Thursday, November 29, 2018

ahmad anas bin herman hari

27 November 2018 yang lalu, bermakna 2 bulan Ahmad Anas hidup bersama umi di dunia, bukan di alam rahim.
Umi catatkan di sini beberapa kenangan sewaktu melahirkan Anas, untuk Anas baca di kemudian hari. Awas, coretan ini agak panjang!
Selama mengandungkan Anas, pregnancy journey umi sangat smooth, hanya sekali umi masuk wad, berbanding waktu kakak Najah, umi beberapa kali masuk wad dan yang paling umi tak boleh lupa, umi dimasukkan ke ICU (Intensive Care Unit).
25 September 2018, ada check up di klinik. Rupanya ini check up terakhir di KK. Masa waktu sebelum Subuh hinggalah pagi semasa di klinik, Anas sangat kurang bergerak. Biasanya, waktu selepas Subuh memang waktu Anas paling aktif bergerak.
Bila tiba di KK dan berjumpa doktor, doktor arahkan umi untuk terus ke labour room, walaupun masa ni umi masih lagi tiada tanda untuk melahirkan baby.
Umi terus bergegas ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Sampai di sana, bukaan dah 2 cm dan umi dirujuk pakar untuk scan baby di dalam perut.
Rupanya, AFI (amniotic fluid index/air ketuban) umi kurang, plus minus dapat 6 sahaja. Menurut doktor, sebab ini jualah Anas kurang bergerak. Jadi, umi dimasukkan ke dalam wad.
2 hari umi di wad. Rutin umi seperti biasa, bangun seawal sebelum Subuh, tunaikan solat tahajud dan masa di dalam wad banyak umi habiskan dengan membaca Al-Quran dan banyakkan berjalan serta lakukan exercise. Alhamdulillah, surau sangat dekat hanya beberapa langkah dari katil. Keadaan di wad pun sangat selesa, siap ada aircond, even di hospital government.
Pagi 27 September 2018, doctor check cervical opening. Bukaan 4 cm, tapi masih tak rasa any contraction. Dan menurut doctor, umi perlu ke labour room pada pukul 9 pagi.
Masuk dalam labour room, proses induction (proses mempercepatkan bersalin) dilakukan.
Allahu, pertama kali perlu menghadapi situasi begini. Sebelum ini, alhamdulillah kandungan pertama tiada masalah dan dimudahkan Allah untuk bersalin normal.
Jujurnya, bersalin secara induction lagi sakit dari bersalin biasa kerana dipaksa dengan ubat namanya pitocin.
Due to failure of induction (kegagalan proses mempercepatkan bersalin) & baby mengalami fetal distress (bayi lemas), para doktor decide untuk adakan pembedahan emergency lower segment ceaserean section (EMLSCS) dengan segera untuk menyelamatkan anak yang umi kandung.
"Kita operate ya, CTG memang tak cantik"
2 petang, umi masuk ke OT (operation theater).
Allahu, tak pernah terbayang akan melahirkan anak secara operation. Segalanya berlaku sangat pantas. Tandatangan dokumen kebenaran pembedahan, kebenaran transfusi darah jika kehilangan banyak darah, masuk tiub kencing, tukar baju untuk pembedahan.
Rasa tak mampu berbuat apa-apa, masa tu hanya berserah kepada Allah dan doa dengan sepenuh hati moga anak yang dikandung selama 38 minggu lahir dengan selamat.
Umi menangis masa ni sayang 😢
Pertama kali pengalaman ketika di OT. Pengalaman merasa spinal anesthesia, proses yang mudah, tiba-tiba sahaja bahagian pinggang ke bawah terasa kebas.
Rasa sejuk dan kesakitan hilang sekelip mata. Rasa hangat dan nyaman dirasai. Sedar tak sedar, pembedahan pun bermula. Perut ditekan, tahu itulah saatnya bayi dikeluarkan.
Bila baby dikeluarkan, air mata mengalir, bersyukur kepada Allah. Cuma umi terkilan sebab tak dapat nak skin to skin dengan Anas, mungkin kerana doktor ingin selamatkan Anas waktu itu. Anas terus ditempatkan di NICU.
Maka, lahirlah bayi lelaki soleh ke dunia ini. Umi namakan Ahmad Anas mengambil inspirasi nama anak angkat Rasulullah, Anas Ibn Malik.
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya takwil.
Anas is an indirect Quranic name for boys that means a person who brings you joy and peace of mind, who removes your fears and worries. .
It is a common name of the Sahabah (companions of the Prophet, peace and blessings of Allah upon him and his companions). .
It is derived from the A-N-S root (to see, to recognize, to feel safe) which is used in a number of places in the Quran and is the root for the word Insaan (mankind). .
Rise and shine my baby boy Ahmad Anas!
May you grow into a soleh wa musleh man ❤️

Wednesday, November 14, 2018

aktiviti anak-anak sempena rabiul'awal


Semalam, balik dari masjid, abang kata di masjid ada ceramah tentang kelahiran Nabi Muhammad sempena bulan Rabiul'Awal.
Pagi ni tirah cari sikit aktiviti yang boleh buat bersama najah & anas sempena bulan kelahiran Rasulullah yang kita cintai.
Terjumpa ni. Tirah share sini dulu. Kalau ada yang berminat boleh ke link link di bawah. Tirah cari ni di pinterest.


Boleh download di link kat bawah ni secara PERCUMA! Ada 11 pages semuanya.


Menurut Habib Ali, Nabi Muhammad SAW berwasiat akan 3 perkara kepada para sahabat, iaitu :
1) Ajarkanlah anakmu cinta pada Nabi Muhammad SAW
2) Ajarkanlah anakmu cinta pada keluarga Nabi Muhammad SAW
3) Ajarkanlah anakmu cinta pada Al-Quran

Bagaimanakah caranya? Ini antara yang perkara yang perlu dilakukan untuk memupuk rasa cinta ini.
1) Sentiasa membaca dan mengkaji sirah Nabi Muhammad SAW
2) Meneladani akhlak Baginda
3) Memperbanyakkan bacaan selawat memuji Baginda
Kita akan dikumpulkan bersama orang yang kita cinta di akhirat kelak. Jadi muhasabah diri kita, sejauh mana kita cintakan Baginda.
Jom buat aktiviti ni bersama-sama anak-anak dengan niat nak memupuk cinta mereka kepada Baginda.
Moga bermanfaat!
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Moga di akhirat kelak, kita semua beroleh syafaat Baginda. Amin Ya Rabb 🌸

Thursday, October 11, 2018

pantang

Image may contain: text

Pagi ni Kelantan hujan lebat. Tirah ambil masa submit doa doa pada Allah Ya Mujib di salah satu waktu mudah makbul doa.

Semalam ada terbaca tulisan seorang midwife, katanya waktu pantang ni adalah waktu self reward setelah bersalin. Waktu pantang adalah masa pemulihan ibu-ibu selepas melahirkan bayi. 

Semasa hamil, keseluruhan sistem tubuh ibu berubah, seperti kulit, sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem hormon, sistem tulang dan otot, sistem kencing.

Selepas kelahiran, tubuh sedang dalam proses kembali ke sistem asal seperti sebelum hamil.

Lain orang lain cara reward diri masing masing. Tirah pantang tak strict dan rigid sangat pun. Tapi paling suka part letak minyak panas di badan, bau serai dan herba memang menyegarkan diri. Lagi pulak dapat cium bau baby, memang satu terapi. 

Yang penting kita jaga diri mentally physically. 

Apapun, love yourself 

Kalau ada yang nak self reward dengan membeli barangan Mary Jardin every woman’s dream, jangan segan silu contact tirah ye.

Pantang pun, bisnes masih berjalan walau tak dapat nak fokus 100% lagi setakat ni. 

Wednesday, October 10, 2018

breastfeeding mom

Hari ini hari yang ke 13 menyusu badan baby anas. InsyaAllah umi berazam untuk teruskan penyusuan selama 2 tahun sama seperti kakak najah.

Tak mudah, tapi tak mustahil.

Bagi tirah, semua perkara perlukan ilmu. Jadi, sekarang dalam fasa berpantang ni, salah satu aim memang nak tambah ilmu tentang breastfeeding. Baca buku, tengok video dan juga bertemu lactation counselor.

Never ending learning process.

Hari Jumaat ni juga, tirah ada appointment dengan seorang lactation counsellor di rumah umi abah. LC ni buat servis home visit.

Moga Allah mudahkan!

Tuesday, October 9, 2018

kembali menulis

Setelah lebih dari setahun berhenti menulis di blog tersayang ini, hari ini kembali mencatat memori di sini.

Lama menyepi. Mencatat viewers seramai hampir 170,000 setakat hari ini. Not bad lah kan untuk blog kecil ini kan?

Kalau dulu, selama bertahun, blog description tercatat ini :

"Writing or speaking about Islam does not make you a good Muslim. Practicing and striving by its ideals makes you one."

Tapi hari ini, dengan menggalas amanah sebagai seorang isteri, ibu kepada 2 orang cahaya mata dan juga seorang usahawan online, tirah menukar blog description kepada ini :


"As I stepped into new roles as wife, mother, and finally entrepreneur, writing and sharing my journey remained a way for me to find some balance and equilibrium amidst all the crazy changes that were happening in my life ♥"

Rasanya lebih kena dengan diri di saat ini.

Di saat ini, merupakan seorang isteri kepada suami tercinta yang jauh di mata nun di Sarawak sana, tapi dekat di hati.
Di saat ini, merupakan seorang ibu dua anak, anak yang pertama berumur 2 tahun 6 bulan dan anak yang kedua berumur 12 hari.
Di saat ini, merupakan seorang momprenuer, usahawan online, master stokis Mary Jardin dan juga leader kepada hampir 300 agents di bawah empayar AnNajah.

Seorang isteri, ibu dan momprenuer yang ingin mencatat memori suka duka hidup :)

Moga perkongsian di laman ini memberi manfaat buat yang membaca. Perkongsian yang tirah suka tujukan buat wanita yang bergelar isteri dan ibu, dan juga, untuk anak-anakku baca di kemudian hari.

And yes, i write to remind myself!

Athirah Ariffin
Mary Jardin AnNajah

Friday, August 18, 2017

road to success

"Halangan sebenar untuk kita berjaya berpunca dari DIRI SENDIRI. So siapa yang bersungguh-sungguh nak berjaya, deal with that.

Jangan pernah sekali2 tunding jari kat org lain and accuse them of being the reason we are still not successful... because nobody is responsible to make you successful other than yourself.

And nobody is responsible for your failure except for yourself also"

Dr. Maryam Aziz
Founder Mary Jardin
Every Woman's Dream

Sunday, August 6, 2017

mary jardin : every woman's dream





Looking back on my life 11 months ago, I was just a normal housewife, a biomedical science graduate but choose to be a stay at home mother.

Then I discovered Mary Jardin.....

Masa tu, ramaiiii kakak senior dari UIA Kuantan from medical line ni (doctors & pharmacists), duk declare yang diorang ni Mary Jardin agent. Hish tak boleh jadi, orang kerja busy oncall bagai, dah ada income beribu pun join Mary Jardin.

Bermulalah episod mengusha profile founder Mary Jardin, Dr. Maryam Al-Batul Azizuddin, dan terjumpalah dengan profile FB Master Stokis Terengganu, Kak Sharifah Nurzeah.

Masa tu, memang tengah mencari nak jual apee laaa, nak buat apee laaa, sebab nak generate income dari rumah. Yes, from home! Actually kan, tirah ni jenis yang berangan nak jadi lecturer pakai baju cantik-cantik bagi lecture dalam lecture hall ahahaaaa! I even imagined that i present my paper in international conference. Haih verangan nombor satu jah oiii!

Kadang benda yang kita nak mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Tirah tolak dua tawaran untuk buat Master. Melepaskan tawaran untuk sambung belajar memang berat. Because it was my dream to further my study until PhD. Sape tahu nama email tirah, memang akan tahu benda ni. Nama email poyo giler! I made that email masa undergraduate, hoping that it will turn into reality kah!

Selepas istikharah & isytisyarah, tirah decide nak join Mary Jardin. Tirah ingat lagi, i was crying at the moment i asked Allah is it right for me to join this. I was hoping that this is the BEST path for me. Masa bincang dengan abang pun, it was a heart to heart moment. I was seeking this man's blessing for me to work from home. Alhamdulillah, abang bagi izin, dan masa tu, hati sangat tenang.

Rezeki tirah, dapat naik stokis just after a month i join this family. RM 3 256.50. Duit 'gaji' pertama dari Mary Jardin. Duit yang diperoleh dengan tangis dan tawa dalam dunia bisnes. Hanya bermodalkan RM 50 dan pengorbanan masa.

Benar, rezeki datang dari arah yang tidak kita sangka. Sesungguhnya, tirah sangat beriman dengan ayat 2-3, Surah At-Thalaq.

Praise to Allah The Almighty, I started to enjoy the income I made, along with the time flexibility I have with this business.

10 magical months passed, and today I have a team with more than 200 teammates in MJAnNajah. Dari group sale Rm 20k, MJAnNajah dah pernah mencapai group sale hampir RM 70k. Sekarang, i'm working toward achieving total group sale RM 75k! 

Sekarang MJAnNajah dah lahirkan 2 orang stokis dari kalangan anak, Habibah Hassan & Illeya Ibrahim dan 2 orang stokis dari kalangan cucu, Munirah MJ & Faizah Abdullah Asuhaimi.

Honestly, tirah impikan untuk bantu seramai mungkin wanita (ahahaha feministnye i!) untuk jana duit dari phone saja. Bak kata Dr. Maryam, "Office hanya di handphone, tapi bergaji CEO!"

I have my own BIG WHY kenapaaaa tirah bersungguh sangat nak buat Mary Jardin. MJAnNajah was named after my first daughter. Najah Nafeesa. She is my strongest 'why'.

Umi buat ni untuk Najah Nafeesa dan adik-adik. Moga, berbaloi usaha umi korbankan masa muda, dan juga impian umi, untuk masuk dalam sepak terajang bisnes ni, demi anak-anak umi tercinta.

Thanks to Mary Jardin for everything that I have achieved today. I can never be happier 

MJAnNajah
Together We Succeed

Proud of myself 
Athirah Ariffin
Founder,
MJAnNajah



Sunday, February 14, 2016

catatan umi : 27 minggu


Anakku.

Zuriat umi abi.

Umi sangat gembira dapat merasa setiap gerak tubuh badanmu.

Membesarlah dengan sihat dan sempurna anakku.

Beberapa waktu lagi, kita bakal bertemu sayangku.

Moga nanti, Allah memberikan umi abi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang soleh solehah dan dalam mendidikmu dan juga adik-adikmu untuk menjadi manusia yang berguna.

Friday, February 5, 2016

anak-anak soleh solehah

Siapa tak mahukan anak yang soleh solehah? It's every people's dream kot kan.

Salah satu doa saya, moga Allah rezekikan saya dan suami dengan anak-anak yang menghafal Quran dan mengamalkan Quran yang mereka hafal. Selalu tepuk perut kata kat baby, "Someday you'll be a hafiz / hafizah".

Basically, kita kena didik diri untuk amalkan Quran, baru bole didik anak untuk melazimi Quran. A reminder for us all to never miss Quran, not even for a single day. InsyaAllah, lebih mudah Al-Quran terpahat di hati anak-anak kelak.

Beruntunglah andai kita direzekikan anak-anak soleh yang menghafal dan juga mengamalkan Quran itu sendiri.

Moga Allah tunaikan impian kita :)

Doa ini saya jumpa di Facebook. Saya kongsikan di sini agar boleh jadi panduan buat saya di kemudian hari. Wahai anak-anakku, membesarlah kamu dengan iman dan membesarlah kamu menjadi anak yang soleh dan solehah yang mampu menjadi saham buat abi dan umi :)










Sunday, November 22, 2015

Nisa' Junior Smart Camp 2.0



Alhamdulillah, selesai sudah program Nisa' Junior Smart Camp 2.0. Adik-adik muslimat yang terlibat dalam program ni dalam range 10-15 tahun.

Moga adik-adik membesar menjadi wanita yang solehah wa muslehah. Ini doaku juga doa semua ajk serta fasilatator yang terlibat wahai adik-adik.

Satu perkongsian yang menyentuh hati saya dari ibu peserta sendiri. Peserta baru darjah 4 omooo *ibunya tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai sarung kaki & baju pun berlengan pendek*


[Ibu]
Pagi tadi anak pergi ke kedai makan, pakai sarung kaki. Bila ditanya, dia kata aurat. Dan, ibunya mengajak anaknya membeli sarung kaki sama-sama di kedai.
Satu lagi, anak kata, bila angkat tangan, kena pegang hujung lengan kalau tidak akan nampak aurat.😳😳


******************************

Dan benarlah, hidayah Allah itu akan datang pada bila-bila masa. Allah yang menggerakkan hati ibunya untuk menghantar anaknya ke program seumpama ini. Dan, siapa tahu, anaknya menjadi pencetus dakwah dalam keluarga.

Moga Allah rahmatimu dik. Moga Allah istiqamahkan kamu di dalam kebaikan.

Cerita ini hanya satu contoh yang berlaku. Mungkin pada sesetengah orang, ini hanya kisah biasa.

Tapi bagi saya, kisah penghijrahan seorang manusia ke jalan Allah merupakan satu kisah yang menyentuh hati saya *for me aurat is such a big matter and it is not that easy to have such strength to cover all of your aurat properly at the early stage*

Tak semua orang berpeluang untuk mengenal nikmat beramal dengan Islam sejak dari kecil. Tak semua manusia lahir dalam keluarga yang so called 'islamic'. Tak semua orang berpeluang hidup dalam biah solehah sejak dari kecil.

Dan, kita (manusia) yang harus terus saling nasihat-menasihati sesama sendiri.

Kan semua orang nak masuk syurga kan?

😉

Tahniah Nisa' Dungun ♡

Dan moga, Allah kurniakan kita rezeki anak yang soleh wa musleh,

Tak lupa juga, terima kasih buat suami yang banyak menolong walau sibuk dengan kerja dan Ihtifal PASTI Dungun. Moga Allah rahamatimu abang. Moga istiqamah hingga kemenangan.

smile emoticon

Wednesday, November 18, 2015

cinta sejati, cinta sampai syurga


Pertama kali menukilkan sesuatu di sini setelah diri ini dengan sah menjadi milik suami soleh, Encik Herman Hari :)

Ingin kukongsikan sesuatu yang dikenalkan oleh suami. Setiap kali mendengar bait ini, air mataku pasti gugur. Oh sebenarnya ia adalah sebuah lagu yang menjadi OST kepada cerita Habibie Ainun (bole google ye kawan-kawan).


Syukur atas nikmat yang Kau kurniakan. Moga aku manifestasikan kesyukuran ini dengan menjadi isteri solehah dan isteri yang mampu menjadi penyejuk mata suami. Dan moga diri ini mampu menjadi umi yang solehah buat zuriat-zuriat yang bakal lahir.


Cinta sejati. Bagiku, cinta yang mampu membawa kita ke syurga. Cinta yang mampu menemukan orang-orang yang kita sayang dalam syurga Allah. Doaku, moga Allah kumpulkan aku dan orang-orang yang aku sayangi dalam syurga yang kekal abadi.


"Dan orang-orang yang beriman, serta anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya"


[ At-Thur : 21 ]


Vision sebuah baitul muslim bukan hanya di dunia. Moga vision kita panjang dan mampu sampai hingga ke kehidupan abadi di sana. Inilah yang sebenar-benarnya bercinta hingga ke syurga sana.




**********************


Manakala hati menggeliat mengusik renunganMengulang kenangan saat cinta menemui cintaSuara sang malam dan siang seakan berlaguDapat aku dengar rindumu memanggil namaku
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Aku tak pernah pergi, selalu ada di hatimuKau tak pernah jauh, selalu ada di dalam hatikuSukmaku berteriak, menegaskan ku cinta padamuTerima kasih pada maha cinta menyatukan kita
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Saat aku tak lagi di sisimuKu tunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati
Lembah yang berwarnaMembentuk melekuk memeluk kitaDua jiwa yang melebur jadi satuDalam kesunyian cinta
Cinta kita melukiskan sejarahMenggelarkan cerita penuh suka citaSehingga siapa pun insan TuhanPasti tahu cinta kita sejati

Saturday, July 11, 2015

design kematian



Dulu pernah ada yang berpesan, "Design your own grave!". Dan kata-kata itu saya ingat sampai hari ini.

Hari ini terbaca sat perkongsian dari seorang teman, dan rasa macam nak kongsikan di sini untuk tatapan dan ingatan buat diri ini khususnya :)



*****************
Design Kematian |
Akhir-akhir ini perkara ini selalu terlintas di minda. Mungkin petunjuk pada Allah saya perlu membuat satu Target dan work towards that.
Apakah impian design kematian saya?

Ya Allah, Engkau Maha Baik, seandainya hari itu adalah hari Engkau mahu bertemu denganku, aku berimpikan:
1) Aku sedang dalam perjalanan pergi dan pulang dari Kelas mengajar/belajar Al-Quran atau Hadith atau mana-mana taman syurga
atau
2) Aku sedang sujud padaMu, paling aku impikan adalah tika aku solat tahajud (whichhhhhh issss I have to work very very hard!) atau solat-solat fardu yang lain
atau
3) Aku sedang menggembirakan hati suamiku, ibubapa suamiku, ibubapaku, anak-anakku
DAN (no 4 compulsory untuk semua)
4) Yang paling penting, saat Engkau telah redha padaku.
Amin Amin Ya Rabb,
Ya Allah Kau kurniakan Syurga Tertinggi buat sahabat-sahabatku yang baik mendoakan untukku dan kurniakan mereka kematian yang sebaik-baiknya. Bimbing kami ke jalan lurus Ya Allah. Amin Amin
Nota: Subhanallah, in order to achieve the above, banyaknya yang perlu diusahakan cry emoticon
Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad =D

Saturday, June 20, 2015

ramadhan

Ramadhan 1436 H. Pertama kali berpuasa di Kuantan. Oh ya, UIA Kuantan. Dapat juga merasa sebelum grad :)

Izinkan saya untuk mencoretkan sedikit coretan untuk tatapan diri sendiri khususnya di lain hari.

Semalam, semasa bertarawikh 2 Ramadhan di Masjid UIA Kuantan, ada satu budak kecik yang comel sangat berlari-lari atas sejadah sambil gelak-gelak dari mula solat Isyak hinggalah solat Tarawikh (tak letih ke budak ni adoi~).

Benda ni biasa je kan jumpa. Tak khusyuk jugak solat tengok dia lari dah la comel. Cumanya, ada satu benda yang dia buat yang jadikan saya jatuh cinta pada budak comel ni. Ada satu masa, lepas dia berlari, dia ambil Quran, dan duduk di depan saya (masa tu tengah solat Tarawikh), dan baca Quran tu. Bukan baca sangat sebab mulut dia bergerak-gerak dengan suara yang kuat tapi baca macam mengarut je, sambil belek-belek sampai ada satu page terkoyak.

He kept on repeating the same verses of the Quran, with a lot of Bismillah and Amin of course heheh. Bismillah dan Amin tu lagi banyak dari dia baca Quran kehkeh. Terdetik dalam hati, budak ni baru umur 2 tahun (kot), mana la pandai sangat nak baca Quran, rasanya mungkin dia meniru gaya ayah ibunya baca Quran.

Selepas solat, ternampak budak ni dan kakaknya, jadi gagahkan diri untuk peluk dia dari belakang. Namanya Fateh. Nama kakak tak dapat dikesan sebab kakaknya pemalu sangat.

"Fateh pandai baca Quran?"


Jawab Fateh, "Nak baca. Nak baca. Quran. Quran."

Ya Allah sejuknya perut masa tu (tiba-tiba je kan perut aku pulak yang sejuk).

Lepas bercakap-cakap dengan dia, terus ke belakang masjid sebab nak lipat kain sembahyang. Fateh terus lari-lari dengan kakaknya.

Dia datang ke belakang masjid dan ambil rehal dan Quran. 2 rehal, 2 Quran. Untuk dia, dan untuk kakaknya. Sekali lagi terus ke arah Fateh dan kakaknya (budak 2 orang ni dah la comel lepas tu soleh solehah pulak tu). Tolong betulakn rehal sebab dia tak pandai betulkan rehal tu, dan dia terus letak Quran atas rehal.

Ya Allah. Budak sekecil ini pun tunjukkan yang mereka ini cinta pada Al-Quran (walaupun tak reti baca pun). Mungkin mereka dididik dengan biah yang cintakan Al-Quran. Moga membesar menjadi hamlatul Quran wahai adik soleh solehah. Doakan juga moga kakak dikurniakan zuriat yang cintakan Al-Quran. Allahummaj'alna min ahlil Qur'an.

Ada seorang senior pesan, gagahkan diri untuk buat ibadah sambil berniat dalam hati. Semasa Ramadhan, dia gagahkan diri untuk solat sambil berdiri dan jaga waktu solat walaupun sarat mengandung dengan niat moga anak yang dikandung menjadi orang yang menjaga solatnya. I came up with one idea dengan nasihat dia ni. Kita gagahkan diri untuk baca dan jadikan diri kita rapat dengan Quran, dengan niat moga zuriat kita membesar menjadi orang yang soleh solehah, hamlatul Quran dan orang yang juga cintakan Al-Quran.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ 

Allahumma ameen.

Sama-sama kita berdoa. Moga-moga Allah makbulkan doa kita :)


...................


Dan satu lagi kisah yang saya ingin abdikan dalam tulisan ini, ialah pengalaman mendengar amanat dan taujihat dari Dr. R, murabbiah kami. Dr. R ini antara salah seorang insan yang banyak memberi inspirasi pada saya. I wish to be a great mom and wife like her.

*maaf, gambar dan identiti Dr. R kena rahsiakan heheh*



Gambar sahabat-sahabat solehah saya lepas kami jumpa Dr. R:)

Dr. R luangkan satu masa untuk makan-makan dengan kami pada sehari sebelum 1 Ramadhan. Dia cuti hari ni, bila ditanya kenapa ambil cuti hari tersebut, katanya, untuk siapkan Diary Ramadhan anak-anaknya (3 lelaki dan 2 perempuan).

Kami semua kagum dengan Dr. R. A good effort indeed. Tapi Dr. R tak bercerita panjang mengenai Diary Ramadhan anak-anaknya ni. Dr. R banyak memberi nasihat agar kami menjadi hamba, amilin, anak, isteri dan ibu yang solehah. Dan, moga kami semua terus thabat atas jalan yang dipilih ini.

Balik dari makan, gagahkan diri untuk wassup personal Dr. R untuk tanyakan tentang Diary Ramadhan. I was in love with that kind of idea. Katanya, Diary Ramadhan ni banyak di website. So bila cari di website, memang jumpa banyak sangat. Katanya, print je untuk anak-anaknya mengikut umur. Dr. R siap kongsikan gambar yang dia telah print untuk anak-anaknya, Sofea dan Lila yang masih kecil. Untuk 3 orang hero yang dah besar, Dr. R ada tunjukkan buku yang sudah diprint.

Kata Dr. R, "By the time athirah jadi ibu, akan ada banyak lagi aktiviti Ramadhan yang best2x."

Dr. R juga ada berkongsi, yang dia sediakan Ramadhan Bucket untuk anak-anaknya. Dalam tu, ada pensil kaler baru (tahun ni Dr. R bagi magic colour), buku nota kecil, dan satu buku kanak-kanak yang mesti dihabiskan dalam bulan Ramadhan. Kata Dr. R, untuk setiap kali Ramadhan, akan ada hadiah untuk anak-anaknya agar mereka gembira menyambut bulan barakah ini. Jubah for boys and new telekung for girls.

Kata Dr. R, starting last year dia bagikan markah untuk setiap aktiviti. Dan diary - solat, puasa penuh ke tak, ada infaq ke tak.. good deeds and etc. At the end, dia akan kira dan dapat hadiah. Hadiah yang Dr. R bagi simple je, yang kanak-kanak suka, tak perlu mahal-mahal.

Pesan Dr. R, "Banyak lagi sebenarnya yang seorang ibu (dan juga ayah) boleh buatkan untuk anak-anak, it just the matter that kita sebagai ibu (dan juga ayah) luangkan masa atau tidak"

Saya niatkan agar apa yang dikongsi ini dapat memberi inspirasi pada mereka yang membaca, dan juga moga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk menjadi seorang ibu yang baik seperti Dr. R ^_____^


*Rasa macam besar sangat dah bila baca post ni balik. Oh ya, lagipun memang dah besar pun, umur dah 2# (lahir tahun 1991, you do the math ok!)*


notakaki :: 47 days more. tik tok tik tok.....

notakaki :: rindunya ramadhan kat rumah uhuk.

Monday, June 1, 2015

suatu hari nanti



Suatu Hari Nanti

Suatu hari akan ada seseorang yang cukup baik budinya untuk membuat tertarik. 

Cukup luas hatinya untuk tempatmu tinggal. 
Cukup bijaksana pikirannya untuk kamu ajak bicara. 

Kamu tidak perlu menjadi orang lain untuk mempertahankan seseorang, tetap jadilah diri sendiri. 

Kamu pun tidak (dan jangan) menuntut orang lain menerima keadaanmu bila ia memang tidak mampu menerimanya. 
Karena yang baik belum tentu tepat. 

Orang baik itu banyak sekali dan hanya ada satu yang tepat. 

Selebihnya hanyalah ujian. 
Kamu tidak pernah tahu siapa yang tepat sampai datang hari akad. 

Tetaplah jaga diri selayaknya  menjaga orang yang paling berharga untukmu. 
Karena kamu sangat berharga untuk seseorang yang sangat berharga buatmu nantinya. 

Suatu hari akan ada orang yang cukup baik dan cukup luas hatinya untuk kamu tinggali. 

Cukup kuat kakinya untuk kamu ajak jalan bersama. 
Lebih dari itu, ia mampu menerimamu yang juga serba cukup.


.suaracerita.

.....

Semoga suatu hari itu bakal tiba. Dan, tetaplah jaga diri selayaknya wahai perempuan kerana kau istimewa untuk seseorang, seseorang yang hanya yang kau pasti bila tiba hari akad.


notakaki :: hai jun! jun, satu bulan yang sangat bermakna. jun, hari lahir beberapa insan tersayang; jun, bakal menamatkan perjalanan di bumi UIA Kuantan; jun, bakal berjumpa cinta hati, IA (ok dia perempuan ye).

notakaki :: selamat bermuktamar muktamirin muktamirat. moga Allah aturkan yang terbaik buat gerakan Islam tersayang ini.

Saturday, May 30, 2015

exam. last.

 


Exam last, almaklumlah final year final sem kan.

Exam. Masa ni la nak tengok gambar lama-lama dalam phone, nak buat photogrid la, nak edit la, nak send gambar-gambar tu kat kawan-kawan konon-konon throwback kan.


Lepas tu masa ni pulak bila bukak insta, banyak laa benda yang memikat mata. Banyak jumpa decoration kek-kek yang menawan hati, baju-baju cantik la, baby-baby comel la. Kenapala orang post semua benda ni masa saya exam. Masa tak exam tak banyak pulak benda-benda camni.


Masa ni la nak tulis diari la, nak check rak buku, check buku mana tak baca lagi, nak kemas itu, nak kemas ini. Nak itu la, ini la.

Masa exam ni jugak la nak list semua lecturer yang ada, nak fikir nak bagi apa untuk lecturer, nak fikir ayat untuk tulis kad kat lecturer. Oh dan atas usaha gigih listkan semua lecturer yang pernah mengajar diri ini, so total semua ada 23 orang.


Dan, masa ni jugak la banyak sangattttt la idea-idea bernas yang keluar dari kepala ni. Tak nak la list kat sini kan tapi itulah, semua nak datang masa exam ni uuuuu.

Banyak laa sangat distraction niiiii ***~.~'***

Oh ya, esok ada paper. Urmmm dan masa ni la rasa nak update blog. Ok la doakan saya. Nak sambung study.


Oh dan. Lepas ni mesti rindu kan zaman belajar ni. Kalau ada rezeki sambung belajar tu lain la kan hee =D

.....

Sekian. Kakak final year final sem melaporkan dari bilik 7.5 Mahallah Fatimah, UIA Kuantan.

Toodles! :)



p/s : buat IA, another few days i'm going to meet you. aku hari-hari buat countdwon tahuuuu dop ^.^

p/s : dan doakan jugak another one important thing (or event?) yang hari-hari ku doakan moga Allah permudahkan urusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com