Sunday, July 3, 2011

BERSIHkan akaun FB kita


Lepas Maghrib tadi, terbaca tentang bab Orang Yang Bijaksana Mengingati Mati dalam buku, Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada. Indahnya Islam, menyuruh umatnya mengingati mati agar umatnya selalu berhati-hati jika ingin melakukan sesuatu perkara.

Seorang sahabat daripada kaum Ansar bertanya kepada Rasulullah "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang pintar dan cerdas akalnya?"

Maka Rasulullah menjawab, "Perbanyakkan mengingati haazimatul lazzat iaitu mati"

Imam Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumuddin menegaskan, apabila kita banyak mengingati mati, kita menjadi semakin takut dan bersedia menghadapi kematian.

Ya, apabila kita sentiasa ingat akan mati, perkara yang pasti akan berlaku kepada setiap insan, maka setiap perbuatan kita akan kita sandarkan adakah ia baik buatku selepas aku mati kelak atau tidak. Segala apa yang kita lakukan di muka bumi ini walau sebesar zarrah pun akan dikira, samaada kebaikan ataupun keburukan.

Jadi, sama-sama kita muhasabah diri masing-masing. Bila terbaca bab mati ini, kadang-kadang rasa diri ini penuh berlumur dosa untuk menghadapi alam barzarkh kelak, untuk menghadapi hari selepas mati. Allah!

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


Bila buka Facebook, ada rakan-rakan di FB dan blog yang berkongsi tentang satu artikel yang sangat menarik, artikel tentang kaitan FB dan mati. Memang tepat pada masa. Jom baca!

*************************

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan da selamat beramal


notakaki :: Imran dah selamat belajar di KMB, moga Imran ingat pesan kakak. Amir ada kursus BTN seminggu. Makin sunyi rumah.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com