Monday, September 5, 2011

episod baru


Hari ini, akan bertolak ke Kuantan. Ya, akan menyambung pelajaran di UIA Kuantan. Semalam, pukul 3-4 pagi baru siap kemas barang. Berakhirlah sebah percutian yang sangat panjang. Sedih pun ada sebab nak tinggalkan rumah, yelah, berbulan-bulan bertapa di rumah mana tak rasa sedih. Entah kenapa, rasa sangat berdebar untuk memulakan kehidupan baru di Kuantan.

Ya, saya pernah gagal. Masuk UTP dengan result trial SPM, tapi selepas 5 bulan di UTP, saya memilih untuk keluar. Kenapa? Sebabnya tak tahan dengan suasana yang sangat stressful dan juga kerana agak tidak selesa dengan keadaan di mana dalam course yang saya ambil, iaitu Mechanical Engineering, hanya 10 orang pelajar wanita dalam kelas lecture yang ada 130 orang pelajar lelaki. Dah la diri ini tak biasa dengan pelajar lelaki, sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah berada di sekolah yang semuanya perempuan. Juga memikirkan tentang kerja. Untuk mechanical ni, akan bekerja dengan mesin, dan akan berada di plant (pelantar minyak). Bila bercakap panjang dengan akak usrah dan juga seorang senior yang juga mengambil jurusan Mechanical Engineering, saya mengambil keputusan untuk keluar UTP. Sungguh, UTP meninggalkan seribu satu kenangan manis yang sangat berharga buat diri ini.

Tidak lupa juga istikharah. Ya, akhirnya saya ke UIA. Masa itu, mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam Biological Science. Sungguh, saya amat sedih tika itu kerana saya berharap untuk menyambung dalam bidang Dentistry. Selepas TAWE, alhamdulillah saya berpeluang menukar course ke Dentistry. Saya juga ditawarkan untuk membuat pengajian satu tahun sahaja, berbanding tempoh biasa student matrix UIA 2 tahun. Tapi sekali lagi, selepas semester 1, saya give up dan memanjangkan tempoh pengajian ke 2 tahun. Bila fikir balik, saya rasa menyesal, tapi pada masa yang sama, jika saya meneruskan juga pengajian 1 tahun, rasanya, tak akan bertemu dan berpeluang untuk bersama sahabat seperjuangan dan merasa pengalaman yang amat manis bersama mereka.

Ya, barulah saya tahu, semuanya ada hikmah. Ya, kadang-kadang kita hebat merancang dan meminta itu ini dengan Allah, walhal itu bukan yang terbaik buat kita.

Sekali lagi saya diuji. Ini juga mungkin kerana kegagalan saya menguruskan masa dan kegagalan saya untuk belajar secara 'smart'. Ini satu berita yang amat menyedihkan, tapi saat menerima berita ini, tiada satu pun air mata yang mengalir. Ya, saya redha dengan ketentuanNya, dan secara perlahan-perlahan saya belajar untuk menerima bahawa mungkin ini yang terbaik buat saya. Saya ditawarkan untuk meyambung pelajaran dalam Biomedical Science, bukan dalam bidang Dentistry.

Saya tak tahu pun apa itu Biomedical Science. Skop belajar orang kata sama macam Medic, tapi saya masih ragu dengan skop kerjanya. Senior kata, kalau nak switch ke Medical pun boleh, cumanya masa pengajian ditambah lagi 2 tahun, maknanya, akan belajar 6 tahun. Oh, memang tak akan kot sambung ke Medical. Perancangan saya, saya ingin menyambung Master dan PhD. Dan saya juga telah buat survey melalui internet universiti-universiti yang menawarkan untuk menyambung pengajian Master. Ya, itu bukan mudah, tapi itu tak mustahil kan.

Impian tak akan tercapai kalau saya sendiri yang memilih untuk gagal. Saya harus eh tak WAJIB berusaha bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik dan dapat CGPA terbaik!

Pernah satu hari dengar ceramah motivasi daripada Dr Muhaya di Radio IKIM. Katanya, untuk kita berjaya, jangan kisahkan sangat apa orang nak kata. Dulu, semasa dia belajar degree, orang kata Dr Muhaya ni seorang yang ulat buku, hanya kenal buku sahaja sebab dia memang seorang yang rajin menelaah. Tapi, kata Dr Muhaya, jangan kisahkan sangat apa orang nak kata sebab kita tahu kita ada misi dan visi yang jelas. Dr Muhaya tahu jika dia tak belajar bersungguh-sungguh dan menjadi ulat buku seperti mana yang diperkatakan, dia tak akan berjaya sebagaimana dia sekarang. Yes, she is one of my idol :)

Bila lihat kawan-kawan dan adik sendiri fly ke negara orang, merantau jauh untuk menuntut ilmu, ada rasa la jugak terkilan sebab diri ini tak belajar bersungguh-sungguh. Ya, bukan senang mereka nak capai apa yang mereka dapat, mereka berusaha dengan sehabis mungkin baru mereka dapat merasa kejayaan yang mereka rasai sekarang. Dan, masih tak terlambat lagi untuk diri ini juga meraih kejayaan sama seperti mereka. Cumanya, attitude perlu diubah. Mindset juga perlu diubah. No longer mindset yang mengatakan aku ni tak mampu untuk buat sebagaimana orang lain buat.

Sahabat, andai kamu sayangkan saya, bantu saya untuk berjaya dunia akhirat. Bantu saya untuk saya membanggakan dan membalas jasa umi abah, dan paling penting, berjasa untuk Islam tercinta :)

Rasanya itu sahaja coretan ringkas dari diri ini. Buat yang pernah merasa episod kegagalan sebagaimana yang saya alami, jom kita mulakan lembaran kehidupan yang baru. Jom kita berjaya untuk Islam!

Lepas ni akan rindu umi abah dan juga adik-beradik, tak lupa juga, akan rindu untuk bermain denagn eca. Ya, ingat lagi tak kucing yang aku takut tu, sekarang dah baik dah. Tak takut kucing dah. Eca pun sekarang hari-hari tidur dengan aku.



Lepas ni akan merasa minggu orientasi yang dinamakan TAWE (Taaruf Week) di UIA Kuantan. Kali ketiga merasa minggu orientasi di alam universiti, pertama, di UTP, masa Minggu Haluan Siswa, kedua, di CFS, juga dinamakan TAWE, dan yang ketiga, di UIA Kuantan :)


notakaki :: Orang-orang yang berada di rumah, sila jaga eca baik-baik !

2 sila..silakan komen..:

adilah said...

kawan pijah kah??

Anonymous said...

please, do tell me more about bio sc...^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com