Wednesday, February 29, 2012

4 tahun sekali

29 Februari 2012.

Mengambil kesempatan untuk update blog di petang hari di hari yang hanya muncul 4 tahun sekali.

Ternampak satu kata-kata di FB yang buat hati saya tersentuh.

"tidak mungkin pemilik hati yang sarat cinta dan keimanan, pada saat yang sama ia adalah seorang yang berhati gersang, kasar, serta menyimpan rasa dengki dan kebencian kepada pihak lain."
[Bagaimana Menyentuh Hati, Abbas as-Sisi)

Moral of the storiy, jangan pernah biarkan perasaan dengki dan benci merebak dalam hati kita. Jangan juga jadi manusia yang kasar dan berhati batu. Asuh diri untuk lembutkan hati. Tak rugi kalau kita jadi manusia yang pemaaf. Semua orang nak jadi macam Rasulullah yang hatinya suci bersih dan akhlak dan cara layanannya terhadap manusia sangat hebat.

Hari tu masa tengok Fattabiouni, Habib Saqqaf ada menceritakan kisah tentang bagaimana Baginda melayan isteri Baginda. Cerita yang simple tapi ini akhlak Rasulullah dalam melayan isterinya. Setiap kali isterinya ingin menaiki unta, Baginda pasti membantu mereka menaiki unta dengan merendahkan diri Baginda dan menawarkan lutut agar isterinya dapat naik ke atas unta.

Unta itu kenderaan pada zaman dahulu. Kata Habib Saqqaf, kalau pada zaman sekarang, para suami sepatutnya membuka pintu kereta pada para isteri. Itu cara untuk mengikut sunnah ini. Siapa sangka kan? Tapi sekarang, agak-agak ramai tak suami yang selembut ini melayan isteri? Biasanya tengok dalam cerita orang Barat je kan, walhal, itulah yang dilakukan oleh Rasulullah :)

Itu satu contoh tentang indahnya akhlak Rasulullah. Banyak lagi contoh lain yang saya rasa anda semua lebih tahu. Indah juga akhlak manusia-manusia yang mengikut segala sunnah Baginda di akhir zaman yang ramai meninggalkan sunnah Nabi.

Satu lagi saya jumpa gambar yang sangat menarik. Cara menjaga kesihatan menurut cara Nabi. Sambil jaga kesihatan, kita dapat pahala sebab ikut sunnah! Awesome kan!




notakaki :: Sekarang menjinak-jinakkan diri ke library. Athirah, jangan jadi budak malas lagi dan suka ikut hawa nafsu lagi.

Monday, February 27, 2012

ayoh yang tersayang

25 Februari 2012. Hari Sabtu. Dapat mesej dari Imran, "Kakak, beli tiket flight terus balik Kelantan hari ni. Ayoh sakit tenat. Balik cepat takut tak sempat nak jumpa".

*Ayoh itu merujuk pada Atuk belah umi.

Allah! Masa tu ada hal lain. Tak boleh balik dengan segera sebab ada perkara yang mesti diselesaikan dahulu.

Tiba-tiba dapat lagi mesej. "Ire sampäi doh airport KB. Kakak cepat lah balik".

Maghrib baru sampai airport. Memang lewat. Sedih, tak ada direct flight ke Kelantan. Kena pergi Subang atau KLIA dulu. Lagi sedih sebab kalau naik FireFly memang tak sempat untuk saya yang di Kuantan ni untuk naik flight ke Kelantan bila sampai di Subang. MAS pun sama. Dah la tiket MAS tu kan MAHAL kot! Almost RM 800. Tu bukan tiket pergi balik. Mujur jugak ada masalah tiket ni. Kalau tak melayang RM800 tu. Kami ni bukannya orang kaya nak buat macam tu.

Jadi at last naik lah jugak bas. Alang-alang dah lambat baik sampai lambat je. Kalau naik flight sampai malam bukan boleh nak pergi lawat Ayoh yang sakit kat hospital tu terus. Kena jugak melawat pagi esoknya kan. Baik la naik bas sampai pagi jadi boleh terus pergi hospital.

Pagi Ahad, ke HUSM melawat Ayoh yang sakit. Keadaannya lebih baik dari hari sebelumnya. Tapi yang sedihnya, penyakit stoke yang dialami sejak 6 tahun yang lalu jadi makin teruk. Ayoh tersayang tak mampu bertutur dengan baik. Setiap kali nak bercakap, dia pasti menangis. Dia tak mampu bercakap seperti sebelum ini lagi.

Sedih :(

Lagi sedih bila pegang erat tangannya, sambil kata, "Ni kakak ni. Kakak baru sampai. Ayoh kenal dok?", air matanya gugur. Dia sebak. Aku menahan air mata dari mengalir. Bila berhadapan dengan orang yang sakit dan tengah emotionally unstable, kita harus kuat. Jangan mudah tunjukkan perasaan kita yang sedih tu.

6 tahun yang lalu, separuh badannya diserang stroke. Terlantar di katil. Allah tarik nikmat berjalan. Kini, Allah tarik nikmat bertutur, juga akibat stroke.

Moga Allah berikan yang terbaik buat Ayoh. Mohon doa sahabat semua agar diberikan yang terbaik buatnya. Moga diberikan kesenangan dan kemudahan untuk anak cucunya menjaga Ayoh tersayang tanpa kenal erti penat dan letih.

Ayoh yang dahulunya petah bercakap dengan kami adik-beradik, saya, Amir dan Imran. Ayoh jugalah yang mengajar kami mengenal Alif, Ba, Ta, hinggalah kmai mampu membaca Al-Quran. Ayohlah yang menghantar kami ke tadika dengan naik basikal. Klassik kan? Tapi itulah yang berlaku belasan tahun yang dulu. Aku berusia 5 tahun, Amir 4 tahun dan Imran 3 tahun.

Itu dulu. Kini, Ayoh terlantar sakit.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah kan.

Kita yang sihat ini, bila melihat yang sakit, syukurilah nikmat sihat yang kita masih punya ini.

Bila kita sakit, baru tahu siapa yang sayang kita atau tak sayang kita. Orang yang sayang kita akan terus menjaga dan membelai kita walaupun kita dah tak sempurna lagi. Kagum dengan Mek yang sejak bertahun lamanya menjaga suami tercinta. Selama bertahun-tahun itu juga, saya tak pernah dengar dia merungut letih.

Kalau kita yang tukar lampin atau nak angkat orang yang sakit stroke ni pun lepas tu akan sakit belakang, itu baru buat sekali dua, bukannya selalu. Mek hari-hari menukar lampin Ayoh dan dia tak pernah merungut sakit dan letih. Moga Allah berikan ganjaran pahala buat Mek yang gigih menjaga dan berbakti buat suami tercinta.

*Mek itu panggilan buat nenek tersayang.

Ya, baru aku tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan itu.

Ada hikmah aku balik ke Kelantan. Allah nak ajar aku sesuatu. Allah nak tunjukkan aku sesuatu. Bila aku besar nanti, bila umi abah tua, aku pula yang akan berbakti pada mereka.

Allah, ampunkan dosa aku yang telah aku lakukan pada kedua ibu bapaku. Moga aku jadi anak yang baik dan mampu memberi mereka kebahagiaan dunia akhirat.

Moga aku menjadi insan yang menghargai setiap nikmat yang telah Kau kurniakan padaku. Dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat yang ku ada.


notakaki :: Buat Amir yang jauh di Canada sana, insyaAllah, sempat jumpa Ayoh kalau dia panjang umur. Dia semakin stabil sekarang. Don't worry ok.

notakaki :: Imran naik flight malam ni jadi sempat ke kelas pagi esok. Aku, dengan relaxnya ponteng kelas Physiology esok. Mujurlah lab petangnya tak ada. Buat Ummu, thanks sebab tolong siapkan report :)

Sunday, February 12, 2012

air mata Syria yang perlu kita tahu


Fakta yang perlu kita ketahui berkenaan isu Syria sekarang :

1) Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri.

2) Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.

3) Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.

4) Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.

Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar.


Siapa Basyar Assad?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafeez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad, Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

Inilah yang berlaku di Syria sekarang ini. Rasanya anda patut tahu, kalau tak memang anda langsung tak menghiraukan dan mengendahkan saudara seakidah kita di Syria sana. Rasanya sekarang ni ramai kot tengah cuti, kalau yang dah start belajar tu mungkin baru start semester baru. Eloklah luangkan masa untuk tahu dan update keadaan terkini di Syria.

Rasanya isu ni dah lama, bukan berlaku dalam minggu ini sahaja. Rasanya sebelum cuti semester lagi tapi tak meluas. Seolah-olah berita ni tak disebarkan. Lebih-lebih lagi di media kerajaan. Sebab dulu pernah terbaca di Facebook tentang kanak-kanak yang tak bersalah dihukum oleh pihak kerajaan dengan mencabut kuku kaki dan tangan mereka. Kejamnya kan. Kalau kat binatang yang hidup pun kita tak berani nak buat, sanggup mereka lakukan perkara ni untuk anak-anak kecil tu :(

Rasanya tak perlu bercerita panjang lebar lagi. Silalah update isu tentang umat Islam di Syria ni. Boleh 'like' page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria untuk update tentang isu ini. Boleh juga klik SINI untuk tengok gambar-gambar sepanjang revolusi.

Gunakan kemudahan Facebook untuk tahu tentang hal umat Islam di sana. Silalah panjangkan tangan anda untuk tekan 'like' di FB tu. Once kita dah tengok keadaan di Syria di Homepage Facebook kita, kita akan lebih teringat untuk baca Qunut Nazilah untuk mereka.

Ayuh sama-sama kita panjatkan doa Qunut Nazilah terhadap saudara-saudara seaqidah kita di bumi Syria sana! Semoga Allah menguatkan saudara-saudara kita di sana. Moga syurga milik para syuhada' yang terkorban di sana.

Bagi yang tak hafal lagi, boleh tengok bawah ni. Nak salin ke nak print ikut suka hati tapi nasihat saya, BACALAH! Boleh juga baca di SINI untuk tahu cara nak nak membaca Qunut Nazilah ini. Spendlah masa yang hanya beberapa minit yang anda ada untuk tahu kalau anda masih lagi tak tahu. Ini senjata doa yang kita ada untuk robohkan rejim Basyar Asad.


Mereka saudara kita. Saudara kita bukan hanya bangsa Melayu dan di Malaysia sahaja. Saudara kita seluruh umat Islam di dunia ini. Ukhuwah Islamiyanh tidak terkekang oleh warna kulit dan bangsa, bukan hanya wujud pada semangat perkauman dan kebangsaan.


notakaki :: Hari ini 12 Februari, genap 63 tahun syahidnya Hasan Al-Banna.

Wednesday, February 8, 2012

wahai orang yang malas dan suka tidur

Baru balik kelas Physiology. Prof Dr Ridzwan Hashim lecturer untuk Physiology. Tadi try Google rupanya hebat jugak lecturer saya ni. Pernah masuk Malaysian Books of Record sebab researchnya tentang gamat. Dia nampak humble je.

Terus online. Bukak FB, Prof Dr Muhaya ada share satu article dalam satu blog ni. An interesting article. Tajuknya macam yang di atas.

Untuk sem ni, selain dari Physiology, kami budak Biomed ambil subjek Molecular Biology, Cell Signal and Transduction dan Anatomy selain dari subjek requirement UIA yang lain macam Bahasa Melayu Kerjaya dan Study Circle. Semua subjek ni ada lab. Kalau sem lepas satu subjek je yang ada lab sekarang ni 4 subjek yang ada lab.

Kalau yang memang kenal saya, akan tahu yang saya sangat admire Prof Dr Muhaya. Sebab bagi saya dia berjaya dalam segenap aspek. Suka dengar dia dalam Ikim dalam slot Islam Itu Indah. Suara dia sangat motherly.

Awal-awal sem ni eloklah baca artikel ni supaya lepas ni tak malas lagi dan tak banyak tidur lagi ok.

Jom baca artikel yang saya cakap menarik tu :)

*****************************************


Lepas Isyak, Jumaat 9 Rabiulawal 1433.


Kali ini majlis ilmu yang dihoskan Profesor Dr Muhaya fokus kepada tafsiran surah al-Alaq. Kerana mendapat jemputan tiga hari lebih awal, saya bercadang menghadiri majlis itu dengan membawa sedikit kefahaman tentang surah tersohor itu. Sempat jua saya merujuk kitab tafsir oleh ibnu Katsir dan Sayyid Qutb. Lalu, sewaktu Ustaz Fauwaz membentangkan huraiannya, saya mengharapkan akan lebih cerah dan jelas jadinya kefahaman terhadap surah yang menjadi detik mula kerasulan Muhammad SAW.

Hebat ustaz muda ini, dibacanya tafsir terus daripada kitab bahasa Arab. Tentu begitu jauh bezanya dengan saya, yang mendapat kefahaman daripada terjemahan bahasa Indonesia kitab tafsir al-Quran karangan ibnu Katsir dan Sayyid Qutb.

Malam itu, pokok pembicaraan menyentuh soal perintah menuntut ilmu. Lima ayat pertama al-Alaq diberikan penghuraian.

'Bacalah (wahai Muhammad)dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.'

Saya fikir, elok benar kita renungi sebahagian intipati huraian Ustaz Fauwaz:-

1) Orang yang malas, suka tidur dan gemar berseronok tidak akan memperoleh ilmu.


Menuntut ilmu memerlukan pengorbanan. Ilmu dicari bukan untuk keseronokan. Mendaki Jabal Nur dan beribadah di dalam Gua Hira adalah gambaran betapa Muhammad sebelum kerasulannya, meninggalkan kemewahan dan keseronokan kerana mencari kebenaran (ilmu). Dalam konteks ini, kemewahan itu sebagaimana yang disediakan Siti Khadijah (pedagang yang kaya). Manakala keseronokan itu pula adalah segala nikmat duniawi yang tersedia dalam sebuah masyarakat jahiliyah.

2)Menuntut ilmu itu suatu dugaan besar. Orang yang malas, banyak tidur dan suka berseronok tidak akan merasai nikmat dan hikmah cabaran menuntut ilmu.

Sifat penting menuntut ilmu ialah ketabahan menghadapi kesukaran. Maka benarlah ungkapan pujangga 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.' Tidak mudah mendaki Jabar Nur, dan tentulah sukar beribadah di dalam Gua Hira yang boleh memuatkan dua orang dewasa saja itu!


Tentulah lebih sukar apabila dipeluk sangat kejap oleh Jibril sehingga Muhammad menyangka dia akan mati. Bertambahlah seksanya kerana dipaksa pula membaca sesuatu yang Muhammad tidak faham dan tidak tahu apa-apa!

Iktibarnya, menuntut ilmu bukan perkara entengan. Pengorbanan, ketahanan diri, sokongan keluarga, iltizam dan istiqamah adalah antara faktor menentukan kejayaannya.

Yang paling penting, kita sebagai Muslim mesti memahami bahawa yang mendasari usaha pencarian ilmu itu ialah 'Bacalah dengan nama Tuhanmu...!'

Permisi. Bisa ketemu lagi.


notakaki :: Terbaca satu doa ni, doa untuk mendapat suami yang baik dan soleh. Instead of baca doa yang kita selalu baca yang dalam Surah Al-Furqan tu boleh jugak amal doa ni kan. Kan dah besar dah semua. hehe :)

اللهم سخرلي زوجا صالحا وأن يخطبني ويتزوجبي وأن يكون صاحبا في الدنيا والأخرة


allahumma sakkhorli zaujan soolihan, wa an yakhtubni wa yatazau wajubi wa an yakuu na soohiban fid dunya wal akhirat

"YA ALLAH YA TUHANKU, PILIHKAN DAKU SUAMI YANG SOLEH, DIA MEMINANGKU DAN MENGAHWINIKU SERTA JADIKAN DIA SAHABATKU DI DUNIA DAN DI SYURGA."

Thursday, February 2, 2012

Hafalan Shalat Delisa

Baru selesai tengok cerita ni. Dah lama dah cari tapi baru hari ni jumpa yang full. Minggu lepas try cari novel cerita ni di kedai-kedai buku tapi tak jumpa. Nak sangat baca. Minggu lepas masa beli buku ada dua buah buku yang saya sangat nak baca tapi tak jumpa, antara yang lain ialah Dalam Dakapan Ukhuwah. Memang nak sangat baca buku tu :)

Oklah, tadi tengok cerita ni dengan Lutfi dan adik, kebetulan adik balik dari asrama sebab MTS cuti.

Kawan-kawan yang free, jom tengok movie ni. Penuh pengajaran, termasuk diri ini yang masih belum sempurna solatnya.

Jom jom siapa yang tak tengok lagi cerita ni sila tengok ok. Sure nanges :(

Nak jadi ummi sebaik ummi Delisa dan anak sebaik Delisa.


Suka dengan OST cerita ni yang bertajuk 'Lagu Ibu',

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu
mengalir di setiap nafasku

"Kakak sayang umi kerana Allah"


notakaki :: Pantasnya masa berlalu. Cuti dah nak habis :(

Wednesday, February 1, 2012

golongan yang pertama


Ada 3 golongan manusia :
1. Golongan yang berjaya - iaitu manusia yang mengamalkan "hari ini lebih baik dari semalam"
2. Golongan yang rugi atau terpedaya - iaitu golongan manusia yang mengamalkan "hari ini sama seperti semalam"
3. Golongan celaka - iaitu manusia yang mengamalkan prinsip "hari ini lebih teruk dari semalam"

Aku mahu jadi golongan yang pertama. Thanks Aqilah atas perkongsian ini.

Orang beriman dia sentiasa positif. Positifnya itu tidak pula dia lembik.

Result kita tu Allah bagi sesuai dengan usaha dan kesungguhan kita. okbai~


notakaki :: Sekarang kita berada di bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mari perbanyakkan selawat. Moga kita mendapat pahala dari amalan ini. Allahummasalli'ala Muhammad wa 'ala a-li Muhammad. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com