
Saturday, September 4, 2010
home sweet home..

Friday, September 3, 2010
kejarlah malam lailatul qadar...

Sekadar berkongsi apa yang disampaikan oleh Ustaz Muhadir dalam kuliah talaqqi sempena Ramadhan, khususnya tentang Lailatul Qadar. Diharap apa yang dikongsi ini memberi manfaat buat semua. Post ini sebenarnya dicopy dari blog Kak Fatimah yang sempat merakam ceramah ustaz melalui MP3nya. Saya tak sempat nak salin semua yang ustaz sampaikan. Sama-sama kita beroleh manfaat dari apa yang dikongsi....
Isi Kandungan
- Al Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan;
- para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan.
- Pada surah Al Qadr ini diterangkan bahawa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam lailatul Qadr itu.
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Menurut Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Tanda malam qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya jernih tidak terlalu terik;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Wednesday, September 1, 2010
sabarlah duhai hati...
Salam Ramadhan...
Tuesday, August 31, 2010
merdeka oh merdeka...
Bukan ingin mengulas panjang tentang hari kemerdekaan ini, tapi ada yang saya ingin luahkan apa yang terbuku di hati mengenai masalah yang melanda rakyat Malaysia ketika ini, khususnya masalah yang berlaku kepada remaja Muslim. Diri ini bukan wakil rakyat yang ingin membicarakan tentang permasaalahan rakyat, tapi sekadar mahasiswi yang runsing melihat segala kemungkaran yang berlaku di negara tercinta ini.
Lihat negara kita, setelah 53 tahun kita mengecap nikmat kemrdekaan, adakah kita melihat remaja kita semakin baik dari segi akhlaknya? Jujur aya katakan, apa yang saya nampak, masalah dalam kalangan remaja seusia saya makin bertambah dari hari ke hari. Bukan la nak kata saya ni baik sangat, tapi, yelah, concern dan sayang terhadap sahabat seusia remaja saya ni.
Lihat sahaja kes pembuangan bayi, dari hari ke hari, kes ini makin menjadi-jadi. Dalam satu talk yang disampaikan oleh Ustaz Syaari, beliau menceritakan, di Melaka, ada la alkisahnya sepasang couple tak guna ni (maaf, saya gunakan bahasa kasar). Untuk pengetahuan semua, kes ini berlaku paa bulan Ramadhan. Si remaja perempuan ni sedang mengandungkan zuriat mereka, dan pada masa itu sedang melahirkan anak mereka di sebuah tandas, yang si lelaki pula, sedang menunggu di luar tandas. Apabila bayi yang tak berdosa ni dilahirkan, si ibu mencampak anaknya ke luar tandas melalui tingkap tandas, dan si ayah pula mengambil anak tersebut lalu dibungkuskannya untuk dibuang. Mujurlah ada yang ternampak perbuatan tak guna diorang ni. Terkejut dan sedih saya mendengar kisah ni. Sanggup mereka membuang zuriat mereka ke dalam tong sampah. Diorang ingat tu sampah ke? Pelik saya dengar. Rasa macam nak nangis pun ada masa tu sebab bagi saya anak ni anugerah Allah, sanggup diorang buat macam tu. Kes ini berlaku di Melaka, negeri yang mana mencadangkan supaya ditubuhkan Sekolah Khas Untuk Remaja yang Hamil (apa punya idea la ni kan..kan?).
Remaja sekarang makin jahil. Kata Tok Goru Nik Aziz dalam bukunya, mereka yang membuang anak ni lebih teruk dari musyrikin di zaman Jahiliah, sebab semasa zaman Jahiliah, mereka hanya membunuh anak perempuan sahaja, tapi sekarang? Itulah yang terjadi bila muqaddimah zina dihalalkan dalam kalangan masyarakat kita. Kalau nak baca lebih lanjut tentang muqaddimah zIna, sila tekan sini.
Untuk pengetahuan anda, 80% kes buang bayi yang belaku ialah dari kaum Melayu, yang majoritinya beragama ISLAM. Itu baru kes buang bayi, tak masuk lagi kes penagih dadah, mat rempit, murtad dan banyak lagi. Sedih kan bila tahu perkara ni berlaku di ngara kita yang tercinta ni. Sebenarnya, faktor terpenting kepada permasaalahan ini ialah jahil, jahil tentang agama Islam. Dan juga, mungkin ini merupakan bala dari Allah ke atas negara kita yang tak mengamalkan hukum Islam. Sebab tulah, kita kena sedar betapa pentingnya ilmu Islam atas diri dan juga masyarakat. Bila kita faham yang apa yang kita buat tu akan mendatangkan kemurkaan Allah, dan akan di balas dengan apai neraka di akhirat kelak, automaticly, kita akan takut unuk melakukan kemungkaran.
Oklah, sebenarnya banyak lagi yang ingin saya bebelkan, tapi, ada perkara yang lebih penting yang perlu saya aulakan dahulu. Ingin saya pesan sekali lagi, jika anda sayang negara kita, praktikkan Islam dalam diri anda, seterusnya praktikkan dalam keluaga anda, dan sampaikan Islam dalam masyarakat, dan InsyaAllah, daulah Islamiyah akan tertegak, dan tak mustahil, Khilafah Islamiyah juga akan tetubuh suatu hari nanti. InsyaAllah.....
Saturday, August 28, 2010
Hukum Kuffar Masuk Masjid
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.
Sumber~di sini
Saturday, August 21, 2010
macam mana kita di bulan Ramadhan?

Alhamdulillah, hari ni, 11 Ramadhan, berlalunya satu fasa Ramadhan yang pertama iaitu fasa rahmat. Tinggal lagi 2 fasa Ramdhan iaiti fasa keampunan dan fasa yang terakhir ialah fasa pmbebasan dari api neraka. Alhamdulillah, Allah sampaikan kita ke bulan yang penuh berkat ini, bulan yang padanya terdapat seribu satu kelebihan.
Satu pertanyaan yang sering saya ajukan pada diri saya, dan hari ini ingin saya ajukan pertanyaan ini kepada sahabat sekalian, bagaimana amal kita di bulan mulia ini, adakah kita manfaatkan setiapa masa yang berlalu di bulan Ramadhan ini dengan aktiviti yang berfaedah? Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.
Dalam satu buku yang saya baca, ada menceritakan tentang betapa hebatnya Ramadhan ulama-ulama. Ramai ulama-ulama yang diceritakan dalam buku itu, tetapi, saya ingin kongsikan betapa hebatnya amal Imam Syafi'e di bulan penuh barakah ini. Di bulan Ramadhan, beliau mampu khatam 60 kali Al-Quran dan di bulan yang lain, sebanyak 30 kali. MasyaAllah, hebatnya amal beliau. Kalau 60 kali sebulan, maknanya dalam satu hari, beliau akan khatam sebanyak 2 kali. Macam mana pulak kita ? Mungkin tak mampu untuk kita khatam 2 kali sehari, tapi at least, cuba sasarkan dalam bulan Ramadhan ini, khatam sekali Al-Quran. Ni yang paling kurang la ye. Jangan la buat macam-macam alasan yang kata kita ni busy study la, busy dengan program tu la, program ni la. Jangan.. Cuba rebut peluang yang Allah bagi ni untuk kita beramal sebanyak mungkin. Cuba manfaatkan Ramadhan ini, kerana mungkin kita tak sempat untuk sampai ke Ramdhan yang seterusnya, ajal maut kita hanya Allah yang tahu kan. Jangan pernah sesekali terfikir yang kita ni muda lagi, masih remaja, tunggu la tua-tua dulu baru nak beramal dan bertaubat kerana umur anda mungkin tak akan samapai ke tua.
Saya ingin kongsikan status Ustaz Zahazan di facebook (siapa kata facebook tak ada manfaatnya?) hari ni yang berbunyi :
~Membaca al-Quran hingga khatam merupakan amalan yang sangat disukai malaikat. Imam Ahmad bin Marwan al-Dinawari dalam kitab al-Mujalasah meriwayatkan ucapan Sufyan al-Thauri, “Jika seorang manusia mengkhatamkan al-Quran, malaikat mencium keningnya.”~
MasyaAllah, besarnya ganjaran orang yang khatamkan Al-Quran. Jadi, sama-samalah kita khtamkan Al-Quran di bulan Ramadhan ni yer, sebab amalan sunat yang afdhal dalam bulan Ramdhan ni selepas solat sunat tarawih ialah membaca Al-Quran. Kalau malas sangat pun sekali khatam cukuplah sahabat semua ye...
Dan satu lagi nasihat saya buat diri yang hina dan juga sahabat sekalian, jangan kita palit-palitkan amalan puasa kita ni dengan dosa. Jangan kita mengejar amalan sunat tetapi perkara yang wajb kita tinggalkan. Contoh yang saya ingin beri ialah tentan penutupan aurat di kalangan muslimat. Geram dan sedih bila saya melihat ramai yang berbondong-bondong ke masjid untuk lakukan solat SUNAT tarawih tetapi ramai antara mereka tidak tutup aurat dengan sempurna, yang merupakan WAJIB dalam Islam. Contohnya, lepas tarawih, ramai yang tak tutup kaki, pakai tudung tapi tak tutup dada, pakai baju adik mereka(baju kecik la maknanya) dan macam-macam lagilah. Paling teruk, yang dok dating-dating dengan couple masing-masing.
Sebut pasal dating, saya nak kongsikan satu pengalaman saya teman kawan saya ke UM jumpa dengan kawannya. Kitorang bermalam di UM. Alkisahnya, kitorang nak sahur, dalam pukul 4.30 pagi kat cafe berdekatan. MasyaAllah, sampai je kat sana, punyalah ramai orang yang dok berdua-duaan di cafe, tengah dok sahur dengan pasangan masing-masing. Geram betul saya tengok. Orang kalau dah bangun pagi-pagi pergi la buat qiam sikit, ni tidak, dok buat dosa dalam bulan Ramadhan ni. Ni la jadinya kalau Ramadhan ni hanya menjadi adat, bukan lagi ibadah.
Berbalik kepada bulan Ramdhan, saya ingin kongsikan satu mutiara kata oleh Imam Al-GHhazali, dalam kitabnya, Ihya' Ulumuddin, "Berapa ramai orang yang berpuasa, namun dia tidak mendapatkan dari puasa itu, selain lapar dan haus. Sebab puasa itu bukanlah semata-menahan lapar dan haus, akan tetapi adalah menahan hawa nafsu. Boleh jadi orang tersebut berdusta, menfitanah dan memandang dengan syahwat, sehingga yang demikian itu membatalkan hakikat puasa".
Jom sama-sama muhasabah diri kita!!!
Thursday, August 5, 2010
Ramadhan....
Ramadhan bakal menjelang...Ia tiba dengan senyuman, bagi mereka yang menghidupkan hati dan jiwa di dalamnya dengan ibadah dan taqwa, berbahagialah mereka. Jika sebaliknya, tiada kebaikan yang diperolehi melakinkan hanya lapar dan dahaga.
"Ya Alah, izinkan kami bertemu Ramadhan-MU kali ini, bantu kami mengisinya dengan iman dan amal soleh, ameen ."
Kami merinduimu...
Saturday, July 31, 2010
sabar dan syukur
SABAR dan SYUKUR.....
Dua perkataan yang senang disebut tapi sangat susah diamalkan.
Kadang-kadang kita ni bila Allah uji dan tak makbulkan doa kita, kita sedih, gelisah, rasa macam Allah tak bagi apa yang kita inginkan. Rasa macam kita dah betul-betul berusaha, walhal, usaha hanya secebis.
Manusia ni bila Allah bagi, kita nak lebih. Kita selalu compare nikmat yang Allah bagi kat kita dengan orang lain. Walhal apa yang Allah bagi kat kita tu dah cukup sebenarnya. Lebih dari cukup. Nikmat yang terbesar yang kita patut sentiasa syukuri ialah nikmat IMAN dan ISLAM. Cuba fikir kalau kita ni tak dilahirkan sebagai seorang ISLAM? Nauzubillah kan. Cuba kita tengok satu nikmat yang selalu kita ignore, nikmat sihat. Kalau tengok sekarang, banyak sangat penyakit pelik-pelik. Alhamdulillah, kita sekarang masih lagi sihat, masih lagi mampu beribadat denagn normal, masih lagi mampu menuntut ilmu, masih lagi mampu menjejakkan kaki ke majlis-majlis ilmu.
Saya cuba ingin kongsikan apa yang disampaikan oleh rakan saya. Ceritanya tentang seorang rakannya yang sedang belajar di Mesir, mengambil jurusan Dentisty. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh agar mampu pass dalam examnya. Biasalah, kalau dentisty ni, hanya gagal atau lulus penentunya. Tak ada A, B atau C. Ini yang saya tahu la. Tapi ditakdirkan Allah, walaupun beliau telah berusaha bersungguh-sungguh, dia gagal dalam ujian tersebut.
Dia sedih. Dia mengadu kepada seorang senior yang mengambil jurusan Medic. Tahu apa kakak tu cakap??? Saya pun terkedu mendengarnya. Kakak tu cakap,
"Sayangnya Allah pada kamu....sampai macam tu sekali Allah uji kamu..."
MasyaAllah. Itu persepsi kakak itu. A very positive thinking. Itulah persepsi seorang yang faham akan ketentuan yang Allah telah tetapkan padanya. Kalau kita, mesti kita fikir yang Allah tak sayang kita sebab Allah tak tunaikan apa yang kita impikan. Kita fikir Allah tak adil sebab kat orang lain Allah bagi yang lebih baik. Walhal apa yang Allah bagi tulah yang terbaik buat kita. Ingat, Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu laluinya. Cuba renungkan ayat dalam kitabul karim.
~Al-Baqarah: 286~
Ya Allah. Ya Allah. Cuba kita renungkan, kita ni tergolong dalam kalangan yang disebutkan dalam hadis di atas ni tak?
Kita ni kalau Allah bagi yang baik baru kita bersyukur. Kalau Allah bagi ujian sikit, mulalah terdetik yang Allah tak sayang kita. Mulalah nak merungut. Ingat, Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Mungkin kalau Allah bagi apa yang tak sepatutnya, kita alpa dan leka. Kita jadi tak ingat Allah.
Mungkin kita tak dapat apa yang kita inginkan sebab tak cukup lagi usaha. Usaha lagi. Memang manusia ni selalu rasa yang ikhtiarnya dah cukup. Padahal hampeh. Jujurlah dengan diri sendiri, koreksi diri satu persatu, jangan ego. Rendahkanlah diri kita. Jangan rasa diri kita ni tinggi. Kita ni lemah sebenarnya. Kalau kita ni pandai, tolong sahabat kita yang lain, bukan pandang rendah padanya. Kalau kita ni tak pandai, jangan berlagak pandai! Usaha semaksimum yang mampu, Ingat, Allah tak tengok apa yang kita dapat, tapi Allah tengok apa usaha kita!
Sukurlah dengan apa yang Allah berikan pada anda. Sabarlah dengan ujian yang melanda.
Ini ingatan buat diri sendiri dan juga buat sahabat tersayang....
Friday, July 30, 2010
happy belated birthday fareeza sayang
Alhamdulillah, hari ni dapat jugak curi-curi masa update blog. Post ini istimewanya saya khususkan buat sahabat tersayang, Fareeza Suhaimi.
Hari ni 30/07/2010. Birthday fareeza 26/07/2010 yang lalu. Biar lewat beberapa hari, namun saya tetap mahu publish post ni jugak.
Beberapa minit selepas masuknya 29 haribulan, saya terus bagi mesej kat fareeza. Tanpa call ataupun pergi ke bilik dia. Nak tunjuk jahat dan macam buat tak ingat sangat sebenarnya. Hehe. Tapi, saya dah siap-siap plan dengan roomatenya, Fatihah dan ex-roomatenya sem lepas, Nailah dan Hidayah, untuk buat surprise kat Fareeza.
Saya call Fatihah untuk bawak Fareeza ke tempat lain sebab kami semua nak masuk bilik dia. Makanan, minuman dan hadiah dah siap kami beli. Kami bertiga tunggu la dalam bilik Fareeza dan Fatihah sampai mereka berdua balik. Huh. Panas dan berpeluh kami semua. Tapi takpe kan dayah dan nailah..hehe..
Alhamdulillah, plan menjadi. She was very happy with what we had done. We're really happy to see that you're happy. Alhamdulillah juga, malam itu malam Nifsu Syaaban, moga ada keberkatan di sebaliknya. Malam di mana buku amalan kita diangkat ke langit. Harapannya agar kitabku dan kitab rakan-rakanku terisi dengan amalan yang baik. InsyaAllah.
Moga pertambahan umurmu seiring dengan pertambahan amalmu.
Moga menjadi 'a better Fareeza Suhaimi' in every aspects.
Pesanku buatmu, jaga akhlak, jaga ibadat, jaga hubungan dengan Allah, then, jaga hubungan dengan manusia.
p/s : terharu bila Fareeza cakap yang dia tak expect pun benda macam ni dari kitorang, tapi as long as kitorang jaadi kawan dia, itu dah cukup.
notakaki :: Selamat Hari Jadi juga saya ucapkan pada sahabat saya, Hasanah. Harap anda gembira dengan kejutan yang kami berikan..haha...
Saturday, July 17, 2010
buku oh buku ...
Hari ni, saya nak cakap pasal buku. Ye, buku, x kan tak kenal kot. Tapi, tak nak la cakap pasal buku akademik,i mean, buku physic, chem, math, bio semua tu. Tapi di sini saya nak cakap sikit pasal buku-buku ilmiah.
Buku ilmiah. Jarang remaja suka menghabiskan masa membaca bahan bacaan seperti ini. Mungkin ada yang berpendapat yang bahan bacaan agama seperti ni khas untuk yang berumur sahaja. Wahai remaja sekalian, saya sangat-sangat menyeru anda semua agar luangkan masa anda untuk membelek buku ilmiah ini. Bukan untuk orang lain,untuk anda semua jugak kan. Ingatan ini ditujukan khas buat cik ATHIRAH ARIFFIN. Tak lupa juga kepada sahabat tersayang semua.
Hari Jumaat yang lepas, lepas je hantar lab report Chem, singgah sekejap kat gerai buku kat dalam UIA ni je. 2 buku je saya beli. Satu majalah Solusi dan satu lagi buku yang tajuknya Amalan Pelajar Untuk Kejayaan Dunia dan Akhirat. Harapnya, saya akan gagahkan diri untuk habiskan buku-buku ni.
Sebenarnya, saya ni jenis yang suka baca buku.Tapi, saya tak tahu kenapa, sekarang ni saya malas sangat nak baca buku. Sangat malas. Beli je yang rajin. **jangan ikut perangai athirah ariffin yang tak baik ni yer**
Antara buku-bukuyang dah saya beli yapi sampai sekarang tak khatam-khatam lagi ialah :
~Bila Ayat-Ayat Allah Berbicara
~Cinta di Rumah Hassan Al-Banna
~Malam Petama di Syurga
~Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Banyak kan.Tapi tulah, kalau beli sahaja, tapi tak baca, ilmu tak akan bertambah jugak. Sahabat, doa-doakanlah agar saya ni rajin tingkatkan ilmu ni. Saya yak nak jadi manusia jahil. Saya juga tak mahu masa yang Allah berikan saya tak guna untuk benda berfaedah.
notakaki :: Ya Allah,buangkanlah sifat malasku ini. Moga aku rajin-rajinkan diri tingkatkan ilmu yang memang dah tersangat cetek ini.
Friday, July 16, 2010
ikhlaskan niatmu kerana Allah, bukan kerana manusia...
Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
{18 : 103-105}
Post kali ni dimulakan dengan ayat dari kitabul karim, buat renungan diri dan sahabat. Sebenarnya, saya baru sahaja membaca post di Az-Zhariyat. Post yang ringkas tapi bermakna buat diri ini. Di sini, saya kongsikan apa yang telah saya baca. Moga kalian semua dapat muhasabah diri balik. Fikirkan balik samaada apa yang kita lakukan selama ini niat ikhlas kerana Allah atau untuk mendapat pujian dari manusia semata-mata.
*************************************
Kadang-kadang bila kita tolong kawan,kita ingat kita adalah kawan dunia dan akhirat,padahal dalam hati penuh rasa tidak puas hati.
Kadang-kadang bila kita bersabar dengan kerenah kawan,kita fikir kita lah yang paling banyak bersabar,padahal kerenah kita dengan kawan-kawan lagi banyak.
Kadang-kadang bila kita mengajak kawan tunaikan solat,kita rasa kita lah pewaris nabi,padahal solat subuh kita pun tidak terjaga.
Kadang-kadang bila kita jaga hubungan dengan Allah,kita rasa kita sudah layak masuk syurga,padahal hubungan sesama manusia tidak terjaga.
Kadang-kadang bila kita tolong ibu bapa kita,kita rasa kita adalah anak soleh,padahal jaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab asas seorang anak.
Kadang-kadang bila kita menjaga pandangan,kita rasa kita lah manusia yang paling suci,padahal dalam fikiran kita lebih dari perempuan bogel dibayang.
Kadang-kadang bila kita study teruk-teruk dan jaga solat tapi result kita masih teruk,kita fikir Allah tidak tunaikan janji Nya,padahal kita hanya mengingati Nya ketika exam sahaja.
Kadang-kadang bila kita menulis artikel keagamaan,kita rasa kita sudah jalankan tanggungjawab berdakwah,padahal entah betul entah tidak artikel yang ditulis.
Kadang-kadang bila kita ikut program agama,kita rasa kita lah yang paling baik,padahal baru sekali dua kita ikut.
Kadang-kadang bila kita diuji,kita rasa kita lah manusia yang paling malang,padahal ada si fakir miskin yang makan 1 minggu sekali tetap bersyukur dan redha dengan Allah.
Kadang-kadang bila kita bersedeqah,kita rasa kita lah manusia yang paling dermawan,padahal kita hanya menderma RM1 dari biasiswa yang kita dapat.
Kadang-kadang bila kita baca al-quran,kita rasa kita sudah berinteraksi dengan Allah,padahal sepatah haram pun kita tidak faham.
Kadang-kadang bila kita bangun qiamullail tatkala kawan yang lain sedang nyenyak tidur,kita fikir kita lah yang paling rapat dengan Allah,padahal baru sekali kita bangun qiamullail.
Kadang-kadang bila kita menangis ketika solat,kita fikir kita lah yang paling kusyuk,padahal tangisan kita itu telah pun melalaikan kita dari mengingati Allah.
Kadang-kadang bila kita berpuasa sunat Isnin-Khamis,kita rasa kita lah yang paling soleh,padahal kita tidak sedar kita ujub.
Kadang-kadang bila kita jaga solat berjemaah di Masjid,kita rasa kita sudah dijamin masuk syurga,padahal wudhu’ dan hukum-hakam tentang solat entah ke mana.
Seloka yang ringkas tapi moga jadi iktibar buat kita semua.
notakaki :: Ya Allah, tetapkanlah aku pada agamaMu.
exam + selsema
Bersin la pulak..
Banyak kali jugak bersin, hidung berair-air. Malam semalam lepas talaqqi Ustaz Muhadir, dalam pukul 12 lebih, dah tidur, awal la tu. Lab report chem pun tak sempat nak buat. Terpaksa la buat hari ni. Untuk pengetahuan sahabat semua, minggu depan saya exam fizik. Dan saya sangat harap-harap yang saya akan dapat A solid untuk fizik. Boleh, tapi usaha perlu ada tirah ! Bak kata jah, senang je fizik ni, sebab dia dapat A solid untuk fizik. Jah, aku nok ikut jejok lakoh mum deh...doakan aku dapat A pijik..ngee~~
Minggu ni saya rasa emosi tak berapa stabil. Mungkin sebab sangat ramai kawan-kawan Kelantan yang balik. Sobss, nok kelik klate jugok.. Antara yang balik, Zaleha, Razanah, Ainu, kak Wirdah, Aqilah dan ramai lagi la. Sebenarnya saya sangat dengki kat mereka.**tak baik dengki2x ni trah**. Hari tu Ainu ada ajak balik kelantan semasa dia nak beli tiket. Ikutkan hati, memang rasa nak balik, tapi bila difikirkan semula, banyak lagi tanggungjawabku di sini yang tak selesai. Minggu depan exam fizik dan ada kuiz chem. Fizik banyak lagi tak study, chem pulak kuiz tajuk acid-base yang memang saya tak faham sangat lagi. Dan ada lagi kerja-kerja lain yang tak selesai. Sebab tulah, harapnya, masa hujung minggu ni saya akan gunakan sebaik-baiknya untuk study dan uruskan semua urusan yang tak selesai.
Allah humma yassir wala tuassir....
p/s :: Minggu ni abah datang. Ada meeting kat kl ni dalam seminggu. So, sempat la melawat anak daranya di UIA dan anak terunanya di Taylor College.
p/s :: Minggu depan, insyaAllah, lepas exam fizik, hari sabtu akan keluar dengan Fareeza nak beli phone bari. Hari ahad pula, nak hang out dengan kawan-kawan kat NAIM dulu. Isna dan Shekin, miss weh nok jupo sep mum!!
Saturday, July 10, 2010
jom baca manga !
Manga. Biasannya kalau dengar je manga mesti terbayangkan komik-komik jepun kan. Haa, hari ni saya mahu perkenalkan anda dengan manga Islam. Pelik bukan? First time dengar pun macam rasa pelik jugak.
Tapi, lepas baca manga tu, rasa macam sangat menarik. Manga ni boleh dibaca di laman web DeviantArt. Saya pun tak sign in lagi deviantart tu. Nama si penulis ialah FullWhiteMoon. FullWhitemMoon ini banyak menghasilkan karya tentang Islam yang mudah difahami. Salah satunya, ialah seperti dibawah ini, tajuknya "Understanding Islam For Dummies". Untuk membaca keseluruhan karya si FullWhiteMoon pula, sila klik disini.

baca Understanding Islam For Dummies
hanya ini yang mampu kutitipkan buat sahabat tersayang
Tawakkal kepada Allah akan result yang bakal menyusul selepas ini.
Sebenarnya, banyak yang ingin saya luahkan di blog tersayang ini memandangkan sudah lama tidak menulis post yang baru.
Sudah lama sebenarnya benda ni terbuku di hati. Tapi, baru detik ini saya terasa ingin meluahkannya. Sekarang, di CFS IIUM, tempat di mata saya menuntut ilmu, banyak sangat pemandangan yang agak jelik bagi pandangan saya.
Mungkin bagi sesetengah pihak, mereka akan rasa benda ini biasa. Tapi bagi saya, bukan benda yang biasa bilamana kita melanggar apa yang Allah tetapkan.
Pada sem ni saya banyak meluangkan masa di library, sebabnya kalau study kat bilik saya sangat-sangat mudah nak mengantuk. Di library sekarang ni, ramailah couple-couple yang study bersama pasangan masing-masing. Sweetnya kan. Yela, ada orang yang nak bantu dan ajar kita tatkala kita tak faham subject tu. Tapi, ingatlah kawan-kawanku dan junior-juniorku semua, tak elok berdua-duaan dengan pasangan tak sah anda itu. Mungkin bagi anda, anda rasa tak salah sebab di library ada ramai orang. Tapi ingatlah, mula-mula kat library lepas ni ke mana pulak anda nak dating. Ehem, diingatkan yer, couple tu sendiri pun dah haram di sisi Islam. Tapi, athirah ariffin hanya pandai tengok dan membenci dalam hatinya, imannya tidak kuat untuk menegur pasangan yang sedang study bersama-sama itu. Lemahnya imanku Ya Allah.....
Di mahallah pula, terdengar seorang sister sedang bercakap-cakap di telefon. Lembut dan manja suaranya, Antara dialog yang kuingat **sebabnya rasa sangat geli-geleman**, "Bi, bi sayang ayang tak" , "Nanti kalau kita dating nanti bi belanja ayang erk", "Bi ni lucu la, selalu buat ayang happy" dan "Bi ni sweet la, tu yang ayang sayang bi sangat ni". Ok, saya nak taip lebih-lebih pun rasa macam gatal-gatal je tangan saya ni. Sahabat, dalam Al-Quran pun Allah ada berfirman yang tatkala kita berurusan dengan lelaki, tegaskan suara kita.
~Al-Ahzaab : 32~
Di cafe-cafe pula, banyaklah couple-couple yang sedang bergelak ketawa melayan perasaan bahagia tatkala berbicara dan makan bersama pasangan masing-masing. Memang anda hanya bercakap-cakap, nauzubillah ada aksi sentuh-sentuh, tapi, makwe dan pakwe anda itu bukan suami atau isteri anda, Eloklah jika tidak berdua-duaan kalaupun hanya mahu makan sahaja. Sebabnya, memang couple tu sndiri yang haram kan. Tapi, athirah ariffin hanya mampu melihat dan hatinya membuak-buak benci melihat panorama tersebut. Lemahnya imanku Ya Allah.....
Hanya di blog ini mampu kusuarakan pendapatku. Saya bukan insan yang tegas dan petah berkata-kata, susah sekali mahu menyusun ayat yang berhikmah untuk menegur perbuatan yang salah di sisi syarak. Jika ada di antara anda yang menbaca ini yang juga sedang bercouple dan melakukan apa yang saya ceritakan di atas. Berubahlah ke arah yang baik. Tahulah anda bahawa couple itu haram. Masa muda remaja ini, gunakan masa untuk beramal kepadaNya. Berdoalah agar Allah akan kurniakan pasangan yang soleh dan solehah agar mampu menjadi pembimbing juga peneman untuk kebaikan dunia juga akhirat. Yakinlah dengan janji Allah dalam Al-Quran ! Jodoh anda sudah ditetapakan sahabat semua....

notakaki 1 :: Tegurlah saya jika anda lihat saya menyimpang dari apa yang saya tulis.
notakaki 2 :: Ya Allah, anugerahkanlah aku seorang suami yang mampu membimbingku dan memimpinku menuju syurgaMu.
~Al-Furqan : 74~
Saturday, July 3, 2010
ingatan buat diri
Kamu bukan dilahirkan untuk enjoy-enjoy, memanglah kamu ni remaja, orang kata zaman untuk enjoy puas-puas, tapi, ingat, tujuan kamu hidup adalah untuk beribadat kepadaNya. Cuba tengok balik ayat Allah dalam kitabul karim ;
~Az-Zhariyat : 56~
Wahai diri, dunia ni penuh dengan godaan dan ujian 'berbalut' duka nestapa, terutamanya bagi para hamba yang istiqamah meniti jalan Allah untuk meraih kebahagiaan hakiki di negeri akhirat. Dunia menawarkan segala kenikmatan dan kemewahan, bagi mereka yang mengabaikan serta menafikan kehidupan akhirat.
Wahai diri, jangan lalai dengan keseronokan dunia. Ingat bahawa kamu bukan akan selamanya hidup di dunia yang fana ini, kamu akan ke alam akhirat jua. Jadikan dunia ni sebagai kenderaan untukmu menggapai akhirat, bukan tujuan utama hidup serta matlamat kehidupan. Jadi manusia yang celik mata hatinya, selalulah mengingati akhirat serta beramal soleh untuk kehidupan akhirat kelak.
notakaki 1 :: Kuatkan dan tabahkan hatiku Ya Allah...
notakaki 2 :: InsyaAllah, esok akan ke rumah cik faddy. Dia akan masuk ke UIA Kuantan next week, mengambil course Medical. So, minggu ni berkesempatan juga berjumpa dengannya sebelum dia ke Kuantan.
Thursday, July 1, 2010
thanks kak deena...

Sunday, June 27, 2010
mahu tak kuih yang ada tahi kucing?
Beginilah, bagiku, kita sebagai hamba Allah ni wajib melakukan segala apa suruhan Allah dan meninggalkan segala apa yang Allah larang. Kita sebagai hamba bukan beribadat untuk mendapat kata-kata pujian serta buat orang kagum dan hormat kepada kita, tapi kita beribadat kerana Allah. Ingat, kita beribadat siang malam bukan jaminan kita akan masuk syurga, tapi apa yang membuatkan kita akam masuk syurga ialah rahmat Allah. Jangan laksanakan Islam secara separuh-separuh sahaja. Islam is the way of life kan...kan... Cuba kita renungkan ayat di bawah ini.
Berbalik kepada kuih yang ada campuran tahi kucing tadi. Kalaulah anda semua saya hidangkan 2 kuih yang sama jenis, sama warna, sama rasa, sama bau, tapi salah satu daripada kuih itu saya tambahkan sedikit tahi kucing. Sedikit sahaja, tak langsung mengubah warna, rasa, dan bau. Sudah tentu anda tidak mahu memakannya kan. Begitulah analoginya kita sebagai hamba ni. Jangan palitkan amalan-amalan kita dengan dosa. Cuba untuk lakukan segala apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Sama-sama kita cuba untuk menjadi hamba terbaik. Ini peringatan buat si penulis juga.....
notakaki :: thank u ALLAH....
Saturday, June 26, 2010
permudahkan urusan kami
Pagi tadi, ramai sahabat yang menghantar mesej yang bagiku amat bermakna. Di saat hatiku gundah, kalian semua datang memberiku kata-kata semangat. Mesej yang membuatku tiba-tiba rasa kuat untuk berada di jalan ini dan bersyukur kerana Allah menganugerahkan kalian semua untuk menjadi sahabatku.
Ya Allah, moga tautan ukhwah ini akan kekal. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami membantu agamaMu yang tercinta ini. Moga hati kami sentiasa ikhlas beramal keranaMu.
Sikit sahaja coretan untuk hari ini. ^^,
notakaki :: Ceteknya ilmuku Ya Allah... Kurangnya aku mengetahui akan sirah nabimu.. Moga aku rajin-rajinkan diri membaca sirah umat terdahulu...Moga ada pengajaran yang diambil dari setiap apa yang di baca...
Saturday, June 19, 2010
tahniah sayang-sayangku semua...

