Saturday, November 26, 2011

1433 H


Alhamdulillah, pukul 4 petang, kami selamat sampai di Tabarri yang tercinta. Walau tak sampai 24 jam kami berada di program Khalifah Training, tapi rasa terbaiklah program tu. Rugi sape tak pergi~ Malam ni kena tidur awal sebab sangat letih dengan Jungle Trekking pagi tadi, bermandi lumpur segala bagai.

Oklah, waktu maghrib dah pun berlalu, maknanya kita berada dalam awal tahun yang baru, 1 Muharram 1433 H. Moga tahun baru ini, kita lebih bersemangat untuk mencapai visi dan misi kita demi kejayaan dunia, dan yang paling penting, kejayaan yang kekal abadi di dunia akhirat sana.

Pagi tadi ada ceramah dari Ustaz Uwais Al-Qarni, iaitu ustaz talaqqi di UIA Kuantan. Ustaz ada cakap, sesiapa yang berpuasa pada sehari sebelum masuknya Muharram dan juga pada 1 Muharram, maka ganjarannya ialah, puasa 2 hari ini akan jadi kafarah dosanya selama 50 tahun dia hidup di muka bumi. Allahuakbar! Besar kan ganjarannya. Saya baru je tahu tadi, sebelum ni tak tahu pun.

Kalau bercakap pasal Awal Muharram, mesti ramai yang akan teringatkan kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Hakikatnya, Nabi berhijrah pada akhir bulan Safar, iaitu bulan kedua dalam kalendar Islam. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

Tapi berapa ramai yang ingat, kerana hijrah Rasulullah itulah, negara Islam Madinah terbentuk. Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Kuasa pemerintahan sangat penting dalam usaha dakwah mengembangkan Islam itu sendiri.

Kerana negara Islam inilah, dakwah Islam pesat berkembang. Islam pernah menawan 2/3 dunia suatu masa dulu. Sangat gah kan. Sangat hebat. Kerana pesatnya Islam berkembang ke serata dunia, nenek moyang kita memeluk Islam dan kerana itu jualah, Iman dan Islam milik kita hari ini. Alhamdulillah atas nikmat kurniaan tersebut.

Sekarang ni, berapa ramai antara kita yang menidakkan pembentukan negara Islam. Ramai sangat-sangat kan. Kata mereka, Islam tu tak ada kaitan lansung dengan kuasa pemerintahan. Pelik kan? Tapi setiap kali Maal Hijrah, mereka menyambutnya secara besar-besaran tanpa tahu apa makna tersirat di sebalik hijrah Rasulullah yang tercinta.

Moga suatu hari nanti, ramai yang akan lebih faham pentingnya mereka yang memahami Islam ni menguasai pentadbiran, dan tak mustahil, suatu hari nanti, mereka yang memperjuangkan Islam akan menang jua.

Oklah, rasanya tak mahu berceloteh panjang. Hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah itu sudah lama berlalu, namun banyak ibrah yang dapat kita ambil. Baca, kaji dan ambil ibrah dari setiap sirah Rasulullah. Saya sendiri pun, banyak sangat lagi sirah Rasulullah yang saya tak baca. Sedih kan? Kita selalu cakap kita sayang Rasulullah tapi kita jarang nak luangkan masa dalami sirah Baginda. Allah~~

Moga tahun baru ini membawa sinar baru dalam hidupku. Berilah aku kekuatan untuk menempuh dunia ini Ya Allah.

Buat Izzati, moga kita sama-sama menempuh alam 4 tahun di bumi Kuantan ini. Saling menguatkan antara satu sama lain, mengejar misi dunia juga akhirat ok!


notakaki :: Bercerita panjang dengan si dia. Si dia yang baru delete blognya. Cerita tentang hidup masing-masing. Seronok :0

notakaki :: Esok ada talk oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan di Lecture Hall 2, Kuliyyah of Allied Health Science, bermula pukul 8.30 malam hingga 11 malam. Silalah datang memeriahkan majlis ilmu ini ok!

2 sila..silakan komen..:

Nur Atikah said...

sangat teringin untuk turut serta berada dalam majlis ilmu tersebut. :')

athirahariffin said...

kat mesir mesti lagi byk kan..

kat uia ni byk sgt kot, atas kita je yang nak g ke dok.

Dr Azhar Mulkan tu sgt best, informative yet full of sense of humour. ni saim ak cerita la.

cant wait for tonite's talk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com