Monday, October 6, 2014

anak soleh solehah




Pertama kali melihat video ini ketika berada dalam satu program tarbiyyah yang diikuti. Beberapa bulan yang lalu mungkin. Tapi masa tu, sangat penat sebab hari dah malam, terpaksa melayan karenah adik-adik dari pagi lagi. Tak fokus. Alhamdulillah, sahabat yang menayangkan video ini pada adik-adik berkongsi link YouTube untuk saya lihat sekali lagi.

Melihat video dan mendengar kisah yang diceritakan dalam video in buat air mata ini gugur. Sungguh, penyampaian Ustaz Dusuki memang tak pernah mengecawakan hati.

Bait-bait yang ditutur oleh Ustaz Dusuki yang buat hati ini tersentuh,

"ngaji la tinggi mano pun, belajar la hebat lagu mano pun. tika kami x dok, mung kena mmandi mayat kami, time kami x dok, kubur kami ni jange sunyi dari doa pok2x mung"

Teringat satu hadith yang mungkin semua orang pernah dengar. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : “Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Benarlah, anak soleh solehah itu aset buat ibu bapa. Moga kita tergolong dalam kalangan anak soleh solehah buat ibu ayah. Moga kita juga diberikan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat yang soleh solehah, yang dapat jadi pembela di alam kubur dan di akhirat sana yang kekal abadi.

Saya berpegang pada kata-kata, "Whatever you want your children to be tomorrow, be that person today"


Selalu juga amalkan doa Nabi Ibrahim yang dirakam dalam Surah As-Saffat, ayat ke 100.

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh”

Moga Allah bagi saya kekuatan dan petunjuk untuk jadi anak yang solehah buat umi abah :)

Dengar taw video ni. InsyaAllah bermanfaat ^.^

Satu lagi, sambil baca post ni, minta tolong doakan sekali ye hihik ^.^


p/s :: parking video ni di blog khas untuk tatapan diri sendiri sebenarnya, dan harapnya bermanfaat jugak buat readers. dan moga, nanti saya tua-tua, bila saya tengok balik post ni, Allah dah kurniakan saya dengan zuriat soleh solehah. saya juga berimpian cerita dalam video ni jadi kisah kami adik-beradik. ameen :)

Sunday, October 5, 2014

haramain

LabbaikAllah Humma Labbaik
LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak

Setiap kali terdengar bait-bait ini, hati meronta. Ya Allah, rezekikan aku ke sana. Ke Tanah SuciMu. 

Moga diri ini bisa menjadi tetamu di haramain. Ya Allah, panjangkan umurku dan rezekikan aku untuk sampai ke tanah haram itu. 

Moga Kau makbulkan doaku :)

Selamat Hari Raya Aidiladha. Banyakkan takbir, tasbih dan tahmid.




Wednesday, September 24, 2014

sempurna


O Allah, I want to walk together with those whose hearts are Yours and willing to learn along the journey. No, I don't seek for perfection because I am not perfect either...

Wednesday, September 17, 2014

tenang


Ada masa-masanya kita seakan merindui syurga, terlalu merindui Tuhan. Saat dada terasa semakin sesak dengan hal-hal keduniaan. Telekung yang disarung sepertinya tidak mahu ditanggalkan kerana saat itu tubuh bagai diselimuti kasih Tuhan. Ah, tenteram... Berbaring di atas sejadah sepertinya berbaring di atas pangkuan Tuhan. Ah, enak... Angin kipas yang menampar-nampar pipi bagaikan elusan lembut belaian cinta dari Tuhan. Ah, nyaman...

Bagaikan Dia juga sedang memberitahu, "Hambaku, Aku turut merinduimu.."

Sungguh, dengan mengingati Allah wahai perempuan, hatimu akan tenang. Setenang-tenangnya :)


[ Moga Allah mudahkan urusan athirah ariffin di tahun akhir ini ]

Monday, September 15, 2014

diri ini


Kini, jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tersedar atas sebab satu mimpi. Allahurabbi.

Diri ini agak berserabut tika ini. Kubuka blog yang kusayangi untuk menitipkan sedikit bicara yang mungkin terlahir dari hati ini. Mudahkanlah urusanku Ya Rabbi.

__________________________________

‘Alastu bi rabbikum?` “Qaalu, bala syahidna”

Pertanyaan ini ditanya kepada seluruh manusia saat
 kita belum dilahirkan di dunia; berdasarkan firman Allah:



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(Surah Al-A'raf : 172)

Diri ini lahir dari setitis mani yang sangat hina. Mulia kita kerana taqwa. TAQWA!

Allah.


Diri yang hina ini punya tanggungjawab sebagai hamba, anak, kakak, mahasiswa, rakyat, sahabat, bakal isteri dan bakal ibu.

Jadikanlah aku hamba yang menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya. Kerana aku tahu, ia bakal dipersoalkan.

Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan. Atas pilihanMu untuk aku memilih jalan ini sebagai jalanku.

Ayat-ayat Al-Quran di bawah ku belek. Ayat motivasi buat pendokong amanah, penggalas tanggungjawab.



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" 
(As-Saff : 10)

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" 
(As-Saff : 11)

"Biar ada harga pilihan Allah ini". Kata-kata seorang yang amat kukagumi.

Baiknya Allah, mengurniakan ganjaran-ganjaran seperti ayat di bawah ini buat mereka yang istiqamah menjalankan taklifan yang diamanahkan :)



"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar"  
(As-Saff : 12)


1. Diampunkan dosa
2. Dimasukkan ke dalam taman-taman syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai
3. Ditempatkan kamu di dalam syurga Adn

Allah. Aku tahu aku insan yang punya banyak dosa. Tapi apalah lagi yang dapat membuat hati ini girang gembira selain dapat menjejaki syurgaMu nan indah.

Sungguh, SYURGA lah motivasi terbaik!


p/s :: dan setelah berbulan lamanya mengabaikan blog, ia terusik di saat hati gundah gulana tika ini.

p/s :: buat adik yang mesej kak tirah, moga sama-sama thabat ye dik :)

p/s :: Lagu Langkah Pejuang ni boleh jadi booster kot. Terima kasih adik manis di Dublin yang share lagu ni.

Saturday, March 8, 2014

engkau yang Maha Merancang


Dari 99 nama Allah, berapa yang kita tahu maksudnya dan yang kita boleh terangkan pada orang lain dengan jelas? Allahurabbi.. termuhasabah dengan satu sesi dalam kelas di UIA ini, bila lecturer minta senaraikan semua nama Allah berserta maksudnya sekali dalam masa beberapa minit sahaja. Dan saya? Memang boleh kata fail :(


Sejak itu, salah satu azam diri sendiri, untuk lebih kenal maksud nama Sang Pencipta ini. Tak kenal maka tak cinta. Moga Allah kurniakan istiqamah untuk saya lebih mendalami nama-nama Allah dan beramal dengan nama Allah.

Satu tips dari lecturer tersayang, untuk apa-apa doa dan situasi yang memerlukan kita berinteraksi dengan Allah, sebut namanya. Contoh : Ya Allah Ya Rahim, jadikanlah aku insan yang penyayang dan moga hidup ini dikelilingi insan yang penyayang. Haaa tu contoh la! There's a lot to discover :)


Ok, so saya akan kongsikan salah satu nama yang amat saya suka. Mula jatuh cinta pada nama ini sejak pertama kali mendengar bicara lembut dari Prof Dr Wan Maseri ^.^


Al Baari', antara salah satu dari 99 nama Allah yang amat kusuka. Al Baari', membawa makna Maha Merancang 


Teringat satu perkongsian dari Prof Wan Maseri, beliau akan amalkan untuk membaca Ya Baari' sebanyak 40 kali selepas Subuh (atau seeloknya semasa Qiamullai, saat kita bersendirian dengan Sang Pencipta), sebelum kita memulakan perjalanan hari kita.



"Ya Allah, sebelum aku memulakan perjalanan hari ini, aku serahkan segalanya kepadaMu. Aku menyerahkan seluruh jiwa raga untuk agendaMu, jadikanlah aku abdiMu yang sejati."

Moga dengan penyerahan jiwa ini, hidup kita mengikut agenda Allah, agenda yang menjadikan kita insan yang bermanfaat buat Islam. Walau apa sahaja yang kita lalui untuk setiap hari, kita akan menerima segala apa yang telah Allah tetapkan. Moga hati kita sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya. Dan moga, segala gerak geri dan perlakuan kita sehari-hari, akan menjadi asbab untuk kita masuk ke syurga Allah dan jauh dari neraka Allah. 


Ameen 

Sunday, February 23, 2014

umur 23 tahun



Alhamdulillah thumma alhamdulillah :)

20 Februaru 2014, 23 tahun sudah menapak di bumi yang sementara ini. Melalui perjalanan yang sementara sebelum ke tempat yang abadi. Terima kasih umi sebab melahirkan kakak. Terima kasih abah jadi orang yang menyambut bayi kecil ini 23 tahun yang lepas.

Melangkah ke umur ini, banyak yang perlu difikirkan secara serius. Pelajaran, kerjaya, perjalanan dakwah, keluarga, suami, anak-anak (err err).. but really, i have to think about all of these stuffs.  

Ramai yang meraikan. Terima kasih buat semua. Terima kasih sebab sudi meraikan walau diri ini sudah pun masuk umur 23 tahun.

Buat roomate yang buat prank sampai diri ini menangis, terima kasih. Terima kasih atas kasih sayang kalian. Terima kasih sebab tak pernah lupa sambut hari jadi setiap tahun. Kalian memang osem!

Buat classmates yang jerit dan nyanyi lagu Happy Birthday dalam lif, terima kasih. Terima kasih sebab ingat akan diri ini dan buat rasa diri dihargai. 


Terima kasih jugak buat Geng Kembara (Izzati, Kak Mun, Kak Syakirah dan Kak Hani) sebab buat post birthday celebration. Secret Recipe memang tempat terbaik buat penggila dan penggemar kek macam saya. Terima kasih pada Cik Izzati sebab bagi tudung colour biru. Memang sekarang dalam fasa nak try colour biru sebab kurang sangat baju & tudung biru hihi. Terima kasih juga sebab sudi jadi sahabat yang solehah buat diri ini :)


Petang tadi, dapat kejutan dari anak-anak usrah. Allah.. saya amat sayangkan mereka. Terima kasih adik-adik atas kejutan, hadiah dan kek. Comel sangat hadiah. Kak Tirah akan ingat surprise ni dan simpan hadiah yang adik-adik bagi sampai bila-bila. Moga Allah kuatkan tautan hati-hati ini.


Terima kasih jugak buat Dr Mukminah to be, Najah sebab buat post tentang saya di blog. Satu potong ayat Quran yang diberi tika diri ini masuk umur 23 tahun, yang buat diri ini terharu. 


"Jadikan bagiku sebutan yang baik dalam kalangan orang yang datang kemudian". 
(Asy-syu'ara' : 84)


Doakan saya berjaya dunia akhirat. Dan, doakan, hari yang paling terindah buat saya ialah hari di mana saya mati. That's it. That' all. Itu cukup bagi saya. Husnul khotimah! Ameen :)

Last but not least, teringat kata-kata Ibnu 'Atha illah Askandari, untuk renungan bersama.

"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"

Saturday, February 1, 2014

if and only if i have the chance


Jumaat, 31 Januari 2014, ramai sangat yang akad nikah :)

BarakAllahhu lakuma,
Wa baraka 'alaikuma, 
Wa jama'a baina kuma fii khair.

Semoga bait al-muslim yang dibina kekal selama-lamanya disertai sakinah, mawaddah & rahmah dan dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah yang dapat menjadi pembela di akhirat.

Cewah!

Semalam je, 2 pasangan dinikahkan oleh TGNA, pasangan yang saya kenal la :)

Petang tu tunjuk gambar Huda, junior masa di CFS PJ dulu kat umi, yang dinikahkan oleh TGNA. Excited sebab pengantin lawa sangat :)

Satu lagi pasangan, sahabat baik abah masa di UKM, YB Dato' Fatah, yang berkahwin dengan pasangan (beliau kehilangan isteri tersayang tahun lepas), yang juga merupakan orang kampung saya. What a coincidence. Dulu masa kecik-kecik adik-beradik saya semua buat spek dengan Pak Cik Fatah.

Allahu Allah.. untungnya dapat dinikahkan oleh orang soleh macam TGNA.

Lepas tunjuk gambar kedua pasangan yang dinikahkan oleh TGNA kat umi, tersasul di mulut, "Bestnya kalau Tok Guru jadi tok kadi nikah"

Umi kata, "InsyaAllah kalau ada rezeki"


Moga makbul kata-kata umi.

Satu lagi, bila orang yang ada anak kecil yang sempat tahnik anak mereka dengan Tok Guru. Allah, jeles sungguh heheh.


Beruntungnya baby-baby yang dapat ditahnik oleh insan yang sangat mulia kan. Moga baby-baby ni dapat aura Tok Guru, jadi anak yang soleh solehah dan jadi penerus kepada perjuangan Islam.

If and only if i have the chance ^.^


notakaki :: fikir banyak kali sebelum post, tapi takpelah, moga ada antara yang baca ni mendoakan saya :)

notakaki :: suka tengok video ustaz don buat untuk anaknya sempena hari ke-7 anaknya ke lahir ke dunia. video yang sarat dengan sunnah Rasulullah di hari ke-7 kelahiran permata hati.

Wednesday, January 29, 2014

gila pada buku


Sorry la ada word 'gila' kat tajuk post =.=

Gila pada buku. Kalau guna cinta buku lagi elok kan? Tapi nak sangat title gila buku tu. Jealous tengok perempuan-perempuan solehah yang saya kagum pada ilmu & thaqafah mereka (cik izzati, kak mun, kak syakirah & kak hani) yang saya yakin tengah khatamkan banyak buku masa cuti ni :)

p/s : ada ke antara geng kembara yang baca blog ni hihi

Entah kenapa nak post benda ni hari ni, mungkin sebab perasan cuti dah nak habis tapi buku yang target nak baca still tak achieve lagi heh!


Ini mungkin untuk diri sendiri la, yang malas ni, nak lancarkan kempen iaitu, Satu Bulan Satu Buku (at least!). Ni sebab ada tengok sahabat yang buat macam ni untuk pastikan dia baca buku at least sekali sebulan.

Moga Allah mudahkan projek buku saya ni. Sape nak join? JOM! Mari sama-sama kita mengislah diri ayuh! :)

Wahailah perempuan, sila rajinkan diri anda jadi macam perempuan yang rajin dan solehah menambah thaqafah :)


notakaki :: Alhamdulillah atas result yang dapat semalam :) Ya Allah Ya Bari, aku serahkan segalanya padaMu. Moga kau aturkan pelan kehidupan yang terbaik buatku, DUNIA dan AKHIRAT ^.^

notakaki :: Sekarang addicted dengar short lecture by Nouman Ali Khan. Oh i'm so in love with the way he delivered his lecture ^.^

Monday, January 27, 2014

backbiting


Malam ni rajin nak bukak blog rahsia, dan membaca azam sahabat di UK, untuk semester 2 di University Manchester sana (sem 2 dia la, saya masih degree =.=), iaitu : berazam untuk buat kerja dengan lebih teratur dan kurangkan mengumpat.

You go girl!


Tertarik dengan 'kurangkan mengumpat' tu.

Kita ni (baca : aku) selalu sangat cakap pasal orang (baca : mengumpat). Allah. Astaghfirullahalazim. Moga Allah ampunkan dosa aku. Dan satu lagi, dosa mengumpat ni, akan diampunkan Allah jika orang yang kita umpatkan tu maafkan dosa kita. Betapa besarnya dosa mengumpat ni.

Selalu pesan kat diri, jangan suka ambil tahu hal orang, dan jangan suka cakap pasal orang lain. Sebab tu kadang-kadang, bila nak marah ke ape ke, tak suka sangat cerita kat orang, bila cerita ni kan, biasala perempuan, semua benda nak cerita. So, as prevention method la katakan, saya tak suka sangat cerita kat orang. Susah jugak sebenarnya sebab memang fitrah wanita tu suka bercerita. Ingat kat dosa athirah, dosa mengumpat tu macam makan daging saudara kita sendiri. Ingat tu, ingat tu..... 

Lepas je baca statement sahabat tercinta di UK ni, terus terbaca di FB kata-kata Ustaz Pahrol Muhammad Juoi,

"Hebatnya peribadi mu wahai Rasulullah, kau mampu mendoakan musuh-musuhmu! Aku pula, masih tega mengumpat sahabat dan saudara sendiri. Akukah yang mengaku cintakanmu?"

Kena pada masanya.

Aku cintakanmu Ya Rasulullah. Aku ingin akhlak mulia sepertimu....

Muhasabah diri. Tak nak jadi orang yang muflis di akhirat sebab dosa mengumpat ni. Tak nak jadi orang yang termengumpat dan banyak mendengar umpatan.

Allah.

Ok lah selamat malam


notakaki :: lama tak tulis secara random di blog tersayang ni. hopefully lepas ni rajin nak menulis :)

Thursday, January 16, 2014

ingatan buat pencinta Rasulullah


Ini nukilan dari Ustaz Rosli Jabbar yang menyentuh hati saya. Moga perkongsian ini ada manfaatnya. Sengaja saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan diri sendiri di masa hadapan.

Moga Allah suburkan cinta di hati kita buat sang Rasul yang tak pernah kita bersua. Moga Rasulullah kenal & memberi syafaat kepada saya di akhirat kelak . Allahumma ameen :)

*************************************************

Sedikit ingatan sempena MaulidurRasul SAW buat murid-muridku di Ma'had Tahfiz Darul Fikri, juga dimana-mana sahaja.

Jangan hanya sekadar membuai hati untuk menanamkan rasa rindu kepada Rasulullah SAW dengan berselawat kamu semata-mata. Menelusurilah perjalanan dakwahnya, rasailah kepahitan natijah perjuangannya. Rasulullah SAW tidak diutuskan oleh Allah swt untuk kita berselawat kepadanya semata, tetapi juga sebagai Qudwah dalam seluruh kehidupannya.

Jangan hanya gembira dengan kelahirannya, kerana kelahirannya hanya seketika, tetapi perjuangannya sepanjang hayat. Jangan hanya bermanis wajah dan berair mata berselawat kepadanya, tetapi tidak sanggup untuk berkerut duka, bermandi peluh dan darah untuk menuruti dan berhadapan dengan Ibtila perjuangannya.

Janganlah berselawat kerana halobakan pujian kerana ingin dikatakan cinta kepadanya, tetapi menjauhkan diri daripada perjuangan untuk menegakkan Islam yang terpaksa menerima kejian dan fitnah, Rasulullah SAW tidak hanya dicintai orang yang beriman tetapi juga dibenci oleh musuh-musuh Allah SWT.

Jangan hanya beramal dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan kamu dihormati, tetapi beramallah juga dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan Rasulullah SAW diperangi oleh musuhnya. Jangan hanya bersunnah dengan natijah kegembiraan tetapi menjauhkan diri dari kedukaan mehnah perjuangan.

Jangan hanya berpakaian indah untuk berada dipentas-pentas selawat semata, tetapi jejakkanlah kaki mu di medan perjuangan yang pastinya menyebabkan tubuhmu meleket peluh, pakaianmu bersalut debu, kulit mu hitam terbakar dek kepanasan kerana itulah juga perjalanan Rasulullah SAW.

Janganlah rasa kamu hebat kerana indahnya suaramu berselawat, lalu kamu lupa untuk menyatakan kebenaran yang akan menyebabkan hilangnya penghormatan musuh Islam terhadapmu. Rasulullah SAW tidak hanya disantuni tetapi Rasulullah SAW juga disanggah.

Jangan hanya bersunnah dengan makanan yang lazat-lazat dari apa yang pernah dimakan oleh Rasulullah SAW, hingga kamu lupa berpuasa dan lupa bahawa Rasulullah SAW juga kelaparan ketiadaan makanan. Ingatlah ketika kamu pelahap memamah makanan yang dikatakan Sunnah lalu kamu lupa Sunnah untuk membantu orang-orang fakir dan miskin yang kekurangan makanan.

* Perbanyakkan selawat keatas Junjungan Rasulullah SAW.
* Beramallah dengan sunnahnya.
* Menelusurilah perjuangannya.


Jadilah Islam yang tulin, jangan jadi Islam yang tuli. Yang manis itu kudapan dan yang pahit itu ubatan. Semoga aku dan kamu semua mendapat Syafa'at daripadanya di Akhirat nanti.

Sunday, November 10, 2013

maka berdoalah...


Petang ni, tergerak hati ini ingin berkongsi satu tazkirah yang saya dengar dari seorang ustaz semasa Hari Raya Aidiadha yang lalu.

Tazkirah : peringatan. Dan peringatan ini ditujukan khas buat diri sendiri khususnya.

Ustaz itu sebut, Nabi Ibrahim sangat banyak berdoa. Dalam Al-Quran, sangat banyak direkodkan doa Nabi Ibrahim. Antaranya, baginda berdoa supaya anak dan zuriatnya menjaga solat. Doa ini yang selalu juga kita baca dan ulang setiap kali selepas solat.

Seperti yang kita tahu, Nabi Ibrahim mempunyai 2 orang anak, Ismail dan Ishak, dan baginda berdoa agar anak-anaknya dan keturunannya tergolong dalam kalangan mereka yang mendirikan solat dan menjaganya.

Kata ustaz, doa ini merupakan satu contoh bagi kita agar sentiasa mendoakan selain dari diri kita sendiri, sebaiknya doakan juga keluarga dan keturunan kita.

Kita tak tahu apa yang berlaku pada masa yang akan datang. Doa inilah yang jadi kekuatan pada kita untuk menghadapi masa yang akan datang.



Dan ustaz itu juga berkongsi, Nabi Ibrahim ada berdoa agar negeri Mesir ini aman dan kaya dengan buah-buahan. Maaf tapi saya lupa doa ini dalam ayat yang mana dalam Al-Quran.

Tegas ustaz, berdoalah apa sahaja dan yakin dengan kuasa doa itu. Keyword : YAKIN!

Umi juga pernah pesan, doa seorang ibu itu sangat berharga. Dan umi selalu pesan, jangan pernah tinggal solat hajat setiap malam (huuu tapi sedihnya tak dapat istiqamah lagi dengan amalan ni).

Saya kagum dengan umi yang setiap malam (selepas isyak/maghrib @ waktu qiam) umi memang akan amalkan solat hajat. Moga saya juga akan amalkan amalan ini secara istiqamah, sekarang dan masa akan datang. Nampak kecil, tapi impaknya besar. Benarlah... sebaik-baik amalan ialah amalan yang istiqamah.

Moga saya, adik-adik (amir, imran, hanif, adik & lutfi) dapat jadi anak-anak yang soleh dan solehah dan penyejuk mata buat umi dan abah, dan juga moga keturunan kami akan baik-baik semuanya. Ameen ameen Ya Rabb :)


Dan, moga kita, keluarga dan keturunan kita semua tergolong dalam kalangan yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Ameen :)

attitude

Reading article from this guy made me nodded my head a few times. Yes.. i truely agree with all that he mentioned in his article :)

Klik SINI untuk baca article tu :)

Something to ponder up by Malaysians... and especially Muslims...

Kita ni nama sahaja negara Islam tapi tak mencerminkan keadaan agama Islam yang sangat mementingkan kebersihan. Cuba tengok negara macam Australia, New Zealand. Negara mereka lebih bersih seperti apa yang dituntut agama Islam.

Kebersihan ni nampak benda yang simple for certain people but it is a huge deal for me. Geram sangat bila kat UIA pun, sisters ni ada yang 
pengotor. I hate messes seriously. 

Kalau baca sirah Nabi pun, Nabi ni sangat la kemas & pembersih. So bila kita kata kita nak ikut sunnah Nabi, marilah kita jadi kemas & pembersih. 

Kadang-kadang non muslim lebih pembersih, peramah, jujur, amanah, bersopan, beradad (and many more to list)... dari orang Muslim kan.

And after reading this, i said to myself.. "Start with YOURSELF, your family, your friends"!



notakaki :: Gambar kat atas tu saya ambil dari internet. Calgary, Canada, bandar paling bersih di dunia. Huu i wish to go there :)

Friday, October 18, 2013

duit vs pahala

Salam sayyidul ayyam :)

Hari ni sekadar berkongsi satu nukilan dari senior yang amat saya hormati kerana ilmu dan akhlaknya. Satu tulisan yang berbekas di hati. Saya panjangkan tulisan hati ini, moga-moga ia berbekas di hati anda dan mendapat manfaat darinya :)

Dan, moga kita semua berjaya dan bahagia DUNIA dan AKHIRAT insyaAllah ^.^

*******
Duit itu sedikit jika hanya RM300, bahkan jika RM10K, ataupun RM1jutaK sekalipun masih sedikit. Pahala itu banyak walaupun sedikit.

Subhanallah walhamdulillah wa la ilaaha illah wallahuakbar sudah menabur benih didalam syurga. La haula wa la quwwata illa billah sudah membina sebuah gedung simpanan didalam syurga.

Satu huruf al-Quran sudah membalik keuntungan 10x ganda. 1muka surat al-Quran sudah mampu membuah kurang lebih 4000-5000x ganda keuntungan.

Solat sunat 2rakaat sebelum subuh sudah mengisi kekayaan melebihi seluruh dunia dan seisinya. Maka nikmat Allah yang manakah lagi yang mahu kita dustakan sehingga masih terliur dosa, maksiat, kelalaian dan berbangga dengan ideologi dan susuk pemikiran selain Islam?

Andainya kita nampak ganjaran2 ini dalam bentuk nyata dan didepan mata sekarang, pasti kita hari ini bukan kita yang dulu.

Manfaatkan detik2 terakhir bertakbir sebanyak-banyaknya hari terakhir jumaat yang mulia ini sehingga asar esok. Kahfi, selawat , amal Islami mengiringi 'packing' bekalan akhirat kita.

Mungkin esok jumaat terakhir dan ini adalah Aidiladha terakhir kita didunia ini. 'Mungkin' yang boleh mengasak kita untuk mempersiapkan bekal.

Dah 'full' ke 'tupperware' pahala kita? Atau hanya bawa 'pinggan mangkuk pecah akibat dosa' untuk dibayar dengan api neraka nanti?

Doakan saya yang miskin dan faqir segala bagai ini juga ya..

Sunday, October 13, 2013

glasgow - hull


Bila buka FB, terbaca ini.. Sungguh... terharu....

Nukilan sahabat baik yang dulu kami pernah bermimpi dan berimpian bersama-sama sejak dari sekolah lagi :)


******
Teringat waktu mula-mula timbul idea nak sambung belajar kt UK. Ada la sorang hamba Allah tu yg selalu jd teman berangan aku. Nak ke Glasgow katanya, aku pulak nak ke Hull. Disebabkan dia aku mula menggoogle, ajak kawan-kawan lain pegi tanya lecturer, tanya orang sana sini, cuba dapatkan sedikit sebanyak info cara-cara nak sambung master kt luar negara. Lepas tu kami akan share info. Sebab dia jauh jd terpaksa la habiskan kredit menelefon 

Sangat indah nikmat bersahabat yg Allah bagi ni. Siapa sangka benda yg mulanya hanya angan-angan dh jadi kenyataan pun.

Saje je buat post ni sbb dia kt Malaysia lagi, nak burst semangat dia. Gituu. Belajar rajin2, habiskan degree dgn cemerlang, semoga sama2 dapat capai impian kita, semoga Allah mudahkan jalan kamu.

Rindu pulaks :')
******

Mungkin ini sebagai pemangkin semangat buat aku. Aku abadikan di sini untuk tatapan aku di kemudian hari.

Dulu, teringat kenangan dia menangis saat dia gagal beberapa kali. Dan, benarlah, rezeki itu Allah yang tetapkan. Tak siapa tahu perancangan yang Maha Hebat itu.

Dan, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan moga impian ini untuk ke sana berjaya :)

Moga selamat saja di Manchester sana sahabatku Isna Athirah. Jaga diri, jaga akhlak, jaga ibadah. InsyaAllah aku bakal menyusul heheh.

Umat Islam harus cemerlang. Ingat selalu, Athirah. Both Athirah :)


Friday, October 4, 2013

anniversary umi abah

Salam sayyidul ayyam. Jangan lupa baca Al-Kahfi dan banyakkan berselawat ye :)


Esok, 5 Oktober 2013, merupakan tarikh keramat buat semua ahli dalam family kami. Tarikh ini merupakan tarikh umi dan abah disatukan.
HAPPY ANNIVERSARY UMI ABAH :)

Err post kat blog awal-awal sebab weekend ni akan merantau jauh ke negeri lain, insyaAllah, untuk berjumpa orang-orang yang saya sayang selagi mana mereka ini hidup dan mengutip serba sedikit ilmu dari mereka.
 

Moga keluarga kami bahagia dunia dan akhirat. Moga umi dan abah pun berbahagia dan bercinta hingga ke syurga hihi.

Dan moga, kami anak-anak umi dan abah mampu jadi anak yang terbaik dan dapat jadi saham akhirat buat umi abah ^.^

Tak lupa juga buat adik perempuan tersayang, Nurul Najihah, yang sedang exam PMR, moga dapat 9A ye adik! Kakak juga doakan adik berjaya jadi hafizah dan beramal dengan Al-Quran. Jadi anak yang solehah ye adik :)



Dan sebenarnya, saya amat rindukan umi abah dan adik-adik........

Tuesday, September 3, 2013

kunci


Terbaca ni kat FB. Sekadar berkongsi khusus buat tatapan diri ini :)

"Bak, Yah nak naik kapal terbang."
Ayah akan jawab,

"Belajar. Kalau Muhaya rajin belajar, Muhaya akan dapa apa-apa saja yang Muhaya nak."
"Kunci untuk berjaya di dunia, belajar. Kunci untuk pintu syurga, tolong orang dan murah hati."

 
Hoping to be a professional mukminah like her. Definisi professional mukminah by Prof Dr Muhaya, ni dapat masa tengok satu program di Tv Al-Hijrah : taat perintah Allah, berakhlak dengan manusia dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi :)


Doakan!

#moodmalasnakbalikuia (eh blog takde hashtag eh? facebook, twitter, instagram semua dah ada hehe)

Sunday, September 1, 2013

R4BIA

Tergerak hati nak share lagu ni. Pada yang free sila la tengok ok!


Masa teman adik ke KB beli barang-barang nak ke Canada, nampak ini. Biasa nampak kat FB je, tapi bila lalu KB, nampak bilboard R4BIA yang sangat besar :)


Dan seperti yang Tok Guru kata dalam video di atas.

DOA
DERMA

Qunut Nazilah jangan pernah lupa ye. Jadikan habits kita. Yakin doa itu senjata mukmin. Doa itulah yang mengikat hati-hati antara kita dan saudara seakidah kita yang jauh di Mesir, Syria, Gaza....



Thursday, August 29, 2013

don't wait


I found this beautiful and lovely message, and i would like to share it :)


By the time you finish your studies, you are 25.
By the time you finish working hard and saving up, u are 55.
By the time you truly realize that you must prepare well for the aakhirah, you're already dead!

Don't wait until you grow old. Take Islam seriously NOW. You don't know at which corner Malak al-Maut is waiting for you.



notakaki :: Sangatttttttttt (nampak tak nak sangat tu) ke Konvensyen Bidadari 2013.............. PICC tu macam susah nak pergi dgn public transport kan....

Sunday, August 25, 2013

the future


Baru balik dari graduation adik di PICC. Seronok dapat tengok budak-budak ni graduate. Heheh. Masa duduk dalam dewan tu, kiri kanan semua orang ucapkan tahniah pada pelajar. Tahniah buat adik-adik yang berjaya sebagai IB graduates.

Ni ucapan dan soalan typical dari parents pada sahabat-sahabat pelajar. Saya dengar je la kan.

"Congrats. You dapat mana?"

"Lepas ni fly mana?"


Dan bila dengar jawapan macam ni...


"Alhamdulillah.. I dapat RCSI"

"Dapat UCD, Dublin"

"Thanks, dapat ke UK. Thanks to Him"

"Dapat ke Canada Alhamdulillah"

"Nanti jumpa kat Ireland ye"



And i was like.. Nak pergi jugak! I don't know what the future brings, but i'll keep praying for it and struggling towards it.


Oklah. That's it. Doakan ye :)


Dan buat adikku... Selamat meneruskan kembara ilmu di University of Toronto. Moga menjadi seorang engineer hafiz Quran yang berjaya, as what you wish. Selamat meneruskan dakwah di bumi Canada :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com