Saturday, August 11, 2012

qiam with me

Pagi tadi tengok Assalamualaikum di TV Al-Hijrah, ada menyiarkan tentang program Qiam With Me. Yuhuuuu.. Excited tetiba tengok muka Tok Guru dan Al-Sultan Kelate di TV. Terus excited nak update blog. Nah, silakan baca :)

Balik dari solat tarawih malam ke 21, terus balik rumah. Adik-adik bersiap packing barang nak ke Qiam With Me di Dewan Jubli Perak, Istana Kubang Kerian. Lutfi paling semangat, siap bawak beg apa lagi nak pergi qiam. hehe. Comel betul. Siap nak bawak 2, 3 pasang baju. Lepas tu, saya tanya Lutfi,

"Nok g mano tu bowok baju banyok-banyok? Nok tido brapo hari kat istano nyo?"

Lutfi pun jawab,

"Biarlah. Ikut Lutfi nok bowok brapo baju pun"

Lepas tu dia slow-slow unpacked balik barang dia. Tapi still bawak bag pack. Apa dia letak dalam tu saya pun tak tahu =.=

Tapi bagus jugak budak tecit ni, bawak Quran sekali. Sejuk hati kakak tengok :)

Sebelum pergi, saya buka FB dan tunjuk kat adik-adik keadaan kat dalam istana. Ada orang post memandangkan program solat tarawih sudah bermula jam 10 malam lagi. Semangat diorang tengok dewan istana yang lawa tu. Saje je tunjuk, nak suh diorang semangat nak pergi.

Dalam pukul 10.30 macam tu, kami bertolak dari rumah. Disebabkan abah ada meeting kat Kuala Lumpur, jadinya umi yang kena hantar. Shame on me tak reti drive lagi sampai sekarang! Mek pun semangat nak ikut nak hantar 3 orang cucu lelakinya qiam di istana.

Jalan depan istana meang jammed ok! Tapi suka tengok suasana macam tu. First time suka dengan jam. Mana tak gembira hati ni melihat ramai anak muda membanjiri jalan-jalan untuk ke istana berqiamullai bersama sang pemerintah.

Anak muda Kelantan memang hebat. 6000 lelaki Muslim Kelantan berkumpul pada malam 21 Ramadhan bersama Sultan mencari keredhaan Tuhan, dengan ulama' bertaraf menteri besar sebagai teman. Allahuallah, kekalkan kepimpinan yang sebegini Ya Allah. Janganlah Kau biarkan tangan-tangan yang jahil menggantikan pemerintahan yang sebaik ini.

Kat mana lagi kita nak tengok beribu rakyat jelata berhimpun dan berqiamlullai bersama sang Sultan dan Menteri Besar. Allah :)

Yes, you can only found it in Kelantan and we proud to be Kelantanese.

Allah, andai kata pemuda kita memahami Islam, andai kata pemerintah mendidik jiwa rakyat Islam, aku yakin, saat menegakkan Daulah Islamiyah makin hampir......

Ameen Ya Rabb.......

Jom kita lihat gambar-gambar sekitar program Qiam With Me.




Nak tengok lagi gambar?

Boleh klik Qiam With Me @ Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kubang Kerian.

Mesti pihak di sebelah sana kecut perut kan tengok rakyat Kelantan suka majlis agama seumpama ni kan? This is a question, not a statement. Answer it yourself.

Ya Allah, berkatilah negeri kami, Sultan kami, Menteri Besar kami, pimpinan negeri kami dan seleuruh rakyatnya....

Lepas hantar adik-adik ke istana, singgah makan colek bersama umi dan mek. Nyum nyum. Memang best makan malam-malam tapi yang tak bestnya berat naik =..=

2 sila..silakan komen..:

Izzati Nur said...

update dari presidah pdana iiumK
sedak selaluh

moga bakal tok laki aku tergolong hok g sano male tuh,ameen..

hoho tibo2 tapi tak caro ah :D
doa bule ramadhan ni lbh cpt makbul iAllah

athirahariffin said...

tok laki mg mesti juruh. mesti dia g. kalu x g pun takpo, doakan dia ni jenis iktikaf dan qiam kat masjid :)

doa banyok bulan ramadhan ni biar dapat jodoh molek dih ti

ni mesti jeles ngan kak bahi dah kawen hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com