. Banyak sebenarnya ayat yang menerangkan keindahan syurga. Antaranya ayat dalam surah Muhammad;

Perumpamaan jannah (syurga) yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya.
(Muhammad: 15)

Kakak : Tapi, tok samo benda hok atas dunia ni ngan hok syurga. Hok dekat syurga mesti sedak lagi pade hok dunia nih.

Adik : Sedak nyo!

Lutfi : Best nyo kakak!

Kakak : Hola. Sedak la dok syurga. Sene jah nok masuk syurga, kito buat gapo Allah suruh dan tinggal gapo Allah larang. Pahtu buat la jugok hok sunat-sunat tu, baco Quran, semaye sunat, banyok la lagi. Pahni kito keno rajin la kalu nok syurga gak. Pahni lutfi jange la malas nok semaye deh kalu kakak suruh.

Lutfi tu adik saya yang berumur 8 tahun, darjah 2 la. Adik tu pulak darjah 6 dah. Lutfi tu manja sangat, almaklumlah anak bongsu, so kalau kita suruh dia buat sesuatu perkara, dengan nada yang tegas, terus budak ni merajuk. So, kena guna cara yang lembut sikit dengan budak kecik ni.

Kakak : Syurga ni besa n best sangat. Allah ni pemurah sangat. Kita buat amal sikit je, tapi Allah bagi syurga hok best tu kito. Contohnya, semaye solat sunat subuh, semaye 2 rakaat , 5 minit jah, tapi Allah bagi syurga ko kita.

Jom kita dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai kelebihan solat sunat subuh ini. *just click the link*.

Adik : Tapi ke kakak, buleh ko kito buat amal sebab nok masuk syurga jah? Ikhlas ko gitu?

Kakak : Buleh. Tapi ado kakak denga, tu ikhlas tahap rendah la, ikhlas tahap orang awam po kito ni. Buleh kita beramal sebab nak syurga Allah, dan tak buat gapo hok Allah larang sebab takut neraka Allah.

Saya tak reti nak explain dengan detail sebab dengan ilmu yang cetek yang teramat ni, takut tersalah explain pulak kan. Jom dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai Ikhlas ini. *just click the link*

Itulah sedikit sebanyak perbualanku bersama adik-adik tersayang. Itu sahaja perkongsian pada hari ini. Moga beroleh manfaat.


notakaki :: Sejak dua menjak ni selalu kan saya linkkan video Ustaz Azhar kan? Perasan tak? Saya memang sangat suka cara dia jelaskan, sangat sempoi tapi ada isi. Dan memang sekarang ni dalam projek mengdownload video ustaz pom.

Saturday, October 16, 2010

tidak menunggu sempurna

Dear brothers and sisters, please,
spread the beauty of Islam



Adakah benar, hendak mengajak kepada kebaikan, diri kita perlu sempurna dahulu?


Tidak Menunggu Sempurna ~ Hilal Asyraf

Saya tetap berpegang pada prinsip yang dipetik dari hadith Rasulullah SAW, “Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat”. Saya tahu saya tak sempurna dan tidak akan pernah sempurna.


notakaki :: Thanks Hilal Asyraf for a very nice article. An article that motivates me a lot.

mata oh mata


'Tears help us heal, and are a valuable aid to restoring inner calmness and peace'

Mata biasanya selalu dikaitkan dengan air mata. Air mata pula selalu dikaitkan dengan wanita kan. Secara saintifiknya, memang air mata mempunyai banyak manfaat. Menurut apa yang saya baca, apabila seseorang mengeluarkan air mata, biasanya kita akan rasa lega dan lebih kuat untuk menempuh segala ujian dan cabaran.

Tapi tahu tak, ada dua jenis mata yang tak akan disentuh oleh api neraka (moga mata kita tergolong dalam mata jenis ini..)? Ya, ini menurut apa yang saya dengar melaui ceramah Ustaz Azhar Idrus tadi, yang bertajuk Teman Di Kubur. Sila klik sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan sini untuk dengar keseluruhan ceramah yang bertajuk Teman Di Kubur ini.
p/s :: yang saya bold tu part yang ustaz cakap pasal hadith di bawah.


عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

1) Mata yang menangis kerana takut kepada Allah
2) Mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah

Sama-sama kita berusaha agar mata kita tergolong dalam kalangan mata yang tidak disentuh oleh api neraka di akhirat kelak. Moga air mata yang menitis ini untuk Islam, bukannya kerana sedih kerana hal duniawi SAHAJA. Tak salah untuk menangis kerana hal dunia, tapi jangan sampai kita lupa menangisi dosa dan keadaan kita yang tak tahu lagi macam mana di alam barzakhdan akhirat kelak.


notakaki :: Empangan air mata ini memang mudah sangat tumpah. Tapi, saya doakan agar air mata yang keluar dari mata saya ini selalu menangis kerana terkenangkan dosa yang menggunung. Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik.

Thursday, October 14, 2010

kami sudah setahun bersama



141010

To encik blog,
pejam celik pejam celik,
rupanya sudah setahun kita bersama.


notakaki :: To all bloggers, jom kita sama-sama manfaatkan blog yang kita ada untuk tujuan kebaikan. Sama-sama kita gunakan blog sebagai medium untuk kita bersuara untuk jalankan tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar.

notakaki :: klik SINI untuk tgk 1st post yang ditulis oleh si budak buta it. Banyak yang dah berubah. Keskemaan bahasa makin menjadi-jadi sekarang, seiring dengan maturednya si budak buta it itu. Hee~~

comel kan?




I dedicated this video to all my beloved friends.
Thanks for being my friends.
Thanks to be part of my life.
Thanks for the memories.
Thanks for everything.

LOVE U!


Sahabat,
Andainya hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Sahabat,
Andai ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Allah,
Sahabat,
Andai ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Sahabat,
Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku untuk meleraikannya,
Sahabat,
Andai pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku dapat berubah,
Sahabat
Andai esok aku terlena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan doa dan fatihah,
Sahabat,
Moga ukhuwah kita kekal selamanya.



notakaki :: Saya rindu kawan-kawan sekolah NAIM. Rindu sangat-sangat. Sampai kadang-kadang boleh gugur air mata ni teringatkan semua pengalaman manis pahit masam masin di NAIM. Hee~~emo kan saya...

Wednesday, October 13, 2010

ketika Allah memilihmu untukku


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


notakaki :: Subhanallah. Such beautiful words. This article is not originally from me, i just copy and paste it, but i do really love the meaning.

notakaki :: Sejak dua menjak ni, rasa macam nak kahwin. Haha, itulah effectnya dok rumah dari pagi hingga petang sorang2x. Sunyi.

notakaki :: Tadi buat duchese potato. Best..best.. Nanti semua yang baca ni buat ye, senang je pun. Cuma letih la nak picit2x potato tu keluar dari nozzle tuh.

Tuesday, October 12, 2010

dare to dream



Everything is created twice, first in the mind, next in reality

~ Stephen R Covey, 7 Habits of Highly Effective People~

zina hati


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.





Notakaki :: Sila rajin-rajinkan jari anda mengklik link yang saya bagi taw. Moga beroleh manfaat.

Monday, October 11, 2010

jangan kita salahkan suasana

Biah solehah. Suasana yang baik.

Memang bagus dan molek benarlah kata orang Kelantan. Memang, tidak dinafikan, manusia mudah berubah mengikut suasana. Jika ditempatkan di suasana yang baik, kebanyakan manusia akan mengikut corak dan rentak suasana yang baik itu. Suasana boleh dijadikan satu faktor manusia berhijrah ke arah yang lebih baik.

Tapi, ia bukan faktor utama kita boleh jadi baik. Biarlah kita berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi lebih baik sebab kefahaman dan kesedaran. Kita faham yang kita ni hamba Allah yang hina dan WAJIB menurut segala perintahNya dan meninggalkan segala apa yang dilarangNya. Kita kena sedar yang dunia ni bukan destinasi utama, ia hanyalah persinggahan sementara untuk kita ke destinasi yang utama.

Sebab tu lah ada orang yang berada dalam suasana yang baik, tapi dirinya tidak baik, dan ada juga orang yang berada di dalam suasana yang tidak baik, tapi dirinya baik. Saya bagi contoh la kan, errm, ada orang parents dia menutup aurat dengan sempurna, tapi dirinya sendiri tidak menutup aurat pun. Ada orang ditempatkan di sekolah agama, tapi dirinya sendiri langsung tak melambangkan yang dia ni budak sekolah agama. Ada orang dalam environment yang sangat jahil, tapi dirinya tersangat baik dan hidup berpandukan syariat.

Tapi, jangan pula bila kita ditempatkan di dalam suasana yang agak tidak islamik, kita menyalahkan suasana. Kita cakap kita tak boleh tutup aurat dengan sempurna sebab environment kita tak macam tu. Kita cakap kita tak boleh jaga muamalat antara lelaki dan wanita sebab environment kita tak macam tu. Kita cakap kita couple sebab kawan kita couple. Kita cakap tak boleh nak baca Quran dan mathurat sebab environment kita tak membenarkan.

Saya ingin berkongsi pengalaman adik saya yang kini belajar di Taylor's College. Di dalam apartmennya, dia ditempatkan bersama 5 orang rakan lain. 6 orang la semua. Yang buat saya terkejutnya, among 6 of them 2 from them are atheists (those who disbelief the existance of God), 2 are buddhists, and only 2 of them are Muslims, including my brother. Memang sangat takut saya dengar. Ada satu hari salah seorang daripada si atheist ni tengah study (dia ni memang bijak gilo bak kata adik saya), sambil memegang satu botol. Adik saya just nak gurau2x je, adik saya cakap, botol arak ke tu? And you know what, seriously he replied, YES! Ya, ada botol arak. Tapi, alhamdulillah, semenjak adik saya berada di Taylor, he changed for the better i think. Alhamdulillah, dia cakap ada la join usrah yang diadakan di situ. Tapi dia pun kena adapt dengan suasana jahil macam tu, sebab nanti kalau dah fly ke Kanada (insyaAllah, kalau ada rezeki), dia akan hidup dalam suasana yang lebih jahil lagi dari itu.

Satu lagi pengalaman seorang senior saya yang berada di Texas, Amerika Syarikat. Menurutnya, rumahnya tu kadang-kadang malam-malam ada budak-budak lelaki dok lepak-lepak. I'm not really sure whether all her housemates are all muslims or not. Oh, oh, lelaki datang rumah wanita malam-malam. Apa kejadahnya? And she said whenever all the guys came to their house, she had to cover her head(of course right!) and isolate herself in her room. Yelah, takkan nak join pulak lelaki dan wanita yang dok lepak-lepak tu. Tapi, senior saya tu memang saya tabik la. Memang sangat bagus, siap pakai tudung labuh lagi.

See, environment is not the important reason why we can't be a better Muslim!

Tapi jangan pula kita ikut arus suasana semata-mata tanpa ada kefahaman langsung. Kalau suasana baik, kita jadi teramatlah baik. Kalau suasana jahil, kita turut sama jadi jahil.

Yang sebetulnya, jadilah jati diri yang baik. Sama-samalah kita menjadi seperti Sa'ad bin Abi Waqqas yang berkata pada Nabi SAW, "Aku adalah daripada panah-panah Islam, maka lemparkanaku ke mana saja yang engkau suka".

Hidup ini hanya sekali. Jom sama-sama kita manfaatkan peluang yang Allah beri pada kita.


notakaki :: Rasa sunyi pulak bila Amir dah balik ke Tylor. Lepas ni, saya pulak yang akan ke UIA. Oh, tidakkkk!!

Sunday, October 10, 2010

the perfect ten


101010

A very special date for me.

Ops..ops..nothing happened today.

Today is not my birthday or my solemnization or my umi abah birthday or my parents anniversary or my anniversary(oh..macam tak akan wujud je anniversary aku tarikh ni..).

I just like the date.

101010

notakaki :: post ni tak bermanfaat langsung. Baik korang semua tak payah baca. I just post it coz i really like the date. 101010. A perfect ten date.

. . . .


Ya Rabb, jika aku bukan dari tulang rusuknya,
jangan biarkan aku merindukan kehadirannya
jangan biarkan kulabuhkan hati ini di hatinya
kikislah pesonanya dari pelupuk mata

jauhkan dia dari relung hati selamanya

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada
ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus, murni…

...................

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".

~Ustaz Hasrizal~


notakaki :: ini memang fitrah manusia kan...

Thursday, October 7, 2010

tudung oh tudung

Tudung oh tudung

Kesalahan wanita yang bertudung, tapi tak tutup aurat

Pernah seorang kawan tanya saya, kenapa orang pakai tudung labuh? Orang yang pakai tudung labuh ni tak semestinya baik, yang pakai tudung biasa tu kadang-kadang lebih baik. Erm, susah nak menjawab, saya bukannya pemakai tudung labuh, tapi saya sangat kagum dengan mereka yang memakai tudung labuh. Ya, memang iman tak boleh diukur dengan betapa besarnya tudung anda. Tudung labuh atau tudung bidang 60 atau tudung bidang 50 atau tudung bidang 45, selendang, itu semua pilihan anda, tapi yang pasti, jangan menampakkan dada, WAJIB menutup dada, WAJIB tebal, kalau rasa jarang tu pakailah inner, dan tidak menampakkan bentuk leher anda. Pakailah apapun, asalkan MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, bukannya pakai tudung tapi tak tutup aurat! Ingat, kita pakai tudung bukan sebab nak orang pandang kita as budak baik, alim dan sewaktu dengannya, tapi kita pakai tudung sebab itu suruhan Allah!

Sebenarnya, saya ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh Kak Husna. Kak Husna ni lahir tahun 1991 juga, tapi sebab dia ni student DQ, saya panggil dia kak husna sebab ramai yang panggil macam tu. Hehe.. Honestly, saya sangat suka hasil karya kak husna sebab bahasanya yang sempoi, tapi yang penting membawa mesej yang sangat mendalam. Saya suggest la, jadilah follower blog dia ye. http://husnabaek.blogspot.com
p/s :: Kak, keno bagi ngupoh ni, trah promote blog kak ni!

Salam. Mentang-mentang saya dah menjawab persoalan Menjaga Pandangan, kali ini saya ditanya dengan pendapat yang lebih berat (bagi saya), iaitu tentang tudung bidang 60'. Persoalan yang ditimbulkan, menarik. J dan saya pernah jua dipersoalkan untuk berbincang akan soal ini sesame rakan-rakan se-DQ. Alhamdulillah. Saya rasa pendirian saya sendiri dalam hal ini dah cukup jelas. Dan rakan se-DQ pun ramai yang faham. Kalau dulu, ramai juga yang kondem budak DQ pakai tudung bidang ni. Tapi bagi saya sendiri, tidak ada apa-apa lah!

Persoalan ditimbulkan oleh email sender banyak menyentuh tentang diri saya. Tapi disini biarlah saya menyebut secara umum. Kerana sesungguhnya saya sangat tidak sempurna.

Sebenarnya, jujur saya katakana, saya tidak apa masalah dengan sebarang tudung yang dipakai oleh rakan-rakan saya yang perempuan, khususnya rakan se-CFS. Selagi mana tudung yang dipakai menepati cirri yang digariskan islam, cukup untuk saya berlapang dada. Tetapi, apa yang menggugat perasaan saya, apabila ada yang bertudung tetapi tidak menepati cirri piawaian Islam. Ringkasnya, tudung yang dipakai harus menutup bahagian dada, atau dalam kata lain tidak menzahirkan apa yang ada sehingga jelas pada pandangan orang lain. Tudung yang dipaka I juga tidak boleh jarang sehingga menampakkan batang leher. Lebih terus lagi, sehingga orang yang memandang boleh melihat uraian rambut dan kadang-kadang dapat melihat dengan jelas jenis ikat rambut yang digunakannya! Paling tak senang, bagi yang berselendang. Saya tidak ada masalah sekiranya anda ingin berselendang. Tapi kalau boleh carilah selendang yang besar sikit dan jangan jarang. Apa tujuannya kita memakai tudung kalau setiap inci kepala kita dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain lebih-lebih lagi lelaki lain yang ajnabi?

Persoalan kenapa memilih tudung labuh berbanding tudung besar. Sebenarnya, seperti yang saya katakan di atas, tidak ada masalah jenis tudung yang mahu dipilih. Asalkan menepati piawaian Islam. Berkenaan tudung labuh vs tudung bidang, langsung tidak memberi masalah kepada saya. Tudung bidang pun Alhamdulillah menepati piawaian jika tidak dililit hingga menzahirkan batang leher. Tudung labuh pun cantik sungguh,sempurna sekali. Jika disoal pada saya, kenapa saya tak pakai tudung bidang, cukuplah jawapan, saya lebih selesa bertudung labuh. Sejak form 1 saya biasa dengan tudung labuh. Dan bermula form 3, saya istiqamah dengannya. Tetapi ini tidak bermaksud saya memandang rendah pada mereka yang bertudung bidang. Tidak dapat dinafikan, ada yang bertudung bidang lebih baik daripada yang bertudung labuh. Sesungguhnya tudung labuh bukan ukuran melihat iman seseorang. Tak semestinya yang bertudung labuh, imannya selabuh tudungnya. Jangan menghukum begitu. Ia boleh mengundang padah.sebab itu saya katakana, saya tak kisah bagaimana anda ingin bertudung. Pilih yang mana anda rasa selesa dan berkenang di hati. Tapi rayu saya, jangan lupa jadikan Islam asas kepada cara pemakaian kita. Jika tidak mengikut syariat, pakailah apa saja, dan anda mendakwa diri anda kuat iman, itu salah. Jjangan buat dakwaan bodoh la kawan. Saya mengaku, di rumah, kadang-kadang saya juga memakai tudung bidang. Tak kerap sangat. Tapi saya pernah. Ini bermakna, saya memang tak menghukum kalian yang bertudung bidang. Tak mengapa, mengikut keselasaan. Islam itu bukan agama yang susah. Islam kan fleksibel. Tak gitu?

Jangan kita terlampau persoalkan tentang tudung itu,tudung begini sehingga kita terlepas pandang perkara-perkara lain, seperti amal ibadah. Perkuatkan ibadah. Perkuatkan amalan kebaekan. Insya-allah, keselasaan akan datang dengan iman yang mapan. Insya allah. Jika nak kata peranan keluarga, saya mengakui. Ibu saya bertudung labuh. Kakak saya juga. Nenek saya pun. Tapi bagi saya, itu bukan ukuran terbaik. Ada saja yang ibunya tidak bertudung labuh, tetapi anaknya bertudung labuh. Ada juga ibunya bertudung labuh, anaknya tidak bertudung pun. Jadi jelas saya katakana, prasarana keluarga benar memainkan peranan tetapi bukan peranan utama. Yang penting hubungan kita dengan Allah dan hidayah Allah buat kita. Itu yang lebih penting dan boleh dijadikan matlamat utama kita. Insya allah. Saya menyetujui bahawa kurang senang dengan orang yang terlalu rigid dalam berprinsip. Sehingga mengeluarkan 'fatwa' murahan menghukum orang lain. Bagi saya, apa yang anda mampu, itulah yang anda lakukan. Jangan kerana nak mencapai kesempurnaan, anda mengejar segala kebaikan, tapi anda terlupa tentang ikhlas itu sendiri. Kalau anda rasa selasa bertudung bidang, silakanlah. Jangan memaksa untuk memenuhi kehendak orang lain sedangkan hati anda tidak ikhlas untuk melakukannya. Tapi ingat, dalam bab menepati pakaian y ang digariskan islam, itu tiada kompromi. Islam itu tegas dengan orang yang mahu melencong dari jalannya. Sama-sama praktikkan.

Namun begitu, suka untuk saya sebutkan disini, pilihkan jalan yang paling sempurna. Moga-moga pada jalan itu, ada hidayah Allah untuk kita. Jangan mengharapkan hidayah allah, tanpa berusaha mengejar dan mencarinya. Berusahalah. Jangan hanya menunggu bulan jatuh ke riba. Tiru macam Sheikh Muzaffar, berusaha keras untuk ke angkasa. Begitulah kita. Lihat bulan, ingin mencapai bulan, carilah jalan pergi ke bulan. Melihat kesempurnaan, ingin mencapai kesempurnaan, carilah jalan kea rah kesempurnaan. Moga padanya ada rahmat Tuhan yang tiada terhingga buat hambaNYA yang mencari redhaNYA di bumiNYA. Insya allah. Salam muhasabah bersama.

Mari mencari jalan TAQWA.

amalan mudah, ganjaran besar

Pagi ini seperti biasa membuka Facebook. Terasa ingin berkongsi post yang dishare oleh HarakahDaily, yang juga merupakan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sama-sama kita ambil hayati dan jangan lupa beramal.

Antara amalan-amalan harian yang mudah dilakukan tetapi kadangkala tidak diamalkan:

~Bacalah doa selepas selesai sahaja azan dikumandangkan nescaya akan dikurniakan syafaat Rasulullah s.a.w : "Ya Allah, Tuhan telah mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan. Kurniakan kepada Nabi M
uhammad s.a.w kedudukan yang tinggi dan terpuji yang telah Engkau janjikan..

~"Sentiasalah berzikir 'Allahumma ajirna minannar' sekurang-kurangnya 7x sebelah pagi dan 7x sebelah petang - agar Allah mengampuni dosa-dosa dan menjauhkan azab neraka.

~Lamakanlah sujud dan berdoa kepada Allah kerana ketika sujudlah waktu yang amat mustajab doanya.

Mudah-mudahan dengan sedikit peringatan ini dapat sama-sama kita amalkan dan sebar luaskan kepada sahabat-sahabat lain untuk kebaikan semua.

Wednesday, October 6, 2010

Biografi Muhammad bin Abdullah


Alhamdulillah, hari ni selesai bershopping sakan bersama adikku tersayang. Beliau ponteng sekolah sebab nak teman kakaknya shopping. Adik mithali betul. Eh, tapi jangan salah sangka, dia ni dah habis UPSR, so tak pe la kan kalau nak ponteng. Hari ni je pun kan. Kain, baju, blouse, tudung... semua kami borong. Habis dalam RM***... Wah, botak abah nanti ada anak dara macam kami berdua kan, kan.

Tapi dalam banyak-banyak yang kami beli, ada la satu buku ni yang dah lama sangat saya nak beli. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak kat Parkson tuh. Tajuk buku ni, Biografi Muhammad bin Abdullah, hasil karya Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman, kedua-dua mereka adalah pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Muhammad bin Abdullah. Satu nama yang cukup sinonim dan sebati dengan hati dan jiwa umat Islam seantero dunia. Baginda adalah nabi dan utusan Allah. Baginda amat cintakan umatnya, yakni kita semua. Hinggakan hingga nafas yang terakhir, baginda masih lagi bertanyakan akan nasib kita semua. Tapi, cintakah kita pada baginda? Sejauh mana kita tahu sejarah dan kisah hidup baginda? Sejauh mana kita amalkan sunnahnya? Persoalan ini saya ajukan pada diri saya sendiri. Malu untuk menjawab, tapi hakikatnya, memang sangat sikit pengetahuanku tentang sirah nabi.

Sahabat semua, marilah sama-sama kita gunakan masa yang Allah bagi ni untuk kita dalami dan fahami sirah nabi. Di saat semua orang berusaha untuk mengenali ikon-ikon dan bintang-bintang hiburan, biarlah kita antara yang berusaha untuk lebih mengenali Nabi Muhammad SAW. Saya tak pandai bermadah bicara, tapi saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sahabat semua untuk BACA buku berkenaan sirah agar sama-sama kita tingkatkan kecintaan kita semua pada baginda.

Dan, dan, saya juga nak anda luangkan masa untuk menonton Halaqah Sentuhan Qalbu, tajuk Ikon, anda klik je ye. Mengalir air mata jernih ini melihat video ini. Amat terkesan hati ini, atas kealpaanku. Ya Allah, aku amat mencintai RasulMu.....

Monday, October 4, 2010

susahnya tak reti drive...

Sekarang pukul 5.10 petang. Umi dan adik-adikku semua tak balik lagi. Biasanya, dalam pukul 5.30 petang balik la tu. Ingat hari ni nak ajak umi pergi pasar sebab barang-barang dapur dah sikit, ada je lagi sebenarnya, tapi saya ni tak suka nampak fridge tu kosong je. Hehe.. Tapi, kesian pulak kat umi, dah la umi puasa hari ni. Nanti over exhausted pulak umi nanti.

Kesian kat umi balik lewat petang hari-hari. Biasanya, lepas habis mengajar umi akan amik adik-adikku semua dari sekolah. Pukul 4 lebih camtu ambil adik dan lutfi dari sekolah. Budak-budak ni habis sekolah pukul 4, sebab sekolah kat ABIM, memang balik lewat. Pastu kadang-kadang kalau Hanif ada tusyen Kumon kena ambil Hanif dalam lebih kurang pukul 5, lepas tu ambil Imran pulak, ada extra class.

Semuanya umi kena buat sebab abah kerja jauh. Tapi kalau abah kerja kat area KB ni pun abah balik kerja lewat. Biasalah kalau dah namanya kerja kat hospital, patut keluar pukul 5 pun kadang-kadang kalau ada kes atau operation, lewat jugak balik. Umi pun tolong abah jugak kan. Bila la saya nak tolong umi dan abah pulak kan.

Kalaulah saya pandai drive kan, boleh saya tolong umi dan abah saya ambil adik-adik dari sekolah. Kalaulah saya pandai drive boleh saya pergi je mana-mana saya nak, nak beli barang ke, nak pergi rumah nenek saya ke, nak jalan-jalan ke kan. Tak perlu menyusahkan umi dan abah nak hantar saya.

InsyaAllah, kalau sem depan saya ambil subjek UNGS, maknanya, start hujung bulan Februari sampai awal bulan Julai saya akan cuti. Wooo, lama kan. Sebabnya, bulan 7 tu baru boleh masuk kampus UIA kat Kuantan tuh. Huh, lambat lagi la nampaknya ambe nak buat degree. So, masa cuti lama-lama tu saya nak buat lesen, tak nak dah jadi orang yang tak pandai drive ni. Susah....

Abah, kakak nak keto ni buleh, black one, tok se colour lain??? **wink**
~koya la trah, mace la abah nok wi..hehe~

Sunday, October 3, 2010

maher zain @ malaysia


Haa, buat peminat Maher Zain ini dia! Tahu kan dia datang Malaysia. So, ini lebih kurang macam schedule dia lah. Oleh sebab saya ni dah ada kat Kelantan, so melepas lah nak tengok Maher Zain live. Tapi, still dapat tgk live kat tv kan. Kat IKIM pun ada. So, sebab sekarang ni tengah free dok kat rumah, bolehlah saya luangkan masa dengar radio+tengok Maher Zain ni kat tv kan...

notakaki :: suka sangat dengar lagu Maher Zain ni. Memang best lagu dia, paling penting lirik dia bukan melaghokan kita. Bagus Maher Zain ni, guna suara untuk berdakwah...

Saturday, October 2, 2010

oh remaja perempuan...

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat kes remaja perempuan lari dari rumah. Saya nak highlightkan remaja PEREMPUAN. Sebab apa? Sebab kalau lelaki lari dari rumah saya tak kisah. Mungkin remaja lelaki tersebut akan dikira anak derhaka sebab lari dari ibu bapanya, tapi dia tak akan ada risiko lain, i mean risiko yang dia mungkin dicabul atau dirogol sebab dia LELAKI. Tapi, kalau remaja permpuan yang larikan diri jauh dari keluarga, dia macam saja-saja nak mendedahkan diri dia dalam bahaya.

Ada satu hari, umi cerita kat saya, ada seorang pesakit yang abah rawat ni, pak cik la, usia pun dah tua dah. Pak cik tu ada internal bleeding disebabkan kemalangan. Alkisahnya macam ni, anak dara dia hilang, lari dari rumah la, dah beberapa hari dah, jadi, pak cik tu dan isterinya pun berusaha la untuk cari anak dia ni. Yelah kan, ayah dan ibu mesti la risau anak dara tak balik rumah beberapa hari dah. Pak cik tu naik motosikal, dan terlanggar objek keras(tak ingat dah apa, abah ada cerita hari tu), so, pak cik tu dibawa ke hospital dan ditakdirkan abah yang rawat dia. Kesian kat pak cik tu bila saya dengar umi cerita, dan geram pulak rasa kat anak daranya tu.

Mungkin ada yang rasa kes seumpama ni jarang berlaku sebab mugkin selalu berada dalam zon selesa, yang surroundingnya mungkin orang-orang baik belaka. Tapi sebenarnya, banyak sangat perkara seumpama ni berlaku. Mungkin kat kampung kita, mungkin ada saudara kita yang macam ni, dan banyak lagi la. Remaja perempuan sekarang ni macam dah tak ada kesedaran untuk menjaga maruah diri sendiri. Ada di antara mereka yang lari dari ibu bapa ni ikut teman lelaki. Lelaki yang bukan muhrim itu lebih mereka percaya untuk menjaga mereka dari ibu bapa mereka sendiri. Oh muslimat yang kusayangi sekalian, ingatlah pepatah, habis madu sepah dibuang. Mereka bukan dambakan anda, mereka bukan ingin menjaga anda, tapi merekalah yang membinasakan masa depan anda. Jangan, jangan mudah percaya akan lelaki walau lelaki itu nampak tersangatlah baik sebab akan ada syaitan yang selalu membisikkan kata-kata jahat di telinga lelaki itu yang akan menaikkan nafsunya.

Jagalah diri anda, sayangilah diri anda. Mungkin suara saya di sini tak didengar oleh gadis-gadis di luar sana, tapi, blog inilah wadah pada saya untuk luahkan apa yang terbuku di hati. Remaja hari ni teruk sangat, saya tak kata saya baik sebab saya pun insan hina yang punya banyak kekurangan. Tapi, sekarang ni macam mereka dah tak ikiut apa yang dianjurkan Islan. Auratnya entah ke mana, ikhtilat dengan muslimin apatah lagi, menggedik-gedik untuk menarik perhatian lelaki, solatnya entah ke mana. Entahlah, saya pun tak berani komen lebih-lebih. Tak tahu siapa yang patut disalahkan.

Tapi apa yang pasti. Dengan mendalami agama saja yang boleh membawa mereka ke jalan yang benar. Sebab dengan mendalami agama, insyaAllah, mereka (dan saya juga) akan bertambah cinta pada Allah dan rasulNya. Dengan cintanya kita pada Allah dan Rasulullah, kita akan mengikut segala apa yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dan, selamanya kita akan berada di landasan yang benar.

Sama-samalah kita muhasabah diri kita.......

notakaki :: Sedih bila saya taip 'remaja melayu' di Google, semuanya pasal benda yang pelik-pelik. Bila tekan image, lagi takut. Terus saya tutup page tu. MasyaAllah, apa nak jadi dengan bangsaku. Inilah yang jadi bila pemimpin negara terlalu mementingkan bangsa, dan langsung tidak mementingkan agama. Ingat, dengan ajaran ISLAM sahaja yang boleh membawa manusia ke jalan yang benar. Bukan dengan fanatik bangsa. Ingat, Khilafah Islamiyah pun runtuh sebab ada negara yang fanatik bangsa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com