Friday, January 29, 2010
kuatkan hatimu...
serious, x tahu kenapa. Maybe because i keep thinking too much about final exam and too much worry about it. Maybe.....
Kekadang rasa tak mengantuk pun, tapi, oleh sebab virus malas mula menguasai diri, katil jadi tempat persinggahanku dan bermulalah pengembaraan mimpiku.
tak boleh jadi camni ni..tak boleh...
Inilah yang jadi kalau teori yang dipelajari tidak diamalkan secara praktikal.
Athirah, kan kau dah belajar tentang jihad, jihad yang paling awal sekali kan jihad melawan hawa nafsu, so, lawanlah hawa nafsu anda wahai athirahku sayang.
Ingat, satu daripada wasiat Imam Hassan Al-Banna ialah kewajipan lebih banyak dari masa, jadi, gunalah masa sebaik-baiknya.
Sekarang kan dah nak dekat final exam, so, study la. Study hard and smart so that you can achieve what you want. Ingat, kejayaan tidak datang bergolek. Formula untuk berjaya ialah Doa, Usaha, Ikhtiar dan akhir sekali barulah Tawakkal. Jadi, wahai dr. athirah, setakat mana usaha dan ikhtiar anda?????
Apapaun, thank you umi sebab sudi mendengar luahan anakmu ini. Terima kasih kerana senantiasa menjadi pendengar setia kepada setiap masaalah yang anakmu ini hadapi. And, i'll practise all your advices...InsyaAllah...
Jadi, konklusinya, kuatkan hatimu untuk belajar, tabahkan hatimu untuk menghadapi segala dugaan sebagai seorang pelajar dan sentiasa ikhlaskan niatmu untuk belajar. Ingat, umat Islam kini lemah dari pelbagai segi, jadilah orang Islam yang berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Ingat, bukan mudah untuk menjejakkan kaki ke Kuliyyah Pergigian. Segalanya bermula sekarang, berusahalah untuk mencapai apa yang ibubapamu impikan athirah. Please, do make them happy and proud of you.
Thursday, January 28, 2010
solehahkan diri kamu untuk mendambakan lelaki soleh
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku Ya Allah,
dan usirlah dia dari ruang hatiku,
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dan rindu pada-Mu yang tulus dan murni......
Saturday, January 9, 2010
a talk by muallaf
Penceramah bagi talk ni ialah Lim Jooi Soon. Lim Jooi Soon ialah nama beliau sebelum dan selepas beliau masuk Islam. Menurut beliau, keputusan untuk x mengubah nama kepada nama yang agak kemelayuan adalah kerana menurut kajian yang beliau telah buat, nama dalam Islam tidak semestinya nama arab tapi nama yang mempunyai maksud yang baik. Dalam sejarah Islam sendiri, Nabi Muhammad menyeru kaum Arab yang telah masuk Islam untuk menukar nama kepada nama yang mempunyai maksud yang lebih baik. Nama beliau sendiri mempunyai maksud menuju kejayaan. Menurut beliau juga, dengan menggunakan nama cina ini, ia akan memudahkan beliau untuk berdakwah kepada orang cina dan menarik mereka untuk memeluk agama Islam.
Sebelum beliau memulakan ceramah, beliau menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman hidup beliau sebelum beliau menemui cahaya Islam. Beliau pada awalnya merupakan penganut BTC (Buddhism, Taoism dan Confunism). Tetapi pada umur 20 tahun, beliau 'memeluk' agama kristian. Penghijrahan beliau kepada agama kristian menjadi batu loncatan untuk beliau memeluk agama Islam. Beliau juga pernah mengikuti "Correspondence Bible Study Training" di Australia. Dan dalam beliau mengkaji Bible, bermulalah detik beliau dikurniakan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam pada umur 27 tahun.
Beliau juga berkongsi perasaan beliau setelah memeluk Islam. Petama, beliau berasa amat bersyukur kerana tergolong dalam kalangan yang diberi petunjuk oleh Allah. Beliau juga berasa amat takut dan risau kerana beliau dikelilingi oleh orang bukan Islam yang terdiri daripada keluarga dan rakan beliau. Beliau juga merasakan bahawa beliau diberi satu tanggungjawab yang besar oleh Allah untuk berdakwah dan mengajak golongan ini untuk turu memeluk agama Islam. Menurut beliau, untuk memantapkan iman seta menenangkan hati beliau yang deselubungi perasaan takut dan risau, beliau banyak membaca sirah nabi serta para sahabat. Sebagai contoh, Yasir sekeluarga yang baru memeluk Islam sanggup diseksa oleh tuan mereka semata-mata untuk tetap dengan akidah islam mereka. Yasir dibakar sehingga mati didepan isteri dan anak-anaknya, manakala isterinya Sumaiyyah, wanita pertama dalam Islam yang mati syahid, dibunuh dengan amat kejam. Akhir sekali, beliau juga merasa amat sedih kerana beliau memeluk agama Islam setelah ibu dan saudara kandungnya telah meninggal dunia dalam keadaan bukan Islam. Beliau juga amat sedih kerana selama keluarga mereka tinggal di sebuah perkampungan di Melaka yang majotriti penduduknya adalah agama Islam, tidak ada seorang pun yang sudi untuk berdakwah dan memeperkenalkan Islam kepada mereka.
Tiba-tiba ak teringat kat abah aku. Abah aku juga pernah cakap yang kita as muslim ni kena la adav rasa tanggungjawab untuk menyebarkan agama Islam. Abah aku pernah bawa kami sekeluarga ke perkampungan orang asli di Pos Brooke, dalam perjalanan kami sekeluarga balik ke Kelantan dari Cameron Highland. Abah ak ada kenal la orang asli kat kampung tu. Ak pun pelik gak camne abah boleh kenal. Ade jugak la ak tanya, tapi dah x ingat dah camne. Maybe diorang tu patient abah kot. Tapi yang ak ingat la, adik-adik ak semua cakap tak nak pergi umah orang asli tu. Ak la, ak kan anak yang baik, abah cakap pergi ak pergi la, hihi. Then, masa kat umah orang asli tu ada la abah cakap serba sedikit ttg Islam ni. Tapi, benda yang basic-basic je la.
Ooopss, sori2x.. Dah lari tajuk dah. Ok, sekarang ak nak citer pulak pasal misconception about Islam menurut pandangan beliau sebelum memeluk agam Islam.
Menrut beliau, sebelum beliau memeluk Islam, beliau berpendapat yang Islam merupakan sebuah agama yang penuh dgn pantang larang. Bukan orang non-muslim je yang cakap macam ni, orang muslim sendiri pun ada yang sanggup cakap sebegini rupa. Then, mulalah beliau mengkaji Al-Quran seta hadith nabi. Dalam Al-Quran, banyak ayat yang menekankan bahawa agama Islam bukanlah sesuatu agam yang susah. Menurut belaau, di Malaysia ini, yang menampakkan agam Islam itu susah apabila ianya telah bercampur aduk dengan budaya masyarakat di Malaysia ini. Ini yang menjadikan ramai non-muslims takut untuk memeluk agama Islam. Contoh yang beliau beri ialah mengenai perkahwinan, di Malaysia, jika mahu mendirikan rumah tangga, mulalah berbincang mengenai hantaran yang kosnya beribu-ribu ringgit. Walhak dalam Islam, perkara yang wajib ialah mas kahwin, bukan hantaran itu sendiri. Ini yang menyebabkan ramai yang remaja yang terlanjur kerana tidak berkemampuan untuk berkahwin tetapi telah mempunyai pilihan hati mekeka sendiri.
Beliau juga memandang serong akan poligami dalam Islam sebelum beliau masuk Islam. Menurut beliau, poligami mengabaikan hak seorang wanita yang bernama isteri. Tetapi, setelah beliau mengkaji secara mendalam mengenai poligami berdasarkan Al-Quranh dan hadith, beliau menyedari betapa indahnya poligami yang dibenarkan Allah dalam Islam ini. Agama merupakan satu jalan untuk menyelesaikan masalah hidu umatnya. Kini, masalah yang ketara mengenai masyarakat dunia ialah peratusan wanita lebih banyak dari lelaki (tanda kecil akhir zaman ni). Jadi, Islam merupakan satu-satunya agama di dalam dunia ini yang boleh meyelesaikan masalah ini melalui poligami. Tapi, menurut beliau, poligami bukanlah semudah yang disangka. Seorang lelaki yang berpoligami bermaksud beliau mempunyai lebih dari satu isteri dan lebih banyak TANGGUNGJAWAB yang dipikul. Analogi yang diberi oleh beliau amat memudahkan pemahamanku. Berkahwin bermaksud membina sebuah masjid, maknanya seorang suami itu seharusnya mampu memakmurkan masjid yang dibina dengan membinbing anak2x serta isteri, mengimami solat, memberi tazkirah serta menguruskan masjid itu. Jika satu masjid pun tidak dapat diurus dengan baik, usahlah punya impian untuk membina sebuah masjid lagi!!
Sebelum beliau menjadi seorang Muslim, beliau berpendapat bahawa umat Islam menyembah berhala yakni kaabah. Setelah menyelidiki akan perkara ini, beliau menyedari yang umat Islam bukanlah menyembah kaabah, tetapi arah solat umat Islam kearah kaabah hanyalah satu lambang perpaduan umat Islam. Jika umat Islam menyembah kaabah, masakan sanggup para sahabat pada zaman Rasulullah memanjat kaabah, jika kaabah itu dianggap sebagai tuhan bagi umat Islam. Contohnya, Bilal bin Rabah, yang memanjat kaabah da berdiri diatasnya untuk melaungkan azan agar azan dapat didengar oleh penduduk Mekah.
Beliau juga memepunyai pandangan yang serong terhadap hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalm Al-Quran. Bagi beliau, hukum hudud merupakan satu hukum yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi, setelah beliau memeluk agam Islam, beliau menyedaru betapa indahnya serta banyaknya hikmat melalui hukum hudud ini. Hukum hudud merupakan satu hukum dari Allah yang ditetapkan untuk menghukum orang yang didapati bersalah. Ini mampu menjaga ketenteraman awam kerana dengan terlaksananya hukum ini, pesalah akn serik untuk mengulangi kesalahan yang sama dan orang awam juga boleh mengambil iktibar dari hukuman yang dikenakan.
Oleh itu, diharap kerajaan Malaysia yang dikatakan negara Islam ini juga melaksanakan hukum hudud serta kisas. Jangan sekadar cakap jer yang kita ni negara Islam, tapi hukum Islam pun x terlaksana!
Di akhir ceramah ini, beliau juga memberi cara untuk merasai kemanisan iman yang didapati dari sebuah hadith sahih.
1. Cintakan Allah dan rasul lebih dari segal-galanya.
2. Cinta kepada manusia kerana Allah.
3. Benci untuk jatuh ke dalam kekufuran
Beliau juga menasihati agar umat Islam berdakwah dengan apa cara sekalipun. Setidak-tidaknya, dakwah bil hal (yakni dakwah melalui menunjukkan akhlak yang baik). Ini kerana dakwah merupakan satu kewajiban bagi setiap umat Islam.
Alhamdulillah, sebelum balik dari ceramah, ak sempat membeli dua buah buku hasil karangan beliau dan Mohd Amin Yaacob iaitu 7 Persoalan Berkenaan Asas-asas Agama Kristian dan Mengulas Karya Saudara Moh Farhan Abd. Allah " Kristianisasi dan Gejala Murtad di Malaysia"
Diharap, segala apa yang dikongsi memberi manfaat kepada diri yang menulis ini serta sahabat yang disyangi sekalian.
Thursday, January 7, 2010
facebook ????

Ada la kawan ak cakap, dia baca dalam satu majalah mengatakan bahawa facebook merupakan antara penyumbang kepada pembunuhan warga Islam di Palestin. Ak amatlah terkejut. Korang pon tahu kan kenapa. Sebab ak ada akaun facebook dan ak amt suka facebook itu. Kalau ada benarnya kata kawanku itu, akan kudelete akaunku tanpa was-was. Tapi, ak cuba tunggu komen dari ilmuwan agama yang lebih arif tentang hal ini. Dan, ak tak nak jadi orang yang menghebahkan benda yang ak sendiri tak pasti. Alhamdulillah, kutemui jawapan yang amat kunanti dalam beberapa laman web. Paling ak suka, huraian dan pendapat seorang yang amat kugagumi, even dia pun remaja macam kita jugak, namanya boleh dikatakan sebaris dengan Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Hasrizal dari segi usaha dakwahnya. Namanya Hilal Asyraf dan laman webnya Langit Illahi.
Actually, ingat nak conclude apa yang ada kat laman web ni, tapi, sebab ak takut nak buat conclusion based on these 3 articles, sebab takut apa yg ak hurai tu salah, almaklumlah ak ni bukan bijak pandai agama. So, aku attachkan disini link laman web mereka bertiga mengenai facebook. Ak tahu korang pun amatlah suka akan mukabuku ini kan?Dan ak amatlah berharap korang sudi-sudikanlah diri menjenguk laman web mereka bertiga ini.
Hilal Asyraf
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bila-kamu-bising-fasal-facebook/
Ustaz Zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/facebook-yahudi-status-hukum.html
Ustaz Hasrizal
http://saifulislam.com/?p=6714
tears fall...
don't really know the reasons why..
maybe because i got so many things to think about..erkk..i mean so many problems..
erkk...are they being considered as problems?..
me myself don't really know it..
maybe it just a small matter, but because i'm a person who always take serius even a small matter,
so, i do keep thinking about it..always and always...
actually, i really hate to cry....
really hate...
ummi, sorry for not calling you for about 5 days...
usually, for every 2 days, i will keep calling my mum to tell her about my life here..
i love to tell everything to her..
everything, even a small matter,
but, for 5 days, i do not call her...
i'm afraid that i will cry...
i don't want you to worry about your dear daughter...
i just want u to think that i'm happy to be here..
(actually, i'm happy to be here, but certain problems make me feel suck with my life)
but, i really misssssss u so much, miss your voice and miss to tell about my life here...
thank GOD, i have such a wonderful mother that always be by my side...
always support me in everything that i do...
but today, i will try to call her,and try not to CRY...
i really don't want she to worry about me..
eventhough, actually she will understand about my problems because she is the only person who know what is my weaknessess...the only one..
but then, i also thanked GOD because HE gave me friends that always support me...
my dear frens...
all the 9 VIVIANS...
estna and seken...
thank because u always by my side and always support me...
THANK DEAR...
p/s: susoh nop cari kawe hok bulih dgr masaalah kito...i mean saim maso kito sedih..saim maso gumbira rama la...
p/s: thank u seken coz mum sudi jadi tempat dengar ak nangis teresok-esok...but don't worry, ak lap doh hingus ak..hikhikhik..
Tuesday, December 29, 2009
out...cosmos
coz all 12 of my classmates (except fusa coz family fusa dtg kl, jauh dari terengganu)
keluar pergi jalan-jalan kat cosmo,
erk, i mean main kat sana la...
actly, it was my 1st time went to cosmos world..
coz b4 ni kalau ak pergi times square pun ak just tgk2x dgn perasaan jeles org tgh maen mainan yg available kat cosmos tu..
dan tanggal 27/12/2009, dgn rasminya ak menjejakkan kakiku ke cosmos theme park..
oh, sungguh bahagia...
erm, malas nak tulis pepanjang..
tapi hari tu mmg best, pergi pukul 11, balik uia pukul 7, dekat nak maghrib kot
(ishh, apela anak2x dara sekalian...)
dan, ari tu jugak ak beli handbag baru (xceli it was my 1st handbag)
ni semua gara-gara emalah, dia cakap yg ak ni patutnya dah ade handbag daa..
so, setelah round satu ts tu, ade la satu tg berkenan di hati, then, ak pun belila..
tapi, masa kat cosmos tu, ak main sikit je game, sebabnya ak senang sgt pening kepala, adoai~
bu, i'm happy to see my friends happy...
game yg paling ak benci ialah DNA MIXER..oh, i really hate that game..
mmg jadi musuh ak selamanya lah game ni..
ntah ape2x la, adeke benda ni buat ak pening sampai nak termuntah ak dibuatnya..
oklah, nak pergi solat dulu...ak pun nak study dah lepas ni, ingat, enjoy. enjoy jugak, study jgn dilupa yerr...
enj0y d pics ya!
Saturday, December 26, 2009
spineless muslims
Ok, ari ni internet kat sini buat hal. Ak sgt x suka. Dahla ak baru abis exam ni, x kan nak suruh ak study kut~~..So, dgn semangatnya ak pun pergi la merantau pinjam br0adband, YES! dapat jugak akhirnya...thank sis!!
Then, bila bukak tenet ni byk la laman web yg ak bukak. Facebook of course..hehe..dan juga feveret ak, ILUVISLAM, HILAL ASYRAF, USTAZ ZAHARUDDIN, UMMU HUSNA dan byk lagi la. Kira borong la ari ni, ak bukak semua.
SPINELESS MUSLIMS. Agak terasa jugak bila ak dgr ceramah yg Ahmed Debat bagi ni. Rasa macam ak ni x laksanakan tanggungjawab ak yg sebenar pd agamaku yg tercinta. Mulalah rasa kurang sgt diri ni bila nak dibandingkan dgn org lain yg istiqamah dalam menegakkan Islam. Tapi ak???
Tapi, ak harap, aku akan berusaha walaupun hanya sedikit usaha ak itu. Teringat kisah seekor burung yang berusaha memadamkan api yang membakar tubuh Nabi Ibrahim. Kalau kita lihat, amatlah mustahil utk burung ni memadamkan api itu dgn hanya menggunakan paruhnya dek kerana amat sikit kuantiti air itu jika dibandingkan dgn unggun api yg besar itu. Tapi, apabila ditanya, burung itu lantas menjawab bahawa biarpun usahanya hanya sedikit, namun, dia takut jika ia dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.Jadi, walaupun usahanya hanya sedikit, namun ia telah berusaha sedaya mampu untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim.
AMAR MA'RUF, NAHI MUNKAR!!! Tanggungjawab bersama!!!
**cam iklan je, tp, serius ni**
p/s:
~ esok 10 Muharram, Hari Asyura...Selamat Berpuasa Sunat ye!!!
~ esok nak pergi Cosmos World...yippi33x..
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah

psst: happy birthday to faddy and my little brother. hope both of u will succeed in your life now and hereafter...
Wednesday, December 9, 2009
Study trah..study...
Minggu ni ak agak 'down', malas sangat nak study. I don't know the reason why. Maybe sebab ak baru abis 3 paper dalam masa 2 hari kot. Tapi, itu bukanlah satu alasan yg munasabah untuk ak x nak study. Tadi, masa kelas mat tadi, ada sesi tazkirah before madam start lecture. Tazkirah ni disampaikan oleh salah seorang classmate ak, juga seorang budak DQ (darul quran), kak jaja. Then, dia pon bagila tazkirah. Tazkirah ni pasal Muslim Ilusi vs Kafir Realiti. Ak pun actly pernah baca article ni kat laman web iluvislam. Tapi, explanation yg kak jaja bagi agak jelas dan membuatkan ak lebih faham akan perkara itu. Kak jaja cakap yang ciri-ciri orang Islam sekarang x sama dgn ciri-ciri org Islam dalam Alquran. Dalam Alquran, antara ciri-ciri org mukmin yang berjaya ialah orang yang mengikut segala syariat yg terkandung dalam Alquran itu sendiri tanpa mengabaikan kepentingan duniawi dan ukhrawi.
Dalam surah Al-Mukminun, banyak ciri2x orang mukmin yang telah Allah gariskan kepada kita, umat Islam. Tapi, seramai mana umat Islam hari ini yang mengikut segala apa yang telah Allah gariskan? Sebab tu umat Islam hari ini lemah, dari segi kejayaan di dunia mahupun kejayaan yang relate dgn akhirat. Contohnya**umi sokmo wi contoh ni**, kalau dilihat dari sudut seorang pelajar, dahlah gagal dalam pelajaran, means that benda ni akan menyumbang kepada kegagalan future seseorang pelajar itu, pastu, tinggal solat pulak, dapat dosa, jadi, sah2x akan dapat balasan Allah di alam barzakh mahupun di akhirat sana. So, kehidupan dunia dan akhirat GAGAL. Ak takde la cakap ak ni seorang yang pelajar yg amat, amat, dan amat cemerlang dari segi pelajran mahupun sahsiah. Tapi, one ot the reason ak post entry ni pu sebab ak x nak ak lalai melaksanakan tanggungjawabku sbg seorang pelajar Islam. Ak juga punya harapan untuk berjaya dunia dan akhirat. INSYAALLAH. **Uish, panjang pulak cerita, cakap x de mo0d tadi**

Ok, lepas kak jaja bagi tazkirah, madam pun add la sikit apa yang kak jaja cakap tu. Madam cerita la pengalaman dia masa belajar kat UM. She said that 90% of her classmates are chinese. Madam cakap masa 1st day lecture, diorang dah siap photocopy all past year punya exam questions. Hello, its the 1st day of lecture ok. Tengok, betapa semangatnya mereka nak tuntu ilmu. Amatlah berbeza sekali dgn budal melayu yang agak layu. Actly, they are not naturally born genius, but they really word hard to get what they want. So, they deserve it right. Then, ak pun mulala start compare dgn diri ak. Ak ni agak x konsisten kerajinan ak. Kalau ak dalam mo0d rajin, ak kan terperaplah dalam bilik study tu buat beberapa jam lamanya, tapi bila ak dalam mo0d malas, facebook n tidur la sahabat setia ak. I HAVE TO CHANGE THESE BAD HABITS. I HAVE TO CONSISTENTLY WORH HARD AND SMART. Hope, starting from now, i'll will stuggle giler to achieve what i want for this sem. 4 FLAT. And, hopefullay, i can enter the Kuliyyah of Dentistry. AMIN.
Sunday, December 6, 2009
Hatiku hanya pada yang HALAL buatku
jika ada sesiapa
yg meminta kasihku,kukatakan ianya hanya pd Rasulullah SAW...
jika ada sesiapa
yg meminta rindu & sayangku, kukatakan ianya hanya pada umi & abah...
jika ada ssiapa
yg meminta utk b'takhta d hatiku, maka akanku berikan pada yang benar-benar HALAL bagiku...=)

Cintakanlah ak pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mcncintaiMu...
but i know that it is fitrah to have this kind of feeling..
Mati itu pasti
Beruntunglah mereka yang melaksanakan setiap amalan itu kerana Allah swt, dengan cara yang diredai Allah. Semoga setiap amalan tersebut bisa menjadi saksi di akhirat kelak. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Friday, December 4, 2009
Abah ak datang UIA...bestnye!!
Tadi kan, tgh2x syok landing atas katil, abah call...
Then abah cakap abah dah sampai kat UIA PJ ni..
Ooow, so happy....
Then, ak pun terus siap2x n turun jumpa abah...
Kitoram pergi makan kat Nando's Chicken...
Puyer la lama kat situ...
Dok dgr abah cakap..
Almaklumlah, kalau dgn abah, ak x byk cakap sangat..
Abah citer pasal adik-beradik,pasal umi n sedikit nasihat ttg study..
Paling penting, abah juga bagi tips kat ak macam mana nak study Medic, pengalaman masa abah study dulu n macam2x lagi...
Erm,tapi ak bukan nak amik medic pon, dentistry jer, tu pun kat asasi baru..
But,i still appreciate it...
Tapi,ak still happy coz abah dtg kl nak jumpa aku..
Haha, actly abah dtg bukan semata-mata nak jumpa ak..
Tapi sebab abah ada meeting seket kat kl ni..
Abahku yg tersayangAnd of course ak beli my favourite kek kat secret recipe, raspbery cheese cake...
Nyum2x..**nampak sgt ak ni byk makan kan**
Then, abah bawak round2x kl...
Masa dalam kete tu ak tanya la abah pasal kontroversi Tuan Guru Nik Aziz...
Almaklumlah ak ni kat kl banyak baca paper yg ak byk memutarbelitkan keadaan..
Abah pun explain n citer la kat ak perkara yg sebenarnya...
Abah kalau citer bab2x ni mmg akan relate dgn sirah2x nabi..
Ak amat berpuas hati dgn apa yg abah cakap...
Tu yg ak suka cakap ngan abah, ak tanya sikit je, tapi abah akn jawab byk..
Even kdg2x lari tajuk,tapi byk ilmu yg ak dapat...
Sampaikan tadi pasal abah citer kat ak macam mana kehidupan Nabi Muhammad, pasal perang khandaq dan macam2x lagi...
Ak mmg suka dgr cite pasal ni, almaklumlah ak ni cetek ilmu agama ni..
Syukur ak dapat abah macam abah..
Thursday, December 3, 2009
Congrate adek!!
Alhamdulillah, she got 8A's in her SPRA..
Adik ak la, satu-satunya adik ponpuan yg aku ada..
We call her adek, even dia bukan la anak bongsu...
SPRA tu exam cam UPSR la,tapi untuk subjek agama..
Exam no budak darjah 5 yg amik..
Adik ak akhirnya dapat score all A's in that exam..
Dia blaja kat ABIM, tu yg amik exam ni..
Ak dulu blaja kat Zainab,mane ade exam camni...
Budak ni mmg, abah ak cakap ada potential jadi ustzh..
Even dia ni 11 tahun baru, banyak dah hadith n ayat Quran yg dia dah hafal..
X macam ak **oh, rasa nyesal n rendah diri**...
Ok lah my dear adek, work hard for next year k..
Make sure u get 5A's in ur UPSR...
Kene dapat jugak, anak umi abah x de lagi yg dapat below than that**ni nak cakap yg ak dulu pon dapat 5A gak, haha,poyo jer**...
Thursday, November 26, 2009
Muhasabah Diri....
Ya, seperti sediakala, bilamasa ak free jer akan ku luangkan masa untuk ziarah blog dan website. Banyak yang aku dapat. Mungkin boleh mendidik jiwa ini yang kalau tidak diberi makanan, mungkin akan jadi kosong. Bukan badan ak je yg perlukan makanan, jiwa ini pun perlukan makanan agar sentiasa berada di landasan yang betul.
Hari ini, ak ingin berkongsi tatapan yg ak dapat dari Hilal Asyraf, melalui website beliau. Aku amat suka cara dan pendekatan beliau dalam menyampaikan mesej2x islam.
Bayak artikel yang sempat ak baca, tetapi, ada satu artikel yang amat menarik perhatianku. Tajuk artikel ini, "Wahai Umat, Aku Memanggil-manggil Kamu". Actly, ia adalah sebuah cerpen. Tapi mesej yang tersirat dalam cerpen ini amat mendalam. Ia berkenaan dengan perjuangan para pejuang palestin di Gaza dalam memperjuangkan tanah air mereka, tapi, harus diingat, mereka bukan sahaja memperjuangkan bumi Baitul Maqdis, tapi memperjuangkan ISLAM wahai sahabat sekalian. Islam yang kini kian tergadai dek kealpaan umat Islam yang hanya mementingkan kepentingan duniawi.
Cerpen ini dimulakan dengan satu ayat yang membuat diriku tersentak seketika....
" Kamu tinggalkan kami berjuang sedangkan pada kamu ada tanggungjawab"
Ya, kita juga punya tanggungjawab dalam menegakkan agama kita yang tercinta ini. Aku bertanya diriku, sejauh mana ak berkorban untuk Islam? Hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya diri ini, betapa lemahnya iman ini jika hendak dibandingkan dengan mereka yang sanggup mempertaruhkan segalanya demi Islam.
Aku, seorang insan yang amat lemah. Malu sebenarnya untuk kuakui, tetapi aku seorang yang punya banyak kelemahan. Maksiat dihadapan mata ini tidak aku cegah, tapi hanya sekadar membenci di dalam hati. Itulah aku. Takut. Itu yang ak fikirkan. Takut untuk kehilangan kawan bila kita menegur mereka, takut orang membenci diri ini tatkala ak menutur kata, dan takut..takut...takut....
Dalam cerpen itu juga diselitkan bersama sepotong hadis yang amat familiar bagiku, tapi, membuatkan otakku ini berfifkir sejenak.
Rasulullah SAW bersabda:
“Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh, sebagaimana semut menggerumuni makanan”
Sahabat-sahabat bertanya:
“Apakah kami ketika itu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi hanya seperti buih di lautan”
Ya, umat Islam kini boleh diibaratkan sebagai buih di lautan. Pernah anda melihat buih2x terapung di lautan? Ya, begitulah keadaannya. Umat Islam kini ramai, tetapi, berapa ramai yang menjadikan Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup mereka? Berapa ramai yang menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan sempurna?
Ya Allah, aku tahu aku hambaMu yang amat lemah lagi hina....
Ya Allah, tunjukkanlah padaku jalan yang lurus....
Ya Allah, mantapkanlah imanku walau apa jua badai yang melanda....
Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yang kupilih ini....
AMIN...
Saturday, November 21, 2009
Urghh..kenapa ni tirah??
Nak balik umah...
Kakak nak study pun malas...
Next week ada quiz chem and mat...
Nak balik....
Nak dok umah ngan umi...
Nak maen ngan lutfi n adek...
Nak...nak..nak...semua yg ada kat umah tu..
Ya Allah, kenapa hatiku amt tidak tenang sekarang?
Mungkin ini ujian dariMu...
Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini...
Ak disini belajar untukMu, demi agamaMu...
Ak juga disini untuk buat umi dan abah gembira dengan kejayaanku...
Ak tidak mahu gagal lagi dalam perancangan hidupku...
Ak tidak mahu umi n abah lihat ak seorang anak yg lemah...
Tetapi, hakikatnya, ak mmg lemah, amat mudah air mata ini gugur..amat mudah...
Hanya umi yg tahu betapa lemahnya ak..selalau jer nak nangis...
Mungkin betul abah cakap yg ak ni nampak je tough, anak sulung, tapi, akulah paling *****....
Ya Allah, kuatkanlah hatiku...
Bantulah aku untuk capai kejayaan dunia dan akhirat...
Jauhkanlah ak dari azab api nerakaMu...
Ya Allah, ak tidak hanya mahu berjaya di dunia, tapi ak juga mahu berjaya di akhirat sana...
p/s...dah,dah...nak study pulak...umi..kakak balik next week..really miss u SO MUCH..wanna hug u my mum...
Thursday, November 19, 2009
Amalan selamatkan manusia daripada api neraka
Alhamdulillah...ari ni boleh jugak update blog..
Hari ni ak nak share satu hadis yg terdapat dalam buku Bertemu Janji Allah nukilan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..
Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tarmizi daripada al-Hakim, daripada Abdullah bin Umar, daripada Nafaie’, daripada Ibnu Abi Hudaie’, daripada Abdul Rahman bin Abdillah, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Semalam aku melihat perkara tang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan lelaki itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu. (Dengan amalan itu maka bertambah panjang umur lelaki itu).
Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wuduk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.
Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang dilkelilingi syaitan yang akan meyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Mka orang itu pun terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan meyesatkannya.
Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat Azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu adan sunat) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu.
Au juga melihat umatku sedang dalam keadaan terlalu dahaga,setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air, ada orang yang menghalaunya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.
Aku juga melihat sekumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan itu dia akan cuba dihalau. Kemudian datang amalan orang itu yang berupa amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan para manusia dan nabi.
Begitu juga aku melihat umatku sedang dilkelilingi oleh gelap-gelita meyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan haji dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap-gelita dan menghantarnya ke tempat yang terang-benderang.
Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia; ‘Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbual-buallah) terhadap orang ini.’ Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin ini kepada orang berkenaan.
Aku juga melihat seorang daripada umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.
Selain itu aku juga melihat seorang daripada umatku sedang diheret ke api neraka. Pada ketika itu datanglah amalan amar makruf nahi munkar bersama dengan malaikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari dalam kawah api neraka.
Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah SWT, malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka berupa akhlak yang mulia, lantas meemimpin tangan otang itu menuju ke hadrat Allah SWT.
Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang duhulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadatnya yang disebabkan rasa gerun kepada Allah. Amal yang disebabkan gerun kepada Allah itu menjadi penangkis kepada Allah melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kanan.
Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku yang timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebalinya timbangan amal yang jahat mengatasi timbangan yang baik. Ketika itu datanglah amalan anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.
Aku juga melihat antara umatku sedang berdiri di tepi neraka jahannam dan hampir-hampir trjerumus ke dalamnya, maka,ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi dilakukannya semata-mata kerana gerun dan takut kepada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hinnga terselamatlah dia darpada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.
Aku juga melihat umatku yang sedang menjunam jatuh ke dalam neraka, tiba-tiba datang air matanya yang menitis semasa di dunia dahulu dosebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk, semata-mata kerana Allah. Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam kawah api neraka. Meyebabkan dia terkeluar daripada neraka itu.
Aku juga melihat di kalangan umatku yang berdiri di atas sirat dalam keadaan terketar-ketar kerana takut terjatuh ke dalam neraka, sebgaimana ketarnya orang sakit tenat. Tiba-tiba datang amalan hatinya iaitu amalan ‘Husnu Dzan’ (sangka baik) terhadap Allah, mak husnu dzan itu mernyelamatkannya daripada terjatuh ke dalam neraka serta dapat meneryskan perjalanan melalui sirat itu dengan selamat menuju ke syurga.
Aku juga melihat di kalangan umatku yang sedang emngengsot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku (Rasulullah SAW) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat orang itu memimpinnya terus merentasi titian siratitu dan selamat sampai ke syurga.
Akhirnya aku melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya. Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan akidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman.”
Ya Allah, tetapkanlah aku pada jalan yg kupilih ini
Wednesday, November 18, 2009
Good Luck Amir..Do your best k..
Wish him good luck..
Hope he'll get straight A+ for ur spm..
I know u will cause u really word hard towards it..
I know that..
Please, make umi n abah happy with ur success..
They really want to see us be an educated person and not to forget a good muslim.
...GOOD LUCK AMIR..HOPE U'LL GET 10A+...
Saturday, November 14, 2009
Weekend yang amat BEST..
Jumaat,13 Nov 09
Ok, lepas abis tutorial test mat je ak terus pergi PWTC, lebih kurang dalam pukul 12 lebiy cam tu. I went there with 6 of my classmates,x classmates exceli. Kitorang teramat lah letih. Macam mane x letih, terkejar2x bus, terkejar2x lrt, terkejar2x komuter..huh, boleh kurus ak camni. At last, sampai la jugak kitoram kat PWTC tu. sampai sane, kitoram cari surau nak solat zohor dulu. Terserlah yang amat sangat la yang kitoram pentingkan solat. Hahaha..amatlah perasan. Surau kat PWTC tu punya la cantik, cam kat hotel je. Then kitoram pun terus pergi Career Exhibition kat leverl 2 kot kalau x silap. Saje je nak pegi, bukannya kitoram nak cari kerja pun, just nak jalan2x sajela.
Then, punya la kitoram x de keje, kitoram pun meneruskan pengembaraan yg amat meletihkan dan menyeronokkan ke Times Square plak. Haha.. Ak ingat x nak la beli benda sebab duit x de (almaklumlah elaun x masuk lagi), tapi masa tgh jalan2x tu ak nampakla high heel yg amat memikat hatiku. Amatlah chanteek. Price pun cam ok je, then ak terus la beli. Amatlah puas hati.
Lepas kitoram shoping2x, rasa teramatlah lapar perut kami semua. So, kitoram decide nak pergi makan kat mcd, dan mcd ini amatlah dekat dgn Cosmos Theme Park. Even kitoram x main coz dah lewat dah+x solat asar lagi, tapi boleh la jugak nampak orang lain main roller coaster yg amat best itu. Yang penting, semua tempat yg kitoram pergi, sure pic akan diambil. Lepas abis makan, kitoram teruslah balik ke UIA.
Sabtu, 14 Nov 09
Hari ni pulak, atas request roomateku, ak pun pergilah ke Mid Valley pulak. Fareza, classmate ku yg tersayang pun join kitoram pergi mid. Then tetibe je vdad, bestfren forever ku msg bagitau yg kawan kitoram kat uitm nak jumpa kat mid jugak. Ak amatlah gumbira coz che 10 pun pergi mid. I miss her damnly. Lama sangat x jumpa dia.
Sampai je kat mid, ak, nadia n fareza terus pergi food court kerana perut kami amtlah lapar. Lepas makan je vdad cakap yg dioram semua tunggu kat mcd. So, ak pun pergila soram2x coz nadia n fareza nak pergi MPH. Sampai je kat mcd, punye la ramai yang ada, ety, enul, vdad, salma, che 10 n yam. Cam outing bebudak naim plak. So, ak pun decide la nak spend masa ngan dioram, balik lewat seket. Nadia n fareza balik UIA dulu coz nadia ada kerja nak disettlekan.
Yam n ety balik dulu, so, ak pun hangout la ngan uma, cep 10 n vdad. Rindunya kat cep 10, banyak jugak kitoram borak2x. Amatlah best hari ini.
LOVE VIVA VOUGE A LOT..HOPE WE CAN SPEND TIME TOGETHER....
Tuesday, November 10, 2009
Masa amatlah mencemburuiku.....
Ok, back to the topic.. Actly, there's a lot of things that i've been thinking rite now. There's a lot of things to do. Ok, ok, ok..be cool trah..Yes, i do not have much time.
Alah, cakap omputih la plak. Okla, ak nak cakap melayu plak. Kite ni org melayu, ckp melayu lg best. Seperti apa yg telah ak katakan, byk benda yg nak ak buat ari ni tapi ak rase macam masa amatlah m'cemburuiku. Teringat pula satu drpd 10 wasiat As-syahid Imam Hassan Al-Banna;
Yes, i did mention about talk kat LHB tu rite. That talk is about "Muhammad, The Art of War". This talk will be given by Ustaz Syaari Abdul Rahman (actly ustaz ni adalah abg kpd saudari Hajar Farhana, kwn kat sekolah Naim dulu). Ya, kdg2x ada jugak terlintas tak nak pergi talk sebab nak study. Tapi bila fikir balik..erm.. baik ak pergi talk. 2 jam je pun. Kalau tgk movie + borak2x + tidur + shopping + buat benda x b'faedah lgsg x pe la plak kan....Adoi...Ak harap bila ak pergi talk ni malam ni, byk ilmu yg ak dapat dan ak dapat lebih mengenali sirah Nabi Muhammad SAW...
Tu lah manusia, kalau pasal bab2x cari ilmu agama je rasa buang masa lah, bab beli buku agama plak rasa macam buang duitlah, kalau nak sedekah rasa macam x de faedah lah dan banyak lagi. Ak pun manusia jugak, actly, its a reminder for me too. Tulah, mmg dunia ni byk sgt benda yg best. Kdg2x yg haram pun kita tak hiraukan sgt sebab rase best tuh. And kdg2x bila environment kita byk buat benda yg haram ni, automaticly kita menghalalkan perkara tuh. Ingat, kita hidup kat dunia ni kejap je. Kejap sgt. Cuba bygkan macam mana keadaan kita semua bila di alam barzarkh dan di tika dihisab di pdg mahsyar kelak? Takut utk ak bygkan macam mana keadaanku di alam ini..takut...amat takut...
Oklah, that's all for this entry.....
Ya Allah, Tetapkanlah ak pada jalan yg kupilih ini.....
Friday, November 6, 2009
Something that i want to share bout my usrah....
Alhamdulillah, ari nie boleh postkan entry nie. Nak citer sikit bout usrah ptg tadik.Usrah ari ni buat pukul 6 ptg kat surau. Tapi, adoai, ak dtg lewat la. Adus, athirah, can't u be punctual? Ok, back to the topic. This is the very 1st usrah for this sem. Actly, ahli usrah ak same je cam last sem. Usrah ni under Persatuan Darul Naim or briefly known as PERDANA. It means that semua ahli dalam usrah ni adalah budak klantan. So, kitoram semua kecep klate ler.Ok, i got something to share with u all about our topic for usrah just now. Topic kami pada hari ini ialah Tasawwur Tarbiyah Islamiyah. Firstly, akak usrah kami, kak zati, tanye apa itu tarbiyah. Macam2x la kitoram jawab, itu la, ini la...
Kak zati pun cakap, time ni die x ckap lagi ape itu tarbiyah, tapi dia memetik kata-kata presiden GAMIS, seorang mahasiswa UM, yg pernah berkata bahawa tarbiyah bukan hanya didikan, tapi ianya adalah ternakan. Ternakan?Pelikkan? Kak zati pun explain la bahawasanya maksud tarbiyah seperti ternakan itu adalah seperti kita menjaga, memberi makan dan membelai haiwan peliharaan, begitulah juga tarbiyah. Ok or ko? Aku macam x dapat catch lagi maksud tarbiyah yg sebenarnya, then barulah kak zati bagitau the real definition of tarbiyah. Agak panjang maksudnya.
Tarbiyah ialah suatu peraturan yg terbaik yg mampu bertindak balas bersama fikrah insan, dikemukakan secara langsung melalui perkataan atau secara tidak langsung melalui qudwah (contoh ikutan / perbuatan), bertujuan mengubah manusia ke arah yg lebih baik menepati manhaj & wasilah tertentu.....
Teringat pula sepotong ayat Quran yg berbunyi...
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung"~Al-Maidah; 35~
Apa yg ak paham mengenai tarbiyah diri ialah bagaimana kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai aktiviti, antaranya dengan menyerai usrah. Melalui usrah, kita berupaya untuk bertukar-tukar pendapat sesama ahli dan mendengar ilmu yg disampaikan oleh naqibah. **Teringat pulak mase kat Naim dulu, selalu ajer ponteng usrah, odoai, teruknya ak dulu. Dah tua-tua ni baru nak berusrah**
Ok, then, apa itu matlamat tarbiyah? Sebenarnya, matlamat tarbiyah itu amatlah tinggi, tidak seperti apa yg aku fikirkan. Matlamatnya berperingkat, bermula dari Fardu Mualim hinggalah kepada pembentukan Khilafah Islamiyah.
1. Fardu Muslim
Ini bermaksud setiap individu Muslim wajib melaksanakan apa yg telah ditetapkan dalam Islam berpadukan Quran dan Sunnah.
2.Baitul Muslim
Iaitu pembentukan keluarga muslim yang terdiri daripada ibu dan bapa yang memahami hukum Islam dan dapat mentarbiyah anak-anak mengikut landasan syariat. **Nanti korang kalau nak nikah esok2x, carilah yg elok2x erk..**
3.Mujtamak Muslim
Apabila banyak keluarga Muslim yg terhasil, maka, komuniti masyarakat Muslim juga akan terbentuk. Dengan ini, golongan masyarakat cenderung untuk mengamalkan cara hidup Islam.
4.Daulah Islamiyah
Dengan komuniti masyarakat Muslim yg ramai dan memahami agama Islam itu sendiri, maka masyarakat akan berusaha untu menegakkan hukum Islam di negara mereka dan akan terbentuklah negara Islam. Negara Islam yg dimaksudkan bukan hanya pada nama, yakni hanya mengisytiharkan negara Islam, namun tidak mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.
5.Khilafah Islamiyah
Masih ingatkah anda akan kejatuhan Khilafah Islamiyah pada 3 Mac 1924? Satu malapetaka yg amat besar untuk umat Islam kerana Khilafah Islamiyah yg dibentuk sejak era awal Islam runtuh begitu saja. Pembubaran Negara Khilafah Islamiyah yang berpusat di Istambul ini dilakukan oleh seorang agen Inggeris berbangsa Yahudi iaitu Mustapha Kamal Attartuk. Inilah impian sebenar tarbiyah ini. Membentuk semula Khilafah Islamiyah.
Do u see how important tarbiyah is? Before ni ak hanya fikir skop tarbiyah hanya untuk memperbaiki diri sendiri, but, the real thing is, asas tarbiyah yg mantap mampu membentuk semula Khilafah Islamiyah yg pernah hancur suatu ketika dulu. Insya Allah, Hidup Islam, Hancur Kafir!!!








