Friday, June 3, 2011

Rejab

Tengah-tengah malam ni saya baru siap memasak juadah untuk santapan sahur esok hari. Agak lewat, yelah, kalau dah start masak lewat tak ke siap lewat lauk tu. Lepas masak, update blog, saat mereka semua ahli keluarga sudah lena dibuai mimpi.

Umi letih, mungkin sebab kami baru sampai dari KL semalam. Almaklumlah, umi tidak akan tidur dalam kereta sepanjang perjalanan, untuk menemani abah bawa kereta. Iyelah, kalau bawa kereta sorang-sorang tak ke mengantuk. Abah pula, balik KL je, pagi tu terus ada meeting di Hospital Kota Bharu rasanya. Letih oh, baru balik travel tetiba pagi-pagi kena meeting.

Rejab mendatang, insyaAllah kami sekeluarga bercadang menyambut kedatangan Rejab dengan berpuasa di 1 Rejab, biiznillah.


Rejab, Syaaban, Ramadhan. Alhamdulillah, kini kita memasuki Rejab. Beberapa puluh hari lagi, Ramadhan bakal tiba. Ya Allah, semoga kami berpeluang mendapatkan rahmahMu dalam Ramadhan. Ramadhan kali ini, bakal berpuasa penuh bersama keluarga tercinta di teratak kelahiranku ini.

Rejab, bulan yang penuh keberkatan. Maka, sama-samalah kita banyakkan istighfar, puasa, sembahyang sunat, membaca Quran dan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kita denganNya.


Sekadar ingin berkongsi dalil sunat puasa bulan Rejab, yang dikongsi oleh Ustaz Azhar Idrus di facebooknya. Syukran ustaz!

Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyyah dari bapanya atau bapa saudaranya yang menceritakan bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ia pulang. Setelah setahun berlalu ia datang semula bertemu Rasulullah, namun keadaan tubuh-badannya telah banyak berubah (sehingga Rasulullah tidak mengecamnya).

Lalu ia bertanya Rasulullah;Tidakkah kamu mengenali saya?”.
Jawab baginda; “Siapakah kamu?”.
Ia menjawab; “Saya adalah al-Bahili yang datang bertemu denganmu setahun yang lalu”.
Lalu baginda berkata kepadanya; “Apa yang telah mengubahmu sedangkan kamu dulunya seorang yang elok tubuh-badan/rupa-parasnya”.
Jawabnya; “Saya tidak menikmati makanan semenjak selepas saya berpisah dengan kamu (setahun yang lalu) kecuali di waktu malam sahaja”.
Lalu Rasulullah berkata kepadanya; “Engkau telah menyiksa diri engkau”.
Kemudian baginda berkata; “Berpuasalah pada bulan sabar (yakni bulan Ramadhan) dan satu hari pada setiap bulan”.
Ia menjawab; “Tambahkanlah kepadaku ya Rasulullah kerana aku sesungguhnya memiliki kemampuan”.
Baginda berkata; “Puasalah dua hari (setiap bulan)”.
Ia menjawab lagi; “Tambahkan lagi kepadaku”.
Baginda berkata; “Puasalah tiga hari”.
Ia menjawab lagi; “Tambahkanlah lagi”.
Kemudian baginda bersabda kepadanya; “Puasalah pada (beberapa hari dari) bulan-bulan haram dan tinggalkanlah (beberapa hari yang lain jangan berpuasa)….(baginda menyebutnya 3 kali)”.

Baginda bersabda demikian sambil ia menunjukkan tiga jarinya, kemudian ia menggenggamnya dan kemudian melepaskannya kembali”.

(Riwayat Imam Abu Daud)

Hadis ini menjadi dalil bahawa disyari’atkan berpuasa pada bulan-bulan Haram , namun demikian hendaklah jangan berpuasa pada keseluruhan hari atau sebulan penuh.


Sama-sama hidupkan Rejab, saat kita masih lagi diberi nafas olehNya.
Syair Arab ada menyebut: "Jangan katakan, umur masih muda... masih banyak kesempatan... tetapi renungkanlah berapa banyak anak kecil yang telah dikuburkan...?"

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com