Sunday, July 8, 2012

mari suburkan selawat

 

Masa tengah tengok tv dan makan-makan depan tv, tiba-tiba Lutfi kata;

"Umi, kalau kita selawat sekali je pada Rasulullah, Allah akan berselawat sepuluh kali pada kita. Maksud Allah berselawat sepuluh kali pada kita tu Allah akan ampunkan dosa kita. Kita ni banyak dosa, baik kita selawat banyak-banyak nanti Allah ampunkan dosa kita kan"

(ni version yang dah translatekan pada bahasa melayu asli, kalau tulis dalam bahasa kampung yang kami cakap mesti pembaca semua tak faham kan)

Mungkin Lutfi ulang balik apa yang dia dengar dari kuliah Ustaz Azhar Idrus dalam kereta kot. Dah hari-hari dok ulang cd ustaz je dalam kereta. Sape cakap  ceramah ustaz ni banyak gelak je hah?


Sejuk hati Lutfi cakap macam tu. Even budak ni bukannya rajin sangat nak baca selawat ni tapi at least dia tahu kan, dan dia masih lagi kecil kan. Kita ni yang dah besar, dah lama tahu fadhilat selawat, tapi mulut kita punyalah liat nak ucapkan kalimah yang baik ni. Kata-kata Lutfi ni macam nak tembak kakaknya je.

Kadang-kadang kita tak teringat (budget banyak sangat la kan benda nak kena ingat). Sebab tu lah kita perlukan peringatan kan. Mungkin Lutfi ni nak ingatkan kakaknya yang leka ni barangkali. Kalau di facebook pun, ramai juga yang ingatkan untuk baca selawat dan post tentang video selawat. Alhamdulillah ada orang macam ni di facebook yang selalu ingatkan kan, especially hari Jumaat. Bagus, bagus, keep it on ok!

Hari ni terbaca pulak blog Najah, ada juga sebutkan pasal ni walau sedikit. Saya sangat tertarik dengan perkongsiannya yang Najah dengar dari Topik Jumaat di Ikim oleh seorang ustaz ;

* Rejab banyakkan istighfar; untuk bersihkan diri daripada mazmumah.
* Sya'ban banyakkan selawat; hiaskan diri dengan cinta Nabi, agar kita mendapat syafaat Baginda.
* Ramadhan banyakkan baca Al-Quran; kerana Ramadham itu bulan diturunkan Al-Quran.
*'Idul fitri banyakkan takbir, tasbih, dan tahmid; anugerah bagi orang berjihad di Rejab, Sya'ban dan Ramadhan.

Sekarang kan kita berada dalam bulan Sya'ban, jom kita banyakkan selawat ok! Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak. Amin, amin, amin Ya Rabb.

Terbaca dalam satu buku 76 Selawat Penerang Jiwa, kira copy paste la ni ye, nak abadikan dalam blog ;


Kalau selawat itu diamalkan oleh hamba kepada Allah, maksudnya bahawa hamba itu beribadat  atau berdoa kepada-Nya. Tetapi, kalau Allah berselawat atas hamba-Nya, memberi erti bahawa Alah mencurahkan rahmat-Nya atau melimpahkan berkat-Nya.


Mari menyuburkan selawat.

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim.

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com