Friday, April 27, 2012

hidup sekadar hidup

Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.


Kata-kata Pak Hamka ini sangat menikam kalbu. Pada mereka yang hidupnya hanya sekadar hidup, tak tahu kenapa mereka diciptakan, atau tahu tapi tak melaksanakan tugas sebagai manusia yang sebenar, bolehlah dikatakan sebagai binatang yang disebutkan Pak Hamka di atas.

Juga, kalau hidup kita dari pagi ke petang bekerja mencari duit mata wang dunia, tanpa mengendahkan langsung untuk mencari pahala untuk mata wang akhirat untuk kita guna di akhirat kelak.

Dalam konteks sebagai seorang mahasiswa, hidup kita hanya belajar, tak langsung menjalankan tugas lain kita sebagai khalifah dan menjalankan amanah kita untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Sombong dan angkuh kan kita? Hidup kita hanya untuk kepentingan diri kita sahaja. Kera juga bekerja, kalau hidup kita sekadar bekerja dari petang ke malam, samalah kita seperti binatang tersebut.

Cuba kita renungi balik kenapa kita diciptakan;
1) Untuk beribadat kepada Allah. Cuba refer Surah Az-Dzariyat ayat ke 56. Kalau orang yang biasa join usrah, ayat ni ayat basic kan. Sape tak join usrah tu sila la join usrah, Usrah best kot :)

2) Menjadi khalifah di muka bumi. Cuba refer Surah Al-Baqarah ayat ke 30. Khalifah ni tugasnya besar, bukan main-main. Dan tugas khalifah ni merupakan tanggungjawab semua pihak, bukan tanggungjawab ustaz-ustaz, orang yang pakai kopiah, ustazah-ustazah, dan mereka yang pakai tudung labuh je. Kita semua nanti akan ditanya di akhirat kelak sama ada kita jadi khalifah yang baik atau tak.

3) Melaksanakan dan menunaikan amanah. Cuba refer Surah Al-Ahzab ayat ke 72. Amanah ni benda yang berat kan, dengar pun kita dah takut sebab setiap amanah yang kita pegang, akan disoal di akhirat. Amanah ini, jika engkau taat, engkau dapat pahala, tetapi jika engkau ingkar, engkau beroleh dosa. Fikir-fikirkan sedalam yang boleh ye sahabat-sahabat.

Tak nak kan jadi macam babi dan kera seperti kata Pak Hamka, jadi marilah kita sama-sama mulai dari hari ini jadi manusia yang berguna dan berbakti untuk Islam. Hidup kita bukan untuk kita sahaja, tetapi hidup dan mati kita untuk Islam!

Maaf ye saya boldkan perkataan dua binatang di atas. Sebenarnya untuk menunjukkan betapa hinanya manusia yang tak tahu mengapa mereka ini diciptakan.


notakaki :: Kalau dulu pergi bersama dengan abah dan 2 adik lelaki yang setia menjaga saya semasa berada di sana, tapi kali ini memberanikan diri untuk pergi bersama sahabat-sahabat seperjuangan tanpa ada kaum Adam yang menjaga saya di sisi. Sabtu ini hari bersejarah :)

Friday, April 20, 2012

pesanan menusuk kalbu

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


notakaki :: Jangan lupa baca Al-Kahfi dari awal hingga akhir taw kawan-kawan :)

Friday, April 13, 2012

pandanglah dengan pandangan rahmat


Salam sayyidul ayyam. Pagi ni kelas cancel, jadi mengambil masa untuk update blog. Cuma berkongsi apa yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Pointnya di sini, jangan pernah menghukum, tetapi syukurilah keimanan yang Dia kurniakan kepadamu dengan menarik dan mengajak mereka yang lain bersama denganmu.

*************************

Memandang Dengan Pandangan Rahmat.


Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga


notakaki :: Jangan buat-buat tak ingat baca Surah Al-Kahfi ye! Kejap je pun baca. Sape tak baca dialah yang paling malas.

Friday, April 6, 2012

jumaat mubarakah


Kalau dulu, malam Jumaat, mak cik dan pak cik mesti suruh baca Surah Yasin. Memang tak pernah tahu pun yang sunnah untuk baca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Tak tahu pun hari Jumaat inilah yang digalakkan untuk kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah yang tercinta.

Kalau dulu, tak sabar nak tunggu hari Jumaat, sebab hari Jumaat dah mula cuti sekolah untuk hujung minggu. Bukannya tak sabar menunggu kedatangan sayyidul ayyam untuk banyakkan amalan.

Itu dulu. Dan harapnya bila sekarang ni bila kita tahu yang betapa banyaknya sunnah-sunnah untuk kita amalkan pada hari Jumaat, kita akan amalkan. Dan, istiqamah dalam mengamalkan.

Marilah kita sama-sama jadikan hari Jumaat ini dalam minggu kita sebagai hari yang dikhususkan untuk akhirat. Sesungguhnya, kematian itu makin menghampiri kita.

Juga jangan kita lupa, ingatkan juga kawan-kawan kita. Jangan kita sorang je nak jadi baik, ajak semua kawan-kawan kita jadi baik jugak!

Ringan-ringankan tangan anda nak mesej-mesej remind orang-orang yang kita sayang untuk baca Surah Al-Kahfi ke, banyakkan selawat ke dan banyak lagi sunnah-sunnah lain di hari Jumaat ni kan. Kadang-kadang kita ni bila dapat reminder macam ni baru nak buat kan.

Ni ada terjumpa gambar kat page Fattabiouni. Nice pic. Sila klik untuk tumbesaran ye!


Hari Jumaat macam ni, serius rindu hari Jumaat di Kelantan. Pagi Jumaat, pergi ke kuliah Tok Guru di Medan Ilmu. Rindunyaaaaa~~

Wednesday, April 4, 2012

20 tahun


Kalau masa kecik-kecik dulu, dialah teman main sama-sama. Dialah juga teman pergi tadika. Kalau main dan gaduh, ada sorang nangis, mesti abah cubit paha kakak dulu sebab kakak yang paling sulung.

Kalau dulu, dialah yang paling mudah nak marah. Sikit-sikit marah. Tension kakak. Tapi sekarang dia dah makin besar, dah makin matured. Tak mudah nak marah-marah lagi.

Hari ini, 4 April 2012, genap umurnya 20 tahun.

Sanah helwah my dear brother, Amir Ariffin. Moga berjaya dunia akhirat.

Satu kata-kata yang kakak paling suka, kata-kata dari Ibnu 'Atha illah Askandari,

"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"

Balik malaysia nanti beli kakak barang best2x okeh! Can't wait to see you! Kata nak belanja tiket flight ke Canada, bila nak bagi? Hehe :)



notakaki :: Sori tak dapat skype. Jadi kakak post kat blog je ok. Kakak exam esok!

Tuesday, April 3, 2012

solehah dengan gaya tersendiri


Tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Kak Noraslina Jusin, isteri kepada Ustaz Zaharuddin.

Jom baca :)

Mnjadi solehah bukan bermakna kita harus mengubah seratus peratus karektor kita. Setiap orang ada ciri-ciri dan sifat diri yang tersendiri. Selagi ia tidak bertentangan syari'at, maka Islam tidak memerintahkan penganutnya mengubah sifat khas dirinya ketika dia mengambil keputusan untuk melaksanakan Islam seluruhnya.

Bukankah sahabat-sahabat Rasulullah juga memiliki karektor yang berbeza? Abu Bakar seorang yang lembut peribadinya, mudah belas dan lunak jiwanya; manakala Umar seorang yang tegas, keras dan pernah membuat empat orang makmum jatuh terlentang kerana bersinnya sewaktu memeriksa saf sebelum menunaikan solat :))

Khadijah sangat keibuan sifat dirinya, Aisyah pula sangat manja dan ceria orangnya, Nusaibah seorang pahlawan wanita yang siap sedia melindungi Rasulnya, manakala Ummu Salamah wanita yang berani berhijrah seorang diri di belantara padang pasir...semuanya unik dan istimewa!

Oleh itu, bukan bermakna anda mahu menjadi solehah, anda tidak lagi boleh menjadi seorang yang ramah tamah, bukan beerti menjadi solehah tidak membenarkan anda bergembira dengan pertemuan yang diisi tertawa dan jenaka gembira. Dan bukan bermakna wanita solehah itu perlu selalu serius dan masam muka. BUKAN BEGITU!

Apa yang penting ialah anda tahu batas, kadar keperluan dan kesesuaiannya.

Indahnya pelangi kerana ia terdiri dari warna warni yang saling bersinergi. Justeru, tidak perlu membuang keunikan diri walaupun kita mahu menjadi wanita yang solehah. Teruskan menceriakan suasana dengan pelangi akhlak sesama kita :))


notakaki :: exam hari kamis ni tapi saya sangat malas. huh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com