Sunday, August 14, 2011

buka puasa


Hari Jumaat, buka puasa rumah mek dan ayoh di Telipot. Belah umi. Bawa nasi kerabu dan puding karamel dari rumah dan makan di rumah mek. Mek dan ayoh duduk berdua je. Sedih kan, hujung minggu baru sempat kami melawat mereka. Umi cakap, nanti umi tua-tua pun macam ni jugak. Sedih tetiba~ Sebab tu la saya berazam nak tinggal di Kelantan walau dah punya keluarga sendiri. Doakan eh!

Hari Jumaat jugak, berlaku satu peristiwa yang sangat membuat hati saya sebak. Sebelum bermulanya kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, ada seorang non-Muslim minta untuk masuk Islam kepada penceramah (biasanya Tok Guru, tapi hari tu Tok Guru tak datang, penceramah hari tu Ustaz Nasaruddin, speaker parlimen Negeri Kelantan).

Sebak. Kali pertama melihat non muslim mengucapkan syahadah di depan mata. Moga Allah meberkati muallaf itu. Alhamdulillah, Allah bagi dia hidayah, dan kita, jangan pernah putus berdoa agar selalu diberikan hidayah dan taufik olehNya.

Moga Allah makbulkan doa yang dipetik dari Surah Ali-Imran ayat 8 ini,

Rabbana la-tuzigh qulubana ba'da idh-hadaytana wa-hab lana mil-ladunka rahmah, innaka antal-wahhab
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi"

Hari Sabtu, bercadang nak buka puasa di rumah Mok. Belah abah. Dari tengahhari sampai petang shopping di KB Mall, shopping barang-barang untuk Amir bawa ke Kanada sebenarnya. Sambil menyelam minum air la, shopping barang raya sekali. Ramai sangat orang!

Tak sempat masak. Beli lauk je. Ini first time dalam bulan Ramadhan makan makanan bukan air tangan sendiri. Eh, second time kot, sebab ada sekali tu berbuka di Qaryah Ramadhan :)

Tapi, dalam bulan ni, tak sempat lagi buka puasa dengan Imran. Dia memang tak boleh buka puasa di rumah Ramadhan ni. Pelajar KMB dibenarkan balik 26 Ramadhan, masa tu kami akan bertolak ke KL untuk hantar Amir, yang akan bertolak ke Kanada 28 Ramadhan. Tiba-tiba aku jadi sebak. Umi cakap, memang tak sabar nak raya, tapi bila fikir balik nanti raya Amir dah tak ada di Malaysia.

Inilah bila semua dah besar. Dan hari ke hari kita akan makin besar, bukan makin kecil. Aku rindu suasana berbuka dan bersahur masa kecik. Rindu suasana Ramadhan masa kecik-kecik dulu.

Dan, buat adik-adikku, betapa umi selalu sebut tentang kalian padaku, dan doaku moga kalian jadi penyejuk mata umi abah.


notakaki :: Lagu Welcome Ramadan by Mishary Rashid sangat menyentuh hati.

2 sila..silakan komen..:

husnataqwa said...

ibu kak husna, kat rumah takde sorang pun klo kak husna takde. dah 3 tahun depa puasa berdua. tahun ni bertuah sket sebab kak husna ada.

besar kan pengorbanan mereka.
membesarkan anak mereka. dan sanggup ditinggalkan tanpa sebarang kata nafi. masya ALLAH.
hati ibu mmg BESAR.

moga ALLAH membalas jasa ibu dengan SYURGA.

Ameeen..... =)

athirahariffin said...

insyaAllah kak :) Moga jannah tempat mereka nanti.

betul, kalau fikir balik, sedih pun ada. trah ni adik kecik2x lagi pun, lepas ni mereka semua besar2x nanti akn masuk asrama, pergi u dan kerja.

tp kalau kumpul semua cth masa ray mesti ibu kak husna happy kan. dah la adik beradik ramai, mesti meriah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com