Friday, November 30, 2012

aku impikan



aku impikan, membayangkan
 diriku lah yang bekerja sehabis tenaga untuk mempertahankan islam!

ya Allah
aku impikan..
jiwa yang kuat
teguh dengan iman
tak lembik diserang ujian
tak layu dengan bermacam godaan

ya tuhan, 
saksikan lah
aku masih punya impian!
impian untuk islam terus bertahan!
impian untuk islam kembali tertegak memakmurkan!
bumi ciptaan Engkau ya Tuhan

walau aku mungkin belum cukup memperjuangkan
hanya seciput manalah usaha yang dilaburkan
namun jauh di sudut hati, aku masih mengimpikannya ya Tuhan

Wednesday, November 21, 2012

buat pencinta Gaza

Hari ni kelas pukul 10 pagi. Jadi pagi ni online kejap. Terbuka blog sahabat ni, dan sangat tertarik dengan apa yang dikongsi. Satu artikel tentang Briged Al-Qassam. Baca la kalau nak tahu.

Ini yang buat saya kagum dan SANGAT KAGUM dengan kekuatan umat Islam di sana.


"Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli Briged al Qassam ialah istiqamah bersolat subuh secara berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di kariahnya." [Dr Zainur Rashid Zainuddin] 
Allahu Allah. Betapa hebatnya mereka kan. Sebab tu Israel takut akan golongan ini
.






Teringat satu perkongsian di alam maya yang buat hati ini sangat tersentuh.



Buat semua pencinta Gaza... Bangun Subuh kena awal! Solat berjemaah! Baca Al-Quran! Baca Mathurat! Bukannya lepas solat Subuh, tidur, ponteng kelas, malas belajar dan muka pun x bermmotivasi. Jews control the world, Muslim play the world.


Harapnya kita sama-sama istiqamah. Peringatan buat diri sendiri. Untuk yang terbaca apa yang saya tulis ni, jom kita sama-sama mujahadah ye.

Kalau malas ke kan, ingat balik saudara kita kat sana, Kita kat sini malas nak bangun dari katil yang empuk tu, mereka di sana tak tidur malam untuk lari dari dibom atau ditembak tentera musuh.

Masa tengok Tv Al-Hijrah time duduk rumah minggu lepas, ada wakil dari Gaza ni cakap, mereka sangat memerlukan bantuan kewangan, mostly untuk ubatan dan makanan. So apakata kita pakat-pakat bank in duit kita. Kalau malas sangat nak pergi bank, derma dekat tabung bantuan Palestin yang dilancarkan.

Satu lagi benda penting yang kita jangan pernah lupa, DOA!

Jangan pernah lupa ye sahabat.....

اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ
اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين 
اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ
اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم


Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami,

Berilah kemenangan pada Muslimin di semua tempat,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin,

Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,

Ya Allah,
Ya Allah,

Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Saturday, November 17, 2012

darul naum


Lautan manusia membanjiri stadium semalam

Semalam sempat ikut umi abah ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke IV. Kalau nak tahu siapa yang ada dan apa motif himpunan boleh lah Google je, malas nak cerita.

Ramai yang bagi ucapan semalam, tapi ada satu yang sangat membekas di hati.

Sindiran yang sangat tajam. Namun peringatan beginilah yang kita inginkan untuk memperbaiki diri dan sesiapa yang mendengar.

Terdetik di hati saya, orang Arab ni memang telus dan tegas dalam mengkritik.

Semalam, ada satu ucapan dari wakil Arab Saudi minal Makkah. Katanya, ramai yang menyuruh dia datang ke Malaysia, lebih-lebih lagi Kelantan. For 1 week, dia berada di Kelantan untuk lihat apa yang ada di Kelantan.

Untuk seminggu itu, satu perkara yang dia ingin lihat ialah kekuatan solat subuh berjemaah di Kelantan. Untuk seminggu juga, dia melihat, saff solat subuh di Kelantan sangat sedikit, katanya, tak sampai 20 orang.

Sindiran tajam ini ditujukan buat para pendokong dan penyokong Islam, khususnya di Kelantan, adakah ini Kelantan Darul Naim atau Kelantan Darul Naum? Katanya, jika di Kelantan sebegini rupa, bagaimana di negeri lain?

Kalau compare suasana kat Kelantan, bagi saya as orang Kelantan jati, memang better lagi dari negeri lain. Lebih islamik. Tapi bab solat subuh tuuu, no comment... memang sangat lemah lah kan.

Pada pemerhatiannya, saff solat Subuh di Kelantan di masih sangat sedikit bilangannya... jadi bagaimana kita nak harapkan pertolongan Allah untuk menangkan Islam??

Kita nak Islam menang bukan hanya di Kelantan, kita mahu Islam itu mekar di seluruh negara, seluruh dunia. Maka, ayuhlah kita sahut seruan tokoh ulama' dari Arab Saudi ini, beliau sangat mengharapkan pendokong Islam terutamanya untuk menjaga solat subuh. Tunjukkan yang kita mampu mengurangkan tidur kita di waktu malam dan solat subuh berejemaah.

AllahuAllah. Peringatan yang sangat tajam dan berbekas di hati....


notakaki :: Got to bake the cake. Malasnyaaaa tapi kesian kat adik-adik :)

notakaki :: Balik himpunan tu terus pengsan, sorry my dear girlfriend Nur Ashikin, tak leh jadi orang 1st wish birthday :(

Thursday, November 15, 2012

1 Muharaam 1434 H ; gaza diserang

Pagi ini, saat kita menyambut 1 Muharram, saudara seakidah kita jauh di Gaza sana diserang. Saya sendiri, saat dibuai nikmat masa lapang bersama keluarga di rumah, mendapat berita yang umat Islam di sana diserang.




Allah, Allah. Mungkin ini juga peringatan buat diri. Ketika kita bersama keluarga, ada antara saudara kita di Gaza kehilangan ahli keluarga, saat kita menikmati masa lapang, mereka di sana berlari-larian mengelak diri dari di bom oleh Israel laknatullah, saat kita melihat daun-daun gugur dek angin sepoi-sepoi bahasa, saudara kita gugur syahid di medan jihad dengan darah berlumuran di tanah.

Allah.




Hari ini Gaza diserang. Bagi yang tahu, ayuhlah kita berdoa. Bagi yang tak tahu, rasanya anda patut mencari sedikit masa untuk update tentang isu semasa umat Islam. Mereka saudara kita, di Palestin, di Syria, di Rohingya, dan banyak lagi tempat di dunia ini. Jauh mereka dari kita, tapi andai kita cakna dan rasa kesatuan akidah itu, mereka dekat di hati. Kita akan selalu ingat pada mereka, kita akan selalu menadah tangan berdoa buat mereka.

Moga aku ini selalu ingat pada mereka, pada umat Islam yang bermati-matian menegakkan kalimah syahadah di bumi mereka.

Ayuh sahabat, kita amalkan Qunut Nazilah. 

Dalam peristiwa Bir'u Maunah, yang mana pada peristiwa ini, berlakunya pembunuhan 70 orang sahabat yang kesemuanya adalah penghafaz Al-Quran. Rasulullah sangat sedih atas peristiwa pembunuhan para qurra' ini. Selama satu bulan, Rasulullah amalkan Qunut Nazilah atas musibah yang menimpa umat Islam ketika itu.

Jadi, apakata, kita amalkan Qunut Nazilah agar Allah memberi kekuatan pada mujahidin di segenap pelusuk dunia dan memecah belahkan pakatan orang yang ingin mezalimi umat Islam.



Ya Allah 
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka 
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Ingatlah, doa itu senjata buat kita umat Islam, bahkan ia lebih tajam daripada mata pedang. Believe it, believe it!

Doa, doa dan berdoalah buat umat Islam, khususnya di Gaza, Syria dan Rohingya, juga tak lupa, buat umat Islam di Malaysia.

Untuk tahu dan update tentang keadaan di Palestin, boleh lah nak LIKE page ni ;


Mereka insyaAllah mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah. Berjuang dan mati demi Islam.Namun, kita di sini bagaimana? Apa pengorbanan yang kita lakukan untuk Islam?


Fikir fikir tirah, cuba kau fikir~~

Monday, November 5, 2012

Kurniakan kami keikhlasan dan itqan dalam menuntut ilmu-Mu Ya 'Alim!


Belajar akan menjadi satu tekanan jika dilihat hanya pada pointer, sudah rasa kenyang bila dapat 'A' walau hakikatnya ilmu hanya pada helaian kertas, habis exam maka berterbanglah ilmu di dada.

Tapi belajarlah dengan berjiwa besar. Belajar kerana Allah. Belajar untuk mengajar. Belajar untuk menjadi pakar dalam bidang 
yang dikhususkan. Belajar untuk ummat. Hasilnya, 'A' akan mengejar kita InsyaAllah.

Akhir sekali, soal pada diri kita. Adakah kita belajar hanya semata-mata menyelesaikan tuntutan atau memenuhi keperluan?


notakaki :: One paper to go :) Parasite oh parasite!

Saturday, November 3, 2012

berpagi-pagian

Update blog. Moga ada manfaatnya dari luahan hati yang tak seberapa ini. Moga Allah redha.

Sesungguhnya, aku akan diuji dengan apa yang aku kata dan tulis di blog ini.


Sebelum tu, eloklah baca artikel ini. SULITNYA BANGUN SEBELUM SUBUH.


MasyaAllah, saya tersentuh lagi dengan kata-kata Ibnu Munkadir yang saya temui dalam artikel ini :

“Tidak ada kelazatan di dunia ini, kecuali pada tiga hal iaitu qiamullail, bertemu dengan saudara-saudara seiman dan solat berjemaah.”


Seperti biasa, dalam pukul 5 pagi, alhamdulillah, akan tersedar dari tidur. Nikmat. Ini nikmat yang Allah bagi. Kena hargai. Kalau dah tersedar, terus kena bangun. Jangan bermalas-malasan. Apa yang aku pegang, "You snooze, you loose".


Pukul 5.33 pagi, azan Subuh berkumandang dari handphone kesayangan. Terus kejut semua roomates macam biasa. Tak nak bergegas ke surau lagi, decide untuk turun lambat sikit. Jadi, baca Quran semuka dua.


Bila turun surau, saya expect orang dah solat. Tapi, surau masih gelap. Di mahallah saya, ada 2 surau, satu surau atas, satu surau level paling bawah. Surau level paling bawah tetap menjadi pilihan hati :)


Sedih la jugak, bila tak ada orang langsung, walau dah decide turun lambat sikit dari azan. Tunggu sorang-sorang dalam surau tu. Last sekali, memang tak ada orang langsung. Sedih sangat. Sedih yang teramat. Nak nangis je rasa. Benda ni bukan berlaku sekali dua, banyak kali jugak pernah berlaku.


Berhusnu dzon. Mungkin ramai yang solat Subuh berjemaah dalam bilik dengan semua roomates kot kan......


Memang bukan mudah nak bangun awal, nak bangun pagi. Solat berjemaah tepat pada waktu, lagi-lagi solat Subuh. Saya pun, bukan hari-hari bangun awal. Selalu jugak lepas azan Subuh baru bangun. Normal la, manusia kan. Bukan hari-hari solat di surau. Bukan nye orang baik pun saya ni, tapi berusaha untuk jadi orang yang lebih baik. Saya bukan orang hebat, tapi mahu jadi orang yang hebat buat Islam.

Teringat satu kata-kata yang memang saya akan ingat sampai bila-bila. Islam tak akan menag dan mencapai kegemilangan andai jumlah orang yang solat Subuh tak menyamai jumlah orang yang solat Jumaat.


Biasanya, kat surau ni, yang solat subuh pun pernah lebih dari 20 orang :( Sedih sangat-sangat.


Mungkin la orang rasa tak penting bagi mereka untuk solat Subuh di surau, bagi muslimat la kan. Mungkin lebih selesa untuk solat di bilik. Sebab bagi muslimin memang sah-sah dianjurkan untuk solat berjemaah di masjid.


Tapi bagi saya, satu kemegahan jika dapat berkumpul beramai-ramai untuk solat. Satu kebahagiaan bila solat bersama-sama dan menadah tangan berdoa bersama-sama. Satu keceriaan bila dapat bersalam-salaman bersama-sama jemaah selepas solat.


Waktu yang paling bahagia, waktu Subuh. Dengan suasana yang aman damai itu, memang membahagiakan.


Jangan pernah kita jadikan alasan 'busy meeting' dan 'tidur lambat semalam' sebagai sebab untuk kita tak boleh bangun awal pagi dan solat Subuh berjemaah seawal yang mungkin.


Teringat dalam satu ceremah dari seorang ustaz, yang menceritakan apa yang diceritakan oleh Ustaz Nik Abduh, anak Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Katanya, TGNA balik rumah dalam pukul 2 pagi lebih, dek kerana kesibukan berjuang buat ummah. Masa dalam pukul 3, baru nak bersiap untuk tidur. Dan bila Ustaz Nik Abduh bangun untuk qiamullai pada paginya, dalam pukul 4 pagi lebih, TGNA sudah pun di atas tikar sejadah mengalunkan bacaan Quran.


Subhanallah, betapa hebatnya para ulama'. Mungkin ini mustahil untuk kita, tapi sekurang-kurangnya, kita bangun seawal yang mungkin untuk solat Subuh. Kata pejuang agama, tapi solat Subuh... hmmm...


Sekadar pandangan dan luahan hati dari insan yang hina.



notakaki :: Berfikir banyak kali sebelum tekan 'publish'. Akhirnya, tekan jugak. Moga Allah redha....


notakaki :: Moody pagi ni pun sebab ni la....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com