Monday, January 23, 2012

ketika bertemuNya



Ihfazillah yahfazka. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Macam mana nak jaga Allah? Caranya jaga solat. Paling kurang pun, 5 kali sehari, wajib kita berada di tikar sejadah untuk menunaikan solat yang fardhu. Itu tak masuk yang sunat kalau rajin buat kan.

Muhasabah diri seketika, saat kita bertemuNya, adakah hati dan fikiran kita benar-benar khusyu'?

Ini tips hasil dari perkongsian seorang rakan yang mendengar ceramah di TV AlHijrah. Ni buat saya makin sayang channel tu :)

Jom sama-sam kita amalkan. Ini pesanan khas buat diri yang menulis. Pesanan buat hati dan diri ini. Moga bermanfaat!

Tips mendapatkan khusyu' dalam solat :

1) Setiap jam, luangkan masa, walau 10 saat untuk berzikir. Sila setkan alarm anda. Itulah gunanya phone anda yang canggih-manggih tu.
2) Ketika berwudu', bayangkan keadaan di hari kiamat. Sambil berdoa.
3) Beli baju khas HANYA untuk solat.
4) Beli minyak wangi khas HANYA untuk solat.
5) Perlahankan pergerakan solat untuk menghayatinya.
6) Lelaki, solat di masjid. Perempuan, solat tepat pada waktunya.


~ Sewaktu angkat takbir, tinggalkan dunia di BELAKANG, bayangkan keadaan KIAMAT depan mata ~



notakaki :: Reunion Naim batch SPM 2008 @ tempat biasa kami berkumpul. Can't wait to see them!

notakaki :: Alhamdulillah, pada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk mengikuti ceramah maulid Syaikhuna Ustaz Muhadir di radio IKIM haritu boleh download dan dengar di SINI. Tajuknya, Rahsia Hari dan bulan maulid Nabi صلى الله عليه وسل.

2 sila..silakan komen..:

A-F said...

istilah 'jagalah Allah' lebih sesuai dan tepat ditukar kepada 'jagalah hubungan dengan Allah'. istilah 'jagalah Allah' boleh membawa kepada salah tafsir yang Allah memerlukan ibadat kita. jika semua orang di dunia ini kafir, kerajaan Allah tidak akan berkurang sedikit pun.

athirahariffin said...

jagalah Allah tu ditranslate dari ihfazillah. jagalah Allah bermaksud kita jaga hak-hak Allah. segala hak-hak Allah yg Dia minta kita tunaikan ni bukan kerana Dia tak mampu, tapi semuanya untuk kebaikan kita. kalau kakak x silap, phrase ni dari hadith Nabi.

tenkiuuu for dropping ur comment. yup, for certain people, mgkin akan tersalah tafsir, tapi phrase, "jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu" tu dari perkataan "ihfazillah yahfazka".

kakak pun tahu words ni dari kawan kakak. she likes to use this phrase. n i trust in her :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com