Sunday, September 18, 2011

fattabiouni

Pernah dengar tak?

Cerita ni bermula time Ramadhan hari tu lagi sebenarnya, tapi bila kelmarin tengok balik cerita ni kat tv Al-Hijrah, rasa nak berkongsi dan sebarkan tentang cerita ni.

Kalau dulu anda pernah baca dalam blog ni ada saya pernah post pasal bermusafir cara Rasulullah. Sebenarnya, itulah salah satu episod dalam Fattabiouni. Masa tu tak tahu pun dan kat Tv Alhijrah pun masih tak ditayangkan lagi cerita tu.

Setakat yang saya cari, tak ada lagi video Fattabiouni dalam YouTube yang ada translation English atau Melayu. Jadinya, memang kena tengok dalam Tv Al-Hijrah. Memang jatuh cinta dengan Tv Al-Hijrah :) Kalau Facebook, cuba klik untuk Fattabiouni Malaysia dan klik ini juga untuk Fattabioni English.

Bagusnya cerita ini, ia mengajak kita untuk mengikut sunah Rasulullah dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Kadang-kadang kita tak pernah tahu pun ianya sunnah tapi melalui cerita ini, banyak yang dapat kita tahu. Satu lagi, sangat suka tengok pengacara dalam cerita ini, Habib Mohammad Al-Saggaf. Mukanya tenang, cara penyampaiannya memang menusuk kalbu. Moga Allah rahmati usahanya membawa umat dunia ini ke arah mengikuti sunnah Baginda.

Mulakan dengan kanan

Saya sempat mengikuti cerita ini kelmarin, ianya tentang mulakan segala yang kita lakukan dari arah kanan.

Slot bermula dengan ayat dari Surah Al-Waqiah, ayat 8, "iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan".

Habib ada menyebutkan, Rasulullah sangat suka memulakan segala-galanya dari arah kanan. Pernah satu hari Rasulullah ingin memotong rambut, tukang gunting itu ingin memulakan dari arah yang lain. Rasulullah terus menghalang dan menasihatkan si tukang gunting rambut untuk memulakan dari arah kanan. Sebab itu menurut Habib Saggar, Habib sangat suka potong rambut di kedai gunting kerana dengan cara ini, dia boleh menyebarkan sunnah Rasulullah pada si tukang gunting rambut.

Ada satu lagi kisah yang diceritakan Habib Saggar, katanya, pada suatu ketika, Rasullullah sedang dalam sebuah jamuan dan di sebelah kanan Baginda, terdapat sahabat seperti Umar dan Ali, tapi di sebelah kiri Baginda, duduknya Ibnu Abbas yang pada masa itu berusia dalam linkungan 4-6 tahun. Dan sebelum makan, Rasulullah meminta izin dari Ibnu Abbas yang berada di sebelah kirinya agar Baginda dapat memberi makanan kepada sahabat yang berada di sebelah kanannya, kerana Rasulullah sangat suka mendahulukan yang kanan. Indahnya akhlak Rasulullah, memuliakan yang kanan dan juga memuliakan kanak-kanak seawal usia 4-6 tahun seperti Ibnu Abbas.

Di akhirat kelak, buku amalan bagi golongan yang bertuah juga akan diterima oleh tangan kanan. Moga dengan mengikut sunnah Baginda ini, kita akan dicintai Allah, dan moga-moga di akhirat sana, buku amalan akan kita terima melalui tangan kanan. InsyaAllah.

Rasanya setakat itu sahaja, kalau anda berkesempatan, tengoklah rancangan ini. Sangat bermanfaat dan menyentuh hati. Anda pasti akan tertawan dengan cara penyampaian Habib Saggar yang sangat tenang.


notakaki :: Baibai epi sayang. Jaga diri baik-baik di Belfast sana ye! Nanti kalau mu banyak duit belanja tambang flight aku g Belfast eh! haha ~ Sorry tak leh g KLIA hantar mu. Kalau KLIA tu kat Kuantan nescaya aku g dah. Jom Skype lepas rinduuu eh :)

notakaki :: Jom dapatkan buku pertama Ustaz Azhar Idrus terbitan PTS!

Saturday, September 17, 2011

2 minggu

Alhamdulillah, sampai rumah jam 2 pagi setelah hampir 2 minggu di UIA Kuantan. Dapat tidur dengan eca :) Padan muka siapa suruh pretend kononnya tabah dan tak nak balik rumah weekend ni!

Malam hari Khamis baru tergerak hati nak balik lebih-lebih lagi bila tahu sangat-sangat-sangat ramai kawan yang balik. Pagi Jumaat baru pergi beli tiket dengan Kak Wirdah. Bas Kak Wirdah pukul 9 pagi. Mulanya dapat bas Mutiara pukul 10 pagi tapi sampai pukul 10.30 pagi bas tu tak muncul-muncul lagi. Tanya kat kaunter, akak tu cakap bas tu rosak dan tak ada mekanik yang nak baiki. Terus beli tiket Transnasional tapi pukul 6.30 petang. Sedih sangat campur takut duduk terminal sorang-sorang.

Lessons : Janganlah pretend kononnya tabah dan kalau nak balik beli tiket awal-awal.

Balik rumah, dapat online dengan amannya. Almaklumlah, di asrama, memang tak dapat nak online sebab tak ada wireless conection. Ni pun baru je lepas berskype dengan Amir. Dia ada open house hari ni, di rumah seniornya di Hamilton. Adikku yang sorang ni yang tak pernah masuk dapur sekarang ni dah pandai masuk dapur tolong senior masak untuk open house. Wah! Clap, clap!

Adikku Amir, study dan jaga diri elokelok ye jauh di sana. Adikku Imran, study rajinrajin kalau nak ke oversea macam Amir. MIT ok, please ensure that you accomplish your dream! Adikku Hanif, study sungguhsungguh untuk PMR tahun ni, jangan banyak main game. Adikku Nurul Najihah, jadi hafizah eh! Ini impian umi abah untuk ada anak perempuannya jadi hafizah. Buat Lutfi si adik manja, umi abah nak sangat Lutfi jadi Ustaz ok!

Pagi ni, bila buka Facebook, dapat tahu yang kawan sekolah rendah masa di SRI Aman dulu dah kawin lepas tengok Najibah dan Afiqah share gambar akad nikah Iman. Lucu pulak bila berbalas komen di Facebook, Fiqah tulis macam ni, "segho besar & segho *eh, bakpo aku x nikoh ag pun?* hahha, pathetic:P kena kuat iman g wedding kwn2x sebaya niyh ^_^"

Bila fikir balik, 2o tahun tu rupanya dah besar dah, bukan umur budak-budak lagi. Rasanya baru je ingat yang kitorang pernah main-main masa sekolah rendah dulu, tup, tup dah kahwin dah. Selamat bercinta dengan halal, sekarang suami ini lah yang akan memimpin Iman bersama-samanya hingga ke syurga. InsyaAllah! Moga rumahtangga Iman dan Aiman beroleh sakinah, mawaddah dan rahmah. Dapat anak nanti post kat FB eh, mesti comel kan sebab Iman comel :)

Sila jangan jeles. Hahha!


2 minggu di UIA Kuantan

Now, i am officially a Biomedical Science student of IIUM Kuantan. 4 tahun bakal menimba ilmu di sini. Banyak yang ingin dikongsi, tapi rasanya cukup yang ini sahaja eh.

Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang mencari ilmu yang sepatutnya mencari keredhaan Allah, tetapi dilakukannya bagi memperoleh harta benda duniawi, dia tidak akan mencium bau syurga pada hari akhirat". Moga dijauhkan. Jangan golongkan dalam kalangan ini Ya Allah. Andai aku skor, andai aku cemerlang, biarlah ia untuk Islam.

Hari Selasa lepas, ada perjumpaan dengan senior Biomed. Penerangan yang sangat baik dari senior. Membuka mata dan hati untuk Biomed. Alhamdulillah, rasa percentage untuk kekal dalam Biomed makin naik. 99% maybe. Ada orang cakap, "Tirah, ko skor la betul-betul lepas tu tukar balik Dentistry". Ada lagi yang suggest, "Kalau skor buleh la nak tukar Pharmacy. Skor la lepas tu tukar course". Dan buat setakat ini, mungkin jawapannya tak nak.

Ada senior sorang tu, dah grad, tapi tak sempat convo pun lagi, terus sambung Master. Hebat kan. Bukan senang taw. Kena skor betul betul baru boleh dapat offer macam ni. Ok, that's my dream. Tapi boleh tak kalau nak further Canada or UK? Haha, berangan kan. Degree pun tak habis lagi dah fikir nak further study. Tak salah kan? 4 years more to go. Dah janji dengan dia yang akan belajar rajin-rajin lepas tu nak sambung study sekali. That's our promise!

Allah, thanks for great parents and family that do always support me. And not to forget, for great friends that are always be with me. Alhamdulillah :)

“You all must struggle for your future. Change your mentality that you cannot do that cannot do this. We are what we thinking of. Don’t say die before you try on. Yes, it's sure that we will busy with our study and work soon. But, it is the reality that we must go through. Those who succeed are those who are capable of facing all challenges and tribulations with a POSTIVE MIND. Don’t take something difficulties as a problem, but take it as a challenge and find how to solve it. Also, don’t limit the capability of your mind. Don’t be an exam oriented student, who just memorize and focus on teaching of lecturer’s only. Don’t just copy your friend’s assignment and manipulate internets only. It looks likes your assignment is 1+2+3=6 and your friend is 2+1+3=6. One simpler example is look to your mother and father. 1 Mother + 1 father = can be 2 children or 3 children or 4 children or more than that. It just not have exact answer that 1+1 equal to 2 only. So, don’t limit your mind on syllabuses only. Think out of the box. Believe in yourselves”.

Najah, copy ayat Uncle Malvin ni :)

Setakat ni, sudah aplikasikan adopt dan adapt. Walaupun pada mulanya memang tak puas hati dengan banyak benda di Tabarri tu tapi lama-lama kena tahu erti bersyukur ok! Roomate 5 orang lagi semuanya baik-baik. 4 orang Biomed termasuk saya, seorang Optometry dan seorang lagi Dietetics. Cumanya, tak suka bila cafe bercampur brothers sisters tak macam kat CFS dulu dan tak suka bila part naik bas. Kena tunggu dan bersesak naik bas. Kalau tertinggal kena jalan kaki. Ni pun selsema sebab kena hujan time jalan balik mahallah. Alahai, kan best kalau ada kereta. Tak usah berangan, lesen pun tak ada lagi. Tapi kan, at least nanti 4th year nak kereta Myvi SE Pink Colour boleh tak?


notakaki :: Najah, update blog dah :)

notakaki :: Kadang-kadang rasa manusia ni sangat selfish kan. Tahu apa tu selfish? Pentingkan diri sendiri. Mulut saya mungkin tak kata apa-apa tapi otak saya ligat berfikir dan hati saya agak terasa ok.

Monday, September 5, 2011

episod baru


Hari ini, akan bertolak ke Kuantan. Ya, akan menyambung pelajaran di UIA Kuantan. Semalam, pukul 3-4 pagi baru siap kemas barang. Berakhirlah sebah percutian yang sangat panjang. Sedih pun ada sebab nak tinggalkan rumah, yelah, berbulan-bulan bertapa di rumah mana tak rasa sedih. Entah kenapa, rasa sangat berdebar untuk memulakan kehidupan baru di Kuantan.

Ya, saya pernah gagal. Masuk UTP dengan result trial SPM, tapi selepas 5 bulan di UTP, saya memilih untuk keluar. Kenapa? Sebabnya tak tahan dengan suasana yang sangat stressful dan juga kerana agak tidak selesa dengan keadaan di mana dalam course yang saya ambil, iaitu Mechanical Engineering, hanya 10 orang pelajar wanita dalam kelas lecture yang ada 130 orang pelajar lelaki. Dah la diri ini tak biasa dengan pelajar lelaki, sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah berada di sekolah yang semuanya perempuan. Juga memikirkan tentang kerja. Untuk mechanical ni, akan bekerja dengan mesin, dan akan berada di plant (pelantar minyak). Bila bercakap panjang dengan akak usrah dan juga seorang senior yang juga mengambil jurusan Mechanical Engineering, saya mengambil keputusan untuk keluar UTP. Sungguh, UTP meninggalkan seribu satu kenangan manis yang sangat berharga buat diri ini.

Tidak lupa juga istikharah. Ya, akhirnya saya ke UIA. Masa itu, mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam Biological Science. Sungguh, saya amat sedih tika itu kerana saya berharap untuk menyambung dalam bidang Dentistry. Selepas TAWE, alhamdulillah saya berpeluang menukar course ke Dentistry. Saya juga ditawarkan untuk membuat pengajian satu tahun sahaja, berbanding tempoh biasa student matrix UIA 2 tahun. Tapi sekali lagi, selepas semester 1, saya give up dan memanjangkan tempoh pengajian ke 2 tahun. Bila fikir balik, saya rasa menyesal, tapi pada masa yang sama, jika saya meneruskan juga pengajian 1 tahun, rasanya, tak akan bertemu dan berpeluang untuk bersama sahabat seperjuangan dan merasa pengalaman yang amat manis bersama mereka.

Ya, barulah saya tahu, semuanya ada hikmah. Ya, kadang-kadang kita hebat merancang dan meminta itu ini dengan Allah, walhal itu bukan yang terbaik buat kita.

Sekali lagi saya diuji. Ini juga mungkin kerana kegagalan saya menguruskan masa dan kegagalan saya untuk belajar secara 'smart'. Ini satu berita yang amat menyedihkan, tapi saat menerima berita ini, tiada satu pun air mata yang mengalir. Ya, saya redha dengan ketentuanNya, dan secara perlahan-perlahan saya belajar untuk menerima bahawa mungkin ini yang terbaik buat saya. Saya ditawarkan untuk meyambung pelajaran dalam Biomedical Science, bukan dalam bidang Dentistry.

Saya tak tahu pun apa itu Biomedical Science. Skop belajar orang kata sama macam Medic, tapi saya masih ragu dengan skop kerjanya. Senior kata, kalau nak switch ke Medical pun boleh, cumanya masa pengajian ditambah lagi 2 tahun, maknanya, akan belajar 6 tahun. Oh, memang tak akan kot sambung ke Medical. Perancangan saya, saya ingin menyambung Master dan PhD. Dan saya juga telah buat survey melalui internet universiti-universiti yang menawarkan untuk menyambung pengajian Master. Ya, itu bukan mudah, tapi itu tak mustahil kan.

Impian tak akan tercapai kalau saya sendiri yang memilih untuk gagal. Saya harus eh tak WAJIB berusaha bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik dan dapat CGPA terbaik!

Pernah satu hari dengar ceramah motivasi daripada Dr Muhaya di Radio IKIM. Katanya, untuk kita berjaya, jangan kisahkan sangat apa orang nak kata. Dulu, semasa dia belajar degree, orang kata Dr Muhaya ni seorang yang ulat buku, hanya kenal buku sahaja sebab dia memang seorang yang rajin menelaah. Tapi, kata Dr Muhaya, jangan kisahkan sangat apa orang nak kata sebab kita tahu kita ada misi dan visi yang jelas. Dr Muhaya tahu jika dia tak belajar bersungguh-sungguh dan menjadi ulat buku seperti mana yang diperkatakan, dia tak akan berjaya sebagaimana dia sekarang. Yes, she is one of my idol :)

Bila lihat kawan-kawan dan adik sendiri fly ke negara orang, merantau jauh untuk menuntut ilmu, ada rasa la jugak terkilan sebab diri ini tak belajar bersungguh-sungguh. Ya, bukan senang mereka nak capai apa yang mereka dapat, mereka berusaha dengan sehabis mungkin baru mereka dapat merasa kejayaan yang mereka rasai sekarang. Dan, masih tak terlambat lagi untuk diri ini juga meraih kejayaan sama seperti mereka. Cumanya, attitude perlu diubah. Mindset juga perlu diubah. No longer mindset yang mengatakan aku ni tak mampu untuk buat sebagaimana orang lain buat.

Sahabat, andai kamu sayangkan saya, bantu saya untuk berjaya dunia akhirat. Bantu saya untuk saya membanggakan dan membalas jasa umi abah, dan paling penting, berjasa untuk Islam tercinta :)

Rasanya itu sahaja coretan ringkas dari diri ini. Buat yang pernah merasa episod kegagalan sebagaimana yang saya alami, jom kita mulakan lembaran kehidupan yang baru. Jom kita berjaya untuk Islam!

Lepas ni akan rindu umi abah dan juga adik-beradik, tak lupa juga, akan rindu untuk bermain denagn eca. Ya, ingat lagi tak kucing yang aku takut tu, sekarang dah baik dah. Tak takut kucing dah. Eca pun sekarang hari-hari tidur dengan aku.



Lepas ni akan merasa minggu orientasi yang dinamakan TAWE (Taaruf Week) di UIA Kuantan. Kali ketiga merasa minggu orientasi di alam universiti, pertama, di UTP, masa Minggu Haluan Siswa, kedua, di CFS, juga dinamakan TAWE, dan yang ketiga, di UIA Kuantan :)


notakaki :: Orang-orang yang berada di rumah, sila jaga eca baik-baik !

Saturday, September 3, 2011

raya 1432 H punya cerita

Hari ni sangat penat, sebabnya beraya sakan ziarah rumah kawan-kawan. Tapi, sangat gumbira hati ni bertemu mereka semua.

Sempena raya kali ini, rasanya ingin nukilkan sedikit cerita-cerita sekitar raya pada tahun ini. Entry ini mungkin akan panjang berjela, sebab dah berapa hari tak update blog dan sebab mood nak bercerita tu ada. Kalau malas baca sila tekan butang 'x' di tab anda. Cerita ini sebenarnya buat tatapan diri sendiri dan juga buat mereka yang terlibat untuk masa sekarang dan juga masa akan datang :)

Sebelum Syawal

Tiada dalam gambar, saya dan Hanif

26 Ramadhan, kami sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur, bukan balik kampung ye, tapi untuk hantar adik tersayang, Amir ke KLIA. Dia bertolak ke Kanada pada 28 Ramadhan, pukul 11 malam. Pada hari Amir dijadualkan bertolak, petang tu lagi kami dah tercongok di KLIA. Datang awal sebab kalau sampai lewat nanti kalut. Dahla masa tu waktu bulan puasa, jadinya kalut nak berbuka lagi.

Amir dan Lutfi

Kami berbuka puasa buat kali terakhir bersama Amir pada Ramadhan kali ini di Food Court KLIA. Pukul 8.30 Amir kena berkumpul di Anjung Tinjau untuk briefing. Selesai je briefing, ada masa yang sangat sedikit untuk bersama keluarga. Sempat bergambar dan bercakap sedikit. Dan masa inilah mula adegan nangis-nangis.

Melihat air mata umi abah mengalir laju, air mata seorang kakak tumpah jua untuk melepaskan adik tersayang merantau jauh. Memang sedih, tapi bila terfikirkan yang dia pergi untuk menuntut ilmu, hati merelakan. Tambah lagi, selalu remind kat diri yang kami semua ni sudah besar, bukan lagi budak kecik yang duduk bawah ketiak umi abah lagi.

Buat Amir, kakak doakan Amir kuat dan bersemangat untuk menuntut ilmu di negara orang. Jaga akhlak, jaga peribadi. Kejar kejayaan dunia akhirat. Ingat lagi beberapa hari before fly, Amir selalu dengar lagu Menuju Wawasan, katanya, untuk beri motivasi pada diri dia sendiri. Masa Amir kat KLIA, serius saya rasa sangat nak belajar kat oversea. Doakan! Doakan saya sambung master PhD oversea ye, ini impian saya!

29 Ramadhan, kami bertolak balik ke Kelantan. Jalan sangatlah lengang sebab rasanya dah ramai anak Kelantan yang berada di perantauan balik lebih awal. Berbuka puasa di rumah mek bersama adik beradik umi yang lain. Sampai rumah dalam pukul 10. Semua orang sangat letih. Jadi, balik rumah terus tidur untuk bangun awal untuk menyambut 1 Syawal esok hari. Mujurlah dah kemas rumah lebih awal.

Syawal 1432 H

Berlalu sudah Ramadhan, berlalu sudah bulan di mana amalan kita diberi ganjaran berlipat-lipat kali ganda. Syawal tiba untuk kita meraikan kemenangan.

1 Syawal, seperti biasa, akan solat sunat Hari Raya di surau keluarga belah keluarga abah berdekatan je dengan rumah. Satu kampung la. Cuma yang pelik sikit raya kali ini, Amir tiada di Malaysia untuk beraya bersama bersama kami, Dah la masa ni tak tahu keadaan dia macam mana, still tak dapat nak contact dia, sebab dia pun masih tak sampai Kanada lagi, katanya transit di London.

Pagi Syawal, bergambar kenangan di pagi raya. Juga untuk tatapan Amir tersayang. Tema baju raya kami untuk tahun ini, cream colour. Seperti biasa di 1 Syawal, akan beraya e seluruh rumah sanak saudara belah umi dan juga belah abah. Jadinya, memang tak akan ada di rumah. Siapa yang datang rumah kami pada 1 Syawal memang pintu tak akan dibuka sebab dalam rumah tak ada orang.

2 Syawal, ada family gathering belah keluarga umi di Pantai Melawi. Tempat tu namanya Damai Melawi Beach Resort. Memang satu tempat ni kami tempah untuk family kami je. Lebih privacy kan :) Sebelum ke Pantai Melawi, sempat berskype dengan Amir buat pertama kalinya selepas Amir tinggalkan Malaysia dan tengok gambar-gambar yang Amir upload di FB.

Amir yang beraya di Toronto

Berkumpul 7 beradik umi semuanya. Best buat aktiviti ramai-ramai. Makan, solat, bbq, berbual, semuanya secara berjemaah. Best kan ada family besar, even tak tak ada la besar sangat kalau dibandingkan dengan family yang ada berbelas-belas adik beradik kan. Nilah kelebihan ada anak ramai kan :)

Sepupu-sepupu berkumpul dari yang kecik hinggalah yang besar. Siap ada anak lagi. Sorang je la. Lagipun baru seorang sepupu yang melangkah ke alam perkahwinan. Kita tunggu next turn siapa pula kahwin ye.

Kerja kami kat sana makan je ye. Malam tu bbq ayam dan hotdog. Pagi 2 Syawal tu saya sempat buat carrot cupcake sebab dah lama terliur nak makan. Makanan ni untuk makan pada malamnya, sebab setiap family kena bawa makanan. Pagi 3 Syawal tu yang best, bbq seafood. Seafood beli kat pasar pagi Tawang. Memang sangat murah. Cuba bayangkan harga ketam sekilo hanya RM 12 je. Mana nak dapat kat lain. Harga udang, sotong, ikan, semuanya murah. Jadi kami beli semua. Berbakul-bakul makanan. Ingatkan tak habis, tapi at last, semuanya licin. Memang keluarga suka makan.

Abah dan Imran

Cantik kan sunrise. Model : Lutfi dan Hanif.

Bila lelaki berkumpul

Iffah sepupu saya yang sangat talkative

4 Syawal, kami sekeluarga buat rumah terbuka. Jemput semua sanak saudara dan juga rakan-rakan. Hari ni hanya 2 orang Naimians yang datang, Amirah dan Faiezah. UIAns Jiha sorang je yang datang. Tak pe la, terima kasih pada yang datang. Pada yang tak datang, saya faham kenapa tak datang. Jangan risau, saya tak marah. Hehe :)

Memang tak menang tangan hari tu, ramai jugak tetamu yang datang. Penat tapi seronok. Sesungguhnya, pada tetamu yang datang itu, ada rahmat bersamanya.

Bersama Faie dan Mirah

Bersama sepupu, Alisya

Orang makan, mereka tengok tv

5 Syawal, pagi ni, dapat mesej dari Hanis. Dia ajak berjalan-jalan ke rumah sahabat geng Vvians yang lain. Terus cakap ok! Dah lama menanti saat berkumpul ramai-ramai sebelum masing-masing merantau jauh. Pertamanya, pergi ke rumah Tirah M. Dia akan ke India 9 September 2011, menyambung pelajaran dalam Dentistry. Saya, Hanis, Epi, Cep Ten, Tikah dan Vdad. Lama jugak kami bersembang di rumah Tirah sebelum kami ke Labok, untuk ziarah ke rumah nenek Maheran, bertemu si buah hati ni.

Saat-saat bersama mereka memang saya suka dan buat hati ini sangat gembira. Dalam kereta, riuh rendah dengan cerita dan suara masing-masing. Bila semua orang yang satu kepala berkumpul, tahu-tahu je lah macam mana keadaannya kan. Ziarah rumah orang, sesi bergambar benda wajib. Memang kami si budak Naim sangat suka bergambar.

Cuma raya kali ini, tak jumpa Wani dan Che Teh. Tak cukup 10 orang semuanya geng Vvians. Lepas ni sangatlah susah nak berkumpul semuanya, Tikah akan ke Mesir, Trah M ke India, dan Epi ke UK. Kami yang di Malaysia ni masih lagi boleh bertemu berkumpul ramai-ramai lepas ni. Terkilan jugak sebab tak dapat hadir ke rumah Siti dan bertemu dengan dia sebelum dia juga fly ke India. Tapi takpelah, aku doakan dari jauh agar mum jadi doktor Muslim yang berjaya eh!

With girlfriends at Maheran's place

Still standing, 7 from 10 of us :)

Setakat itu sahaja coretan untuk raya kali ini. Pada yang dah baca sampai habis, tahniah sebaba baca apa yang saya tulis mengaarut ni. Saya juga harus mula sedarkan diri yang beberapa hari lagi akan mendaftar sebagi student degree di UIA Kuantan. Esok, saya akan mula packing secara besar-besaran barang-barang untuk ke Kuantan. Sedih sangat sebab nak tinggalkan rumah, keluarga, dan Kelantan tercinta :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by BloggerCandy.com