Thursday, January 10, 2013

sambutan tahun baru 2013

Yes, hari ni 10 Januari, tapi tak kira, nak cerita jugak tentang sambutan ambang tahun baru 2013 pada malam 31 Disember lalu.

Alhamdulillah, pagi ni sempat meluangkan masa untuk melihat video-video di You Tube tentang Sambutan Tahun Baru 2013 yang diadakan di Dataran Shah Alam. Sebenarnya nak elak tidur pagi. Almaklumlah sekarang ni musim cuti kan. Masa diadakan sambutan tu kan saya tengah exam, jadi memang tak dapat la nak tengok livestream kan (err, lagipun internet kat UIA tu lambat).

Suka tengok suasan di Dataran Shah Alam tu. Kalau nak tengok bolehlah rajinkan diri tengok kat You Tube ye.

Rupanya, malam tu, banyak sambutan tahun baru yang diadakan. Meh saya listkan (ini setakat yang saya tahu la) :

1. Laundry’s NYE Just One More Party 
2. Blackberry Music Mania @ Stadium Malawati, Shah Alam
3. Twelve 13 @ Menara KL
4. Yuksek @ Bedroom
5. e@Curve New Year's Eve party
6. Masquerade Party 2013 @ Publika
7. 'Jai Ho' @ SOULed Out Sri Hartamas 
8. Laundry’s NYE Just One More Party
9. Padang Esplanade, Pulau Pinang
10. Jaclyn Victor @ Gurney Plaza New Year Countdown Party 
11. Konsert "Sayangi Selangor, Yakini BN" 2013 di I-City 
12. Rumah Terbuka Malaysia Krimas 2012 & Sambutan Tahun Baru
13. Konsert AMBANG 2013 PUTRAJAYA

Huh, nak list semua ni rasa sedih je. Rupanya banyak lagi prgram maksiat yang ada. Then, the only one programme that is much more better than the programmes listed above is;


14. Sambutan Tahun Baru 2013 Bersama Ustaz Azhar Idrus oleh Kerajaan Negeri Selangor

Mujurlah adanya program yang sangat baik ini. Alhamdulillah, dihadiri oleh 120,000 dan kebanyakannya remaja. Moga selepas ini 13 program yang diatas tu tak lagi ada. Mungkin lepas PRU 13 kot. Moga selepas ini majlis ilmu dan majlis dengan para alim ulama' yang akan menggantikan konsert dan program nyanyian dan tarian.

Paling suka, dengar ucapan dari Ulama' Syria, Prof. Dr. Ali As-Sabouni. Tak pernah terbayang dek akal sambutan tahun baru diisi dengan kalam para ulama'. Yelah, selama 50 tahun lebih kita ni merdeka kan, setiap tahun mesti ada konsert la, tarian la, dan macam-macam la benda mungkar kan.

Hummm, 50 tahun merdeka, tapi kesan jahiliyah masih menebal dalam diri umat Islam di Malaysia ni.


Moga selepas ini majlis seperti ini akan subur di seluruh Malaysia ^^,

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com