Friday, May 4, 2012

cerita dari lecturer

Pagi tadi, lecturer Biochem baru ajar kami. Namanya Dr. Ridhwan. A nice and handsome guy. Bagus lecturer ni, banyak kali ingatkan kami untuk baca Surah Al-Kahfi hari ni. Maklumlah, sunnah kan baca surah ni hari Jumaat kan.

Suka dengar cerita beliau tadi. Saya saya tiba-tiba rasa terinspire. Entah kenapa. Tadi, beliau bercerita, yang beliau merupakan antara batch pertama yang ambil bidang yang saya ambil sekarang, iaitu BioMedical Science. Tapi, beliau belajar di Universiti Of Nottingham, bukan di tanah air tercinta.

Bila dengar je beliau kata yang beliau belajar di UK, mata dan telinga saya terus fokus. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu yang beliau menyambung pengajian selepas Degree pun di UK ( Master dan juga PhD). Bertuahnya beliau dapat jejakkan kaki ke sana kan. How i wish to be there.

Kata beliau, berada dalam bidang BioMedical ini, kita boleh bergerak jauh. Jangan kisahkan apa yang orang cakap, kerana mereka tak tahu apa sebenarnya bidang ini.

Teringat pula, hari Rabu yang lalu, saya ke bilik lecturer Physiology saya, namanya juga sama dengan lecturer Biochem yang saya ceritakan tadi, Prof. Ridzwan Hashim namanya. Lecturer yang sangat lucu dan baik. Orang Kelantan, jadi, sepanjang berada dalam biliknya, memang cakap Kelantan. Bila bercakap dengannya, teringat atuk saya (Al-Fatihah buat ayoh ).

Sebenarnya pergi ke bilik beliau untuk consult tentang term paper. Sepatutnya makan masa kejap je, tapi Prof ni banyak je ceritanya. Dari cerita masa di kampung beliau hinggalah cerita beliau di US, semuanya beliau ceritakan. Seronok pun ada dengar cerita beliau. Masa dalam bilik Prof, beliau ceritakan macam mana berbezanya cara orang Melayu belajar dengan cara orang di negara Barat belajar. Kata beliau, orang Melayu ISLAM ni sangat malas nak belajar. Lepas dengar, rasa nak hempuk je kepala ni. Ni cabaran untuk menjadi lebih RAJIN ye athirah. Hehe...

Satu lagi, beliau ada tunjukkan satu kertas pada saya. Ingat kan kertas apa, rupanya surat dari University Of Leeds. Universiti tu hantar surat pada Prof untuk Prof jadi referee pada seorang student yang nak further PhD di universiti tu. Masa tu, rasa berkobar sangat nak sambung belajar. Tak pe kan berangan, even sekarang masih lagi di tahun satu, saya nak cepat-cepat habiskan empat tahun saya di sini untuk saya sambung belajar di luar negara. Itu impian saya. Doakan ye ye ye :) :)


Oklah, saya berhenti di sini. Nak packing barang nak balik Kelantan ni. Saya abadikan dalam blog ni supaya bila saya baca di lain masa nanti, kot kot la masa tu saya dah sambung belajar kat UK dah. Haha. Kuat betul berangan kan. Takde lah, ini hanya sekadar motivasi buat diri saya sahaja.


notakaki :: Doakan saya selamat sampai di bumi Kelantan tercinta bertemu mereka yang saya kasihi.


2 sila..silakan komen..:

Nadiah Sidek said...

semoga tercapai impian untuk sambung belajar di luar negara :)

athirahariffin said...

doakan ye kak. saya pun suka tgk akak post pasal cerita akak dok us dalam blog akak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com