Wednesday, May 23, 2012

selamat

Hari Isnin yang lalu, sempat keluar makan di Tanjung Lumpur dengan geng-geng kelas masa CFS dulu. Masa tu masih sama-sama dalam one year programme sebelum saya ambil keputusan untuk extend.

Ada bercakap dengan sorang ni, katanya, "Dalam hidup setiap dari kita, ada susahnya. Belajar ni susah, tapi kalau kita lari dari kesusahan yang sikit ni, kita akan tempuhi banyak lagi kesusahan lain kan. Kalau sekarang ni ambil keputusan untuk duduk rumah dan relax saja, nampak macam senang, tapi sebenarnya kita menempah kesusahan di masa akan datang".

Luahan dari orang baru lepas exam. Almaklumlah, mereka ni second year Medic, jadi hari tu ada Minitest. Tu yang mereka ajak keluar makan tu. Tension barangkali.

Saya menangguk tanda setuju.

Membelek balik helaian dalam buku tulisan Prof. Dr Muhaya. Satu perenggan yang amat menarik.

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa, "orang yang tidak berdiri sekarang tidak akan boleh duduk kemudian". Ini bermakna sesiapa yang tidak bekerja keras pada masa mudanya, tidak boleh menjalani kehidupan yang senang pada masa tua. Apa jua kesenangan dalam hidup ini perlu dibayar dan kita semua terpaksa membayar 'cukai' untuk kejayaan yang ingin kita capai. Saya percaya untuk memperoleh gred yang baik dan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, anda telah mebayar 'cukai' dalam bentuk bersengkang mata sehingga larut malam, kerja keras dan mungkin berhempas pulas bermandikan darah, peluh dan air mata.



Dan esok, giliran saya pula berdepan dengan final exam. Moga dipermudahkan urusan esok hari. Ini baru permulaan untuk perjalanan yang masih jauh lagi. Kalau bercita-cita nak sambung belajar dan jadi macam pensyarah-pensyarah kamu yang hebat tu, kamu kenalah rajin dan tunjukkan keinginan dan kebolehan kamu ye athirah.

Ikhlaskan niat dalam belajar.
Kuatkan diri dalam mengharungi hidup sebagai seorang pelajar.
Perjalanan kamu masih jauh lagi.

Moga kita lebih ihsan, lebih sedar yang Allah melihat kita,
tenang-tenang dan tidak stress
bukankah belajar itu juga satu ibadah ?

Ingat athirah, kebanyakan perkara-perkara penting dalam dunia, berjaya dicapai oleh orang-orang yang tidak jemu-jemu mencuba walaupun dalam keadaan yang tidak ada harapan langsung.

Ayat diatas juga diambil dari buku Prof. Dr. Muhaya. So inspiring kan :)

Buat sahabat-sahabat yang saya sayang sekalian, selamat berjaya juga buat kamu. Doa selamat ini bukan hanya untuk ujian di dunia ini, malah moga kita berjaya tika di Hari Pemabalasan, Hari Penentuan kelak.

Doakan saya juga berjaya dunia akhirat :)



notakaki :: Tak sabar nak balik :)

notakaki :: Sempat lagi ye kau update blog trah... hehe...

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com