Sunday, February 23, 2014

umur 23 tahun



Alhamdulillah thumma alhamdulillah :)

20 Februaru 2014, 23 tahun sudah menapak di bumi yang sementara ini. Melalui perjalanan yang sementara sebelum ke tempat yang abadi. Terima kasih umi sebab melahirkan kakak. Terima kasih abah jadi orang yang menyambut bayi kecil ini 23 tahun yang lepas.

Melangkah ke umur ini, banyak yang perlu difikirkan secara serius. Pelajaran, kerjaya, perjalanan dakwah, keluarga, suami, anak-anak (err err).. but really, i have to think about all of these stuffs.  

Ramai yang meraikan. Terima kasih buat semua. Terima kasih sebab sudi meraikan walau diri ini sudah pun masuk umur 23 tahun.

Buat roomate yang buat prank sampai diri ini menangis, terima kasih. Terima kasih atas kasih sayang kalian. Terima kasih sebab tak pernah lupa sambut hari jadi setiap tahun. Kalian memang osem!

Buat classmates yang jerit dan nyanyi lagu Happy Birthday dalam lif, terima kasih. Terima kasih sebab ingat akan diri ini dan buat rasa diri dihargai. 


Terima kasih jugak buat Geng Kembara (Izzati, Kak Mun, Kak Syakirah dan Kak Hani) sebab buat post birthday celebration. Secret Recipe memang tempat terbaik buat penggila dan penggemar kek macam saya. Terima kasih pada Cik Izzati sebab bagi tudung colour biru. Memang sekarang dalam fasa nak try colour biru sebab kurang sangat baju & tudung biru hihi. Terima kasih juga sebab sudi jadi sahabat yang solehah buat diri ini :)


Petang tadi, dapat kejutan dari anak-anak usrah. Allah.. saya amat sayangkan mereka. Terima kasih adik-adik atas kejutan, hadiah dan kek. Comel sangat hadiah. Kak Tirah akan ingat surprise ni dan simpan hadiah yang adik-adik bagi sampai bila-bila. Moga Allah kuatkan tautan hati-hati ini.


Terima kasih jugak buat Dr Mukminah to be, Najah sebab buat post tentang saya di blog. Satu potong ayat Quran yang diberi tika diri ini masuk umur 23 tahun, yang buat diri ini terharu. 


"Jadikan bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian". 
(Asy-syu'ara' : 84)


Doakan saya berjaya dunia akhirat. Dan, doakan, hari yang paling terindah buat saya ialah hari di mana saya mati. That's it. That' all. Itu cukup bagi saya. Husnul khotimah! Ameen :)

Last but not least, teringat kata-kata Ibnu 'Atha illah Askandari, untuk renungan bersama.

"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"

4 sila..silakan komen..:

Casper said...

Selamat hari lahir kak Tirah! huhu nak wish kat fb x sempat dah. nak wish kat ig mcm pelik pulak. huhu semoga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki. teruskan perjuangan kak! :)igt x sy pnh nk blanje kek aritu haha. bila la tu agknya. insyaAllah suatu hari nanti. regards : dahlia omar

athirahariffin said...

Thanks awak! Doakan akak berjaya dunia akhirat ye :)

Nanti before akak grad & x duduk kat kuantan dah, kena jumpe awak & awak belanje la akak hihi

Kryptonite Merah said...

Blogwalking.. trjumpa ur blog. Ahaha. My senior la ni kiranya. Biomed iium :)

Unknown said...

Happy birthday!!! Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...thx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com