Monday, May 31, 2010

doa dan solat hajat buat LifeLine4Gaza (LL4G) Palestine

Sebenarnya, memang tidak berhajat untuk mengupdate blog pada waktu ni. Dahla sekarang ni banyak sangat masalah melanda diri. Tadi baru lepas call umi luahkan segala yang terbuku di hati. Macam biasa, umi faham apa yang anaknya sedang rasa.

Ok, sebenarnya, tujuan post ini dibuat adalah kerana rasa marah dan sedih terhadap apa yang berlaku terhadap kapal konvoi LifeLine4Gaza sedang menuju ke Palestin untuk menghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan binaan beribu-ribu tan kepada rakyat Palestin , telah diserang dan mengakibatkan beberapa orang syahid dan cedera. Terima kasih pada sahabat yang telah memberitahu info ini. Disini, aku sangat-sangat merayu dan memohon agar kita sama-sama melakukan solat hajat dan berdoa agar misi ini akan berjaya.

Post ini juga ditulis setelah membaca apa yang ditlis oleh Hilal Asyraf (klik sini untuk baca). Juga sedang mengikuti perkembangan di HarakahDaily, MalaysiaKini dan webpage LL4G di Facebook. Sebagai umat Islam, sama-samalah kita mengikuti perkembangan semasa saudara seagama kita yang ingin menolong saudara kita di Gaza. Mereka bukan tentera yang pergi untuk berperang, mereka insan biasa yang punya hati yang kental dan ikhlas untuk menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Gaza. Tapi, Israel laknatullah masih juga menyerang mereka.

Hanya usaha kecil ini yang mampu kubuat. Hebahkan kepada rakan-rakan anda. Jangan kita buat endah tak endah dan pandang enteng akan perkara ini. Sama-samalah kita berdoa akan kejayaan dan keselamatan mereka.

Ya Allah ya tuhanku..hancurkanlah israel laknatullah seperti mana Kau hancurkan kaum2 yang ingkar sebelumnya..makbulkanlah doa2 kami hamba2Mu yg beriman ini ya Allah..amiin amiin ya Rabbal alamin.

p/s :: terima kasih kepada fareeza kerana sudi bagi trah guna laptop...sayang fareeza...^^,

Saturday, May 29, 2010

award dari kak deena farhana

Hari ni dapat wonderful blog award dari kak deena farhana, seorang sahabat di alam maya yang baru sahaja ku kenali. Terima kasih Pena Farhana kerana sudi berukhuwwah dengan blog yang tidak seberapa ini. Moga ukhuwwah kita akan terus berkekalan.

j

Terima kasih atas award ini. Saya sangat menghargainya. Suka dengan award yang kaler pink ni. Macam tahu-tahu je ini favourite color saya.

Friday, May 28, 2010

imam muda vs akademi al-quran

Post ini menceritakan tentang kedua-dua program ini, bukan perbandingan antara kedua-dua program ini.

Agak lewat sikit aku tengok program baru di Astro Oasis tadi. Patutnya pukul 9, tapi, pukul 9.30 baru buka tv dan tengok program tu. Mantooop. Semua peserta mantap. Mantap dari segi ilmu agama, cara percakapan, perwatakan, dan macam-macam lagilah. Peserta semuanya ada 10 orang, dua darinya adalah dari Kelantan. Salah seorang peserta yang dari Kelantan tu, Syakir namanya, umur sama dengan aku, 19 tahun, muda tu, memang Imam Muda lah. Dia ni satu sekolah dengan adik aku, Imran, sekolah kat Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, kira macam senior adik aku la. Baguslah program macam ni, yang mengetengahkan para pemuda Islam yang berkualiti semuanya. Alim je semua nampak, sejuk mataku memandang. Semuanya boleh buat calon suami. Rasa bangga pun ada. Yelah kan, sekarang ni, tak ramai pemuda yang berkualiti macam ni, yang dok merempit, dok berkepit dengan pasangan masing-masing, dok melepak membuang masa ramai la. Moga pemuda yang berkualiti dan beriman macam inilah yang boleh diharapkan untuk menjadi generasi penyambung Sultan Muhammad Al-Fateh. Bak kat cik faddy, 5 bintang untuk program Imam Muda. Aku tolong clap-clapkan ye faddy....


Lepas habis tengok Imam Muda, tukar pulak channel TV9. Tengok cerita Akademi Al-Quran 4, bukan Akademi Fantasia ye! Episod AQ4 kali ni menceritakan tentang ujibakat-ujibakat yang berlangsung di beberapa buah negeri di serata Malaysia. MasyaAllah, punyalah ramai orang yang pergi ujibakat. Memanglah sambutannya tak semeriah ujibakat Mentor, Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan rancangan yang sewaktu dengannya, tapi alhamdulillah sambutan untuk program yang berbentuk keagamaan macam ni pun agak menggalakkan. Yang buat aku rasa kagum bilamana budak Form 1 pun ada yang datang untuk menjalani ujibakat. Ada tu yang nangis sebab tak terpilih untuk ke peringkat yang seterusnya.


Sebenarnya, jujur dan ikhlas aku katakan, bilamana melihat program seumpama ini, melihat kepada kebolehan serta ketinggian ilmu para peserta program, aku rasa sangatlah rendah diri. Terasa banyak benar kurangnya diri yang hina ini dari segi ilmu keagamaan. Kira macam sambil tengok tv bersama keluarga, sambil bermuhasabah diri la. 2 in 1 la katakan.

Bagus la sekarang ni makin rancak program berbentuk keagamaan terpapar di kaca televisyen. Walaupun tak serancak dan penonton pun tak seramai program berbentuk hiburan, tapi sekurang-kurangnya, kalau buka tv, ada juga program yang boleh memberi makanan kepada rohani. Kalau yang tak ada niat nak tengok pun, kalau dah tertekan channel yang memaparkan program seumpama ini, mungkin ada hati-hati yang terdetik untuk terus melihatnya.

Harapnya, di masa akan datang, akan lebih banyak program seumpama ini dipaparkan dan akan memberi inputyang baik kepada yang menontonnya.

Wednesday, May 26, 2010

isu kasut crocs?

Pagi tadi, masa bukak facebook, timbul isu tentang lambang kasut crocs yang menyerupai nama Allah. Mulanya, memang agak terkejut, sebab, kasut tu tempat kita pijak dan lambang kasut crocs tu menyerupai kalimah Allah. Sebenarnya, nak tilik kasut crocs secara 'live', tak bolehlah, sebab aku tak punya kasut yang berjenama crocs ni. Mahal ! Tapi, aku cuba untuk tengok dalam facebook tentang logo kasut crocs ini. Dan inilah yang gambar terpapar di facebook itu.



Dan malam ni, dalam tengah berjalan-jalan di alam maya, terjumpa satu dua blog (sini dan sini) yang membicarakan perihal isu ni. Juga tak ketinggalan, Ustaz Hasrizal pun ada menyatakan tentang isu ini di ruangan facebooknya. Jom layan perbincangan di bawah ini.











Di sini, aku tidak mahu komen panjang-panjang. Almaklumlah, aku bukanlah orang yang arif untuk menjelaskan panjang lebar mengenai isu ni, Tapi, yang aku dapat simpulkan di sini ialah, sensitif itu perlu, tapi melatah jangan sekali !

Tuesday, May 25, 2010

cuti oh cuti...

Post ni dibuat kerana aku dah mula rasa nak nangis sebab hanya tinggal 4 hari je lagi untuk aku kembali ke CFS.

Ya, memang aku diberi cuti yang agak lama, alhamdulillah, hampir 3 bulan. Lama kan? Tapi, serious, tak rasa sangat pun duduk kat rumah macam 3 bulan, rasa macam kejap sangat. Maybe ada yang akan tanya, buat apa la kat rumah tu? Tak boring ke cuti 3 bulan? Ya, itulah antara kata-kata yang akan orang cakap kalau tahu aku ni bercuti selama 3 bulan kat rumah.

Kadang-kadang aku pun terfikir, apalah yang aku buat selama 3 bulan bercuti kat rumah ni ya. Tapi, alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya masa yang ada digunakan untuk benda yang bermanfaat, tapi, ada la juga masa yang diperuntukkan untuk buat benda-benda yang bermanfaat. Untuk pengetahuan anda semua, before cuti hari tu, banyak sangat benda yang ada dalam list 'things to do at home', tapi, honestly, tak semuanya tercapai..hehe..

Cuti ni macam untuk tuntut balik cuti lepas SPM yang tak sempat aku rasa. Kenapa? Ha, kerana, masa bulan January 2009, aku gatal-gatal nak ke UTP, walaupun umi dan abah sebenarnya memang tak bagi anak daranya ini pergi ke UTP, mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal. Tapi, degil. Nak juga pergi. Tapi, at last, tak stay pun kat UTP tu, duduk situ sampai bulan 5 je. Kita yang merancang, tapi ingat, perancangan Allah lebih hebat. Dialah penentu segalanya. Rezekiku di UIA barangkali. Alhamdulillah, di UIA, banyak benda yang aku pelajari untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi ini. Sayang bangat sama UIA!

Ok, lari tajuk sudaa..

Selama 3 bulan di rumah, banyak yang sempat aku rasai. Pengalaman menjaga Lutfi di hospital, pengalaman menjaga adik-adik dan mengurus rumah sepanjang ketiadaan umi (umi jaga lutfi di hospital lebih 1 minggu), pengalaman mencuba pelbagai resipi (nak order, silakan ye..hehe), pengalaman menjadi seorang bibik tak bergaji..hehe..juga pengalaman diuji dengan masa lapang. Masa lapang yang Allah berikan kadang-kadang untuk menguji adakah kita tahu untuk mengisinya dengan benda yang berfaedah. Sebenarnya, masa mula cuti hari tu, memang banyak aku buang masa. Masa diisi dengan tidur, tengok tv, berfacebooking dan banyak lagi benda yang lagho la katakan.

Lepas tu aku sedar, yang walaupun aku diberi cuti yang lama, tak semestinya aku kena habiskan masa dengan benda yang langsung tak memberi faedah. Then, alhamdulillah, walaupun sekarang ni masih lagi berfacebooking, tengok tv, tapi masih dalam mood berpada-pada. Contohnya, masa tengah berfacebooking ke, bukaklah youtube dengar ceramah ke ape ke (aku suggest dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, sangat BEST!), pastu baca la laman web ke blog ke yang memberi manfaat pada kita kan. Tak salah nak berhibur, tapi janganlah sampai membuang masa kan. Juga, bak kata akak naqibah usrah aku, masa cuti ni la kita nak baca buku-buku agama banyak-banyak, lepas ni dah tak ada masa nak baca buku lagi. Pastu kan, pagi-pagi tu solat la dhuha ke kejap sebab nanti bila balik UIA ke mana-mana universiti lain ke, bila ada kelas pagi, dah tak sempat nak buat kan.

Satu lagi sindrom masa cuti ni ialah sangat malas nak contact-contact dengan orang yang tersayang. Sori ye kawan-kawan, aku bukan tak ingat korang, tapi kan sangat malas nak call atau tulis mesej. Kadang-kadang phone tu dok terperap je dalam bilik, tuannya kat luar. So, bila ada orang call atau orang mesej, tak berjawab la nampaknya. Sori sangat-sangat (especially, pada isna, shekin dan maheran)

Rasa sedih sangat nak tinggalkan rumah ni. Lepas ni, dah tak boleh nak dengar gelak ketawa adik-adik aku, nak dengar celoteh umi, nak dengar adik-adik aku buat lawak, nak tidur dalam bilik aku yang best ni, nak masak untuk family, dan banyak lagi lah !!

Juga akan rindu pada
adik-adik yang comel ni..

Oklah, setakat ini dulu coretan di pagi hari. Nanti kalau ada idea lagi kita kongsi lagi ye.

p/s :: mungkin lepas cuti ni akan kurangkan masa untuk blogging, mahu spend masa untuk study...

Monday, May 17, 2010

jangan tidur sebelum....



Perkara Sebelum Tidur ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)

Membacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,
perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

nota kaki :: Jom sama-sama kita istiqomah melaksanakannya !

Alhamdulillah, selamat datang saudara seimanku...

Hanya kalimah itu yang bisa kuucapkan bilamana mendengar seorang penyanyi rap terkenal di Amerika, Loon, telah diberi hidayah oleh Allah untuk beliau merasakan nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi hari ini. Secara jujurnya, aku tak pernah dengar dan kenal siapa itu Loon, walaupun beliau merupakan penyanyi rap tersohor di Amerika, yang mana albumnya terjual melebihi 7 juta unit.

First time dengar nama Loon dan juga perihal beliau memeluk agama Islam ialah semasa menonton rancangan Halaqah di TV9 (honestly, this is the first time i watch this show). Beliau memeluk Islam pada Disember 2008, pada usia 32 tahun. Nama sebenar Loon, Chauncey Lamont Hawkins , telah ditukar kepada Amir Junaid Muhadith. What a beautiful name !!

Juga, sempat untuk aku layari laman You Tube, mencari kisah si Loon ini. Ternyata, sudah ramai yang telah melihat wawancara yang dibuat oleh Al-Jazeera mengenai keislaman si Loon ini. Terus aku kongsikan di laman Facebookku untuk tatapan sahabat handai. klik sini untuk lihat video

Menurut beliau, setelah memeluk Islam, beliau merasakan satu ketenangan spiritual yang tak pernah dirasainya sebelum ini. Kini, beliau dalam usaha untuk menyebarkan dakwah Islam. Terlintas di fikiranku, orang yang baru memeluk Islam pun ada usaha untuk menyebarkan agama Islam, tapi kita semua, yang memang dilahirkan Islam, berpeluk tubuh untuk menyebarkan dakwah Islam itu sendiri. Yang paling teruk lagi, membelakangkan ajaran Islam dan menjadi fitnah kepada agama. Banyak alasan yang diberikan. Fikir-fikirkanlah wahai diri dan para sahabat sekalian.

Loon, semasa beliau bergelar penyanyi rap

Amir Junaid Muhadith, selepas memeluk Islam

Allahuakbar, tak pernah kan kita sangka penyanyi rap yang sebegitu rupa diberi hidayah oleh Allah agar beliau dapat merasakan nikmat Islam dan Iman yang kita rasa saat ini.

Saturday, May 15, 2010

Islam di Malaysia makin hancur....

Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alasan untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

08 Mei 2010

notakaki :: Ya Allah...aku hambaMu yang amat lemah..aku tak mampu melawan apabila syariat mu terang2an dilanggar sebegini oleh pentadbir negaraku sendiri...Islam dinegaraku sudah semakin hancur Ya Allah.. Kau bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka yang mahukan Islam ditegak dinegara ini. Ya Allah.. ku pohon dengan sgt..tiada yg mampu ku lakukan melainkan benci dihati tentang perkara ini.

shopping..shopping..

Shopping dan wanita tak boleh dipisahkan kan?

Hari ni, aku dan adik pergi ke Laila Rawas Textiles, tujuannya, sudah tentu beli kain kan. Lepas ambil adik kat sekolahnya (adik ada kelas tambahan), Sekolah Islam Sri Hikmah, terus abah hantar ke kedai tu. Abah drop kami je, tak teman kami shopping pun. Tahu-tahu je la kaum adam kan. Banyak juga kain-kain yang menarik perhatian kami, rambang mata dibuatnya.

Tapi, akhir sekali, inilah pilihan hati kami. Silakan menjamu mata ya !

Pilihan hatiku...

Pilihan hati adikku, both kain cotton...

Selepas habis shopping kain yang memakan masa yang agak lama juga, umi datang ambil dan bawa kami ke Muda Osman, sebuah kedai buku di Kota Bharu. Tujuan utama, nak beli buku Denyut Kasih Medik, hasil tulisan Dr. Farhan Hadi, suami kepada Ukhti Fatimah Syarha. Tapi, buku tu dah habis. Mungkin bukan rezeki aku untuk beli buku tu kali ni. Jadi, alang-alang kat kedai buku kan, terus pilih buku lain. 3 buah buku kuambil dan adik pun ambil 3 buah buku juga. Sekali lagi, selamat menjamu mata !





Lepas habis beli buku, perut kami berkeroncong la pulak, jadi, singgah kat kedai makan untuk makan tengah hari. Alhamdulillah , setelah perut kami diisi, kami pun balik rumah dengan bahagianya...

notakaki :: Harap dapat habis baca semua buku tu before balik UIA.

notakaki :: Isna, masa aku beli kain kan, tetibo ingat ko mum. Hahaha....

ada apa selepas mati ?

Tazkirah Nabi s.a.w. di hari pengkebumian

Seorang sahabat bernama al-Barra’ bin ‘Azib –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari kamu keluar bersama Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia. Ketika sampai di perkuburan dan jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun turut duduk di sekitar beliau. Di tangan baginda ada sebatang kayu. Baginda menggaris tanah dengan kayu itu, kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata; “Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur”. Baginda mengulanginya dua atau tiga kali.


Seterusnya baginda berucap;
“Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika ia hampir mati), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, yang putih wajah mereka seumpama matahari, bersama mereka kain kapan dan bau-bauan (حنوط) dari syurga. Mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata kepadanya; ‘Wahai ruh yang baik! Keluarlah menuju kepada keampunan dari Allah dan keredhaanNya’. Maka keluarlah ruh itu di mana ia mengalir (keluar) umpama mengalirnya titisan air dari corong bekas air (yang dinamai as-Saqa’ dalam bahasa Arab).


Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan bersama-sama bau-bauan (yang di bawa oleh malaikat-malaikat tadi) dan terbitlah darinya bau yang amat harum umpama bau kasturi yang paling harum di atas muka bumi ini’. Setelah itu malaikat-malaikat tadi membawa ruh yang harum itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Bau apakah yang amat harum ini?”. Malaikat-malaikat yang membawa ruh itu menjawab; “Ruh si fulan bin fulan”.


Mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya di atas muka dunia. Apabila sampai di langit, para malaikat yang membawanya itu meminta supaya dibukakan pintu langit, lalu dibukakan.
Di setiap langit, ruh mukmin itu diiringi oleh malaikat penjaga langit untuk naik ke langit berikutnya hinggalah ia sampai langit ke tujuh. Maka datanglah firman Tuhan kepadanya; “Tulislah hambaku di dalam ‘illiyyin (tempat orang-orang mulia di dalam syurga) dan bawalah ia kembali ke bumi kepada tubuhnya kerana sesungguhnya darinya (yakni dari bumi/tanah) aku menjadikan mereka (yakni manusia), kepadanyalah aku akan kembalikan mereka dan darinya juga aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi (yakni apabila berlakunya kiamat)”. Maka dikembalikanlah ruh itu kepada tubuhnya.


Kemudian datang dua orang malaikat kepadanya dan mendudukkannya (yakni menjadikannya duduk). Kemudian mereka bertanya kepadanya; ‘Siapa Tuhan kamu?’. Ia akan menjawab; ‘Tuhanku adalah Allah’. Mereka bertanya lagi kepadanya; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Agamaku adalah Islam”. Mereka bertanya lagi; “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab; “Dia adalah Rasul Allah”. Mereka bertanya lagi; “Apakah ilmu kamu?”. Ia menjawab; “Aku membaca kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya”.


Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Benarlah apa yang dikatakannya itu. Hamparilah ia dengan hamparan dari syurga, pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga dan bukakanlah untuknya satu pintu ke syurga”. Maka sampailah kepadanya bauan dan haruman dari syurga dan dilapangkan untuknya kuburnya seluas mata memandang. Kemudian datang seorang lelaki yang elok rupanya, cantik pakaiannya dan harum baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang menyeronokkan kamu ini. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan untukmu”. Ia bertanya; “Siapakah kamu?. Kamu datang dengan wajah yang membawa kebaikan”. Lelaki itu menjawab; “Akulah amal soleh kamu”. Ia (yakni si mati yang beriman itu) lalu berkata; “Wahai Tuhanku! dirikanlah kiamat, dirikanlah kiamat, supaya aku mendapat kembali keluargaku dan hartaku”.


Adapun seorang hamba yang kafir dan jahat pula, pada ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika hampir mati), turun kepadanya malaikat-malaikat berwajah hitam membawa bersama mereka kain kapan yang buruk. Mereka duduk mengelilinginya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata: ‘Wahai ruh yang kotor, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya. Maka bertempiaranlah ruh pada jasadnya (seolah-olah hendak melarikan diri).


Lalu malaikat maut mencabut ruh itu (tanpa belas kasihan) seperti mencabut besi pemanggang daging dari kain bulu yang basah. Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk tadi dan terbit dari ruh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa ruh yang berbau busuk itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Ruh siapakah yang busuk ini?”. Jawab para malaikat yang membawa ruh itu; “Ruh si fulan bin si fulan”, di mana mereka menyebutnya dengan nama yang paling buruk orang menamakannya di atas muka dunia dulu.


Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa ruh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah (bermaksud):
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh dari mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka). Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keengkarannya)”. (Surah al-A’raf, ayat 40)


Rasulullah bercerita lagi; “Kemudian Allah berkata (menyampaikan perintahNya berkenaan ruh itu); “Tulislah ia di dalam Sijjin (yakni penjara) di dalam bumi yang paling bawah”. Maka dilemparkanlah ruhnya itu dengan satu lemparan. Rasulullah lalu membaca firman Allah (bermaksud):
“Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)”. (Surah al-Hajj, ayat 31)
Kemudian ruh itu dikembalikan kepada jasadnya di bumi. Setelah itu datang kepadanya dua malaikat. Mereka bertanya kepadanya; “Siapa Tuhan kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Siapakah lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab sama seperti tadi; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”.


Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Hambaku telah berdusta. Hamparilah ia dengan hamparan dari neraka dan bukakan untuknya satu pintu ke neraka. Maka sampailah kepadanya bahang panas dari api neraka dan disempitkan baginya kuburnya hingga bersilang-silanglah tulang-tulang rusuknya. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh mukanya, buruk pakaiannya dan busuk baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang mendukacitakan kamu ini. Hari ini adalah hari yang dijanjikan buatmu”. Ia bertanya; “Siapa kamu? Kamu datang dengan wajah yang membawa kejahatan”. Lelaki itu menjawab; “Aku adalah amalan kamu yang keji”. Akhirnya ia pun berkata; “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau dirikan kiamat”.


(Riwayat Imam Ahmad. Menurut Imam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid; para perawi hadis ini adalah soheh (Majma’ az-Zawaid, 3/49). Menurut menurut Syeikh al-Albani; hadis ini s
oheh (Misykat al-Masabih, hadis no. 1630))

notakaki :: matikanlah aku dalam husnul khotimah, golongkanlah aku dalam dalam kalangan yang mendapat syurgaMu...walau aku tahu aku tidak layak untuk meminta syurgaMu...:

Friday, May 14, 2010

sayang mereka ...

Alhamdulillah, hari ini, aku, wani, widad, maheran, dan teh diberi kesempatan untuk berjumpa. Sangat rindu sama mereka semua. Paling aku rindu untuk bertemu dengan maheran sebab rasanya dah 1 tahun lebih kami tak bersua. Last sekali jumpa dengan dia masa ambil result SPM rasanya, sebab maheran ni tinggal kat Gua Musang, so, agak susah untuk dia datang ke Kota Bharu untuk bertemu kami semua. Dah la maheran ni tak ada Facebook(cepak la mum wak fesbuk !!), jadi kira agak lama tak tengok wajah kawan baikku yang cantik ni. Agagaga... Walaupun lama tak ketemu, kami masih berhubung melalui telefon dan mesej.Terima kasih la yer Abraham Graham Bell kerana telah menciptakan telefon yang memudahkan aku untuk stay in contact dengan mereka-mereka semua ni.

Teringat balik zaman sekolah dulu bilamana kami ketawa dan berduka bersama-sama. Dan, hari ini, dari pukul 11 pagi hingga 4 petang, kami berbual rancak dan bergelak ketawa. Masing-masing punya kisah yang ingin diceritakan. Di sini, ingin dikongsi sedikit gambar yang sempat diambil bersama mereka. You'll made me happy today. Really happy to see all of you...I just wanna say that i LOVE all of you. Viva Vouge forever !!

Teh, Wani, Aku, Maheran dan Widad

Me with Maheran

With Teh and Wani

notakaki 1 :: Hari ni kan hari jumaat, so muslimin kena solat jumaat. Tapi, ramai sangat tadi yang buat selamba dek jer dok makan dengan makwe, rakan sekerja dan ada yang dok makan dengan isteri dan anak-anak lagi. Kalau kat Mid Valley ke, OU ke, Pavillion ke aku boleh terima gak, ni kat Kota Bharu. Bukan satu, dua orang, tapi ramai. Tak boleh ke makwe, rakan sekerja dan isteri-isteri mereka ni tegur ! Ni bukan solat BERJEMAAH, ni solat JUMAAT cik abang semua yer ! Solat JUMAAT tu wajib bagi muslimin yang dah akil baligh. Mungkin mereka ni musafir kot kan? Berhusnu dzon dengan mereka....

nota kaki 2 :: juga sempat beli handsock yang ada corak-corak ni. Maheran yang tolong-tolong pilihkan....

Cantik tak ?

Wednesday, May 12, 2010

7 ayat CINTA


Sabda Rasulullah SAW :
" Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini kan dimuliakan Allah dan para malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan"

1. Bismillahirrahmanirrahim di setiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah setiap kali habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. InsyaAllah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquawwataillabillah bilamana tidak dapat melakukan sesuatu berita atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah dibaca sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amalkanlah, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang terpilih oleh Allah. Gunakan nikmat waktu yang Allah berikan dengan sebaik mungkin.

Tuesday, May 11, 2010

ayuh, kembali ke sekolah !

Alhamdulillah, dalam pukul 8.45, selesai sudah exam speaking MUET di perpustakaan SIC. Mengikut perancangan, dalam pukul 11 aku akan ke sekolahku yang tercinta, SMKA Naim Lilbanat bersama beberapa orang rakan yang lain. Tujuan utama, ambil sijil SPM. Selepas selesai exam MUET, terus pergi ke sekolah umi (jalan kaki dari SIC, dekat je pun), SMSI, sebab Syazni akan ambil aku nanti.Aku ni mana pandai drive, harapkan belas ehsan kawan je kalau nak pergi man-mana. Thanks a lot Syazni !

Bersama 7 orang rakan yang lain iaitu Syazni, Che Ten, Fatin, Tirah Rosdi, Mutia, Iffah dan juga Artikah kami melangkah masuk ke sekolah. Mulanya, pergi ke kantin. Sampai di sana, terserempak dengan PK 1, Puan Norsilawati Yusoff dan juga Cikgu Suzuki. Cikgu Suzuki belanja kami semua minum dan agak lama juga berborak dengannya. Segala hal diceritakan olehnya, dari hal junior yang masih lagi berhingus (sorry ye dik !) hinggalah ke senior kami yang sudahpun bekerja dan punya keluarga sendiri. Dalam masa kami rancak berbual, Ustaz Rosli ada juga datang. Lepas jugak rindu nak dengar lawak ustaz.

Seterusnya, misi kami ke pejabat sekolah untuk ambil sijil SPM. Di pejabat, ramai yang kami jumpa antaranya, mudirah, Ustazah Hachinah, dan ramai lagi. Dan, yang bestnya, cakap dengan Ustazah Hachinah, banyak nasihat berguna yang beliau berikan. Setelah selesai smua ambil sijil, terus ke bilik guru, makin ramai guru-guru yang dulu banyak berjasa kepada kami yang kami jumpa di sini. Apa yang menyentuh perasaanku ialah, aku amat gembira melihat mereka gembira dengan pencapaian kami (walaupun semua tak ambil degree lagi, mostly baru habis matrix dan asasi, dan aku seorang je yang masih tak habis asasi lagi..ngee..).

Sempat lagi bergambar sebelum ke KB Mall

Terubat rinduku kepada zaman sekolah. BESTnya kalau boleh putar masa balik dan belajar balik kat NAIM. I'm proud to be NAIMIAN !

Sunday, May 9, 2010

terima kasih umi !


Untuk umi yang telah mengandungkan kami selama 9 bulan..
Untuk umi yang bertarung nyawa bagi mengizinkan kami menatap wajah dunia..
Untuk umi yang telah menyusukan kami dengan susu dari tubuhnmu..
Untuk umi yang bekerja keras demi menyuapkan rezeki Allah kepada kami..
Untuk umi yang telah berpenat lelah mendewasakan kami..
Untuk umi yang membuatkan kami mengerti hakikat hidup seorang hamba..
Untuk umi yang sentiasa meneguhkan kami..
Untuk umi yang menjadi tempat kami mengadu dan melepaskan kejerihan hidup..
Untuk umi yang sanggup mengorbankan segalanya demi kami..
Untuk umi yang tak pernah mengenal erti lelah dalam mendidik kami..
Untuk umi yang menerima diri ini seadanya..
Selamat Hari Ibu..
Moga Jannah tempatmu..
Moga Allah membalas segala jasamu umi..
InsyaAllah..
Dari KAMI : Kakak, Amir, Imran, Hanif, Adik dan Lutfi..

Alhamdulillah, aku berada dirumah pada tahun ini pada 9 Mei 2010, yakni pada Hari Ibu. Jadi, sempat untuk aku dan adik-beradik memberi hadiah dan membuat sedikit kejutan kepadanya. Hadiah dan kejutan ini mungkin tidak dapat membalas segala jasa yang umi taburkan, tapi, sekurang-kurangnya, umi tahu yang anak umi sangat menghargai umi kan. Kami juga gembira melihat umi tersenyum dengan hadiah dan kejutan yang kami berikan. Umi, kakak sayang umi sangat-sangat !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com