Tuesday, April 16, 2013

be that person today

                        

Berkira-kira mahu menulis, tapi akhirnya tertekan juga butang 'Publish'.

Mungkin ini sekadar luahan hati, tapi tergerak hati untuk abadikan dalam blog tersayang ^^,

Mood : Nak balik :(

Pagi tadi, semasa kelas Clinical Biochemistry, curi-curi tengok handphone, rupanya dapat mesej dari sahabat yang tengah bercuti, katanya, uminya demam, dan dia kena menjaga uminya. Nice and good girl she is. Syafakillah mak cik, untung mak cik ada anak solehah yang jaga mak cik kan. (mesej dia sedih sebenarnya, tapi tanak la cerita sini kan)

Bila break kelas CB, ada tazkirah dari lecturer kami, Dr. Radiah. Entah, air mata saya gugur bilamana Dr sebut pasal ibu dan ayah, terus teringat umi dan abah di Kelantan sana.

Kata Dr, selepas beberapa hari balik dari UK (selepas tamat degree), ayahnya meninggal. Dan, lagi sedih bilamana Dr cerita, selepas 4 tahun berada di UK untuk menghabiskan PhD, beberapa hari selepas itu, ibunya meninggal. Dr terkilan sebab tak dapat menghabiskan dan meluangkan masa bersama ibu yang tercinta.

Kata Dr, selagi mana mereka masih ada, berbaktilah pada mereka. Bilamana kita jauh dari mereka, jangan lupa untuk telefon dan bertanya khabar mereka. Bilamana dekat, tolong mereka, ringankan beban mereka, sayangi dan santuni mereka.

Bersyukur bilamana diri ini masih punya seseorang abah yang sangat baik hati dan seorang umi yang sangat penyayang. Sayangi mereka, hormati mereka. Benda ni nampak mudah, tapi tak ramai dari kita yang praktikkan kan.

Umi, hari-hari umi akan telefon anaknya ini sebelum Subuh. Bersyukur sangat bila dengar suara orang yang tersayang walau jauh di mata. Alhamdulillah, saya punyai seorang ibu yang terbaik dalam dunia (every daughter should proud of her mother right?)

Dr pesan lagi, bilamana kita ada masalah, cuba ceritakan pada mereka. Mereka akan rasa sangat dihargai. Mungkin ini perasaan Dr yang juga seorang ibu, Kata Dr, "Awak tak akan dapat rasa bagaimana yang ibu awak rasa selagi mana awak semua tak menjadi seorang ibu"

Teringat dalam kelas Parenting Jumaat lepas, lecturer ada cakap, salah satu faktor terjadi masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ni sebab mereka makin besar, makin jauh dari ibu bapa, segala masalah diceritakan pada rakan-rakan, bukan pada ibu bapa. Actually mostly dalam kelas tu setuju bila lecturer cakap, makin kita besar, makin jauh pada ibu bapa, makin segan nak bercerita segala masalah.


Bagi saya sendiri, makin besar, makin tak ada rahsia antara saya dan umi. I told her everything. She's a very good listener. Umi saya ni, kat sekolah dia pun, anak-anak murid umi pun ceritakan masalah pada umi. Ada yang siap call umi lagi, jeles jugak kadang-kadang huhu.

Ada satu pagi ni, i was crying because of 'something', dan bila umi call je, she knew that i'm crying. And my tears kept on flowing when i listened to her voice. Naluri seorang ibu, dia tahu anaknya sedang sedih. Dengan orang lain, bolehlah kita berlagak tabah kan, dengan seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, mana boleh. She knew that i'm not that strong. Dan kadang-kadang bila saya sedih atau stress je, akan dapat mesej dari umi. Amazing is it?

Adik-adik lelaki pula, kalah anak perempuan, berebut nak letakkan kepala atas riba umi. Tulah, kadang-kadang pelik bila budak-budak lelaki ni tak rapat dengan ibu masing-masing (tapi mostly macam tu kan?). Dan saya sangat suka dan respect bila seorang lelaki ni, dia hormat, rapat dan sayang ibu dia sepenuh hatinya :)

Doa ibu ni antara doa yang tak ada hijab. Apa-apa masalah, kita ceritakan pada ibu kita, minta dia doakan agar segala yang kita lalui dipermudahkan. Saya selalu berdoa agar Allah kabulkan segala yang d umi doakan untuk anak-anak umi. Amin Ya Rabb :)

Saya doakan agar saya jadi anak yang baik buat umi dan abah saya. Ya, saya pernah buat silap besar dalam hidup saya yang saya menyesal hingga kini, tapi itu kisah dulu. Dan, moga dari hari ini hinggalah ke akhir nyawa saya, saya nak jadi anak yang baik buat mereka. Adik-adikku jua :)

Thanks umi abah for being a great parents for us :)


"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"


Jom jadi anak yang baik dan solehah buat ibu bapa kita, moga anak-anak yang lahir dari rahim kita akan menjadi anak-anak yang baik soleh solehah insyaAllah :)


notakaki :: Mari kita bergerak kerja untuk kemenangan Islam. Kuatkan hubungan denganNya, mohon pertolongan dariNya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com