Saturday, August 20, 2011

please, donate!


PLEASE WATCH THIS! Tolonglah mereka. Meja kita penuh makanan, ada orang kebuluran. Cuba bayangkan macam mana saudara seakidah kita di Somalia berbuka. Kita, hari-hari makan makanan sedap, lauk dua tiga jenis atas meja, siap ada pencuci mulut lagi. Mereka? Sedih sangat kan.



Hulurkanlah bantuan. Senang je, ambil no akaun ni, pergi bank dan masukkan duit.

562142708704 (Maybank) atau 12590000804058 (CIMB)

Rasa terpanggil untuk berkongsi lepas lihat kesengsaraan mereka ni. Lebih-lebih lagi, bila fikirkan saudara Muslim kita di sana. Lagi-lagi sekarang ni bulan pose dan menjelang Syawal dah ni.

Jadikan sedekah itu satu amalan. Ambil berkat bulan Ramadhan ni bantu mereka. Dalam satu hadith, dikatakan sifat kedermawaan Rasulullah pada bulan Ramadhan ni melebihi angin yang berhembus.

Boleh tekan SINI untuk ke page Islamic Relief Malaysia, badan yang bertanggungjawab mengutip derma untuk Somalia.

Juga boleh ke page
INI. Saya dapat tahu tentang ini di page inilah.


notakaki :: Tengok ayat 261 Surah Al-Baqarah untuk motivatekan diri anda untuk menderma. Pelaburan akhirat ni :)

notakaki :: Dapat mesej dari kawan yang masih berada di CFS IIUM, katanya, Ustaz Muhadir, guru talaqqi di CFS IIUM suruh fokus ibadah more on malam ke 21, 27 dan 29. Lipat gandakan ibadah. Orang alim dapat instict lailatul qadr will be on that day.
Allahumar zuqnal lailatul qad fi hazihis sanati wa fi kulli sanah.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com