Thursday, June 28, 2012

kebaikan dunia dan akhirat



Alhamdulillah, seusai solat maghrib berjemaah di masjid tadi, sambil menunggu tibanya isyak, kami sekeluarga sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Maaf, tak tahu nama ustaz tu apa. Tadi, ustaz tu mengulas kitab Riyadus Solihin. Untuk hari ini tajuknya ialah fadhilat berdoa.


InsyaAllah, saya akan berkongsi setakat yang saya mampu dan faham berdasarkan huarian ustaz tadi dan juga nota yang diberi tadi.


Banyak yang sempat ustaz tu huraikan, tapi ada satu yang saya sangat tertarik. Ustaz ada membacakan satu hadith ini, maksudnya;


Dari Aisyah radiallahu 'anhu, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu suka doa-doa yang menghimpun - yakni mengandung segala macam kepentingan dan keperluan - dan beliau s.a.w. meninggalkan yang selain itu." Diriwayatkan oleh Imam Dawud dengan isnad shahih.


Menurut hadith ini, Rasulullah suka akan doa yang pendek tapi maknanya menyeluruh.


Nak tahu apa doanya? Yang disebutkan oleh ustaz tadi ialah doa yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke 201. Ayat ni rasanya sangat familiar.



Maksudnya : 
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
 lindungilah kami dari azab api neraka"

Simple kan doanya ?

Kebaikan dunia kita nak, kebaikan di akhirat pun kita nak kan. 

Di dunia, kita mahukan pasangan yang soleh dan solehah yang mampu menuntun kita ke syurga, keluarga dan anak-anak yang mengikut perintah Allah, rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah dan selesa, pekerjaan yang elok. kehidupan yang bahagia, tubuh badan yang sihat dan cantik, and the list goes on.......... 
Banyak sangat perkara dalam dunia ni yang kita nak kan.

Di akhirat, kita mahukan syafaat Rasulullah, kita mahu tergolong antara mereka yang mendapat naungan Arasy Allah, tergolong dalam kalangan yang mendapat syurga Allah, dalam kalangan hamba yang mendapat buku catatan amalan dari tangan kanan, berkumpul bersama orang yang kita cintai di syurga Allah, merasai nikmatnya syurga Allah, and the list goes on......... 
Di akhirat, lagi banyak kebaikan yang kita dambakan.

Doa ini juga ada disebutkan dalam satu hadith, maksudnya;

Dari Anas r.a., katanya: "Sebahagian banyak doa Nabi s.a.w., itu ialah: Rabbana atina fiddun-ya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, waqina 'adzabannar - Ya Tuhan kami, berikanlah kebaikan pada kami di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka." (Muttafaq 'alaih)

Imam Muslim dalam riwayatnya menambahkan: Katanya: Anas apabila berkehendak akan berdoa dengan sesuatu doa, maka berdoa dengan doa di atas. Juga apabila berkehendak memohonkan sesuatu permohonan yang lain, maka dalam doanya dimasukkan doa di atas itu pula.

Bagi mereka yang masih lagi tak hafal doa yang sangat pendek ni, cepat hafal dan kita jadikan sebagai amalan. Lirik panjang-panjang kita boleh hafal takkan doa pendek pun tak boleh nak ingat kan? :)

Masih ingat lagi sewaktu menyertai satu halaqah, ada seorang kakak ni pesan, amalkan doa ni setiap kali kita solat, tak kiralah solat sunat ke solat wajib ke, baca doa ni sewaktu sujud yang terakhir.

Itu pesanan kakak itu beberapa tahun yang lalu. Terima kasih buat kakak! Terima kasih atas ilmu dan pesanannya. Sorry, i forgot your name.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
 lindungilah kami dari azab api neraka


notakaki :: Let's read Al-Kahfi tonight. Dalam hadith riwayat An-Nasai' & Baihaqi ada disebutkan, InsyaAllah disinari cahaya antara 2 Jumaat. Let's shine!

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com