Thursday, June 23, 2011

tulislah !


Tulis blog
Mungkin apa yang ditulis bisa mengetuk pintu hati-hati yang membaca
Mungkin apa yang dikongsi menjadi sumber inspirasi orang lain
Ya, memang kita tidak mampu memberi hidayah pada yang membaca
Tapi sekurang-kurangnya kita sedaya upaya berusaha untuk tulis, untuk berkongsi

Moga apa yang ditulis menjadi saham akhirat
Moga apa yang ditulis berguna di akhirat sana


Blog. Satu medium yang cukup baik bagiku untuk berdakwah. Ya, berdakwah. Ya, seorang daie. Ya, daie, daie, daie. Walau aku tahu tak layak untuk aku menggelarkan diri aku daie. Tapi, jika aku menunggu diri ini sempurna, aku rasa, tak mungkin aku akan sempurna, aku rasa, mungkin aku mati dulu sebelum aku bisa berdakwah pada hati-hati yang lain.

Ya, mungkin kita rasa kita tak sempurna. Masih tak cukup sempurna untuk berdakwah.

Tapi, cuba kalian lihat di luar sana, yang perempuan tak tahu perkara basic pun dalam Islam. Haid dan istihadhah tidak dapat dibeza. Mandi wajib ada yang tak reti. Ramai yang tak tahu yang tudung itu bukan hanya menutup kepala tapi juga menutup dada. Aurat itu bukan hanya memakai tudung tapi menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Couple bagi mereka perkara yang perlu sebelum bernikah. Di luar sana, gadis hanyut bersama boyfriend, bermesej siang malam, telefon sana sini, bercakap hal-hal yang seperti suami isteri. Rupanya, ramai yang tak tahu bahawa itu tak dibenarkan dalam Islam. Hal itu hanya dibenarkan selepas akad, tapi, ramai yang tak tahu, atau tahu, tapi tiada kekuatan untuk berubah. Ramai yang diragut daranya oleh lelaki yang bernafsu syaitan!

Di luar sana, lelaki yang sepatutnya menjadi imam bagi keluarga mereka kelak, menjadi sampah masyarakat. Solat tak terjaga, rokok menjadi perkara biasa, girlfriend keliling pinggang, keluar dengan anak dara orang sana sini, dekat-dekat maghrib keluar naik motor untuk racing, bukannya keluar ke masjid untuk solat berjemaah. Lelaki-lelaki yang aku harapkan jadi pembimbing pada anak dan isteri mereka, ROSAK! Maka, bolehkah anak-anak yang dilahirkan dari lelaki ini, yang akan menjadi ummah di masa hadapan mantap imannya andai ayahnya rosak dan menjadi sampah masyarakat.

Bila masuk hal suami isteri, lagi parah. Penceraian sana sini. Tak tahukah mereka yang cerai itu perkara halal yang paling dibenci Allah? Hidup berumahtangga bukan hanya hidup untuk berkongsi cinta dan kasih sayang, tapi tujuannya lebih besar dari itu. Suami menjadi imam pada isteri dan anak-anak, isteri menjadi penyejuk hati suami, suami isteri berusaha mendidik anak-anak yang akan menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah. Suami menjadi imam untuk membawa isteri dan anak-anak ke destinasi impian, syurga yang kekal abadi.

Kini, aku lihat, suami bermadu kasih bersama wanita lain di luar sana, si isteri mencari cinta yang baru untuk menggantikan cinta yang lama dengan lelaki idamannya yang lain, anak-anak terbiar, terbiar dengan ilmu Islam yang rapuh. Halal haram belakang kira, yang penting mencari sebuah 'keseronokan' dan 'ketenangan'. Makin mereka mencari, makin mereka jauh dari landasan iman, rupanya makin tidak tenang. Mereka ini, mencari ketenangan yang sebenar, ketenangan yang abadi.

Maka, bila anda lihat masyarakat yang seperti di atas, anda kata,
"Aku tak cukup ilmu untuk berdakwah. Aku bukannya orang baik".

Weh, dont give such lame excuses.

Umat Islam di luar sana sudah begitu teruk. Maka, adilkah bagi mereka jika anda masih menuggu diri menjadi sempurna, baru anda nak berkongsi ilmu dengan mereka di luar sana yang kering kontang ilmunya. Adilkah bagi mereka?

Ramai, ramai kalian yang seperti ini. Bukan hanya bercakap kosong, tapi itu melalui apa yang didengar dan dilihat. Yang sedihnya, mereka ini adalah umat Islam!

Jangan anda merasa selesa dengan keadaan yang mungkin anda rasa baik. Apa yang anda rasa baik itu mungkin hanya diri anda, keluarga anda, sanak saudara anda dan sahabat handai anda. Tapi cuba lihat masyarakat di luar sana yang mencari sebuah ketenangan.

Masyarakat Islam kini jauh, jauh sudah dari landasan sebenar. Maka, andalah yang bertanggungjawab.

Walau dengan tulis, berkongsi pengalaman diri tapi menyuntik elemen dakwah, tulislah.

Mungkin ada satu antara beratus-ratus follower anda itu, hatinya yang kering mencari sebuah ketenangan diketuk dengan apa yang anda katakan. Satu sudah cukup! Tak perlu semua ratusan follower anda. Satu ini sudah cukup!

Follower anda, bukan semuanya faham akan Islam. Bukan semuanya baik macam anda. Maka, berkongsilah, berusaha untuk menarik mereka yang jauh tersasar untuk membaca blog anda dan mungkin anda yang membawa mereka ke jalan yang benar.

Hanya dengan tulis. Mungkin mereka tak kenal si penulis, tak pernah bertentang mata dengan si penulis, tapi andai anda tulis dengan ikhlas, tulis dengan hati, insyaAllah anda bisa mengetuk hati mereka. Itu sudah cukup! Pahala yang anda dapat!

Hanya dengan tulis. Berkongsi perkara yang mungkin anda anggap remeh, tapi mungkin penting bagi mereka di luar sana. Maka, tulislah!

Jom jadikan blog sebagai medium dakwah. Tulislah dengan hati, anda bisa mengetuk hati yang membaca.

Blog yang nak sebar Islam, tak semestinya perlu dalam bentuk artikel dan sebagainya. Puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh, pengalaman pun boleh, gambar pun boleh, macam-macamlah.

Nampak? Jadi jom lah!


Terima kasih pada Atikah Madiah, walau aku tak kenal siapa dia. Terima kasih Izzati atas seruan ini.

Akhir sekali, terima kasih pada semua
yang sudi menjenguk blog ini.
Dunia aku. Pada yang tak sudi, silalah ke blog lain
yang jauh lebih bermanfaat.
Aku suka berkongsi, tapi tak rela jika orang datang,
membuat aku rasa tak selesa dengan duniaku sendiri.
Maaf sekali lagi ku ucapkan,
aku bukanlah manusia serba sempurna,
jauh sekali mengaku diri ini punya banyak ilmu.


Menulislah dengan mengingati Allah, moga pembaca akan mengingati Allah tatkala membaca blogmu. Moga ada nilainya blogku ini di sisiNya.


notakaki :: Hari ni nak buat birthday cake untuk Umi dan Lutfi. Dan, nak buat egg tart sebab Umi suka :)

notakaki :; Isna sudah sihat! Alhamdulillah :)

2 sila..silakan komen..:

ibtisamul mumtaz said...

perkongsian yang menarik tirah. it woke me up. i hope i will have more friends like you..(n_n"

athirahariffin said...

jejomz kita jadikan blog as platform utk berdakwah.

btw, i also love to have a driver, opsss, a friend like u! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com