Wednesday, August 24, 2011

ulser mulut

Pernah kena tak? Sakit kan?

Kalau tak tahu apakah ia, silalah cari kat google ye. Geli sikit ulser mulut ni.

Dalam Ramadhan kali ni, rasanya dah dua kali kena. Sakit taw. Biasanya dalam setahun pun jarang-jarang kena, tapi kali ini, dalam sebulan, 2 kali kena. Masa mula-mula time awal Ramadhan. Dan kali ini, nak masuk akhir Raamadhan ni.

Masa mula-mula hari tu (ni first time kena masa dok kat rumah), jadi abah bagi kapas bersama dengan Oral Aid, tapi macam tak berkesan sangat. Masa tu Bonjela tak ada.




Beberapa hari lepas tu, masih tak sembuh-sembuh lagi. Cumanya, mujurlah ada Bonjela masa ni.


Tapi, abah pesan, kumur mulut dengan air garam. Yaaaaaaa, malas sangat. Tu yang sakit sampai berhari-hari tu. Bila dah bengkak sangat tu, barulah nak dengar. Barulah berlari-lari ke dapur dan buat air larutan garam untuk berkumur. Itulah padahnya degil!

Tapi memang berkesan la kumur mulut dengan air garam ni, rasa bersih je mulut. Abah cakap buat ni untuk kita bunuhhhhh je kuman-kuman dalam mulut tu. Tak cukup serang kuman tu dengan Bonjela atau Oral Aid je.

Satu lagi benda yang dok bermain dalam fikiran saya ni, bolehkah pakai si Bonjela time puasa ni hah?

Sebab malu bertanya, saya tak tanya orang. Tu yang sesat tuh. Tu yang sakit sampai berhari-hari sakit dan makin membengkak sebab masa time puasa, saya tak pakai, cuma pakai waktu malam sahaja. Sebab apa? Sebab saya ingatkan ia akan membatalkan puasa saya.

Sebenarnya, satu tabiat saya bila buka Facebook ialah berjalan-jalan di page Ustaz Azhar Idrus. Satu hari, terjumpa juga jawapan ni. Ada yang bertanya di page ustaz dan alhamdulillah, ustaz sempat jawab soalan tu.

Ini jawapan kepada persoalan saya tu.


Ustaz cakap, boleh! For those yang kena ulser mulut time puasa ni, no need to worry anymore.

Itu je sebenarnya nak share :)


notakaki :: Banyak lagi sebenarnya benda yang aku jahil kan.

notakaki :: Jatuh cinta dengan Nouman Ali Khan. Bukan dia, tapi dengan kuliah dia. Carilah kat You Tube kalau nak tahu siapa dia. Antara kata-kata dia yang saya suka ialah,

"Islam is not about ‘we’re better than you’. Islam is about ‘let me show you something that is better for you’.

2 sila..silakan komen..:

Unknown said...

syafakillah. k ulser sbb mkn byk nih? :)

athirahariffin said...

jahat najah.. haha...
mace pehe2x pulok make byk time poso nih..
sakit taw ni..
nway, thanks eh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com