Friday, May 31, 2013
Wednesday, May 29, 2013
i am not genius and i am happy with it
Pagi ni update blog lagi :)
Nak elak tidur pagi. Kan Rasulullah anjurkan umatnya berpagi-pagi (err tapi kadang-kadang ku rebah jua hehe).
Sekadar berkongsi satu artikel yang bagi saya agak menarik (mungkin lebih pada nak ingatkan diri sendiri dan nak letak dalam blog so boleh baca di lain hari).
Artikel yang ditulis oleh Dr Farah Aisyah yang manis dan solehah jauh di Jordan sana, sahabat sekolah rendah di Sekolah Rendah Islam Aman dulu.
Bila baca artikel ni, keep on reminding myself, time spent to study proportional to pahala :)
Indahnya bila kita ada Allah kan :)
Kita genius, ada hikmahnya.
Kita tak genius pun, ada hikmahnya.
Haa, nampak tak?
Wah, rupa-rupanya untung jugak jadi orang yang tak genius ni, dapat peluang untuk kumpul pahala banyak-banyak siket, hehe.
Jadi, la tahzan!
Yakinilah bahawa setiap usaha yang kita curahkan ini,pasti Allah akan membalasnya sebaik mungkin.
Sila tekan gambar yang comel kat bawah ni untuk bace ye kawan-kawan yang comel :)

"Untuk kita yang tak genius ni, sebenarnya Allah nak bagi peluang untuk kita kumpul pahala banyak-banyak atas setiap usaha yang kita curahkan."
Haa, nampak tak?
Wah, rupa-rupanya untung jugak jadi orang yang tak genius ni, dapat peluang untuk kumpul pahala banyak-banyak siket, hehe.
Jadi, la tahzan!
Yakinilah bahawa setiap usaha yang kita curahkan ini,pasti Allah akan membalasnya sebaik mungkin.
Sila tekan gambar yang comel kat bawah ni untuk bace ye kawan-kawan yang comel :)
Baby comel ni kata,
"Mari-mari baca. Rugi sape tak baca"
Hehe :)
"Mari-mari baca. Rugi sape tak baca"
Hehe :)
notakaki :: 42 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :)
Monday, May 27, 2013
jarang
Jarang kita (aku) menangis mengenangkan dosa, azab kubur dan azab neraka.
Cemburu kan dengan orang yang air mata mereka mudah menitis disebabkan perkara ini. Mungkin hati kita (aku) tak sebersih hati mereka.
Menunggu azan Subuh, terdetik untuk buka Quran, tapi kali ni, nak buka secara random, dengan harapan moga ayat cinta yang dibaca ini dapat mengetuk pintu hati.
Jari saya betul-betul di atas ayat yang ke 34.
Allah....
Ayat ini sangat ....
Mungkin ada benda yang Allah nak tunjuk..... pada insan yang alpa ni...
Terima kasih Allah :)
Maka apabila malapetaka besar (hari kiamat) telah datang,
yaitu pada hari (ketika) manusia teringat apa yang telah dikerjakannya,
dan neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.
Maka adapun orang yang melampaui batas,
dan lebih mengutamakan dunia,
maka sungguh, NERAKA lah tempat tinggalnya.
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya,
maka sungguh, SYURGA lah tempat tinggalnya.
[79 : 34 - 41]
Moga Allah kurniakan pada kita hati yang tak cintakan dunia (hubbu al-dunya),
dan moga kurniakan mata yang mudah menangis mengenangkan dosa (yang sangat banyak), azab kubur dan azab neraka.
Allahumma ameen :)
Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Akhir sekali...
Terima kasih pada yang bagi bunga ni :)
Thanks my dear future muttaqeen doctor :)
I love it... because the flowers are beautiful... and because i love you ^^,

Saturday, May 25, 2013
esok exam
7.00 a.m.
Bilik gelap. Umi kata baik study pagi-pagi dari stay up sampai pagi dan end up bangun lambat Subuh lepas tu tidur balik lepas Subuh (belit-belitnye ayat aku time exam ni).
Bak kata Usaz Riduan Mat Nor, "Kalau bertakbir runtuh langit sekali pun, namun solat Subuh gajah... Islam tak akan menang. Islam akan menang ditangan manusia yang menjaga agamanya.."
.....
I start to list the 'Things to do during holiday'.
Wah banyak jugak kehkeh. 3 bulan kan cuti.
Ya. Esok exam. (cepatlaaa habis nok kelik dumoh ni =.=)
Jangan lupa ye baca Quran before dan after study :)
Semalam sahabat yang solehah kongsikan satu ayat cinta dariNya. Untung saya ada sahabat solehah macam dia kehkeh (sila terasa ye wahai sahabat soleheh).
Sekian. Dah siap bebel pagi-pagi. Mengantuk ni =.=
notakaki :: Cepatnya masa berlalu, hari ni dah 15 Rejab 1534 H dah...

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
[65 : 3]
Jangan sia-siakan akademik kamu.
Bidang kamu adalah satu bucu Islam.
Jaga lah bucu tersebut supaya tidak ditembusi musuh.
Berusaha selagi mampu.
Counting the days to go back home! :)
Jaga lah bucu tersebut supaya tidak ditembusi musuh.
Berusaha selagi mampu.
Bak kata Ustaz Pahrol Juoi, "Tuhan telah menyediakan rezeki untuk burung, tapi ia harus terbang untuk mendapatkannya."
Counting the days to go back home! :)
Sekian. Dah siap bebel pagi-pagi. Mengantuk ni =.=
notakaki :: Cepatnya masa berlalu, hari ni dah 15 Rejab 1534 H dah...
Thursday, May 23, 2013
hari ini, semalam dan esok
'Dia' mungkin tahu saya tujukan entry ini khas untuk 'dia'.
Pagi ini mesej dia. Dia yang sedih. Kataku, tak salah untuk menangis. It's a norm. Jangan ditahan air mata itu.
Saya doakan moga dia kuat... dan kami semua kuat.
“Menakjubkan urusan seorang mukmin, jika ia mendapatkan nikmat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.”
(HR Muslim & Tirmidzi)
Tawakal perlu terus dipancangkan kerana Allah sedang menguji. Jangan pernah berhenti berharap dan berdoa.
Redha tentang semalam, dan tawakal untuk esok. Insya allah, semuanya akan baik-baik belaka. Mana mungkin Allah mentakdirkan sesuatu yang tidak elok untuk kita, kan?
Marilah berdoa semoga kita diberikan yang terbaik. Gantungkan harapan pada yang selayaknya. Allah mengetahui apa yang di daratan dan lautan dan tiada sehelai pun daun yang gugur tanpa pengetahuan-Nya
Ini juga pesanan buat diri ini.
..............
...........
......
...
.
Dah. Sila sambung study Medical Microb.....
Toodles!
Tuesday, May 21, 2013
dua
Whenever i start worrying too much about life or the future i try to remind myself that my destiny is already written. Whatever Allah has decided will surely come to pass. So why am i worrying about it? The only control i have over any given situation is the amount of DUA i make.
That's it. That's all.
:)
All the best in life athirah :)
notakaki :: Nak makan chim chum boley? *tempting*
notakaki :: Anyone pernah makan broccoli and cheese muffin? First time dengar. Macam best. Kena try buat ni. An alternative food untuk orang yang tak makan sayur makan sayur kehkeh (belit2x nye ayat =.=)
Sunday, May 19, 2013
jangan malas
Maaf ye. Monolog diri ni...
Untuk semester ni, ada 4 subjek je yang saya ambil. Budak UPSR pun busy lagi kan hehe. Tapi, kredit hour for each subejct tu banyak la. Huh...
Alahai athirah... sila jadi rajin....
Alahai athirah... sila jadi rajin....
Quantity Analysis : 26.5.2013
RKUD : 31.5.2013
Medical Microbiology : 02.6.2013
Clinical Biochemistry : 04.6.2013
Then, ke Langkawi insyaAllah bersama keluarga tercinta. Cepatlaaa tak sabar nak balik ni...
Mohon doa dari semua...
Every time spent to study proportional to pahala. Jangan malas, kaut pahala banyak-banyak. Wah wah wah!
Nak remind myself la ni...
B. Sc - 4 years
M. Sc - 1 to 2 yearsB. Sc - 4 years
PhD - 3 to 5 years (DR ATHIRAH hihi)
Post Doctoral Fellow - up to 5 years
Haaaa... malas study masa degree mana boleh nak further master phd bagai kan...
Dear athirah,
You have to be intentional. Success doesn’t come by accident.
Whatever your dream is. Whatever your goal is. Whatever you have set your sights on accomplishing. Don’t give in to the laziness that will inevitably creep in. Be a winner.
Umi pesan, study hard ye sayang.. Umi, doakan kakak ....
Ni nak share jugak pesanan dari adik saya, Imran..
"Qad aflahalmukminuun"
Sesungguhya beruntunglah orang-orang yang beriman. Dan 'aflah' di sini menurut ulama bermaksud BERJAYA setelah BERSUSAH.
Akhirnya Allah kata, "merekalah (orang-orang yang beruntung) yang mewarisi Firdaus."

AKU BELAJAR LILLAH TA'ALA!
Dan ingatlah: " Di antara keberhasilan pada akhir perjuangan adalah berserah diri kepada Allah sejak permulaan " (Ibnu Ata'illah)
Dan ingatlah: " Di antara keberhasilan pada akhir perjuangan adalah berserah diri kepada Allah sejak permulaan " (Ibnu Ata'illah)
notakaki :: Buat amir yang tengah bercuti loni, rebut maso ni nak jago umi abah mek lutpi eca dan anok-anoknya heheh
Friday, May 17, 2013
to all strong women out there :)
Salam sayyidul ayyam yang indah buat semua. Moga Al Kahfi dan selawat menghiasi Jumaat kita :)
Dah baca Al-Kahfi? Haaa, sape tak baca lagi sila baca dan habiskan cepat-cepat ye! Marah ni heheh.
I read a great and beautiful article. I found it here : womeninthequran. Please go through the articles in the website. A nice website indeed.
She had everything in abundance, ruled the kingdom of Saba, and had a great throne.
She took up the advice of her aids and chose caution:
From the story, Ratu Balqis merupakan seorang pemimpin yang bijak, berbincang, mengambil pendapat orang lain, dan walaupun beliau seorang Ratu yang memimpin kerajaan yang hebat, beliau tidak angkuh untuk tunduk pada Nabi Sulaiman.
So I told myself,
"Sedangkan wanita sehebat Ratu Balqis boleh bertemu Raja sehebat Nabi Sulaiman. Takkanla wanita biasa macam aku tak boleh jumpa lelaki yang sama taraf wawasan, visi dan misi dalam perjuangan, hidup dan mati?"
I am truly inspired by Ratu Balqis's wisdom, Queen Asiyah's and Maryam's strength. And Khadijah's patience and love. Dalam Al-Quran terlalu banyak inspirasi untuk wanita-wanita menjadi kuat dan hebat, at the same time mendapat pasangan yang lebih hebat. So be strong ladies!! Allah is with you. Keep praying. HE is indeed our true LOVE :)
Relying on terms,
"For things to change, you have to change."
Saya pun ada sambungan saya sendiri iaitu,
"To get a prince, you have to be a princess. To get a good Muslim, you have to be a good Muslimah. To get a visionary man who wanted to succeed dunia and akhirat, you have to be one first."
To all strong women out there, each of us carry a little Balqis inside us. Don't lose hope in Allah. Jaga agama, jaga solat, jaga muamalat, jaga hubungan dengan ALLAH. InsyaAllah, Allah akan hantar a man with little Nabi Sulaiman inside them :)
"Pray, Allah is listening."
Jangan gopoh dalam berdoa. Allah tak suka orang yang terburu-buru dalam doanya. Terburu-buru nak doanya dimakbulkan. Bila berdoa tu tawakkal la. Kata berserah pada Allah, bukan mengarah Allah. Dan, journey setiap orang lain-lain. Please don't compare and complain.
Tertarik untuk berkongsi satu pesanan dari Ustaz Dusuki, one of my favourite ustaz :)
Sekadar berkongsi pesanan dari ustaz. Moga bermanfaat :)
notakaki :: Selalu pesan pada adik-adik, jadi lelaki yang jaga qiamullai dan solat subuh berjemaah. Susah betul nak tengok orang jaga dua benda ni kan....
notakaki :: 54 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :)
Dah baca Al-Kahfi? Haaa, sape tak baca lagi sila baca dan habiskan cepat-cepat ye! Marah ni heheh.
I read a great and beautiful article. I found it here : womeninthequran. Please go through the articles in the website. A nice website indeed.
*************
She had everything in abundance, ruled the kingdom of Saba, and had a great throne.
Prophet Sulayman (as) wrote a letter to Balqis and invited her to believe in Allah and surrender to him. The queen immediately realized the significance of this letter and discussed it with her inner circle. This event is related in the Qur'an:
She said: "O council! A noble letter has been delivered to me. It is from Sulayman and says: 'In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate. Do not rise up against me, but come to me in submission.'" She said: "O council. Give me your opinion about this matter. It is not my habit to make a final decision until I have heard what you have to say." (Surat an-Naml: 29-32)
Her council responded: "We possess strength and great force. But the matter is in your hands, so consider what you command" (Surat an-Naml: 33). This shows that she had great power over her kingdom.
Her primary goal was to discover his true intention. Prophet Sulayman (as), who understood her strategy, rejected the gifts and sent her another message:"When kings enter a city, they lay waste to it and make its mightiest inhabitants the most abased. That is what they too will do. I will send them a gift, and then wait and see what the messengers bring back." (Surat an-Naml: 34-35)
He warned her once more of his army's irresistible power and warned her to surrender. He also requested that his army's leaders bring her throne to him, for it symbolized her rule. A demon from among the jinns brought it in the time it takes to blink, and Prophet Sulayman (as) then had it altered. When Balqis finally came to him, he asked her whether this throne belonged to her:[Sulayman said to the messenger:] "Return to them. We will come to them with troops they cannot face, and will expel them from it abased and humiliated." (Surat an-Naml: 37)
In spite of being from a land of sun worshippers, the queen of Saba was quite affected by the genuine manner of Prophet Sulayman's (as) letter, his rational style, power, and most impressive palace. All of this led her to believe and become a Muslim. Allah reveals her submission to him:Then when she came, she was asked: "Is your throne like this?" She said: "It is exactly like it. We were given the knowledge before it, and we were submissive." And what she worshipped besides Allah impeded her. She was from an unbelieving people. (Surat an-Naml: 42-43)
This account of the queen of Saba and Prophet Sulayman (as) contains wisdom and advice. The queen's ability to reason correctly enabled her to see the truth and act accordingly. In spite of her very different beliefs, she surrendered to Allah and believed in Him without hesitation when she realized the truth. This is an example of exemplary behavior.She was told: "Enter the courtyard." But when she saw it, she supposed it to be a pool and bared her legs. He said: "It is a courtyard paved with glass." She said: "My Lord, I have wronged myself, but I have submitted with Sulayman to the Lord of all the worlds." (Surat an-Naml: 44)
From the story, Ratu Balqis merupakan seorang pemimpin yang bijak, berbincang, mengambil pendapat orang lain, dan walaupun beliau seorang Ratu yang memimpin kerajaan yang hebat, beliau tidak angkuh untuk tunduk pada Nabi Sulaiman.
So I told myself,
"Sedangkan wanita sehebat Ratu Balqis boleh bertemu Raja sehebat Nabi Sulaiman. Takkanla wanita biasa macam aku tak boleh jumpa lelaki yang sama taraf wawasan, visi dan misi dalam perjuangan, hidup dan mati?"
I am truly inspired by Ratu Balqis's wisdom, Queen Asiyah's and Maryam's strength. And Khadijah's patience and love. Dalam Al-Quran terlalu banyak inspirasi untuk wanita-wanita menjadi kuat dan hebat, at the same time mendapat pasangan yang lebih hebat. So be strong ladies!! Allah is with you. Keep praying. HE is indeed our true LOVE :)
Relying on terms,
"For things to change, you have to change."
Saya pun ada sambungan saya sendiri iaitu,
"To get a prince, you have to be a princess. To get a good Muslim, you have to be a good Muslimah. To get a visionary man who wanted to succeed dunia and akhirat, you have to be one first."
To all strong women out there, each of us carry a little Balqis inside us. Don't lose hope in Allah. Jaga agama, jaga solat, jaga muamalat, jaga hubungan dengan ALLAH. InsyaAllah, Allah akan hantar a man with little Nabi Sulaiman inside them :)
"Pray, Allah is listening."
Jangan gopoh dalam berdoa. Allah tak suka orang yang terburu-buru dalam doanya. Terburu-buru nak doanya dimakbulkan. Bila berdoa tu tawakkal la. Kata berserah pada Allah, bukan mengarah Allah. Dan, journey setiap orang lain-lain. Please don't compare and complain.
Tertarik untuk berkongsi satu pesanan dari Ustaz Dusuki, one of my favourite ustaz :)
"Jika kalian belum bertemu jodoh, usahlah resah dan gelisah, tanpa berputus harap, mengantungkan harapan dan permintaan kepadanya, ambillah peluang di waktu dan tempat mustajabnya doa, menyebut dan mengulang2x kata rayuan kpd yg mempertemukan jodoh itu, hanyalah kpd Allah, usah malu bertemu org yg soleh terutama ibu bapa kalian utk mempertemukan jodoh kalian kerana setiap yg datang itu ia tetap akan datang, seringkan sahaja membaca surah An Nahl, mudahan ia menjadi kemudahan utk jodoh yg baik"
Sekadar berkongsi pesanan dari ustaz. Moga bermanfaat :)
notakaki :: Selalu pesan pada adik-adik, jadi lelaki yang jaga qiamullai dan solat subuh berjemaah. Susah betul nak tengok orang jaga dua benda ni kan....
notakaki :: 54 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :)
Saturday, May 11, 2013
1 Rejab 1434 H
Sabtu. 11.5.2013. Sudah pun masuk 1 Rejab 1434 H.
Alhamdulillah :)
Allah Allah pantasnya masa berlalu kan.
Tertarik untuk berkongsi tentang kelebihan malam pertama bulan Rejab.
“Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Malam ini juga Imam Syafie senaraikan salah satu malam pintu langit terbuka (doa mustajab insyaAllah).
Jom kita berdoa sebanyak-banyaknya untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan ummat Islam. Jangan dilupa saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Selatan Thailand dan seluruh dunia.
Di antara amalan di bulan Rejab adalah memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah S.A.W : "Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya ALLAH setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya ALLAH mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab." (HR. Al- Dailami)
Semoga Allah memberikan kita peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini, amin :)
Ini pula antara Peristiwa-Peristiwa Penting Sepanjang Bulan Rejab.
- Perang Tabuk tahun ke-9 Hijriah
- Perang Yarmuk tahun ke-15 Hijriah
- Kemasukan awal Tariq bin Ziyad ke bumi Andalus pada tahun ke-97 Hijriah
- Isra' Mikraj pada 27 Rejab (Pendapat yang mashur. Pendapat ini dipegang oleh Imam Ibnu Hajar)
- Pensyariatan solat (ketika peristiwa Isra' Mikraj pada 27 Rejab)
Dan tak lupa, nak berkongsi satu doa. Ingat lagi dulu masa talaqqi bersama Ustaz Muhadir, beliau ada ajar doa ni pada kami :D
Alhamdulillah :)
Allah Allah pantasnya masa berlalu kan.
“Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Malam ini juga Imam Syafie senaraikan salah satu malam pintu langit terbuka (doa mustajab insyaAllah).
Jom kita berdoa sebanyak-banyaknya untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan ummat Islam. Jangan dilupa saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Selatan Thailand dan seluruh dunia.
Semoga Allah memberikan kita peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini, amin :)
Ini pula antara Peristiwa-Peristiwa Penting Sepanjang Bulan Rejab.
- Perang Tabuk tahun ke-9 Hijriah
- Perang Yarmuk tahun ke-15 Hijriah
- Kemasukan awal Tariq bin Ziyad ke bumi Andalus pada tahun ke-97 Hijriah
- Isra' Mikraj pada 27 Rejab (Pendapat yang mashur. Pendapat ini dipegang oleh Imam Ibnu Hajar)
- Pensyariatan solat (ketika peristiwa Isra' Mikraj pada 27 Rejab)
Dan tak lupa, nak berkongsi satu doa. Ingat lagi dulu masa talaqqi bersama Ustaz Muhadir, beliau ada ajar doa ni pada kami :D
Moga Allah pertemukan kita dengan Ramadhan. Allah... rindunya Qaryah Ramadhan....
Sekarang ni berada di Kelantan. Jangan jeles hihi. Saat blog diupdate saya tengah berada di rumah bersama yang tercinta. Errr tapi bukan balik sebab homesick tapi sebab kena hadiri 4th Malaysia Symposium on BioMedical Sciences di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (i wish to work here.. seriously). Orang tidur kat apartment saya tidur kat rumah heheh. Alhamdulillah rezeki saya dapat hadir program ni. Moga bermanfaat buat saya dan sahabat. Nanti saya kongsikan di lain post ye :)
notakaki :: Boleh jugak classmate yang duk jauh-jauh tu kenal rumah saya kan hihi
notakaki :: Boleh jugak classmate yang duk jauh-jauh tu kenal rumah saya kan hihi
Monday, May 6, 2013
GE13
Update GE 13.
Memori 5.5.2013.
Kita mulakan dengan berita gembira.
Alhamdulillah Kelantan Kekal. Untuk Dun saya, Kak Ubai menang. Selama bergerak kerja di kawasan Kijang, beliau seorang yang sangat humble. Menurut orang yang biasa tidur di markaz selama bergerak kerja dengannya, beliau seorang yang sangat menjaga qiamullai. Alhamdulillah, Allah berikan orang yang kuat hubungannya dengan Allah untuk menjadi wakil kepada rakyat untuk kawasan kami :)
Untuk Parlimen PC, Dr Izani menang. Sejak dari kecik kenal dengan Dr Izani, a very good friend of my abah, and he's a very good man indeed.
Move on to sad news....
"Wa makaru wa makarallah, Wallahu khairul makirin"
Kita merancang, dan ALLAH juga merancang, Allahlah sebaik-baik perancang.
[Ali-Imran : 54]
Ayat ini yang kuatkan saya. Bila baca nasihat Tuan Guru Haji Hadi, lagi buat saya sebak. Pesan TGHH :
Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan Allah s.w.t.
'Kita tidak kalah..cuma belum menang'
Tears keep on flowing down. Allah Allah Allah....
Personally, PRU kali ini saya dapat menyedari banyak perkara.
Salah satunya saya dapat rasai sendiri ketidakadilan itu bagaimana pahitnya, dan bertambah-tambah pahit apabila saya tak mampu lakukan apa-apa. Tak mampu kerana terbatas dengan perintah Tuhan. Alhamdulillah, masih diberi nikmat yakin dengan janji Tuhan.
Yang paling perlu dimuhasabah adalah usaha yang terlalu sedikit untuk memenangkan Islam. Allah... =(
To those asking for "proof" to the allegations of BN cheating in the elections, please don't be blind and being ignorant about your country. There's a lot of proof that clearly can be seen.
Mungkin ini yang terbaik buat masa ni. Mungkin Allah tak bagi kemenangan pada kita kerana mungkin kita tak dapat mengisi kemenangan. Tapi, saya tak akan halalkan segala penipuan dan tipu daya mereka. Ingat, mahkamah Allah ada di akhirat kelak. Itu je yang mampu saya cakap.
Muhasabah diri balik. Mungkin Allah tak berikan kemenangan sebab diri kita sendiri. Koreksi balik hubungan kita dengan Allah. Apa yang jasad kita buat sebelum kita bertempur dimedan 'peperangan' ni? Qiamullai kita? Solat Subuh berjemaah kita?
Terngiang-ngiang di kepala pesanan seorang hamba yang pernah ke Gaza. Menceritakan bagaimana mereka mempersiapkan kekuatan rohani mereka sebelum berperang. Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli Briged al Qassam ialah istiqamah bersolat Subuh secara berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di kariahnya.
Mungkin persediaan rohani kita tak cukup kuat dalam 'peperangan' kali ini....
Jom perkasakan tarbiyyah ruhiyyah kita. Pesanan khas buat diri sendiri yang lagha...
Aku impikan kita semualah yang tegar menjaga qiamullai dan solat Subuh berjemaah. Mulai esok... persedian rohani untuk PRU14...
This is what comes from the bottom of my heart. Ayuh ayuh sahabat..... Kita persiapkan diri kita semua ya. Doakan kita istiqamah melakukan segala gerak kerja untuk Islam ni :)
Ya Allah, redhailah jalan yang kami pilih ini. Amin :)
notakaki :: Faham-fahamla ye kenapa ada gambar hitam tu. Biar orang yang menipu ni ingat kegelapan alam kubur sikit. Hish menipu je kerjanya...
notakaki :: Adik-adik dah balik ke asrama, seperti biasa akh soghir, Lutfi akan nanges :(
Friday, May 3, 2013
munajat kemenangan
Catatan di Jumaat yang terakhir sebelum PRU ke 13...
Kalau dulu, saya pernah bekongsi cerita Qiam With Me, program qiam jamaie seorang Sultan bersama rakyatnya. Walaupun tak diberi keizinan untuk menyertai qiam jamaie, saya berpuas hati dapat hantar hero-hero di rumah untuk qiam di istana. Inilah Kelantan. Subur dengan program mendidik jiwa :)
Hari ini, alhamdulillah, diberi keizinanNya untuk menyertai dan merasai qiam jamaie bersama puluhan ribu rakyat Kelantan yang lain. Kalau dulu di istana, kini kami berkumpul di padang stadium.
Program ini dinamakan Munajat Kemenangan :)
Saya teringin sangat2x nak lihat suasana macam ni kat semua negeri di Malaysia ni. May Allah grant my wish :)
Perasaan berqiamullai bersama puluhan ribu jemaah yang lain sangat INDAH. Trust me ^.^
Jumaat, Sabtu dan Ahad. Counting the days... Moga kemenangan berpihak pada mereka yang ikhlas ingin menegakkan Islam. Allahuakbar!
Selamat mengundi! Khas buat rakyat Kelantan, satu ni je permintaan saya. Mohon diperkenan heheh.

22 Jamadil Akhir 1434 H bersamaan 3 Mei 2013 . Alhamdulillah, Allah rezekikan saya untuk berada di sini. Hari yang sangat bersejarah buat saya. Izinkan saya berkongsi pengalaman manis saya ini ye.
Seawal jam 3 pagi, kami sekeluarga bertolak dari rumah menuju ke tempat munajat. Dalam perjalanan menuju ke stadium, banyak kereta2x anak muda berkonvoi ke tempat munajat sambil mengibarkan bendera PAS. Tiba di stadium, jalan sangat jam (walhal masa tu baru pukul 3 ++ pagi), nak cari parking pun susah. Tapi at last dapat la jugak parking alhamdulillah. Gerai-gerai makanan dan pakaian pun banyak dibuka. Ini bukan 3 petang ye, 3 pagi.
Masuk je dalam stadium, lagi kagum dengan lautan manusia yang datang semata-mata ingin qiam jamaie. Walaupun hujan renyai-renyai, semua tak berganjak dari tempat duduk. Ada jugak ibu bapa yang bawa baby-baby comel. Bagusnya kan. AllahuAllah.. tak dapat saya gambarkan perasaan saya masa tu.
Kami menunaikan solat Tahajud 4 rakaat 2 salam, solat Hajat, dan juga solat Witir di samping bersama-sama mengalunkan zikir munajat.
Allah, paling buat hati ni meruntum dan air mata jatuh berderai laju bilamana dibacakan Qunut Nazilah semasa solat hajat. Solat Hajat ni diimamkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Dalam fasa ini, rasanya, Qunut Nazilah ni satu kewajipan untk kita baca setiap kali selepas solat kan. Memohon pada Allah agar Allah memberi pertolongan memenangkan pakatan kita. Hanya pada Allah kami berserah...
Selepas solat Hajat, Tok Guru membacakan satu doa. Doa yang membuat puluhan ribu di stadium tu menangis. Allah... perkenankan doa kami Ya Allah, hanya kepadaMu kami berserah...

Saya percaya, malam ini, para Malaikat pasti bersama-sama kami yang meraikan satu pertiga malam bagi bermunajat memohon bantuan dari Allah, Tuhan yang memakbul segala permintaan. Lambat atau cepat, pasti tertunai.
Sebelum bersurai, dibacakan doa wehdah. Allahurabbi, tak dapat gambarkan perasaan tu. What an incredible feeling....
Sebelum bersurai, dibacakan doa wehdah. Allahurabbi, tak dapat gambarkan perasaan tu. What an incredible feeling....
Kuliah Subuh juga terus disambung selepas menunaikan solat Subuh, disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Antara pesan Tok Guru yang berbekas di hati ialah, katanya, satu pertiga malam ialah satu waktu yang mudah untuk Allah makbulkan doa kita. Kita sebagai pejuang Islam, sepatutnya menggunakan waktu ni untuk memohon kemenangan Islam di muka bumi ni. Kita bukan hanya nak bermunajat malam ini sahaja, tapi harapnya, qiamullai menjadi darah daging kita.
Saya sangat setuju dengan apa yang Tok Guru kata. Dalam fatrah PRU ini, kuatkan hubungan kita denganNya. Jaga amalan ruhiyyah kita. Masing-masing dah besar kan. Jangan sibuk nak berkempen, tapi end up bangun lewat Subuh iskisk. Banyakkan baca Quran, jaga solat berjemaah, jaga solat Subuh berjemaah, jangan tinggal Qiamullai dan banyakkan berdoa untuk kemengan Islam.
Hoho pesanan ini ditujukan khas buat si penulis. Moga dikurniakan kekuatan buat kita semua untuk istiqamah.
Hoho pesanan ini ditujukan khas buat si penulis. Moga dikurniakan kekuatan buat kita semua untuk istiqamah.
Saya teringin sangat2x nak lihat suasana macam ni kat semua negeri di Malaysia ni. May Allah grant my wish :)
Perasaan berqiamullai bersama puluhan ribu jemaah yang lain sangat INDAH. Trust me ^.^
Jumaat, Sabtu dan Ahad. Counting the days... Moga kemenangan berpihak pada mereka yang ikhlas ingin menegakkan Islam. Allahuakbar!
Selamat mengundi! Khas buat rakyat Kelantan, satu ni je permintaan saya. Mohon diperkenan heheh.
KEKAL KELANTAN, TUKAR PUTRAJAYA :)
notakaki :: Balik awal ke Kelantan berbanding sahabat-sahabat yang lain. Alhamdulillah, sempat merasa bergerak kerja di Kelantan dan menyumbang utuk kemenangan di negeri tercinta. Walau seciput je, moga Allah terima amalku ini ^.^
notakaki :: Terasa nak makan semua benda, pizza, lasagna, pavlova, pie (kuatnya selera makanku kehkeh).. Tapi malas nak masak. Anyone can cook these for me? :)
notakaki :: Terasa nak makan semua benda, pizza, lasagna, pavlova, pie (kuatnya selera makanku kehkeh).. Tapi malas nak masak. Anyone can cook these for me? :)
Subscribe to:
Posts (Atom)