Saturday, November 3, 2012

berpagi-pagian

Update blog. Moga ada manfaatnya dari luahan hati yang tak seberapa ini. Moga Allah redha.

Sesungguhnya, aku akan diuji dengan apa yang aku kata dan tulis di blog ini.


Sebelum tu, eloklah baca artikel ini. SULITNYA BANGUN SEBELUM SUBUH.


MasyaAllah, saya tersentuh lagi dengan kata-kata Ibnu Munkadir yang saya temui dalam artikel ini :

“Tidak ada kelazatan di dunia ini, kecuali pada tiga hal iaitu qiamullail, bertemu dengan saudara-saudara seiman dan solat berjemaah.”


Seperti biasa, dalam pukul 5 pagi, alhamdulillah, akan tersedar dari tidur. Nikmat. Ini nikmat yang Allah bagi. Kena hargai. Kalau dah tersedar, terus kena bangun. Jangan bermalas-malasan. Apa yang aku pegang, "You snooze, you loose".


Pukul 5.33 pagi, azan Subuh berkumandang dari handphone kesayangan. Terus kejut semua roomates macam biasa. Tak nak bergegas ke surau lagi, decide untuk turun lambat sikit. Jadi, baca Quran semuka dua.


Bila turun surau, saya expect orang dah solat. Tapi, surau masih gelap. Di mahallah saya, ada 2 surau, satu surau atas, satu surau level paling bawah. Surau level paling bawah tetap menjadi pilihan hati :)


Sedih la jugak, bila tak ada orang langsung, walau dah decide turun lambat sikit dari azan. Tunggu sorang-sorang dalam surau tu. Last sekali, memang tak ada orang langsung. Sedih sangat. Sedih yang teramat. Nak nangis je rasa. Benda ni bukan berlaku sekali dua, banyak kali jugak pernah berlaku.


Berhusnu dzon. Mungkin ramai yang solat Subuh berjemaah dalam bilik dengan semua roomates kot kan......


Memang bukan mudah nak bangun awal, nak bangun pagi. Solat berjemaah tepat pada waktu, lagi-lagi solat Subuh. Saya pun, bukan hari-hari bangun awal. Selalu jugak lepas azan Subuh baru bangun. Normal la, manusia kan. Bukan hari-hari solat di surau. Bukan nye orang baik pun saya ni, tapi berusaha untuk jadi orang yang lebih baik. Saya bukan orang hebat, tapi mahu jadi orang yang hebat buat Islam.

Teringat satu kata-kata yang memang saya akan ingat sampai bila-bila. Islam tak akan menag dan mencapai kegemilangan andai jumlah orang yang solat Subuh tak menyamai jumlah orang yang solat Jumaat.


Biasanya, kat surau ni, yang solat subuh pun pernah lebih dari 20 orang :( Sedih sangat-sangat.


Mungkin la orang rasa tak penting bagi mereka untuk solat Subuh di surau, bagi muslimat la kan. Mungkin lebih selesa untuk solat di bilik. Sebab bagi muslimin memang sah-sah dianjurkan untuk solat berjemaah di masjid.


Tapi bagi saya, satu kemegahan jika dapat berkumpul beramai-ramai untuk solat. Satu kebahagiaan bila solat bersama-sama dan menadah tangan berdoa bersama-sama. Satu keceriaan bila dapat bersalam-salaman bersama-sama jemaah selepas solat.


Waktu yang paling bahagia, waktu Subuh. Dengan suasana yang aman damai itu, memang membahagiakan.


Jangan pernah kita jadikan alasan 'busy meeting' dan 'tidur lambat semalam' sebagai sebab untuk kita tak boleh bangun awal pagi dan solat Subuh berjemaah seawal yang mungkin.


Teringat dalam satu ceremah dari seorang ustaz, yang menceritakan apa yang diceritakan oleh Ustaz Nik Abduh, anak Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Katanya, TGNA balik rumah dalam pukul 2 pagi lebih, dek kerana kesibukan berjuang buat ummah. Masa dalam pukul 3, baru nak bersiap untuk tidur. Dan bila Ustaz Nik Abduh bangun untuk qiamullai pada paginya, dalam pukul 4 pagi lebih, TGNA sudah pun di atas tikar sejadah mengalunkan bacaan Quran.


Subhanallah, betapa hebatnya para ulama'. Mungkin ini mustahil untuk kita, tapi sekurang-kurangnya, kita bangun seawal yang mungkin untuk solat Subuh. Kata pejuang agama, tapi solat Subuh... hmmm...


Sekadar pandangan dan luahan hati dari insan yang hina.



notakaki :: Berfikir banyak kali sebelum tekan 'publish'. Akhirnya, tekan jugak. Moga Allah redha....


notakaki :: Moody pagi ni pun sebab ni la....

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com