duit vs pahala
Salam sayyidul ayyam :)
Hari ni sekadar berkongsi satu nukilan dari senior yang amat saya hormati kerana ilmu dan akhlaknya. Satu tulisan yang berbekas di hati. Saya panjangkan tulisan hati ini, moga-moga ia berbekas di hati anda dan mendapat manfaat darinya :)
Dan, moga kita semua berjaya dan bahagia DUNIA dan AKHIRAT insyaAllah ^.^
*******
Duit
itu sedikit jika hanya RM300, bahkan jika RM10K, ataupun RM1jutaK
sekalipun masih sedikit. Pahala itu banyak walaupun sedikit.
Subhanallah
walhamdulillah wa la ilaaha illah wallahuakbar sudah menabur benih
didalam syurga. La haula wa la quwwata illa billah sudah membina sebuah
gedung simpanan didalam syurga.
Satu huruf al-Quran sudah
membalik keuntungan 10x ganda. 1muka surat al-Quran sudah mampu membuah
kurang lebih 4000-5000x ganda keuntungan.
Solat sunat 2rakaat sebelum subuh sudah mengisi kekayaan melebihi
seluruh dunia dan seisinya. Maka nikmat Allah yang manakah lagi yang
mahu kita dustakan sehingga masih terliur dosa, maksiat, kelalaian dan
berbangga dengan ideologi dan susuk pemikiran selain Islam?
Andainya kita nampak ganjaran2 ini dalam bentuk nyata dan didepan mata sekarang, pasti kita hari ini bukan kita yang dulu.
Manfaatkan detik2 terakhir bertakbir sebanyak-banyaknya hari terakhir
jumaat yang mulia ini sehingga asar esok. Kahfi, selawat , amal Islami
mengiringi 'packing' bekalan akhirat kita.
Mungkin esok jumaat
terakhir dan ini adalah Aidiladha terakhir kita didunia ini. 'Mungkin'
yang boleh mengasak kita untuk mempersiapkan bekal.
Dah 'full'
ke 'tupperware' pahala kita? Atau hanya bawa 'pinggan mangkuk pecah
akibat dosa' untuk dibayar dengan api neraka nanti?
Doakan saya yang miskin dan faqir segala bagai ini juga ya..
Alhamdulillah..
ReplyDeletenukilan yg muhasabahkan hati ini.
jazakillah.
moga sama2x kita berjaya dunia akhirat :)
ReplyDeletedan moga syurga jadi tempat istirehat kita ^.^
athirah, saya suka tulisan awk ^^
ReplyDeleteApa kata kita kejar dua2, dunia & akhirat. Seperti kisah2 sahabat yg beribadat di malam hari umpama esok tiada lagi dan berusaha bekerja di siang hari umpama akan hidup selama2nya.
ReplyDeleteDgn duit kita boleh tukarkan kepada pahala.
dan sebab itulah, kita dianjurkan utk amalkan doa dlm surah al-baqarah, ayt 201.
ReplyDeletedunia dan akhirat. seiring.
berjaya keduanya. dan minta dijauhkan kita semua dr api neraka.
:)