Friday, June 24, 2011

HB buat yang tersayang :)


Happy Birthday Umi and Lutfi!

Birthday umi 21 Jun 2011. Pada 21 Jun tu kami memang tak wish pun kat umi. Mesti umi ingat semua anak-anaknya dah tak ingat birthday umi kan. Kesian kat umi. Sebenarnya, kami dah ada plan untuk buat umi terkejut.

Birthday Lutfi 24 Jun 2011. Umi cakap, Lutfi ni lahir sehari selepas Allahyarham Dato' Fadzil Noor meninggal, iaitu pada 23 Jun 2002. Malam tu umi dengar berita, umi sempat baca Yasin untuk arwah, dan keesokan harinya lahirlah anak soleh yang bernama Lutfi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, seorang pejuang Islam yang banyak berjasa.

Birthday kedua-dua mereka yang saya sayang. Kali ini, best, semua ada kat rumah. Erkk, kecuali adik yang dok kat asrama MTS tuh. Padan muka dia tak dapat celebrate birthday umi dan Lutfi.

Rasanya macam malas nak ceritakan semua rancangan kami untuk buat surprise untuk mereka malam tu. Tapi nampaknya umi dan Lutfi happy.

Amir sempat buat video untuk umi. Video tu umi tengok berapa kali saya pun dah tak ingat. Dok replay, replay je video tu. Untuk Lutfi tak ada! Padan muka! Saya sempat buat Chocolate Cake dan egg tart untuk umi dan Lutfi. Umi suka sangat egg tart sebab tu kena merajinkan diri untuk buat. Mulanya ingat nak buat Blueberry Cheesecake tapi cream cheese Kraft dah habis stok kat kedai Sweet Berry depan Billion tu. Cream cheese yang ada dalam fridge dah naik kulat dah. Huh, tergendala rancangan aku untuk buat ciskek untuk umi. Malam tu pergi makan chim chum lagi. Yay! Memang kenyang la.

Tahun ni kami adik-beradik tak sempat nak beli hadiah untuk umi. Harapnya umi gembira dengan kejutan dari kami. Women do like surprises right? Oh, same as me, i do also like surprises :) Sila la buat surprises untuk aku!

Melihat mereka yang tersayang tersenyum gembira buat hati ini sangat lega dan puas hati. Betul ni, kalau tak percaya, sila la buat kejutan untuk yang tersayang. Mak anda ke, ayah anda ke, adik-beradik anda ke, kawan baik anda ke dan untuk sape-sape je lah yang anda sayang!

For our beloved mother, Kamariah Awang, you're such a special gift for us. Thank you for being the best mother ever in the world.

For our youngest brother Ahmad Lutfi, be a good son eh! Jangan manja-manja sangat la baby, macho sikit deh! Lutfi kan strong boy.

From us, the family that you love!


notakaki :: Pagi tadi sempat ke kuliah Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru pesan, banyakkan berdoa agar hak royalti Kelantan dikembalikan pada rakyat. Duit royalti yang berjumlah 1 Billion kalau tak silap itu, hak rakyat Kelantan, hak kami, hak kita semua. Minta doa agar Allah bukakan hati yang memegang duit rakyat Kelantan itu. Banyakkan berdoa. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu mudah termakbul. Sekadar menyampaikan pesanan Tok Guru.

Thursday, June 23, 2011

tulislah !


Tulis blog
Mungkin apa yang ditulis bisa mengetuk pintu hati-hati yang membaca
Mungkin apa yang dikongsi menjadi sumber inspirasi orang lain
Ya, memang kita tidak mampu memberi hidayah pada yang membaca
Tapi sekurang-kurangnya kita sedaya upaya berusaha untuk tulis, untuk berkongsi

Moga apa yang ditulis menjadi saham akhirat
Moga apa yang ditulis berguna di akhirat sana


Blog. Satu medium yang cukup baik bagiku untuk berdakwah. Ya, berdakwah. Ya, seorang daie. Ya, daie, daie, daie. Walau aku tahu tak layak untuk aku menggelarkan diri aku daie. Tapi, jika aku menunggu diri ini sempurna, aku rasa, tak mungkin aku akan sempurna, aku rasa, mungkin aku mati dulu sebelum aku bisa berdakwah pada hati-hati yang lain.

Ya, mungkin kita rasa kita tak sempurna. Masih tak cukup sempurna untuk berdakwah.

Tapi, cuba kalian lihat di luar sana, yang perempuan tak tahu perkara basic pun dalam Islam. Haid dan istihadhah tidak dapat dibeza. Mandi wajib ada yang tak reti. Ramai yang tak tahu yang tudung itu bukan hanya menutup kepala tapi juga menutup dada. Aurat itu bukan hanya memakai tudung tapi menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Couple bagi mereka perkara yang perlu sebelum bernikah. Di luar sana, gadis hanyut bersama boyfriend, bermesej siang malam, telefon sana sini, bercakap hal-hal yang seperti suami isteri. Rupanya, ramai yang tak tahu bahawa itu tak dibenarkan dalam Islam. Hal itu hanya dibenarkan selepas akad, tapi, ramai yang tak tahu, atau tahu, tapi tiada kekuatan untuk berubah. Ramai yang diragut daranya oleh lelaki yang bernafsu syaitan!

Di luar sana, lelaki yang sepatutnya menjadi imam bagi keluarga mereka kelak, menjadi sampah masyarakat. Solat tak terjaga, rokok menjadi perkara biasa, girlfriend keliling pinggang, keluar dengan anak dara orang sana sini, dekat-dekat maghrib keluar naik motor untuk racing, bukannya keluar ke masjid untuk solat berjemaah. Lelaki-lelaki yang aku harapkan jadi pembimbing pada anak dan isteri mereka, ROSAK! Maka, bolehkah anak-anak yang dilahirkan dari lelaki ini, yang akan menjadi ummah di masa hadapan mantap imannya andai ayahnya rosak dan menjadi sampah masyarakat.

Bila masuk hal suami isteri, lagi parah. Penceraian sana sini. Tak tahukah mereka yang cerai itu perkara halal yang paling dibenci Allah? Hidup berumahtangga bukan hanya hidup untuk berkongsi cinta dan kasih sayang, tapi tujuannya lebih besar dari itu. Suami menjadi imam pada isteri dan anak-anak, isteri menjadi penyejuk hati suami, suami isteri berusaha mendidik anak-anak yang akan menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah. Suami menjadi imam untuk membawa isteri dan anak-anak ke destinasi impian, syurga yang kekal abadi.

Kini, aku lihat, suami bermadu kasih bersama wanita lain di luar sana, si isteri mencari cinta yang baru untuk menggantikan cinta yang lama dengan lelaki idamannya yang lain, anak-anak terbiar, terbiar dengan ilmu Islam yang rapuh. Halal haram belakang kira, yang penting mencari sebuah 'keseronokan' dan 'ketenangan'. Makin mereka mencari, makin mereka jauh dari landasan iman, rupanya makin tidak tenang. Mereka ini, mencari ketenangan yang sebenar, ketenangan yang abadi.

Maka, bila anda lihat masyarakat yang seperti di atas, anda kata,
"Aku tak cukup ilmu untuk berdakwah. Aku bukannya orang baik".

Weh, dont give such lame excuses.

Umat Islam di luar sana sudah begitu teruk. Maka, adilkah bagi mereka jika anda masih menuggu diri menjadi sempurna, baru anda nak berkongsi ilmu dengan mereka di luar sana yang kering kontang ilmunya. Adilkah bagi mereka?

Ramai, ramai kalian yang seperti ini. Bukan hanya bercakap kosong, tapi itu melalui apa yang didengar dan dilihat. Yang sedihnya, mereka ini adalah umat Islam!

Jangan anda merasa selesa dengan keadaan yang mungkin anda rasa baik. Apa yang anda rasa baik itu mungkin hanya diri anda, keluarga anda, sanak saudara anda dan sahabat handai anda. Tapi cuba lihat masyarakat di luar sana yang mencari sebuah ketenangan.

Masyarakat Islam kini jauh, jauh sudah dari landasan sebenar. Maka, andalah yang bertanggungjawab.

Walau dengan tulis, berkongsi pengalaman diri tapi menyuntik elemen dakwah, tulislah.

Mungkin ada satu antara beratus-ratus follower anda itu, hatinya yang kering mencari sebuah ketenangan diketuk dengan apa yang anda katakan. Satu sudah cukup! Tak perlu semua ratusan follower anda. Satu ini sudah cukup!

Follower anda, bukan semuanya faham akan Islam. Bukan semuanya baik macam anda. Maka, berkongsilah, berusaha untuk menarik mereka yang jauh tersasar untuk membaca blog anda dan mungkin anda yang membawa mereka ke jalan yang benar.

Hanya dengan tulis. Mungkin mereka tak kenal si penulis, tak pernah bertentang mata dengan si penulis, tapi andai anda tulis dengan ikhlas, tulis dengan hati, insyaAllah anda bisa mengetuk hati mereka. Itu sudah cukup! Pahala yang anda dapat!

Hanya dengan tulis. Berkongsi perkara yang mungkin anda anggap remeh, tapi mungkin penting bagi mereka di luar sana. Maka, tulislah!

Jom jadikan blog sebagai medium dakwah. Tulislah dengan hati, anda bisa mengetuk hati yang membaca.

Blog yang nak sebar Islam, tak semestinya perlu dalam bentuk artikel dan sebagainya. Puisi pun boleh, cerpen pun boleh, novel bersiri pun boleh, diari pun boleh, pengalaman pun boleh, gambar pun boleh, macam-macamlah.

Nampak? Jadi jom lah!


Terima kasih pada Atikah Madiah, walau aku tak kenal siapa dia. Terima kasih Izzati atas seruan ini.

Akhir sekali, terima kasih pada semua
yang sudi menjenguk blog ini.
Dunia aku. Pada yang tak sudi, silalah ke blog lain
yang jauh lebih bermanfaat.
Aku suka berkongsi, tapi tak rela jika orang datang,
membuat aku rasa tak selesa dengan duniaku sendiri.
Maaf sekali lagi ku ucapkan,
aku bukanlah manusia serba sempurna,
jauh sekali mengaku diri ini punya banyak ilmu.


Menulislah dengan mengingati Allah, moga pembaca akan mengingati Allah tatkala membaca blogmu. Moga ada nilainya blogku ini di sisiNya.


notakaki :: Hari ni nak buat birthday cake untuk Umi dan Lutfi. Dan, nak buat egg tart sebab Umi suka :)

notakaki :; Isna sudah sihat! Alhamdulillah :)

Monday, June 20, 2011

kucing


Pagi tadi Amir bawa balik binatang. Binatang yang aku takut. Kata dia, kesian tengok baby kucing tu terperangkap kat longkang. Saya pun kesian tengok baby kucing comel ni, tapi...

Bukan saja-saja gedik nak takut kucing cuma dulu pernah kena cakar dengan kucing. Lepas tu jadi trauma. Tapi saya tak setrauma orang tu, orang yang saya kenal kat UIA. Dia lagi takut kucing.

Mulai hari ni saya kena belajar cintakan kucing. Kucing tu binatang comel. Comel kalau nampak dari jauh tapi takut bila dia datang dekat.

Adik-adik kat rumah ni, semua pegang, belai, peluk, cium kucing tu. Tinggal saya seorang je yang masih intai kucing tu dari jauh. Jatuh cinta dengan kecomelan dia, tapi rasa takut kena cakar kalau pegang kucing tu atau kucing tu datang dekat.

Kucing tu memang comel, rasa nak pegang tapi rasa takut tu lagi banyak. Petang tadi masa tidur dalam bilik tiba-tiba kucing datang. Apa lagi, cepat-cepat jerit nama Imran untuk bawa kucing tu keluar. Memang takut la masa tu, bayangkan lepas celik mata ada kucing! Kenapa aku jahat sangat dengan kucing ni? Hurmmm...

Mulai hari ni, saya kena baik dengan kucing, kena mesra dengan kucing. Sebab kucing tu dah jadi part of my family. Bertambah lagi koleksi binatang kat rumah saya ni.

Teringat kisah sahabat Rasulullah yang suka bermain dengan anak kucing, Abdul Al-Rahman bin Sakhar al-Dusi Yamani. Sahabat yang dekat dan rapat dengan Rasulullah. Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith. Oh ya, nama gelarannya ialah Abu Hurairah. Nama gelarannya pun membawa maksud, Bapa Anak-anak Kucing. Pernah Rasulullah terserempak dengannya, Abu Hurairah menyimpan anak-anak kucing dalam lengan jubahnya. Baiknya Abu Hurairah dengan kucing.

Tadi, adik-adik panggil umi dengan nama, Ummu Hurairah. Oh, mengarut je hero-hero tu semua. Mentang-mentanglah umi pun tak suka kucing jugak, depa panggil macam tu kat umi.

Imran cakap, "Tirah ni pelik la, anok kucing takot, mujur telur ayam dia tak takut".

Mulut mereka memang jahat. Aku bukan saja-saja nak takut la. I got my own reason weh!

Sekadar coretan untuk buat diri ini lebih mesra dan berani dengan kucing.

"Kucing tu binatang comel la. Takkan binatang comel macam tu pun kau takut hah tirah?"
~monolog dalaman aku~


notakaki :: Hari isnin ni hari melepak dengan Najihah, Alifah, Syitah dan Kak Husna. Ops, sebenarnya nak hantar borang sukarelawan Cheng Ho la. Hari ni Syitah jadi my driver.

Saturday, June 18, 2011

lata tembakah momento


Teringat-teringat.

Post ini dibuat sebab teringat kat mereka semua. Sepuluh orang kami, Vvians. Geng sekolah Naim dulu.

Hari tu tak semua pun pergi, saya, Hanis, Afifah, Athirah Razali dan Sofia je yang pergi.


Widad ada short sem di Gombak, Fatin ada di Kelantan tapi abah dia tak bagi pergi, Maheran ada praktikal di GH dan Wani pun ada praktikal, tapi tak tahu kat mana. Atikah pula jauh di Mesir sana. Study elok-elok Atikah dok jauh tu ye sayang. Sedih mereka tak dapat join, sebab tak dapat jumpa mereka yang memang dah lama tak jumpa.

Oh, rasa sangat skema tulis nama penuh kalian. For the whole entry, i'll use the real name, not the nickname. Aku ni skema taw! Nama panggilan tu biar kami je la yang tahu.

Hari Rabu lepas, kami pergi berpicnic di Lata Tembakah. Kat Terengganu tu. Mula-mula nak pergi Jeram Pasu, tapi disebabkan kat Jeram Pasu tu ada renovation, maka tak jadilah kami ke sana.

First time pergi jauh-jauh dengan kawan. Mujurlah bila balik rumah tu umi abah tak marah anaknya berkelana sampai ke Terengganu. Tapi inform pergi sampai Terengganu tu after balik rumah la, kalau inform masa on the way tu mesti sure-sure kena patah balik.

Lata Tembakah tu kat Besut je la. Tak la jauh sangat pun.

Terima kasih buat Hanis yang sudi jadi driver saya dari Kota Bharu sampai la selamat sampai ke Lata Tembakah. First time kot pergi lata macam ni. Even umi tak bagi permission untuk mandi, tapi celup-celup kaki dalam air pun kira best jugak. Airnya jernih, dah la tempat tu bersih.

Kerja saya hari tu ialah, duduk atas batu dan ambil gambar mereka mandi. Dengki betul tengok mereka semua mandi air dan bergosip dalam air sedangkan saya hanya mampu tengok dari jauh. Ni la nasib badan orang yang tak dapat mandi air terjun.

Hari tu berkelah sakan. Malam tu sempat masak spaghetti bolognese dan moist chocholate cake untuk mereka yang tersayang. Masak lepas tengok bola, Perak lawan Kelantan, memang lewat la tido weh! Hari tu Sofia bawa puding roti dan puding karamel. Hanis bawa kek batik. Tirah M bawa buah dan air oren. Afifah bawa cekedes. Nyum, nyum. Banyak gila makanan. Kembung perut!

Ok lupa cakap, even saya ni kira macam tak ada permit untuk mandi, tapi badan separuh basah sebab tergelecoh dalam air. Sebabnya? Terpijak batu licin. Ni la nasib orang yang tak biasa ke air terjun. Terlebih excited nak bergambar lepas tu terpijak batu licin padan muka jatuh. Handphone tenggelam dalam air. Tak dapat hidup. Mujurlah dengar nasihat pakar alhamdulillah phone dah dapat hidup balik.

Kaki berdarah. Masa kat air terjun tu tak rasa sangat sakit tapi bila balik rumah nak jalan pun sakit. Malam tu mujrlah abah ada kat rumah jadi abah sapu ubat kat kaki. Alhamdulillah sekarang dah baik, tapi still rasa sakit masa solat dan jalan.

Biarlah kaki berdarah dan handphone rosak pun, memori indah kat Lata Tembakah bersama yang tersayang pasti tak akan dilupa. Lain kali nak pergi angkut bawa 10 orang Vvians cukup! Tak kira, nak jugak!

Last but not least, thanks to my only driver, Hanis. Thanks sebab hantar aku sampai kat rumah even masa tu hujan lebat dan dah dekat pukul 6 lebih dah. Lain kali aku tumpang lagi MyVi Pink comel tu ye!

Dia drive laju kot! Selalu nak potong kereta lain. Aku yang kat sebelah ni sampai sakit jantung. Aku ni memang takut bila nak potong kereta lain. Tapi apapun, terima kasih sayang!



notakaki :: Buat Isna tersayang, moga selamat dengan minor operation tu. Even minor, tapi kalau aku memang takut sebab operation tu. Syafakillah my dear sister :)

Tuesday, June 14, 2011

di manakah nilainya tudung kita?

Hari ni sempat berjalan-jalan di alam maya, dan terjumpa artikel tentang tudung di blog Kak Chik, yang mana artikel ini juga diambil dari blog Ustaz Nor Amin.

Sekadar perkongsian dari saya. Artikel ni mungkin panjang bagi sesetengah orang. Tapi, kalau kita boleh baca novel yang setebal beratus-ratus mukasurat tu tak kan artikel ilmiah ni kita pandang sebelah mata je kan.

Jom la baca!

Moga ada manfaatnya dari artikel ini.


Salam kepada semua, artikel yang disediakan ini diambil dari kawan saya iaitu Ustaz Khir semasa Kursus Diploma Pendidikan UPS-MARA di KPTM Bangsi Selangor. Saya tertarik dengan artikelnya dan disiarkan sebagai perkongsian untuk semua. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan manfaat untuk semua.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.

Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Wanita,
ibarat bunga..
Cantik indahnya pada pandangan mata
cuma sementara..
Yang kekal menjadi pujaan manusia
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya..
Kerana akhlak wanita
ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik
tapi berakhlak buruk..
Tiada guna berwajah cantik
andai ilmu kosong di dada..
Wanita yang mulia di hadapanNya
adalah wanita yang solehah,
wanita yang bertaqwa..


notakaki :: InsyaAllah esok nak berkelah di air terjun bersama saim-saim tersayang, vvians :)

i am single



The amendment..

Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one guy
My husband my imam...

I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
I don't want a boyfriend, he's such an ail,
I would prefer to be stuck in a jail,

But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.


My love is just for the other half of me..

My husband my imam...

"And do not approach the adultery/fornication ,
that it truly is an atrocious deed , and a evil path"
~Al-Isra', verse 32~


edited from aimanazlan's poem

Sunday, June 12, 2011

bola oh bola

'Gomo Kelate Gomo'


Semalam tengok bola bersama keluarga. Saya, umi, Imran, Hanif dan Lutfi. Adik dah balik MTS. Abah ada meeting di KL. Amir tak balik Kelantan lagi. Rasanya kebanyakan rakyat Kelantan dan Terengganu memang tercongok depan TV semalam tengok bola kan. Bola oh bola. Saya dan umi tak minat pun, tapi semangat nak tengok sebab The Red Warrior yang main. Team Kelantan tuuuuu, mestila sokong!

Awal-awal game Lutfi dan Imran je yang tengok, Lutfi siap pakai baju The Red Warriors. Semangat oh even tengok depan tv je. Bila dah tengah-tengah tu baru saya, umi dan Hanif tengok. Memang bising tengok bola dengan family ni. Biasalah kalau orang perempuan tengok bola mesti bising, even tak faham pun game tu. Dalam team Kelantan tu saya kenal Khairul Fahmi sorang je. Same as umi. So, kami dua beranak dok sebut, 'Fahmi, Fahmi' je la. Dah dia sorang je yang kami kenal. Tapi dia memang hebat kan.

Bila umi and the boys tengok bola memang meriah!



Lucu pulak bila ada status kawan Imran kat Facebook, 'Sakit lingo weh denga mok dok nepik'. Haa, dah tengok bola suspen-suspen takkan nak senyap je kan.

Imran memang update status pasal bola kat FB dia. Bola oh bola.

Semangat tengok stadium tu penuh dengan baju warna merah. Tapi tak puas hati bila ada adegan yang tak masuk akal langsung untuk dibuat, contohnya, ada penonton yang tak pakai baju (wekkkkk, wekkkkkk), baling botol, baling mercun, laser sana sini. Uncivilised! Jadi penonton tu tengok je la, no need to do all the stupid thingy.

Kan best bila gol takbir ramai-ramai biar bergegar stadium tu.

Satu lagi, tak suka bila pemain tu tak tutup aurat sepenuhnya. Pakai stokin dah panjang mencecah lutut, tapi tiba-tiba seluar pendek tak mencecah lutut. Boleh nak pakai seluar pendek tu, tapi pakai la tight kat dalam. Jadi, lutut tu tutup. Kan elok macam tu. Bila gol nak sujud syukur pun senang. Tak ada la bersorak tak tentu hala je bila menang. Hensem pun hensem kan kalau tutup aurat.

Teringat pada Ruqayya Al-Ghasara, seorang atlet Bahrain yang pernah bertanding dalam Piala Olimpik dalam acara lari 200 meter. Menariknya tentang wanita bernama Ruqayya ni, dia memakai pakaian yang menutup seluruh tubuhnya ketika dia bermain. Dan lagi menarik, dia pernah berjaya merangkul pingat emas pada Piala Olimpik. Siapa kata kalau tutup aurat membataskan pergerakan? Ruqayya siap menang lagi. Kalau setakat nak tutup lutut tu, boleh sangat la kan.

Sukan tak salah. Manusia yang membuatkan sukan itu banyak cacat celanya. Teringat kisah Rasulullah SAW yang pernah berlari-lari dengan Sayidatina Aisyah di sebuah padang. Romantik kan Rasulullah bila Baginda biarkan isterinya tersayang menang walhal kalau ikut logik, wanita berlawan dengan lelaki, memang lelaki la yang akan menang.

Umi cakap Ruqayya ni pernah datang Malaysia masa Nisa' Games masa tahun 2007 dulu. Satu program di bawah Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Nisa' Malaysia.


Berbalik pada bola.

Pada yang tengok match semalam, mesti tahu kan yang Kelantan pada mulanya menjaringkan gol pada minit yang ke 78:58 oleh Nurul apa entah nama dia. Ni Imran yang cakap la. Memang nampak selesa sebab masa tu dah nak dekat akhir match dah. Dengan yakinnya Lutfi siap cakap Kelantan mesti menang ni. Umi cakap, jangan yakin sangat, masa ada lagi tu, nanti kalah.

Lepas tu, Kelantan main macam tak nak main je, main acah-acah je. Tiba-tiba, team Terengganu menjaringkan gol. Jadi, keputusan seri. Kami memang sangat frust. Even saya ni tak minat bola tapi rasa sedih la bila Terengganu jaringkan gol. Maaf yer orang Terengganu!

Surprisingly, bila tinggal beberapa minit je lagi nak habis match, sekali lagi gol dijaringkan oleh Kelantan, eh silap, Terengganu. Oh, ni memang buat kami rasa sangat-sangat frust, Tak de la sangat-sangat, tapi frust jugak la.

Jadi, keputusannya, Terengganu : 2, Kelantan : 1. Ganung la mene deh, buke Kelate.

Bila habis je match, buka FB. Memang ramai yang update status pasal bola. Bola oh bola. Tapi ada satu status seorang sahabat di FB ni yang menarik perhatian saya.

"Pemain Kelantan yang berjaya menjaringkan gol di akhir babak perlawanan seperti yakin bahawa mereka akan menjadi juara sedangkan wisel penamat belum dibunyikan sehingga mereka dikecewakan apabila pasukan Terengganu berjaya menjaringkan 2 gol sekaligus muncul sebagai juara"

"Begitu juga dengan kehidupan kita, janganlah kita berasa 'sedap hati' dengan amalan serta kebajikan yang kita lakukan sehingga kita yakin yang kita akan mendapat husnul khotimah sebelum maut menjemput akan tetapi berdoa la kepada Allah agar dikurniakan husnul khotimah"

Betul! Kadang-kadang kita terlalu yakin dan 'sedap hati' yang kita ni buat amal kebajikan yang baik dan rasa kita tergolong dalam kalangan yang baik, walhal kita masih tak tahu penghujung nasib kita macam mana. Kita tak tahu yang kehidupan fana kita di dunia ni berakhir dengan husnul khotimah atau su'ul khotimah. Jadi, jangan pernah berhenti berusaha keras dan berdoa. Jangan kita terlalu yakin dan rasa 'sedap hati' kerana kita sebagai hamba tak tahu akan nasib kita di masa depan.

Dia juga ada berkongsi amalan ini. Moga dapat kita jadikan sebagai amalan.

Di antara doa-doa yang perlu didawamkan adalah :

اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)”


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”


Ketahuilah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut. Dan kepada Allah jua kita dikembalikan.

Allah, golongkanlah aku dalam kalangan mereka yang mati dalam husnul khotimah.

Ya Allah, matikan kami dalam husnul khatimah.


Bola oh bola.
Dalam tengok bola, ada ibrah yang dapat diambil.
Dalam tengok bola, dapat muhasabah diri.
Dalam tengok bola, nasihat pada diri jangan terlalu yakin dan selalu jadi orang yang berdoa agar dimatikan dalam husnul khotimah.

Akhirnya kijang terlompat girang pada awalnya tadi patah kaki, akhirnya kalah.

Penyu tak jadi menangis, kerana beroleh kemenangan.

Apabila ditakdirkan tiada rezeki, memang ia tidak akan jadi milik kita sekalipun sebegitu hampir.

Apapun, congrats ganung!

Buat pemain Kelantan, syabas diucapkan kerana terus unggul dalam bolasepak tanah air (ayat skema macam dalam tibi).

"Peteh Teganu peteh"


notakaki :: Apa maksud 'Peteh Teganu peteh' yer? Saya sampai sekarang tak tahu.

Friday, June 10, 2011

pakaian sunnah


Salam Jumaat!

Pernah tak anda dengar atau anda sendiri yang kata,

'Serban, jubah, rida' dan kopiah adalah amalan BUDAYA orang Arab. Bukan amalan AGAMA Islam.
Abu Jahal, Abu Lahab pun memakai jubah serban. Maka serban, jubah dan kopiah bukannya ibadat'

Allah, geram betul kalau dengar orang cakap macam ni. Tak tahukah anda bahawa ianya pakaian sunnah hah! Oh, teremo kejap.

Hari tu sempat menjenguk wall Facebook Ustaz Azhar Idrus. Ada yang bertanya mengenai ini, dan cara Ustaz Azhar jawab sangat menarik. Sekadar ingin berkongsi apa respons ustaz. Jawapan yang diberi Ustaz Azhar Idrus,

'Jadi Arab musyrikin pun buat ibadat haji semasa belum dibangkitkan Nabi Muhammad SAW. Jadi haji bukan ibadat la kalau macam tu jugak ker...'

Ini analogi yang diberikan oleh ustaz.

Untuk pengetahuan anda, ibadat haji telah diamalkan oleh Arab musyrikin semasa zaman jahiliah dan juga sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Kaabah dianggap tempat suci bagi mereka, di mana di sanalah terletaknya berhala Latta dan Uzza serta banyak lagi berhala lain yang disembah mereka.

Tapi, seperti mana yang kita tahu, ibadah haji adalah satu daripada perkara ibadat yang wajib kita lakukan jika berkemampuan. Orang Islam mengerjakan ibadat haji bukan kerana ingin mengikut BUDAYA orang musyrikin zaman dahulu kala, tapi kerana ia adalah apa yang telah dianjurkan oleh Allah dan Rasulullah, iaitu amalan dalam AGAMA Islam.

Niat, niat tu yang penting. Niatkan kerana ingin mengikut sunnah. InsyaAllah beroleh pahala :D

Sama juga seperti pemakaian jubah, serban, rida' dan kopiah. Mereka yang memakai pakaian sunnah ini bukannya ingin mengikut BUDAYA masyarakat Arab, tetapi kerana ianya adalah pakaian sunnah. Pakaian yang dipakai oleh Rasulullah.

Mungkin ramai yang dah pernah dengar dan tahu apa itu jubah, serban dan kopiah. Tapi, mungkin ramai yang tak tahu apa itu rida'. Hari tu ada yang bertanya saya apa itu rida'. Jom lihat gambar dibawah. Amir Munawer memakai rida' di sekeliling bahunya dan Sein (Hussein) memakai rida' di kanan bahunya. Itulah rida' wahai pembaca sekalian.

Amir dan Sein

Jangan kita sebagai seorang yang mengaku Islam tapi memandang pelik terhadap mereka yang berpakaian seperti ini. Jangan kita termasuk dalam golongan mereka yang sedikit demi sedikit menolak Islam.

Fikir-fikirkan. serban, jubah, kopiah adalah sunnah Rasulullah.
Bila orang yang tak mahu Islam ni macam-macam alasan dia akan bagi kan. Pakaian tu ikut budaya orang Arab la, pakaian macam tu tak melambangkan Islam la, pakaian tu outdated la, macam-macam la alasan yang mereka bagi.

Jom hidupkan sunnah Rasulullah tanda cintakan baginda. Tapi jangan pulak muslimat yang pakai kopiah dan serban ni eh. Pelik bebenor nampak! Muslimat semua, ikutlah cara pemakaian Quran dan Sunnah, tutuplah auratmu seperti mana yang dianjurkan.

Kecik-kecik dah pakai serban,
sejuk perut ibu mengandung :P

Marilah kita banyakkan selawat ke atas Rasulullah di hari jumaat yang mulia ini. Moga kita berolah syafaat baginda tika di akhirat kelak. Dan, jangan lupa baca Surah Al-Kahfi yer. Dah baca ke belum?

Perkongsian ringkas dari saya. Moga beroleh manfaat.

Thursday, June 9, 2011

banana :)

An interesting article about banana. Lets eat banana readers!

Taken HERE..

A professor at CCNY for a physiological psych class told his class about bananas. He said the expression "going bananas" is from the effects of bananas on the brain. Read on:

Never, put your banana in the refrigerator!!!

This is interesting.

After reading this, you'll never look at a banana in the same way again..

Bananas contain three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber. A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes.

But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

**Depression:* According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

**PMS:* Forget the pills - eat a banana.. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

**Anemia :* High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

**Blood Pressure:* This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

**Brain Power:* 200 students at a Twickenham (Middlesex) school ( England ) were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

**Constipation:* High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

**Hangovers:* One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

**Heartburn:* Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

**Morning Sickness:* Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

**Mosquito bites:* Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

**Nerves:* Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

**Overweight* and at work? Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and chips... Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady..

**Ulcers:* The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

**Temperature control:* Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand , for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.

**Seasonal Affective Disorder (SAD): *Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.

**Smoking &Tobacco Use:* Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

**Stress:* Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance.. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

**Strokes:* According to research in The New England Journal of Medicine, eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%! *

**Warts:* Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with the yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A banana a day keeps the doctor away!" **

PS: Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time! I will add one here; want a quick shine on our shoes?? Take the INSIDE of the banana skin, and rub directly on the shoe...polish with dry cloth. Amazing fruit !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com