Thursday, November 29, 2018

ahmad anas bin herman hari

27 November 2018 yang lalu, bermakna 2 bulan Ahmad Anas hidup bersama umi di dunia, bukan di alam rahim.
Umi catatkan di sini beberapa kenangan sewaktu melahirkan Anas, untuk Anas baca di kemudian hari. Awas, coretan ini agak panjang!
Selama mengandungkan Anas, pregnancy journey umi sangat smooth, hanya sekali umi masuk wad, berbanding waktu kakak Najah, umi beberapa kali masuk wad dan yang paling umi tak boleh lupa, umi dimasukkan ke ICU (Intensive Care Unit).
25 September 2018, ada check up di klinik. Rupanya ini check up terakhir di KK. Masa waktu sebelum Subuh hinggalah pagi semasa di klinik, Anas sangat kurang bergerak. Biasanya, waktu selepas Subuh memang waktu Anas paling aktif bergerak.
Bila tiba di KK dan berjumpa doktor, doktor arahkan umi untuk terus ke labour room, walaupun masa ni umi masih lagi tiada tanda untuk melahirkan baby.
Umi terus bergegas ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Sampai di sana, bukaan dah 2 cm dan umi dirujuk pakar untuk scan baby di dalam perut.
Rupanya, AFI (amniotic fluid index/air ketuban) umi kurang, plus minus dapat 6 sahaja. Menurut doktor, sebab ini jualah Anas kurang bergerak. Jadi, umi dimasukkan ke dalam wad.
2 hari umi di wad. Rutin umi seperti biasa, bangun seawal sebelum Subuh, tunaikan solat tahajud dan masa di dalam wad banyak umi habiskan dengan membaca Al-Quran dan banyakkan berjalan serta lakukan exercise. Alhamdulillah, surau sangat dekat hanya beberapa langkah dari katil. Keadaan di wad pun sangat selesa, siap ada aircond, even di hospital government.
Pagi 27 September 2018, doctor check cervical opening. Bukaan 4 cm, tapi masih tak rasa any contraction. Dan menurut doctor, umi perlu ke labour room pada pukul 9 pagi.
Masuk dalam labour room, proses induction (proses mempercepatkan bersalin) dilakukan.
Allahu, pertama kali perlu menghadapi situasi begini. Sebelum ini, alhamdulillah kandungan pertama tiada masalah dan dimudahkan Allah untuk bersalin normal.
Jujurnya, bersalin secara induction lagi sakit dari bersalin biasa kerana dipaksa dengan ubat namanya pitocin.
Due to failure of induction (kegagalan proses mempercepatkan bersalin) & baby mengalami fetal distress (bayi lemas), para doktor decide untuk adakan pembedahan emergency lower segment ceaserean section (EMLSCS) dengan segera untuk menyelamatkan anak yang umi kandung.
"Kita operate ya, CTG memang tak cantik"
2 petang, umi masuk ke OT (operation theater).
Allahu, tak pernah terbayang akan melahirkan anak secara operation. Segalanya berlaku sangat pantas. Tandatangan dokumen kebenaran pembedahan, kebenaran transfusi darah jika kehilangan banyak darah, masuk tiub kencing, tukar baju untuk pembedahan.
Rasa tak mampu berbuat apa-apa, masa tu hanya berserah kepada Allah dan doa dengan sepenuh hati moga anak yang dikandung selama 38 minggu lahir dengan selamat.
Umi menangis masa ni sayang 😢
Pertama kali pengalaman ketika di OT. Pengalaman merasa spinal anesthesia, proses yang mudah, tiba-tiba sahaja bahagian pinggang ke bawah terasa kebas.
Rasa sejuk dan kesakitan hilang sekelip mata. Rasa hangat dan nyaman dirasai. Sedar tak sedar, pembedahan pun bermula. Perut ditekan, tahu itulah saatnya bayi dikeluarkan.
Bila baby dikeluarkan, air mata mengalir, bersyukur kepada Allah. Cuma umi terkilan sebab tak dapat nak skin to skin dengan Anas, mungkin kerana doktor ingin selamatkan Anas waktu itu. Anas terus ditempatkan di NICU.
Maka, lahirlah bayi lelaki soleh ke dunia ini. Umi namakan Ahmad Anas mengambil inspirasi nama anak angkat Rasulullah, Anas Ibn Malik.
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya takwil.
Anas is an indirect Quranic name for boys that means a person who brings you joy and peace of mind, who removes your fears and worries. .
It is a common name of the Sahabah (companions of the Prophet, peace and blessings of Allah upon him and his companions). .
It is derived from the A-N-S root (to see, to recognize, to feel safe) which is used in a number of places in the Quran and is the root for the word Insaan (mankind). .
Rise and shine my baby boy Ahmad Anas!
May you grow into a soleh wa musleh man ❤️

Wednesday, November 14, 2018

aktiviti anak-anak sempena rabiul'awal


Semalam, balik dari masjid, abang kata di masjid ada ceramah tentang kelahiran Nabi Muhammad sempena bulan Rabiul'Awal.
Pagi ni tirah cari sikit aktiviti yang boleh buat bersama najah & anas sempena bulan kelahiran Rasulullah yang kita cintai.
Terjumpa ni. Tirah share sini dulu. Kalau ada yang berminat boleh ke link link di bawah. Tirah cari ni di pinterest.


Boleh download di link kat bawah ni secara PERCUMA! Ada 11 pages semuanya.


Menurut Habib Ali, Nabi Muhammad SAW berwasiat akan 3 perkara kepada para sahabat, iaitu :
1) Ajarkanlah anakmu cinta pada Nabi Muhammad SAW
2) Ajarkanlah anakmu cinta pada keluarga Nabi Muhammad SAW
3) Ajarkanlah anakmu cinta pada Al-Quran

Bagaimanakah caranya? Ini antara yang perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk rasa cinta ini.
1) Sentiasa membaca dan mengkaji sirah Nabi Muhammad SAW
2) Meneladani akhlak Baginda
3) Memperbanyakkan bacaan selawat memuji Baginda
Kita akan dikumpulkan bersama orang yang kita cinta di akhirat kelak. Jadi muhasabah diri kita, sejauh mana kita cintakan Baginda.
Jom buat aktiviti ni bersama-sama anak-anak dengan niat nak memupuk cinta mereka kepada Baginda.
Moga bermanfaat!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Moga di akhirat kelak, kita semua beroleh syafaat Baginda. Amin Ya Rabb 🌸

Thursday, October 11, 2018

pantang

Image may contain: text

Pagi ni Kelantan hujan lebat. Tirah ambil masa submit doa doa pada Allah Ya Mujib di salah satu waktu mudah makbul doa.

Semalam ada terbaca tulisan seorang midwife, katanya waktu pantang ni adalah waktu self reward setelah bersalin. Waktu pantang adalah masa pemulihan ibu-ibu selepas melahirkan bayi. 

Semasa hamil, keseluruhan sistem tubuh ibu berubah, seperti kulit, sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem hormon, sistem tulang dan otot, sistem kencing.

Selepas kelahiran, tubuh sedang dalam proses kembali ke sistem asal seperti sebelum hamil.

Lain orang lain cara reward diri masing masing. Tirah pantang tak strict dan rigid sangat pun. Tapi paling suka part letak minyak panas di badan, bau serai dan herba memang menyegarkan diri. Lagi pulak dapat cium bau baby, memang satu terapi. 

Yang penting kita jaga diri mentally physically. 

Apapun, love yourself 

Kalau ada yang nak self reward dengan membeli barangan Mary Jardin every woman’s dream, jangan segan silu contact tirah ye.

Pantang pun, bisnes masih berjalan walau tak dapat nak fokus 100% lagi setakat ni. 

Wednesday, October 10, 2018

breastfeeding mom

Hari ini hari yang ke 13 menyusu badan baby anas. InsyaAllah umi berazam untuk teruskan penyusuan selama 2 tahun sama seperti kakak najah.

Tak mudah, tapi tak mustahil.

Bagi tirah, semua perkara perlukan ilmu. Jadi, sekarang dalam fasa berpantang ni, salah satu aim memang nak tambah ilmu tentang breastfeeding. Baca buku, tengok video dan juga bertemu lactation counselor.

Never ending learning process.

Hari Jumaat ni juga, tirah ada appointment dengan seorang lactation counsellor di rumah umi abah. LC ni buat servis home visit.

Moga Allah mudahkan!

Tuesday, October 9, 2018

kembali menulis

Setelah lebih dari setahun berhenti menulis di blog tersayang ini, hari ini kembali mencatat memori di sini.

Lama menyepi. Mencatat viewers seramai hampir 170,000 setakat hari ini. Not bad lah kan untuk blog kecil ini kan?

Kalau dulu, selama bertahun, blog description tercatat ini :

"Writing or speaking about Islam does not make you a good Muslim. Practicing and striving by its ideals makes you one."

Tapi hari ini, dengan menggalas amanah sebagai seorang isteri, ibu kepada 2 orang cahaya mata dan juga seorang usahawan online, tirah menukar blog description kepada ini :


"As I stepped into new roles as wife, mother, and finally entrepreneur, writing and sharing my journey remained a way for me to find some balance and equilibrium amidst all the crazy changes that were happening in my life ♥"

Rasanya lebih kena dengan diri di saat ini.

Di saat ini, merupakan seorang isteri kepada suami tercinta yang jauh di mata nun di Sarawak sana, tapi dekat di hati.
Di saat ini, merupakan seorang ibu dua anak, anak yang pertama berumur 2 tahun 6 bulan dan anak yang kedua berumur 12 hari.
Di saat ini, merupakan seorang momprenuer, usahawan online, master stokis Mary Jardin dan juga leader kepada hampir 300 agents di bawah empayar AnNajah.

Seorang isteri, ibu dan momprenuer yang ingin mencatat memori suka duka hidup :)

Moga perkongsian di laman ini memberi manfaat buat yang membaca. Perkongsian yang tirah suka tujukan buat wanita yang bergelar isteri dan ibu, dan juga, untuk anak-anakku baca di kemudian hari.

And yes, i write to remind myself!

Athirah Ariffin
Mary Jardin AnNajah

Friday, August 18, 2017

road to success

"Halangan sebenar untuk kita berjaya berpunca dari DIRI SENDIRI. So siapa yang bersungguh-sungguh nak berjaya, deal with that.

Jangan pernah sekali2 tunding jari kat org lain and accuse them of being the reason we are still not successful... because nobody is responsible to make you successful other than yourself.

And nobody is responsible for your failure except for yourself also"

Dr. Maryam Aziz
Founder Mary Jardin
Every Woman's Dream

Sunday, August 6, 2017

mary jardin : every woman's dream





Looking back on my life 11 months ago, I was just a normal housewife, a biomedical science graduate but choose to be a stay at home mother.

Then I discovered Mary Jardin.....

Masa tu, ramaiiii kakak senior dari UIA Kuantan from medical line ni (doctors & pharmacists), duk declare yang diorang ni Mary Jardin agent. Hish tak boleh jadi, orang kerja busy oncall bagai, dah ada income beribu pun join Mary Jardin.

Bermulalah episod mengusha profile founder Mary Jardin, Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin, dan terjumpalah dengan profile FB Master Stokis Terengganu, Kak Sharifah Nurzeah.

Masa tu, memang tengah mencari nak jual apee laaa, nak buat apee laaa, sebab nak generate income dari rumah. Yes, from home! Actually kan, tirah ni jenis yang berangan nak jadi lecturer pakai baju cantik-cantik bagi lecture dalam lecture hall ahahaaaa! I even imagined that i present my paper in international conference. Haih verangan nombor satu jah oiii!

Kadang benda yang kita nak mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Tirah tolak dua tawaran untuk buat Master. Melepaskan tawaran untuk sambung belajar memang berat. Because it was my dream to further my study until PhD. Sape tahu nama email tirah, memang akan tahu benda ni. Nama email poyo giler! I made that email masa undergraduate, hoping that it will turn into reality kah!

Selepas istikharah & isytisyarah, tirah decide nak join Mary Jardin. Tirah ingat lagi, i was crying at the moment i asked Allah is it right for me to join this. I was hoping that this is the BEST path for me. Masa bincang dengan abang pun, it was a heart to heart moment. I was seeking this man's blessing for me to work from home. Alhamdulillah, abang bagi izin, dan masa tu, hati sangat tenang.

Rezeki tirah, dapat naik stokis just after a month i join this family. RM 3 256.50. Duit 'gaji' pertama dari Mary Jardin. Duit yang diperoleh dengan tangis dan tawa dalam dunia bisnes. Hanya bermodalkan RM 50 dan pengorbanan masa.

Benar, rezeki datang dari arah yang tidak kita sangka. Sesungguhnya, tirah sangat beriman dengan ayat 2-3, Surah At-Thalaq.

Praise to Allah The Almighty, I started to enjoy the income I made, along with the time flexibility I have with this business.

10 magical months passed, and today I have a team with more than 200 teammates in MJAnNajah. Dari group sale Rm 20k, MJAnNajah dah pernah mencapai group sale hampir RM 70k. Sekarang, i'm working toward achieving total group sale RM 75k! 

Sekarang MJAnNajah dah lahirkan 2 orang stokis dari kalangan anak, Habibah Hassan & Illeya Ibrahim dan 2 orang stokis dari kalangan cucu, Munirah MJ & Faizah Abdullah Asuhaimi.

Honestly, tirah impikan untuk bantu seramai mungkin wanita (ahahaha feministnye i!) untuk jana duit dari phone saja. Bak kata Dr. Maryam, "Office hanya di handphone, tapi bergaji CEO!"

I have my own BIG WHY kenapaaaa tirah bersungguh sangat nak buat Mary Jardin. MJAnNajah was named after my first daughter. Najah Nafeesa. She is my strongest 'why'.

Umi buat ni untuk Najah Nafeesa dan adik-adik. Moga, berbaloi usaha umi korbankan masa muda, dan juga impian umi, untuk masuk dalam sepak terajang bisnes ni, demi anak-anak umi tercinta.

Thanks to Mary Jardin for everything that I have achieved today. I can never be happier 

MJAnNajah
Together We Succeed

Proud of myself 
Athirah Ariffin
Founder,
MJAnNajah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com