Sunday, July 17, 2011

mati dalam perjuangan


Balik dari KELCHEFF, terus buka fb, dan tengok status fb Tok Guru Nik Aziz Nik Mat,

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya."

Sebenarnya, petang tadi sebelum ke KELCHEFF, saya telah dapat mesej dari ex roomate, Zaleha akan berita ini. Tapi, tak lama selepas itu, ada mesej yang mengatakan ianya hanya khabar angin. Rupanya, malam ini, bila tengok status Tok Guru, ianya adalah berita yang benar. Dr. Lo'lo Bt Mohd Ghazali telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.13 malam. Dr. Lo'lo ni merupakan senior umi masa di Sri Puteri, seorang srikandi wanita yang hebat memperjuangkan Islam.

Masa dalam kereta petang tadi, bila saya inform kat abah yang Dr. Lo'lo telah kembali ke rahmatullah (even masa petang tu berita ni khabar angin sahaja), abah terus cakap,

"Dia mati dalam perjuangan kakak, insyaAllah mati dalam kebaikan (husnul khotimah). Kita ni tak tahu lagi mati macam mana."

Allah, air mata mengalir. Tiba-tiba terfikirkan bagaimana keadaan matiku kelak?

Dah la sebelum tu, maksud saya, sebelum dapat mesej dari Zaleha, saya dan abah tengah dengar ceramah dari Ustaz Shamsuri dalam kereta abah. Intipati ceramah mengenai mati.

Ustaz bercakap mengenai sebuah hadith sahih. Di hari kiamat kelak, bila semua proses hisab telah dijalankan, yakni semua manusia telah tahu tempatnya di neraka atau di syurga, akan ada seekor kambing yang akan disembelih, dan kambing itu simbolik kepada kematian. Bila kambing ini telah disembelih, maksudnya tiadalah kematian selepas itu. Mati sudah mati. Maksudnya, di akhirat kelak, manusia tidak akan mati lagi, manusia akan hidup selama-lamanya.

Dan, meranalah manusia yang tempatnya di neraka. Dan, bahagialah manusia yang tempatnya di syurga.

Ustaz juga ada berkata, andai kita tersalah pilih jalan hidup kita di dunia ini, tak guna menyesal lagi selepas kita sudah mati.

Allah, memang kena pada masa. Mungkin Allah mahu mengingatkan aku agar berhati-hati dengan dunia. Pandai-pandailah kita membuat pilihan yang bijak agar kehidupan kita kekal bahagia di syurga yang abadi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada keluarga arwah YB Dr. Lo' lo'.

Telah pergi sekuntum bunga yang sedang berkembang mekar dan mewangi di taman jihad. Almarhumah Dr Lo' Lo', semoga Allah merahmati beliau. Sesungguhnya beliau telah pergi bersama dengan jasa dan kebaikannya, kita juga akan menyusul dengan amalan-amalan kita.

Perginya diiringi doa jutaan pencinta islam insyaAllah.


notakaki :: Semalam eti dan jibah datang gerai. Jumpa jibah selepas lama tak jumpa. Dengar cerita dari jibah mengenai coursemates di UTP dulu. Rupanya, banyak yang dah berubah. Hurmmmm... Kadang-kadang miss jugak UTP, tempat yang pernah kududuki dulu :)

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com