Monday, January 31, 2011

betapa Rasulullah sayangkan kita

Alhamdulillah. Sempat menjejakkan diri ke IIUM Berselawat. Banyak yang dapat diambil. Hati tenang mendengar bait-bait ucapan dari Ustaz Muhadir dan Habib Ali Zeinal Abidin. Walaupun tak dapat menatap wajah mereka, dapat juga mendengar kata-kata nasihat dari mereka.

Banyak yang saya dapat. Sungguh. Tak rugi menggagahkan diri ke majlis itu sebab sampai di CFS dalam pukul 6.24 pm. Oh, lupa cakap. Saya mengikuti Trip to Kuantan. Bertolak pagi dari Pantai Sepat, petangnya selamat tiba di CFS.

Ini yang saya ingin kongsi. Satu hadith yang diceritakan Habib Ali. Cukup terkesan di hati. Betapa Rasulullah cintakan kita, tapi sejauh mana cinta kita pada jasad yang mulia ini?

===========

Terdapat satu hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA berkata:

“Tatkala aku melihat Nabi SAW dalam keadaan baik, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.”

Maka Baginda SAW bersabda, “Ya Allah! Ampunilah ‘Aisyah dari dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, yang dilakukan secara sembunyi dan terang-terangan.”

Mendengarnya, ‘Aisyah ketawa hingga kepalanya jatuh ke pangkuannya akibat terlalu gembira.

Maka Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doaku menggembirakanmu?”

Maka jawabnya, “Kenapa tidak, doamu itu begitu menggembirakanku.”

Sabda Baginda SAW, “Demi Allah! Sesungguhnya ia adalah doaku untuk umatku yang aku panjatkan dalam setiap solat.”
=========

Ya Allah, kami pohon kepada-Mu agar kami dijadikan umat Baginda yang bakal beroleh syafaat Baginda, masuk syurga bersama-sama Baginda s.a.w. yang amat kami cintai.


notakaki :: Hinanya terasa diri ini. Sungguh sedikit pengetahuanku tentang sirah Rasulullah. Sedikit yang amat.

amir's blog

Firstly, sorry Amir. Seriously, i never know that you got your own blog. Hari ni dapat comment dari adik tersayang. Seorang kakak yang jahat baru tahu adiknya ada blog. So hari ni kena hentam. o_O

Tirah, can you help advetise my blog like you did to Imran's Never Lose Hope. Amir's blog have been running for quite a while but suffers lack of page views XD.

Note that the blog is written fully in english because it is a part of my english improvement scheme. It will be nice to read, the topic ranges from nothing to everything :D.

It will be nice to have the advertisement posted exclusively for it.

Thanks in advance.

Kind of promotion here. Jom jenguk blog adik saya, Amir. Amir ni sekarang tengah study kat Taylor's College. Canadian Pre University. InsyaAllah kalau ada rezeki dan tak ada aral melintang akan fly ke Canada dalam bidang Engineering.

I do really hope that you can excel well in your exam and achieve what you want in your life. Make umi abah proud of you. I know you can. Kakak selalu doakan kejayaan Amir di dunia dan akhirat~~

Oklah..oklah..Melarat bagi ucapan pulak. Oklah, have a visit to his blog. Just have a click on the link below!


Kakak promote doh. Jange dengki-dengki taw, tak baik~~

Huu~~

Wednesday, January 26, 2011

IIUM berselawat

Sama-sama kita zahirkan cinta kita pada Nabi Muhaammad SAW dengan berselawat pada baginda. Sama-sama kita luangkan masa untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini.



Pesan Habib Ali al Jufri:

Matamu ini hidupkannya dgn kehidupan Baginda, jangan engkau memandang pada perkara yg haram,

Telingamu ini hidupkannya dgn kehidupan Rasulullah, jangan engkau mendengar sesuatu perkara dosa,

Lidahmu ini hidupkannya dengan kehidupan Rasulullah jangan engkau berbicara melainkan ia dapat menyebabkan engkau mengingati Allah dan RasulNya,

Wahai hamba Allah yang banyak berdosa,
Hidupkan kehidupanmu dgn membaca kalam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn sunnah Rasulullah,
Hidupkan kehidupanmu dgn hukum hakam Allah,
Hidupkan kehidupanmu dgn zikir dan ibadah pada Allah,
nescaya hidupmu kekal dlm rahmat Allah sentiasa,
sehingga Allah menghimpunkanmu bersama kehidupan sebenarnya di alam barzakh,
kemudian di hari akhirat bersama Nabi Muhammad,
kemudian di syurga firdausi yg tertinggi

~Ya Allah, hidupkan kami dgn mencintai orang yang mencintaiMU~


*Thanks to Najah Solihah for tagging me this picture on FB.


notakaki :: Doakan saya buat yang terbaik Khamis ini. Good luck juga buat yang lain. Permudahkan urusan kami. Rabbi yassir wa la tuassir ya kareem...

notakaki :: Me : is preparing for interview right now.

Monday, January 24, 2011

alhamdulillah


Alhamdulillah.

Hanya itu yang bisa saya ucapkan.

Doakan saya buat yang terbaik Khamis ini.

They just want to see your DETERMINATION.

Show to them that you really want it!

Doakan. Dan terus doakan.

Aim for the moon, because even if you fall, you're still among the stars :)

======

Tadi call umi.

Umi cakap, "Umi semaye hajat sokmo ko anok-anok umi. Biar dapat gapo hok terbaik. Hidup sene, berjayo, suami soleh, berjayo dunio akhirat. Hidup umi dan abah untuyk anok-anok jah. Tengok anok happy sokmo. Kakak buat yang terbaik. Buat preparation molek-molek"

Tiba-tiba rasa sedih. Menangis. Booo. Benda macam ni pun nak menangis. Ni campur homesick ni.

Berita gembira, umi cakap nak datang KL cuti raya cina ni.

Wink2x. ^^,


notakaki :: Umi dah cakap kan, believe in yourself! Just be confident with yourself dear!

terkesan

Terkesan dengan kata-kata yang dikongsi sahabat. Dia berkongsi apa yang dikatakan lecturernya. Ada seorang pelajar ni, sangat, mementingkan akademik. Sangat dan sangat. Pecfectionist. Markah dan semuanya nak sempurna. Dia tidak pernah jatuh atau gagal dalam akademiknya. Boleh dikatakan pelajar cemerlang la.

Satu hari, resultnya jatuh mendadak. Seperti yang disebut sebelum ni, dia tidak pernah jatuh. Ini pertama kali dia gagal dalam akademiknya. Dia menangis bagai hilang segalanya. Menangis dan menangis.

Dan, lecturer ini memberi nasihat buatnya. Satu nasihat yang buat saya juga terkesan.

"Kamu boleh menangis bila melihat result kamu jatuh, akademik kamu jatuh, reputasi kamu jatuh. Tapi, adakah kamu menagis bila melihat ISLAM kini jatuh? ISLAM dihina, dicaci. Umat ISLAM dibunuh di Palestin. ISLAM dipijak-pijak. Adakah kamu menangis melihat semua kejatuhan ini?"

Tepuk dada, tanya iman.

Manusia sangat selfish. Hanya tahu memikirkan kepentingan sendiri tanpa dia sedar dia ada tanggungjawab untuk menaikkan ISLAM.

Syeikh Qutb, seorang pejuang ISLAM yang syahid di tali gantung, pernah berkata yang jika kita hidup untuk diri kita sendiri, ia tak akan lama. Setelah kita mati, tamatlah segalanya. Tapi jika kita hidup untuk ISLAM, ianya akan berkekalan hingga saat tibanya hari kiamat. Berterusan dan berterusan...

Peringatan buat diri yang lalai ini....

Thabatkanlah aku di jalanMu ini Ya Allah....


notakaki :: Kak Husna, Aqilah, Hidayah, Ain, Kak Wirdah, Zaleha, Sarah, Razanah... Suka bersuka-ria bersama-sama anda semua. Indahnya ukhuwah kerana Allah. Paling penting, piza itu sedap ye! Nanti order lagi!

rindu

Saya tak balik raya cina. Dengki tengok kawan-kawan tulis nama kat list nama tempah bas. Oh saya sangat tabah ye tak balik rumah!

Sebenarnya, nak balik. Saya rindu umi abah dan adik-adik saya.

Rindu berbelas-belas ekor rabbits kat rumah walau saya kakak yang jahat tak jaga rabbits.

Itu sahaja.

Sekian.

Tersangat rindu budak botak!

Saturday, January 22, 2011

high expectation

Jangan letakkan expectation yang terlalu tinggi pada seseorang.

Nak kata jahil, ilmu ada, tapi, kemungkaran tetap jua menjadi pilihan.

Demi cinta dan perasaan, hukum hakam agama diketepikan.

Bila sudah tahu keburukan yang dilakukan, hilang segala hormat padanya.

Sekarang, cuba menerima hakikat yang setiap manusia ada kekurangannya.

Juga, ingin mengajar diri untuk tidak menghebahkan keaiban orang lain.

Ingin pupuk hati supaya tidak membenci si pelaku dosa, tapi membenci dosa yang dilakukan.

Kerana diri ini juga penuh dosa, tak mahu dibenci sahabat. Cuma perlukan sahabat untuk sentiasa mengingatkan diri ini.


notakaki :: Mungkin anda tak faham, saja nak luahkan apa yang terbuku di hati.

notakaki :: Optimizekan keikhlasan lakukan semua perkara. Juga, hargai masa cik athirah!

Wednesday, January 19, 2011

maaf = sorry


Ucapan maaf memang sukar untuk dilafazkan. Mungkin kerana ego barangkali. Walhal kita tahu yang kita tak lari dari melakukan kesilapan. Terkasar bahasa, tersmash, termelukakan hati orang, ter itu dan ter ini. Ya, kita tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Tapi kita ada hak untuk memohon kemaafan darinya. Dosa yang kita buat pada manusia, hanya manusia itu yang boleh maafkan. Tapi hakikatnya, manusia ni sukar ingin memaafkan kesalahan.

Hari ahad yang lalu, masa ni masih lagi berada di rumah, sempat menonton tv. Rancangan tu namanya Serasi Bersama. Sebuah rancangan hiburan. Rancangan berbentuk quiz untuk suami isteri, biasanya artis yang dijemput, tapi oleh kerana Prof Dr Muhaya dan suaminya, Dr Azmi yang dijemput, tu yang melekat depan tv tu. Sebab memang selama ni saya suka akan Dr Muhaya ini.

Untuk siapa yang tak kenal Dr Muhaya ni, bolehlah klik di SINI dan SINI. Beliau merupakan seorang pakar perunding mata yang terkenal dengan pembedahan Lasik dan beliau juga merupakan Presiden Persatuan Oftalmologi Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor juga mengiktiraf Dr Muhaya sebagai Penerima Anugerah Tokoh Ilmuwan Selangor 2010. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila baca HarakahDaily ye...

Dr Muhaya dan suami tercinta

Sebenarnya, bukan nak menulis pasal biodata Dr Muhaya di sini. Cuma, ingin berkongsi apa yang Dr Muhaya ada katakan dalam rancangan itu. Katanya, antara perkara yang tak pernah ditinggalkan untuk menjaga keharnonian rumah tangga sejak beliau berkahwin dengan suaminya ialah menuturkan ucapan maaf sebelum tidur. Kalaupun suaminya telah tidur, beliau akan kejutkan suaminya hanya untuk menuturkan ucapan maaf. Katanya, sebagai isteri, ada tanggungjawab sebagai isteri yang tak terlaksana. Sebab itulah katanya, jangan berat untuk kita tuturkan kata maaf buat suami. Setiap hari, sebelum tidur.

A very good tips from her. Boleh sama-sama kita practice, tapi buat masa sekarang bukan pada suami sebab tak ada suami lagi. Ngeee~~ Sekarang, kita sama-sama buangkan rasa ego untuk ucap kata maaf buat rakan-rakan dan ahli kelaurga ye.

Dalam Islam sendiri pun, kita digalakkan untuk memaafkan semua orang sebelum kita menutup mata. Lapangkan hati kita, jangan ada perasaan dendam untuk sesiapapun. Ajar hati kita untuk lebih berlembut. Mana tahu, mungkin umur kita tak panjang, mata kita tak akan terbuka esok hari.

Ucapan maaf memang susah untuk dilafazkan. Berat rasanya mulut ni untuk ucapkan kata maaf. Adat orang Melayu, kata-kata maaf ni biasanya diucap pada Hari Raya sahaja. Kira macam qada segala dosa yang kita buat kat manusia hari-hari dan suruh dia maafkan kita pada Hari Raya sahaja. Tak elok, tak elok...

Jujur saya katakan, saya pun susah nak ucapkan kata maaf ini. Sekarang, mungkin ada perubahan, walau tak ketara. Selepas solat berjemaah, tak kiralah dengan roomate atau rakan-rakan yang lain, saya biasakan untuk ucapkan kata maaf. Kalau dulu pelik jugak tiba-tiba ada orang ucapkan maaf pada kita masa tengah salam lepas habis solat. Tapi. alah bisa tegal biasa. Sekarang dah jadi amalan diri sendiri.


Sorry. A simple word, but it do give a big significance.


notakaki :: Umi cakap kakak kena kuat. Yes, I HAVE TO BE STRONG. Try to be strong girl!

notakaki :: Aqilah, kamu juga kena kuat. Terima segala ketetapanNya. Moga dapat yang terbaik.

Sunday, January 16, 2011

masa

Pagi tadi terdengar perbualan adikku masa kami tengah berbual-bual.

"Jom tengok movie, dah download movie baru"

Ada la budak ala-ala skema jawab,

"Kita tengok movie 2 jam lebih kan, means, 1/12 dari masa kita sehari kan. Malaslah!"

*note : Perbualan ni sudah ditranslate ke dalam bahasa yang boleh difahami ye. Kami tak cakap seskema ini di rumah.

Jawapan tu memang agak skema untuk seorang yang dah habis SPM. Oh sangat skema la. He used to spend his free time to read books. Skema kan? Bagus tarbiyah budak maahad tahfiz ni, hati saya tiba-tiba berbisik. Hee~~
p/s : bila baca sila jangan koya!

Tapi, memang betul. 2 hours is such a long period of time for me. Tak kira la buat apa pun. Tapi kan, biasanya manusia ni kalau tengok movie / fb / main game, masa tu rasa kejap sangat je. Kalau spend masa untuk study, huh, punyalah lama rasa. Baca Quran, lagilah rasa macam masa sangat lambat berlalu. Nak habiskan Surah Al-Kahfi tiap-tiap pagi jumaat pun rasa lama, walhal tak sampai sejam pun. Oh manusia, kau tak nampak pahala itu, kalau kau nampak, mesti kau akan gunakan masa untuk benda berfaedah je. Manusia, manusia.

Pernah orang tanya saya, sebab dia tahu sem ini saya sangat free, "Masa free-free buat apa? Bestnya, mesti hari-hari layan movie ni". Oh tidak, saya bukan hantu atau kaki movie. Dalam lappy pun rasanya tak ada movie. Hoho, skema kan. Saya tengok je, tapi serius saya bukan jenis yang terhegeh-hegeh pergi bilik orang lain nak copy movie or whatever la. Ataupun yang tercongok depan laptop nak habiskan berbelas-belas episod cerita korea.

Konklusinya, bukan nak suruh anda jadi skema macam saya. Ada movie yang boleh bagi moral value yang baik. Ada. Tapi bagi saya, kalau masa tu rasa tersangat free dan tak ada benda lain nak buat, tafaddhal.

Saya bukan nak cakap pasal movie sebenarnya. Tapi, pasal masa. Masa itulah yang saya nak tekankan. Buatlah apapun, tapi pastikan masa digunakan dengan sebaiknya. Tips dari kisah itu, saya mesti selalu bahagikan masa yang saya guna untuk buat sesuatu dengan 24 jam. Baru nampak betapa banyak atau sikit saya guna masa untuk sesuatu perkara. Faham ke? Ayat dah macam keling.

Masa yang kita gunakan akan Allah tanya di akhirat kelak!

1 dalam 10 muwasafat tarbiyah pun ada tekankan pasal masa. Masa, benda berharga yang kita tak nampak, tapi, ia berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari. Sila tengok gambar di bawah dengan mata yang bulat dan hati yang mudah menerima, SANGAT MENJAGA MASA!


Jom hargai masa. Peringatan buat diri ini yang tersangat lalai. Dalam sehari malas sangat nak buka buku even banyak masa. Sangat tidak bagus untuk kecemerlangan anda. Study itu ibadah andai niat ikhlas kerana Allah. Exam final sudah dekat! Usaha dulu baru boleh tawakkal. Tidak dikira tawakkal andai kita langsung tak berusaha. Pergantungan pada Allah itu perlu setelah kita berusaha sehabis baik!


notakaki :: Hantar adik ke MTS semalam. Sekali lagi, she cried! Dan sekali lagi, rasa macam nak nangis. Tahan, tahan. Aku seorang kakak yang berkaliber tak boleh nangis. Tahan.. Kenapala perempuan suka nangis ye? Lembik sangat ke aku ni? I wonder...

notakaki :: Lutfi tanya, kakak balik bila PJ. Sedih nak jawab. Tak nak balik PJ boleh?

Thursday, January 13, 2011

promoting his blog

Penatnya badan! Habis sakit satu badan. Ni la padahnya kalau gatal-gatal nak main netball after a long period of time tak main. Sebenarnya saya jadi bidang terjun. Ada orang request sebab tak cukup player. Sedih jugak sebab tak dapat attend talk Ustaz Zamri semalam sebab masa tu tengah kat netball court. Serious sakit. Takpe, at least hisbah kami dapat 2nd place untuk netball competition among hisbahs at Zainab College ni.

Sebenarnya, tujuan saya rajin-rajin update blog guna laptop roomate saya yang baik hati ni untuk mempromosikan blog adik saya, Imran yang baru je buat blog. Imran baru habis SPM. So i do understand that he got so many ample time. Baru sangat dia buat blog ni, dia baru postkan 2 entry je kat blog dia. Just have a click ok, i've already link it to his blog.




Welcome to the blogger world!


notakaki :: Esok balik Kelantan. Nak recharge balik battery yang dah nak habis ni, warna dah merah-merah ni. Hee~~ Selamatkan perjalananku Ya Allah! Quiz dipostponed minggu hadapan. Nak tak nak kena bawa balik buku kat rumah dan study!

notakaki :: Selepas kelas bio tadi, sempat berbual dengan Miss Shafiyyah, lecturer bio saya. Rupanya, semalam, ibu saudaranya telah kembali ke rahmatullah. Sama-sama kita sedekahkan alfatihah padanya. Moga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Wednesday, January 12, 2011

kita merancang, Allah jua merancang

Allah ada setiap masa.
Allah akan sentiasa ada bersama hambaNya yang SABAR.
Kurniakan aku sifat SABAR itu Ya Rabb....

Mesej masuk. A Umiku Sayang tertera di skrin phone. Dapat mesej dari umi. Saat menerima mesej itu airmata berguguran. Menangis kerana sedih dan gembira. Hanya Allah yang tahu apa yang terkandung dalam hati ni. Syukur kupanjatkan pada Allah. Dah la saat itu saya keseorangan di dalam bilik. Roomate ada kelas. Sebak. Mujurlah isna misscall dan saya yang banyak kredit ini terus call dia. Dia selalu ada untuk membuat hati yang hiba ini ceria. Kandungan mesej biarlah diri ini sahaja yang tahu. Sungguh, betapa bertuahnya aku punya umi dan abah seperti kalian berdua. Sungguh! Alhamdulillah Ya Allah...

Cuma, ingin kukatakan disini, mereka tahu yang aku telah lakukan yang terbaik, dan mereka juga cuba untuk berikan yang terbaik buatku. Walau aku tahu, apa yang kurancang dan kuimpikan tak semua akan jadi kenyataan. Tak mampu untuk aku berikan yang terbaik buat mereka. Ya, aku tahu, aku mampu merancang, tapi tak pernah kulupa yang Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang.

Itulah. Sejak kebelakangan ini, hati rasa tak keruan. Air mukaku memang tak menggambarkan apa yang tersirat di hati. Yela, pandai-pandai control la. Biasanya, kalau rasa tak sedap hati, memang akan teringat umi abah, rasa nak balik Kelantan. Kan tengok muka ibu ayah kan dapat pahala dan menenangkan jiwa. Tapi serius, rindu sangat untuk bertemu umi abah dan adik-adik semua. Rasa macam nak balik. Plannya minggu ni abah akan datang KL, so boleh tumpang sekaki balik Kelantan kalau abah balik hari jumaat sebab pagi jumaat ada quiz. Tapiiiii, tak jadi. So, terus buat plan untuk balik Kelantan. Memang sangat-sangat nak balik.

Bak kata kak Husna, "Balik la, bia koho kuat semangat sikit". Betul, memang semangat untuk buat semua benda dah zero. So, memang kena recharge balik. Satu-satunya cara untk recharge balik ialah balik Kelantan jumpa umi abah. Memang hujung minggu ni banyak plan. Fareeza ajak pergi trip to Kuantan yang MEDCY organize. Isna pula ajak keluar jumpa geng Naim. Tapi maaf semua, memang tak ada mood langsung nak buat segala bagai. Hati ini tiba-tiba teringat umi abah. Semangat pun ZERO! Cuma sekarang tengah kuatkan semangat untuk study Homeostasis dan Taxonomy untuk menghadap quiz Jumaat ni. Kena berusaha sehabis baik baru boleh tawakkal!

Maaf kalau saya buat pembaca semua pening. Hoo, budget ramai orang baca. Tapi, saja nak meluahkan perasaan. Untuk menutup entry ini, saya ingin berkongsi kata-kata yang saya rasa boleh buat semangat saya naik setakat ini.


Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah,
bukan semudah memetik dua jari.
Itupun belum bisa berbunyi.
Hakikat insan memang penuh kekurangan,
namun tidak menjadi kesalahan untuk memperbaiki diri
menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.
Kita harus melangkah,
meski dalam kepayahan.
Kita kan khalifah,
mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.
Sedang kepayahan itu perkara wajib
sebelum tiba di Jannah.
Lalu, haruslah mengalah pada takdir yang membuatkan
kita terduduk menangis hiba ?
Ku cuba memujuk diri,
"Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!!"
Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia,
andai langkahmu terus teguh,
menuju jalanNya.

notakaki :: Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Mudahkanlah jua hati ini untuk menerima segala apa ketetapanMu.

notakaki :: Tak inform lagi umi untuk balik Kelantan. Hari ni kena inform sebab nanti tak ada tiket pulak untuk balik KL.

Thursday, January 6, 2011

030111 & 040111

Cep ten dan Tikah

3 Januari 2011 dan 4 Januari 2011.

Happy Belated Birthday my dearies! To Fatin Hazwani dan Nur Atikah tersayang, sorry tak wish awal-awal. Ni aku edit gambar untuk kamu berdua ye. Hehe, baru nak belajar, so hodoh sikit.

To both of you, tahulah yang aku sangat rindukan masa-masa kita berada di Naim. Sekarang, kita jauh, lebih-lebih lagi tikah, jauh di Mesir sana. Tapi, walau kita jauh dan jarang contact, tapi harapnya persahabatan kita kekal kan sayang.

Jauhnya kita, tapi tujuan hidup kita sama. Mencapai mardhatillah. Capai redha Allah. Beribadat pada Allah tujuan hidup kita. Dimana kita berada, apa yang kita lakukan, itu niat kita.

Jagalah diri, jagalah imanmu teman. Sama-sama kita jadi yang terbaik untuk apa sahaja yang kita lakukan, baik untuk dunia mahupun akhirat. Kejar dunia jangan sampai lupa destinasi kita di akhirat, kejar akhirat jangan sampai kita tercicir di dunia.

Buat kamu berdua yang sudah genap umur 20 TAHUN, be matured k! Heee~~


notakaki :: Sorry post entry yang sangat pendek. Busy sikit. Tapi still berazam nak buat satu post tentang apa-apa sajalah untuk each of the person yang saya sayang.

notakaki :: Cep ten, tikah, sorry ye i cakap luai. Dok KL kan keno kecek KL lah. Hee~~

Saturday, January 1, 2011

2011


Pejam celik pejam celik, 2011 bakal tiba. Tak rasa la. Umur menginjak 20. Huh, no more teen years! Hari-hari terakhir berada di rumah ni sangat sedih. Berat hati untuk tinggalkan rumah dan balik ke UIA. Petang tadi, beli barang adik dan malamnya packing barang adik. Oh, lupa cakap, alhamdulillah, adik berjaya ke MTS. Esok daftar MTS. Esok juga saya bakal meninggalkan rumah tercinta. Esok juga kami berdua tak boleh rasa betapa nikmatnya tidur di rumah.

Masa tengah packing tu dia nangis (ni semua sebab Imran la yang memandai je nak kacau adik!), cakap tak nak pergi, tak nak tinggalkan umi. Masa tu saya yang tengah lipat baju-baju adik ni control cun depan adik tak keluarkan air mata, dalam hati memang sebak. Sebak untuk tinggalkan adik di MTS, sebak juga sebab saya juga bakal tinggalkan umi. Tapi umi cakap adik kena berjihad, sebab cita-cita adik nak jadi hafizah. Umi cakap adik boleh tolong umi kat akhirat sana. Sebak. Saya pun kena berjihad lawan nafsu untuk tuntut ilmu. Umi cakap kita kena bersusah dulu, bersenang kemudian. Tiba-tiba umi cerita pengalaman umi tinggalkan mek dan ayoh sejak Form 1 lagi untuk belajar kat Sri Puteri, lepas SPM pula ke STF(Sekolah Tun Fatimah), lepas tu terus ke UKM. Umi cakap memang dari kecil berpisah dengan keluarga. Dulu mana ada phone, sekarang senang, phone ada, skype ada, bila-bila masa boleh contact. Panjang cerita umi, even cerita ni dah banyak kali repeat, tapi tetap best. Umi memang suka bercerita.

bye 2010. hi 2011.

2010. Tahun yang cukup bermakna. Banyak dugaan datang. Tapi, dugaan dan ujian tu kan tanda Allah masih sayangkan saya, untuk uji sejauh mana keimanan saya. Saya terima semuanya.

Tak kurang juga pengalaman manis yang diperoleh. Usah dicerita, banyak. Alhamdulillah Ya Allah.

Umur menginjak 20. Tak masuk 21 lagi. Kenapa nak 21? Sebab umur 21 boleh mengundi, kan, kan?

20 tahun aku hidup. Eh, sebenarnya tak sampai lagi. Nanti 20 Februari 2011 nanti cukup umur 20. Tapi, kalau difikir-fikirkan balik, selama hidup ni apa sumbanganku untuk Islam?


Aku?
Kamu?
Macam mana?
Apa jasa dan pengorbanan kita untuk Islam?
Adakah selama kita hidup
kita menyokong Islam?
Atau adakah kita pendokong?

Sekadar persoalan untuk kita berfikir.
Ya, kau kau.
Aku aku.
Memang kubur kita lain-lain nanti.
Cuma....
aku harap kita sama-sama dapat ketenangan di akhirat nanti.
Dan aku harap...
kita bukan di kalangan manusia yang menyusahkan manusia lain,
yang membantutkan usaha,
yang menghalang gerak kerja dakwah


Itulah. Mari sama-sama kita berfikir. 2011 bakal gempak. Gempak kalau kita yang nak jadikan ia gempak. Kita perlu berusaha untuk jadikan ia gempak. 2011, harapnya azamku akan tercapai, sebab azam tahun ni masih banyak tak tercapai.


notakaki :: Cuti ni ingat nak buat fruit tart. Lama dah mengidam nak buat. Tapi, end up tak buat jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com