Saturday, April 25, 2015

ruhiyah

 

Minggu lepas, bertanya khabar anak-anak usrah. Usrah mar'atus solehah. Lebih spesifik, bertanya apa khabar amalan ruhiyah mereka. Beberapa mesej dari anak-usrah buat diri ini menangis. Entahla, air mata terus gugur membaca bait-bait mesej. 


Mungkin air mata gugur kerana merasakan diri terlalu banyak dosa. Mungkin rasa betapa sikitnya amalan aku. Mungkin rasa betapa tak layaknya aku menjadi seorang naqibah, yang punya banyak khilaf, yang ilmunya sangat kurang, yang mungkin hina di mata Allah. Dan rasa, "Baiknya dan juruhnya kamu wahai adik-adikkkkkk...." T_________T


Solat jemaahmu, solat rawatibmu, puasamu, dhuhamu, bacaan Quranmu, hafazan Quranmu, qiamullaimu, istghfarmu, selawatmu, zikir-zikirmu.... buat aku kagum.. dan cemburu.


Satu teguran yang baik, kena pada diri. Right advice at the right time to the right person. Kadang-kadang mungkin suasana persekitaran tak bisa memberi peringatan, dan mungkin dengan cara ini Allah memberi peringatan pada aku untuk terus dekat pada Dia.


Adik-adik, betapa akak doakan moga dikau dan aku istiqamah. Dan amalan-amalan ruhiyah ini jualah penguat kita untuk berada di jalan ini. Kau takkan mulia di sisi Allah andai hanya pandai jalankan dakwahmu dan siyasahmu andai jiwamu kosong, amalan padaNya seciput sahaja.


Dan, ku harapa dengan tulisan serba sedikit dari hati ini bisa memberikan peringatan buat diri setiap kali membaca ini dan moga ada kalangan sahabat yang membaca ini doakan moga saya dan orang tersayang terus istiqamah di atas jalan ini =D


notakaki :: got another few weeks to complete this degree.. happy? ada la. sedih? ada la jugak. takut? yup. fear to face the new world, facing the reality of this life. you're a big girl enough huh athirah? wa la takilna ila anfusina torfata 'ain. wahai tuhan, jangan Kau biarkan aku sendiri merancang masa depan. yakin pada Allah athirah. selalu yakin :)

0 sila..silakan komen..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com