Tuesday, June 7, 2011

perlu kreatif


Dalam menyampaikan mesej Islam, kita perlu kreatif. Kita perlu berdepan dengan pelbagai golongan, jadi kita tak boleh menggunakan cara yang keras dan kasar, dan agak menekan.

Kita perlu kreatif dalam menyampaikan mesej. Bukan hanya pandai menghentam. Kita agen pendorong. Dorong mereka untuk membuat kebaikan, untuk amalkan Islam yang sebenar.

Kadang-kadang, dalam kalangan kita, kita pandai bercakap. Bercakap soal dakwah, bercakap pasal cara kembangkan Islam. Tapi dalam masa yang sama, kita hanya berkawan dengan golongan 'baik-baik', golongan yang sudah sedia faham tentang Islam. Dalam masa yang sama juga, kita memandang prejudis terhadap mereka yang kita anggap 'jahat' dan 'tak baik'. Dalam masa yang sama, kita hanya pandai menghentam dan cakap belakang. Bukan berkawan dan secara halus membawa mereka ke jalan yang betul.

Contohnya dalam isu couple dan isu aurat. Mereka ramai yang sedar couple itu bobrok, rosak, negatif, tidak molek, mendekati zina dan seribu satu keburukan yang lain. Begitu juga isu aurat. Mereka tahu yang hanya muka dan tapak tangan yang dibenarkan dizahirkan pada umum. Mereka tahu yang berdosa kiranya mereka membuka aurat mereka. Mereka tahu kedua-duanya adalah dosa, dan dosa ini akan dibalas di akhirat sana.

Tetapi untuk bertindak, mereka naif. Lemah. Tak mampu. Adakala, perlukan masa untuk mengumpul kekuatan dan berubah.

Justeru, beri dorongan. Jangan hanya tahu menghentam.

Kita sebagai golongan yang tahu, beri dorongan pada mereka. Jangan hanya tahu menghentam kerana dengan ini mereka mungkin lebih akan tersasar lebih jauh dari landasan yang sebenar. Jangan hanya reti menghentam, tanpa langsung kita mendekati mereka.

Tertarik dengan apa yang diucap oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, yang ada menyebut tentang kreatif dalam berdakwah ini. Beliau memberi contoh Ustaz Azhar Idrus, yang mendapat anugerah Tokoh Anak Muda baru-baru ini. Cara dakwah Ustaz Azhar memang tersangat kreatif, hinggakan boleh menarik golongan mat rempit, golongan free hair, dan bermacam golongan lagi yang kita anggap 'jahat' untuk duduk mendengar ceramah ustaz. Ceramah ustaz juga dilihat oleh ribuan orang di YouTube.

Kalau anda selalu buka wall Facebook Ustaz Azhar, ratusan orang akan bertanyakan soalan di wall ustaz. Dan, apa yang menarik, ustaz akan menjawab persoalan tersebut, even tak semua sebab mungkin ustaz busy. Siapa kata Fcebook tak bermanfaat? Cuma cara kita mengendalikan la yang membezakan ia bermanfaat atau tidak.

Secara peribadi, memang saya amat mengagumi cara yang digunakan Ustaz Azhar. Satu cara yang mampu menarik pelbagai golongan serta lapisan masyarakat untuk mendengar, sekaligus menyentuh hati-hati yang mendengar. Ceramah Ustaz Azhar juga mampu menarik ribuan pendengar untuk setiap sesi ceramah. Saya dan keluarga sudah 2 kali berkesempatan mendengar ceramah ustaz secara live, satu di Masjid Kg. Chekok dan satu di Masjid Kg. Sireh. Ribuan yang hadir. Hinggakan jalan jam serta perlu parking kereta jauh-jauh.

Sangat suka melihat fenomena seperti ini. Ramai yang menghadiri majlis ilmu, yang mana kita sudah sedia maklum, melawati majlis ilmu umpama melawati satu daripada taman-taman syurga.

Satu lagi saya suka cara yang digunakan oleh Aiman Azlan, dengan menyebarkan mesej dakwah melalui vlognya. Di YouTube, videonya dilhat oleh puluhan ribu orang. Memandangkan dia menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium, videonya juga boleh ditonton dan difahami oleh non-Malay. Walau usaha ni nampak kecil, tapi pada sesetengah orang, ada impak besar pada diri mereka. Antara videonya adalah seperti yang di bawah. Jom la tengok!


Sama juga dengan video-video yang dihasilkan oleh Productive Muslim. Anda boleh lihat sendiri di YouTube. Mungkin ini lebih kepada cara dakwah alam maya. Ia penting. Sama penting dengan kita berdakwah pada keluarga dan juga sahabat secara face to face.

Berbalik pada tajuk asal. Dalam kita mendekati pelbagai golongan, cara pendekatan yang berbeza perlu digunakan. Lain orang, lain latar belakang. Mereka mungkin dari keluarga yang langsung tak mementingkan agama. Lalu kita datang dengan menghentam mereka kerana tidak mengamalkan agama, bukan sebagai agen menyebarkan mesej, pemberi semangat dan dorongan. Jadi, sampai bila mereka boleh berubah?

Berubah. Bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara drastik dan mendadak. Jadi, sebagai orang yang faham, kita berperanan sebagai pendorong serta pemberi motivasi.

Its all about attitude and perception. Jangan pernah rasa kita ni terlalu baik hinggakan memandang orang lain jahat. Kita tak tahu pengakhiran kita bagaimana, husnul khotimah atau su'ul khotimah (nauzubillah). Mungkin orang yang kita nampak jahat akan bertaubat dan berubah menjadi baik di hujung usianya dan mati dalam husnul khotimah. Dan orang yang kita nampak baik akan berubah dan menjadi jahat di akhir usianya dan mati dalam su'ul khotimah.


Siapa kita untuk menilai orang lain. Pegang prinsip ni, 'Hate the sin, not the sinner'. Sebab kita benci 'the sin' itulah, kita tidak mahu dia teruskan dosa itu. Sebab kita sayang 'the sinner' itulah, kita tidak mahu saudara seakidah kita ini diazab di akhirat kelak. Bukan membenci 'the sinner', lantas membiarkan dia terus dengan 'the sin' yang dilakukan.

Jom jadi agen perubah! Walau usaha kita mungkin kecil, tapi insyaAllah usaha yang kecil inilah yang akan dikira kelak.

Mungkin tak layak bercakap soal ini, tapi sebenarnya tulisan ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com