Dari 99 nama Allah, berapa yang kita tahu maksudnya dan yang kita boleh terangkan pada orang lain dengan jelas? Allahurabbi.. termuhasabah dengan satu sesi dalam kelas di UIA ini, bila lecturer minta senaraikan semua nama Allah berserta maksudnya sekali dalam masa beberapa minit sahaja. Dan saya? Memang boleh kata fail :(
Sejak itu, salah satu azam diri sendiri, untuk lebih kenal maksud nama Sang Pencipta ini. Tak kenal maka tak cinta. Moga Allah kurniakan istiqamah untuk saya lebih mendalami nama-nama Allah dan beramal dengan nama Allah.
Satu tips dari lecturer tersayang, untuk apa-apa doa dan situasi yang memerlukan kita berinteraksi dengan Allah, sebut namanya. Contoh : Ya Allah Ya Rahim, jadikanlah aku insan yang penyayang dan moga hidup ini dikelilingi insan yang penyayang. Haaa tu contoh la! There's a lot to discover :)
Ok, so saya akan kongsikan salah satu nama yang amat saya suka. Mula jatuh cinta pada nama ini sejak pertama kali mendengar bicara lembut dari Prof Dr Wan Maseri ^.^
Al Baari', antara salah satu dari 99 nama Allah yang amat kusuka. Al Baari', membawa makna Maha Merancang
Teringat satu perkongsian dari Prof Wan Maseri, beliau akan amalkan untuk membaca Ya Baari' sebanyak 40 kali selepas Subuh (atau seeloknya semasa Qiamullai, saat kita bersendirian dengan Sang Pencipta), sebelum kita memulakan perjalanan hari kita.
"Ya Allah, sebelum aku memulakan perjalanan hari ini, aku serahkan segalanya kepadaMu. Aku menyerahkan seluruh jiwa raga untuk agendaMu, jadikanlah aku abdiMu yang sejati."
Moga dengan penyerahan jiwa ini, hidup kita mengikut agenda Allah, agenda yang menjadikan kita insan yang bermanfaat buat Islam. Walau apa sahaja yang kita lalui untuk setiap hari, kita akan menerima segala apa yang telah Allah tetapkan. Moga hati kita sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya. Dan moga, segala gerak geri dan perlakuan kita sehari-hari, akan menjadi asbab untuk kita masuk ke syurga Allah dan jauh dari neraka Allah.
Ameen