Monday, March 4, 2013

big bad wolf



Cerita Big Bad Wolf :)

Pagi Sabtu, bertolak dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Adoi, bas rosak sebelum sampai kat stesen bas kat Pekelilig. Banyak jugak peluh yang keluar (harapnya lemak pun terbakar la sekali kan), yelah banyak berjalan-jalan kan. Mujur jugak ada tour guide terbaik, Eti sebab dia dah biasa ke KL, turun program dan turun buat usrah. Huh, daebak!


Dari stesen bas Pekeliling, ambil tiket monorel dari Titiwangsa ke KL Sentral. Dari KL Sentral, beli tiket KTM untuk ke stesen KTM Serdang. Dah sampai Serdang, boleh ambil teksi atau bas U41 untuk ke MIECC (Mines International Convention Centre). Kami naik teksi, malas nak jalan lagi sebab dah penat sangat. Teksi RM 10 je pun.

Harap berguna untuk adik-adik yang nak ke Big Bad Wolf next year ke kan hehe. Saya pun sebelum pergi bertanya pak cik Google jugak macam mana nak ke MIECC ni :)

First time sampai di Big Bad Wolf. Teruja la jugak. Banyak sangat buku. Buku dah la murah-murah. Range harga dalam RM 5 ke RM 10. Siap ambil kotak lagi. Mujur la ada adik saya, Imran yang nak tolong angkat kotak. Memang tak larat nak angkat barang berat-berat ni, nati sakit belakang ngehngeh.


Sebelum pergi BBW dah siap list buku yang nak beli, tapi sampai kat sana, tak ada pun buku yang ada dalam list saya. Mulanya siap berazam nak habiskan RM 250 baucer buku tu, tapi kat sampai kat sana, saya tak larat nak jalan-jalan dan pilih buku. Jadi, ambil 15 buah buku je. Masa tu pun dah 2 jam pusing-pusing cari buku, dan dah nak dekat maghrib dah masa tu. Total harga : RM 73 ONLY! Murah kan?



Buku ni my best friend, Eti yang bagi. Sweet kan dia? Sebenarnya dah ternampak buku ni kat Bookfair MPH kat KL Sentral, tapi sebab harga kat situ tak murah sangat so tak jadi la nak beli. Kat BBW tu, tak nampak pulak buku ni. Tup tup dah ada orang bagi present :) Rindu pulak nak berbaking ngehngeh.



Lepas habis shopping di Big Bad Wolf, berpisah dengan sahabat-sahabat, Eti pergi dating dengan kakak dia, Kak Yna. Kak Irah dan Shahira terus pergi ke Shah Alam sebab ada program K-Fiqh esoknya.

                           

Saya teman Imran ke Kinokuniya, dia nak beli buku. Lama sangat tak ke sana, jadi gila tengok buku. Terus ambil mana yang berkenan di hati. Banyak ratus jugak habis kat sini, yelah buku kat sini bukannya ada offer pun, tapi buku kat sini memang banyak dan best sangat. Kat Kinokuniya jugak, terjumpa satu buku yang ada dalam list buku yang saya nak beli . Cuba teka buku mana? Orang yang faham passion saya mesti dapat jawab soalan bonus ni hehe. Alhamdulillah :)

Buku oh buku, memang kalian sangat menggoda kan. Tapi silalah goda saya untuk baca kalian semua wahai buku-buku sayang :)


notakaki :: Good luck buat si dia budak medik yang solehah.

notakaki :: Esok ada quiz QA. Wish me luck :)

4 sila..silakan komen..:

FarahJumadi said...

Salam Alaik
BBW memang sthun sekali je ye? dah habis lah kan? boleh guna voucher buku tu tap byr skali je ye? ^^

athirahariffin said...

Wassalam :)

BBW ni setahun sekali je dik. Hari ni (isnin) dah last day. boleh bayar dengan boucer, mcm akak, beli rm 73, guna boucer rm 50, so the other rm 23 akak guna duit sdiri.

nanti next year pegi la dik. BEST :)

Unknown said...

bru baca wish gud luck.tp tuju kt sape tu? perasan la plk, i x solehah mane. sori, ter'drop' comment here :)

athirahariffin said...

tuju kat saim sore ni, namo dio najah, ore besut, budak medik uia kuantan. solehah sungguh orenyo.

buke awk kot jgn perasan hehe.

*sape lagi la budak medik namo najah hehe*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com