Wednesday, November 30, 2011

vote for the first time since uprising


Baca blog-blog mereka yang berada di Mesir, ramai yang bercerita mengenai pilihanraya Mesir yang sedang berlangsung.

Kalau anda masih ingat, tarikh keramat 12 Februari 2011, jatuhnya Husni Mubarak. Kalau anda juga ingat, 12 Februari jugalah, di tahun 1949, perginya Al-syahid Imam Al-Banna.

Dua puluh lapan hari bulan sebelas dua ribu sebelas. Itulah hari pertama rakyat Mesir keluar mengundi bagi sesetengah tempat.

Hari itu cukup bermakna. Sejak jatuhnya pemimpin zalim Husni Mubarak, mereka mengharapkan pemerintah yang baru yang boleh memimpin Mesir. Sekarang, tibalah masanya.

Ini antara komen-komen rakyat Mesir yang saya baca di NST tentang pilihanraya ini.

“I have hope this time,” said Amal Fathy, a 50-year-old government employee who wears the Islamic veil, as she patiently waited in Cairo to vote.

“I may not live long enough to see change, but my grandchildren will.”

“I am voting for freedom. We lived in slavery. Now we want justice in freedom,” said 50-year-old Iris Nawar at a polling station in Maadi, a Cairo suburb.

“We are afraid of the Muslim Brotherhood. But we lived for 30 years under Mubarak, we will live with them, too.”

“The Muslim Brotherhood are the people who have stood by us when times were difficult,” said Ragya el-Said, a 47-year-old lawyer in Alexandria, a stronghold for the Brotherhood. “We have a lot of confidence in them.”

“This is my life, it’s my baby’s life. It’s my country and this is the only hope we have now.”

Ya, mereka mengharapkan sesuatu yang baru. Sudah cukup lama mereka berada di bawah pemerintahan yang zalim. Mereka mengharapkan Ikhwanul Muslimin untuk menang dan memimpin mereka.

Buat pilihanraya di Mesir yang sedang berlangsung dan buat pilihanraya di Malaysia yang bakal berlangsung, moga kemenangan berada di pihak yang benar, di pihak mereka yang ingin mendaulatkan ISLAM.

Moga Ikhwanul Muslimin berjaya menuai hasil selepas melalui pelbagai bentuk tekanan, penindasan dan pembunuhan selama bertahun lamanya.


notakaki :: Umi abah datang weekend ni. Cant wait to see them!

Tuesday, November 29, 2011

wake up for fajr without fail

Yes, as i mentioned above, WITHOUT FAIL!

Wake up for fajr everyday. It is hard, but it is NOT IMPOSSIBLE. And I don’t mean wake up for a day or two, but you keep waking up for fajr, constantly, everyday, without fail.

Yes, this is one of my resolution for the new year, and actually its everyone's dream to always wake up early in the morning and pray to Him. Allahumma yassir wala tuassir ya Allah :)

Lets read a very great article from Productive Muslim entitled 'How To Wake Up For Fajr?'. Just click on the picture below ok!


Teringat pesanan Tok Guru Nik Aziz;

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah"


notakaki :: Satu note yang saya tampal di dinding tepi katil, "YOU SNOOZE, YOU LOSE!!".

notakaki :: Satu lagi, andai anda berdoa tatkala mereka yang lain sedang nyenyak tidur, jangan pernah lupa untuk berdoa pada saudara kita di Palestin sana.

Monday, November 28, 2011

kuasa facebook

    "Facebook, is the most powerful tool nowadays, even more powerful than nuclear bomb. Sebarkan Islam dengan Facebook! Betapa kuatnya pengaruh Facebook, jatuhnya Husni Mubarak si pemerintah zalim. Sekarang ni, remaja Islam tak pandai gunakan Facebook, they're using it like rubbish. Mengurat, berchatting tak tentu pasal, upload gambar tak tutup aurat, update status mengarut-ngarut. Langsung tak ada kebaikan untuk Islam, dan juga untuk diri sendiri."


    Ini adalah petikan kata-kata dari Dr. Jamnul Azhar Mulkan di talk Al-Quran and Science semalam. Banyak sangat input yang dapat. Nantilah, kalau saya rajin nak update, saya akan berkongsi sepenuhnya apa yang dikongsi oleh Dr. Jamnul.

    Tapi betul kan apa yang Dr. cakap. Kita tak pandai mengambil manfaat daripada teknologi. Kita gunakan teknologi untuk lakukan benda-benda yang langsung tak ada manfaat buat Islam dan juga untuk diri sendiri.

    Cuba tengok Ustaz Azhar Idrus, pagenya kini diikuti oleh ratusan ribu orang. Kalau anda biasa tengok page ustaz, sangat sangat ramai yang tanya soalan, kebanyakannya remaja. Ustaz pun selalu je online untuk jawab soalah-soalan agama yang ditanya. Ini mungkin salah satu cara dakwah ustaz untuk mendekati golongan remaja kan.

    Itu hanya contoh.

    Oklah, a short update today. Tak ada mood sebenarnya.


    *****************



    Tahniah buat Farah Aida yang selamat diijabkabul. Thanks Huda sebab tag kak trah gambar ni kat Facebook. Suka tengok muka adik-adik semua yang ceria bangat di hari perkahwinan sahabat. Bila la kawan-kawan aku nak kawin ni, tak sabar nak g!

    Tahniah juga buat sepupu tersayang, Alisya sebab selamat bertunang dengan jejaka idaman. Cantik sungguh kamu di hari pertunanganmu. Ni pun tengok kat Facebook. Cepatlah kawin!

    Kedua-dua mereka umur 20 ok! Sebaya je dengan saya. Wah, wah, mudanya jodoh mereka sampai~


    notakaki :: Sabar itu indah wahai athirah. Yakinlah dengan janjinya!

    Saturday, November 26, 2011

    1433 H


    Alhamdulillah, pukul 4 petang, kami selamat sampai di Tabarri yang tercinta. Walau tak sampai 24 jam kami berada di program Khalifah Training, tapi rasa terbaiklah program tu. Rugi sape tak pergi~ Malam ni kena tidur awal sebab sangat letih dengan Jungle Trekking pagi tadi, bermandi lumpur segala bagai.

    Oklah, waktu maghrib dah pun berlalu, maknanya kita berada dalam awal tahun yang baru, 1 Muharram 1433 H. Moga tahun baru ini, kita lebih bersemangat untuk mencapai visi dan misi kita demi kejayaan dunia, dan yang paling penting, kejayaan yang kekal abadi di dunia akhirat sana.

    Pagi tadi ada ceramah dari Ustaz Uwais Al-Qarni, iaitu ustaz talaqqi di UIA Kuantan. Ustaz ada cakap, sesiapa yang berpuasa pada sehari sebelum masuknya Muharram dan juga pada 1 Muharram, maka ganjarannya ialah, puasa 2 hari ini akan jadi kafarah dosanya selama 50 tahun dia hidup di muka bumi. Allahuakbar! Besar kan ganjarannya. Saya baru je tahu tadi, sebelum ni tak tahu pun.

    Kalau bercakap pasal Awal Muharram, mesti ramai yang akan teringatkan kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah. Hakikatnya, Nabi berhijrah pada akhir bulan Safar, iaitu bulan kedua dalam kalendar Islam. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan kalendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA.

    Tapi berapa ramai yang ingat, kerana hijrah Rasulullah itulah, negara Islam Madinah terbentuk. Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Kuasa pemerintahan sangat penting dalam usaha dakwah mengembangkan Islam itu sendiri.

    Kerana negara Islam inilah, dakwah Islam pesat berkembang. Islam pernah menawan 2/3 dunia suatu masa dulu. Sangat gah kan. Sangat hebat. Kerana pesatnya Islam berkembang ke serata dunia, nenek moyang kita memeluk Islam dan kerana itu jualah, Iman dan Islam milik kita hari ini. Alhamdulillah atas nikmat kurniaan tersebut.

    Sekarang ni, berapa ramai antara kita yang menidakkan pembentukan negara Islam. Ramai sangat-sangat kan. Kata mereka, Islam tu tak ada kaitan lansung dengan kuasa pemerintahan. Pelik kan? Tapi setiap kali Maal Hijrah, mereka menyambutnya secara besar-besaran tanpa tahu apa makna tersirat di sebalik hijrah Rasulullah yang tercinta.

    Moga suatu hari nanti, ramai yang akan lebih faham pentingnya mereka yang memahami Islam ni menguasai pentadbiran, dan tak mustahil, suatu hari nanti, mereka yang memperjuangkan Islam akan menang jua.

    Oklah, rasanya tak mahu berceloteh panjang. Hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah itu sudah lama berlalu, namun banyak ibrah yang dapat kita ambil. Baca, kaji dan ambil ibrah dari setiap sirah Rasulullah. Saya sendiri pun, banyak sangat lagi sirah Rasulullah yang saya tak baca. Sedih kan? Kita selalu cakap kita sayang Rasulullah tapi kita jarang nak luangkan masa dalami sirah Baginda. Allah~~

    Moga tahun baru ini membawa sinar baru dalam hidupku. Berilah aku kekuatan untuk menempuh dunia ini Ya Allah.

    Buat Izzati, moga kita sama-sama menempuh alam 4 tahun di bumi Kuantan ini. Saling menguatkan antara satu sama lain, mengejar misi dunia juga akhirat ok!


    notakaki :: Bercerita panjang dengan si dia. Si dia yang baru delete blognya. Cerita tentang hidup masing-masing. Seronok :0

    notakaki :: Esok ada talk oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan di Lecture Hall 2, Kuliyyah of Allied Health Science, bermula pukul 8.30 malam hingga 11 malam. Silalah datang memeriahkan majlis ilmu ini ok!

    Friday, November 25, 2011

    wajah-wajah yang aku rindu


    Isna tagged me in a post, "Athirah Ariffin, i saw your mum at Masjid Telipot"

    Seriously, i miss that face. I miss my umi.

    Jagalah mereka yang berada di rumahku itu Ya Allah. Berilah keselamatan pada mereka.

    Rasanya umi pergi masjid Telipot sebab adikku Hanif, ada program Quran selama lebih kurang 3 minggu. Jadi selama 3 minggu dia tak balik rumah, tu yang umi pergi sana kot.

    Masjid Telipot ni memang antara masjid yang hidup. Suka bila tengok sangat ramai yang mengimarahkan masjid ini. Setiap kali Solat Jumaat, masjid ini mampu mengumpul RM 5,000. Banyak kan? Bagusnya mereka yang murah hati infakkan duit mereka untuk pelaburan akhirat. Lagi satu, masjid ini sangat dekat dengan istana Sultan Muhammad Faris Petra, seorang raja yang berjiwa rakyat, yang sangat hormat dengan ulamak-ulamak.

    Ok lah, hari ini hari Jumaat. Marilah kita sama-sama baca Al-Kahfi yer! Sekali seminggu je pun, janganlah malas sangat ok!


    Maka sempena hari Jumaat yang mulia ini perbanyakkanlah SELAWAT kepada Nabi SAW dan SEDEKAH kalian. Jadikanlah dunia ini hanya berada di tanganmu dan akhiratlah yang berada lubuk dihatimu.
    ~Ustaz Muhadir~


    notakaki :: I know you are such a pretty women with a very strong heart. Believe me!

    Thursday, November 24, 2011

    its raining, keep on praying


    Gambar yang sangat menarik. Diambil di page batch kami, Biomedical Science Batch 111.

    Hujan tak berhenti-henti. Moga dengan turunnya setiap titisan dari dari langit itu membawa seribu satu rahmat. Dan, jangan pernah berhenti berdoa. Salah satu masa doa mudah dikabulkan ialah ketika turunnya hujan.



    notakaki :: Time hujan-hujan macam ni best kan dok dengan family.

    Wednesday, November 23, 2011

    palestina tercinta


    Baru saya perasan, amat jarang, jarang sekali saya bercakap tentang isu Palestin di blog ini. Saya sendiri, kalau ada perkara yang boleh menaikkan semangat kita untuk berbicara tentang isu ini, saya jadi begitu semangat sekali. Tapi, lama kelamaan, pudar begitu sahaja. Kita seakan tak ingat yang mereka di sana hari-hari berjuang untuk syahid. Hari-hari, bukan bermusim. Jahatnya tentera Zionis!

    Minggu ini saja, sempat dengar 2 talk berkenaan isu Palestin. Cerita-cerita dari penceramah yang mampu buat saya berasa sangat sebak, sedih dan menangis mengenangkan mereka yang ada di sana. Cerita itu juga buat saya begitu bersemangat menaikkan Islam. Tapi, harapnya, semangat itu tak pudar dek masa. Harapnya tangisan yang dititiskan itu bukan hanya pada masa itu. Harapnya, bukan hanya bersemangat dan sedih mengenangkan nasib mereka sahaja, tetapi kita tak putus-putus memohon doa pada Allah.

    Ya, doa senjata orang Islam. Moga setiap kali lepas solat, kita istiqamah dalam berdoa untuk umat Palestin di sana. Mulai hari ini, siapa yang masih tak hafal lagi Qunut Nazilah, marilah kita menghafalnya. Saya tahu ramai yang di luar sana mungkin tak tahu dan tak pernah dengar pun kan tentang Qunut Nazilah ni. Untuk tahu dengan lebih lanjut amalan Rasulullah tentang doa ini, bolehlah tanyakan orang-oang alim di sekitar anda, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah Masih tak terlambat, saya pun baru tahu tentang doa ni masa saya di UTP dulu, masa tu umur saya 18 tahun. Ada Imam baca doa ni waktu Qunut Subuh.


    Maksud doa ini sangat menikam kalbu, sila cari sendiri ok!

    Moga setiap masa yang diluang untuk anda menghafal doa ini, akan diberi ganjaran olehNya. Lepas hafal, jom amalkan doa ini. Jangan kita ni hanya pandai bercakap, tapi bila masuk bab doakan mereka, kita fail.

    Banyak cerita menarik yang diceritakan oleh Dr Syed Abdul Khaliq, dengan gayanya yang bersemangat dan ditambah dengan cara penyampaian yang lucu dan santai. Dr Syed Abdul Khaliq merupakan ahli PAPISMA dan antara salah seorang yang menyertai misi ke GAZA suatu ketika dulu.

    Satu cerita yang paling saya suka ialah bila Dr Syed bercerita tentang seorang ibu di Palestin yang kehilangan suaminya dan 3 orang anaknya, yang syahid menentang Zionis. Apabila ditanya wanita itu apakah yang hendak dibuat selepas itu, jawapan yang diberi cukup menusuk kalbu, menunjukkan betapa kuatnya dan tabahnya wanita ini.

    Katanya dia ingin berkahwin dengan seorang mujahidin, melahirkan anak-anak yang ramai, dan anak-anak yang akan dilahirkan itu akan dihantar untuk berjihad dan mati syahid. Allah! Kalau kita?


    Menakjubkan, keluasan Palestin kini hanya 362 km persegi sahaja, dan saiznya lebih kurang daerah Bachok di Kelantan. Orang Kelantan mesti tahu kan, Bachok ni bukannya besar pun. Penduduknya sangat ramai walau saiz Palestin itu kecil, iaitu 1.8 juta orang.

    Bilangan bayi yang dilahirkan juga sangat tinggi, iaitu sebanyak 17, 000 kes setahun. Kalau dibandingkan dengan Kota Bharu, satu daerah di Kelantan, yang mana lebih besar dari Bachok, kelahiran bayi setahun ialah 10,000.

    Lagi menakjubkan, semua Menteri Kabinet Palestin ialah PhD holders. Hebat kan! Mereka ni menunjukkan bahawa Islam ni cemerlang dalam semua aspek. Dalam keadaan yang huru hara dan hari hari hidup dalam dentuman bom sekalipun, mereka mampu melahirkan ummah yang cemerlang dalam segala aspek. Kita? Tengoklah menteri kita, tengoklah masyarakat kita, dan
    yang paling penting, tengoklah DIRI KITA SENDIRI. Ayat ni memang seakan membedil diri saya sendiri.

    Ass. Prof. Ustaz Nasaruddin, iaitu salah seorang yang menyertai misi bantuan Mavi Marmara suatu ketika dulu ada berpesan, kita ni kalau bencikan Israel, pastikan kita boikot produk mereka. Rakyat Malaysia kalau bab boikot memang fail. Menurut ustaz, ada 4 produk yang betul-betul ada link dengan Israel, iaitu, Coca-Cola, Laurier, Nestle dan Nescafe. Nak boikot barang pun susah kita ni kan. Hmmmmm~

    Marilah kita menderma untuk Palestin. Cuba baca tabung Gaza Mapim memerlukan dana RM30 juta bagi menampung kos pembinaan Hospital Kanak-Kanak dan Materniti Gaza.. Ya, mereka memerlukan bantuan. Dr Syed beritahu, andai kita menderma untuk pembinaan hospital ini, bayangkan, setiap anak yang lahir dari hospital ini, beribadat dan syahid di jalan Allah, pahalanya mengalir jua kepada kita. Allah, bestnya kalau kaya raya dan banyak duit kan!

    Andai yang membaca blog ini ingin menderma, boleh memberikan sumbangan anda kepada Tabung Gaza Mapim menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 08013010075820.

    Oklah, rasanya sekadar ini sahaja coretan di pagi hari. Saya tak mampu nak tulis semua isi kandungan 2 talk berkenaan, ianya akan jadi terlalu panjang. Harapnya, lepas ni, anda pun akan lebih cakna isu Palestin, lebih ingat akan saudara seIslam kita di sana dan lebih banyak berdoa untuk mereka.


    notakaki :: Bila tulis tajuk entry ini, teringat Lutfi. Kalau kat rumah dulu, suka sangat suruh saya bukak video Palestina Tercinta nyanyian Shoutul Harakah. Saya kecik-kecik dulu tak pernah pun tahu hal Palestin, tahu tengok kartun je.

    Sunday, November 20, 2011

    dear ashikin,

    Baru teringat nak call si cantik manis ni malam ni, sebab baru teringat yang birthday dia 17 November, hari Jumaat yang lalu. Sibuk sangat dengan exam sampai birthday sahabat baik pun saya lupa. Seriously baru realize! Perkara yang sama macam tahun lalu berlaku lagi. Tahun lepas pun lambat wish pada si dia.

    Tapi baru dapat tahu yang si gadis cantik solehah ini tertinggal phonenya di rumah, dan tak bawak ke UiTM Puncak Alam. Hadoi! How can i contact you? Buat post ni pun untuk saya attachkan di wall FBnya.

    Buat si gadis comel, sangat rindu dengar suara comelmu itu. Memang sangat lama tak bercerita-cerita kan. Salah aku, aku tahu, susah sangat nak call orang lain.

    Rasanya masa Tingkatan 2 mula kenal dengan dia, sebab waktu tu lah saya menetap di asrama. Masa Tingkatan 3, dialah yang jadi teman ponteng kelas waktu petang. Kamilah yang selalu datang lambat kelas tambahan waktu petang. Dia pelajar berbaju biru, dialah pengawas yang paling sempoi yang pernah saya jumpa.

    Dia duduk di sebelah meja saya, di tengahnya ada jarak tempat ustaz, ustazah, dan cikgu lalu. Pernah ada satu hari kena tegur dengan ustazah yang lalu kat laluan tengah tu sebab kami ada satu habit tak baik yang sama. Apa habitnya? Tak perlu kot nak cerita. Waktu itu juga pernah bersama dia ke perpustakaan awam di KB, sebabnya teman dia cari bahan research (research ke?). Dia masuk pertandingan yang saya pun tak ingat tentang apa. Tapi, yang pasti, hadiahnya lumayan. Ya, dia sangat gila duit! Sampai sekarang pun, memang sama je dia ni.

    Tingkatan 4, dia budak bijak, dapat tawaran ke KISAS dan terus berpindah ke KISAS. Dia seorang sahabat yang sangat baik. Selalu call guna public phone semasa di KISAS. Umi saya pun sampai boleh kenal dia. Suara dia semua orang boleh cam kot!

    Bila fikir balik, rasa macam saya ni jahat. Sekarang mudah sangat nak capai telefon dan call dia. Tapi sebab memang saya ni sangat susah nak call orang, kecuali umi saya. Umi je satu-satunya orang yang saya akan telefon hari-hari.

    Banyak lagi memori-memori yang rasanya tak perlu dicerita satu persatu.

    Itu memori lama. Tapi, memori itulah yang akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Moga kita boleh bersama dan mencipta memori yang baru kan dear ashikin, seorang yang sekarang ni makin terserlah sifat 'wanita' nya, bukan lagi macam dulu ok!

    HBB dear. Happy Belated Birthday :) Aku doakan yang terbaik untukmu. Moga sama-sama kita berjaya dunia akhirat.

    Baru sampai umur 20 tahun. Aku ni nak masuk 21 tahun dah.

    Itulah dia, teman baik saya. Sungguh, teman-teman waktu dulu susah dicari. Dan, saya perlu hargai mereka yang hadir dalam hidup saya sebaiknya. Tak semua orang dikurniakan teman yang boleh cerita masalah dan berkongsi suka duka dengan kita kan. Ya, perlu lebih hargai kehadiran dia dan mereka gadis-gadis cantik solehah yang lain.


    Akhir sekali, pesanan buatmu ;

    Kata-kata Ibnu 'Atha illah Askandari,

    "Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"


    notakaki :: Wajib merancang stategi untuk final sekarang sebab sangat tak puas hati dengan exam lalu.

    campro v.3

    Alhamdulillah, semalam, selesai sudah opening ceremony untuk CAMPRO V.3. Memang best lah! Terbaik lah commity CAMPRO!

    Semalam, ada juga talk yang bertajuk "I'm Rock I'm Ok". Sempoi kan tajuknya. Sebuah forum yang menggandingkan Ustaz Mansur, pensyarah UMP, dan juga, Sham Kamikaze. Wah, memang BEST sangat gandingan 2 orang ni ditambah lagi dengan moderator yang cukup pandai menceriakan lagi suasana. Ribuan orang datang semalam. Suka tengok!

    Ini kali kedua saya bertemu dan melihat Bro Sham Kamikaze secara live. Waktu pertama kali sewaktu di Balai Islam, program Bicara Selebriti, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Kali keduanya, di Grand Hall Admin Building, tempat kami semua bertaaruf semasa Taaruf Week lama dulu. Perkara yang sama tentang dua program ini, supaya masyarakat tahu bahawa ada hiburan dalam Islam, cumanya ia harus dikawal dan menurut syariat.

    Bro Sham sempat mengalunkan alunan gitar yang sangat menyentuh hati di akhir program. Dulu pernah dengar jugak masa di balai Islam. Cuba dengar video di bawah ini. Video tentang pesanan Syed Qutb yang dimainkan dalam sebuah sajak yang dibaca oleh Ustaz Hasrizal dan muzik latar oleh Bro Sham Kamikaze. Saya dulu dengar menitis air mata.


    Banyak input yang saya dapat tentang status hiburan dalam Islam. Saya paling terkesan bila Ustaz Mansur cakap bahawasanya perkara yang dapat menghiburkan hati Rasulullah tatkala baginda stress ialah Al-Quran. Ya, Al-Quran itulah hiburan buat umat Islam. Silalah klik perkongsian dari sahabat saya tu ye.

    Saya tak mahu bercerita panjang sebenarnya tentang talk semalam sebab mahu becerita tentang CAPMRO V.3! Yeah :)

    CAMPRO ialah shortterm pada Campus Dakwah Project. Satu program yang sangat besar, deketuai oleh SRC dan disertai oleh seluruh society di UIA Kuantan ini. Program yang bertujuan memupuk bia'ah solehah di UIA Kuantan yang tercinta ini.

    Cuba tengok gambar kat bawah ni. Gambar ni sangat smart dan hensem ok! haha~


    Memang banyak sangat program yang memang sangat menarik yang telah dirancang oleh pihak commity. Memang terbaik la commity sekalian!

    Cuba tengok gambar di bawah ni pulak, kalau nak tengok secara jelas program-program yang ada dalam CAMPRO V.3 ini, silalah save dan view di lappy anda ok, atau klik saja open in new tab.


    Oklah, pada student UIA Kuantan dan yang kampus berdekatan dengannya, marilah kita menyertai program-program yang sangat menarik ini. Jangan la menghadap buku semata, tanpa ada masa pun diluang pada majlis ilmu dan aktiviti luar.

    I think i should pen off now. Pukul 9 pagi nanti ada kelas. Sedih kan kelas time weekend. Update blog pagi-pagi ni pun untuk avoid tidur selepas subuh. Memang mengancam godaan katil di pagi hari kan memanggil-manggil kita untuk tidur di waktu selepas subuh yang berkat ini.


    notakaki :: Semalam baru siap laminate nametag commity CAMPRO V.3 dan dapat baju. Baju CAMPRO sangat BERSIH ok!

    Saturday, November 12, 2011

    mawar


    Dulu, saya suka membaca blog, dan begitu juga kini. Dari satu blog ke satu blog yang lain. Lama dulu, saya pernah terbaca satu entri yang tajuknya 'Catatan Buat Anakanda Kedua', di sebuah blog yang bernama Nafastari.

    Masa baca catatan yang ditulis luhur dari hati seorang ayah, saya seakan terpegun.Tak tahu kenapa. Segalanya yang berlaku pada hari kelahiran anaknya dicatat rapi oleh seorang ayah. Nasihat demi nasihat ditulis, seakan wasiat pada anaknya, walau pada waktu itu, anaknya masih kecil, masih bertatih melihat cahaya dunia selepas bergelap dalam perut si ibu. Oleh kerana catatan itu ditulis oleh seorang lelaki yang bekerja di Islamabad, saya tidak berminat untuk menjadi follower blognya. Hanya setakat itu.

    Beberapa minggu yang lalu, seorang sahabat memperkenalkan blog, 'Mawar Nafastari'.

    Blog yang menceritakan kehidupan seorang isteri yang baru kematian suami. Seorang isteri yang sangat dimanjakan suaminya. Segalanya dibuat suaminya. Dia seorang surirumah, tetapi dari memasak, menjahit, melipat baju, segalanya dibantu suami.

    Allah..... dia punyai seorang suami yang sangat baik. Suami seperti ini seolah pupus dari dunia ni kan. Walhal, inilah yang dibuat Rasulullah. Rasulullah yang sibuk mentadbir kerajaan dan berdakwah pun membantu isteri di dapur, memasak, menjahit pakaiannya yang koyak, sangat bersabar dengan karenah isteri dan banyak banyak lagi sifat dan kelakuan Rasulullah yang amat menghormati dan menjaga wanita.

    Dan ketika itu, saya sudah melupakan blog Nafastari yang dibaca beberapa bulan yang lalu. Setelah membaca dan terus membaca blog Mawar Nafastari, baru saya tahu yang dia adalah isteri pada pemilik blog Nafastari. Bertuahnya dia punyai suami seperti Nafastari.

    Tapi, semuanya milik Allah. Allah menarik nikmat seorang suami yang sangat baik dari seorang isteri selepas mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa suaminya, si pemilik blog Nafastari.

    Dan selepas itu, Mawar berusaha unutuk berdikari. Berdikari untuk membesarkan dan mendidik Embun dan Kekwa tanpa seorang suami. Membaca catatan demi catatan di blog ini sangat meruntum jiwa. Catatan dari blog ini seolah menyuruh aku untuk jadi seorang yang tabah. Jadi jadi seorang yang dependent pada seseorang yang lain. Belajar berdikari. Itu yang saya dapat dari setiap catatan yang ditulis Mawar.

    Bila teringat balik catatan di blog Nafastari, iaitu blog suaminya, teringat balik catatan buat anak-anaknya. Moga bila anaknya besar nanti, dia akan membaca catatan dari ayahandanya, walaupun pada ketika itu, ayahandanya sudah tiada di samping mereka.

    Bertuahnya Embun dan Kekwa punyai ayah seperti Nafastari. Walau batang tubuhnya sudah tiada, nasihat demi nasihat yang ayahandanya wasiatkan dapat dibaca dan ditatap.

    Buat Embun dan Kekwa, walau kakak tak mengenalimu dan walau kamu tak terbaca pun entri ini, doaku, jadilah anak yang baik buat ummi agar ummi tidak merasa keseorangan. Jadilah anak yang solehah buat ayahmu. InsyaAllah, dengan izinNya, kamu pasti bertemu di syurga.

    Ya, ajal dan maut ketentuan Allah. Tak siapa yang tahu bila ia akan datang. Dan, buat blogger di luar sana, beringatlah kita dengan blog yang kita miliki ini. Ianya amanah. Ianya bakal dipersoalkan kelak. Jaga-jaga dengan umpatan atau gambar-gambar yang tak menutup aurat yang dikongsi. Pastikan jika ingin berkongsi gambar, walaupun kita tiada dalam gambar, pastikan auratnya ditutup. Jangan bila kita mati kelak, setiap mata yang melihat pada gambar yang tak menutup aurat ini, saham dosa akan terus menerus naik dan kerananya kita diseksa.

    Tak tahu kenpa saya ingin bercerita tentang ini pagi ini. Mungkin kerana baru terbaca blog kak Mawar pagi ini. Dan mungkin juga kerana seolah ada suara yang membisikkan untuk aku jadi kuat dan tabah. Setap kali membaca blog Mawar, hanya satu yang terlintas, "Kuatnya Kak Mawar".

    Dan pagi ini juga, selamat mengamanahkan password blog ini kepada seseorang yang saya sangat percayai. Andai saya tiada lagi di muka bumi, saya amanahkan blog ini padanya.

    Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga Allah merahmati roh Nafastari di alam sana......


    notakaki :: Pagi semalam abah dapat call dari staff hospital, katanya ada kemalangan dan kematian di Gua Musang. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, si wira royalti.

    notakaki :: Kejapnya cuti. Malam esok balik Kuantan :( Memang betul, kalau di rumah, susah
    untuk buka buku dan study.

    Friday, November 11, 2011

    hate the sin, not the sinner


    Salam Jumaat yang penuh barakah :)

    Hinalah maksiat, jangan dihina pelaku maksiat.

    Sangat tersentuh dengan kisah seorang abid dari Bani Israil yang meluangkan masa 500 tahun untuk beribadah, tetapi takabbur dengan amalannya dengan seorang fasik dari Bani Israil yang langsung tak taat pada Allah.

    Cerita ini buat saya rasa, "Jangan ingat kau tu baik sangat dengan amalan yang kau buat! Selagi orang tu tak mati dan menemui ajal, dia boleh berubah dan mungkin dia mati dalam keadaan yang lebih mulia dari kau"

    Nak tahu cerita ini dengan lebih lanjut, sila tengok ok!

    Kalau anda boleh spend masa berjam-jam tengok movie takkan la nak tengok video ilmiah dari Habib Ali hanya beberapa minit pun tak boleh kot! 5 minit 55 saat je pun.


    notakaki :: Please please, mood study, ke mana kau menghilang, datanglah, datanglah sayang!

    Thursday, November 10, 2011

    kerana aku yakin


    Bila tengok notes di FB yang dishare oleh junior, Huda, buat aku membelek helaian diari aku tika di sekolah menengah dulu.

    Isi kandungannya? Tak perlulah dibongkar. Tapi apa yang penting, beberapa helaian mutiara kata yang aku tulis itulah menjadi penguat untuk aku tak melayan mana-mana lelaki.

    Saat hati bergolak, maklumlah, itu fitrah kan, helaian ini yang akan dibuka. Meneliti ayat-ayat Al-Quran yang terdapat dalam beberapa helaian yang aku tulis ini buat aku jadi kuat. Sungguh, ayat cinta Allah ini kuat pengaruhnya, sungguh menusuk kalbuku. Sebab itu lah saya rasa, remaja sekalian harus ada sesuatu yang bisa menjadikan mereka kuat untuk tak jatuh dalam lembah cinta yang hina.

    Naluri ingin memiliki dan dimiliki adalah fitrah. Ya, itu fitrah. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, tak normal kalau langsung tak ada perasaan terhadap gender yang satu lagi. Tak kiralah anda wanita ataupun lelaki, itu fitrah. Kalau tak gay atau lesbian lah anda. Itu ustaz yang kata ok! Tapi apa yang penting, ianya harus dikawal.

    Buat adik-adik dan sahabat-sahabat sekalian, jangan cemari diri anda dengan nafsu remaja ini. Percayalah, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Percayalah dengan janji Dia.

    Kerana aku yakin rusukku takkan tertukar


    notakaki :: Lepas jugak rindu dengar suara Isna :)

    notakaki :: Terbaca wall 2 orang yang dilamun cinta. Tak kenal sangat pun dengan mereka ni. Wah, ayat-ayat mereka, macam suami isteri. Tak malu ke? Bragging with the sins..... hmmmmm~~

    Wednesday, November 9, 2011

    berkongsi


    Nak tanya sikit, dalam ramai-ramai kawan fb anda, ada tak kalangan mereka yang freehair, pakai skirt, pakai baju tak ada lengan, dan banyak lagi la cara pemakaian yang menutup aurat?

    Ada tak? Ramai tak?

    Kalau saya sendiri, sangat ramai.

    Dan pernah tak ada di kalangan mereka berkongsi tentang Islam, dan pernah tak anda sendiri bila nampak je mereka bercakap tentang Islam, terus anda kata, "Aurat pun tak tutup, ada hati nak cakap pasal Islam"

    Hah? Pernah? PLEASE LA JANGAN!

    Biarlah, biarlah jika mereka mahu berkongsi. Mungkin pada awalnya merek berjinak-jinak berkongsi tentang ilmu yang baru mereka perolehi, dan insyaAllah, lama kelamaan mereka akan mula tertarik untuk mengamalkannya secara serius.

    Tugas kita bukan untuk menilai dan memaki hamun. Tugas kita hanya memberi nasihat. Jangan la kita ni berlagak alim dan warak, dan terus menghukum mereka, sebab kadang-kadang amalan yang kita buat ni pun, tak tahu Allah terima ke tak.

    Ya, tugas kita untuk menyalakan lilin, bukan mencela kegelapan.

    Dan, siapapun anda, berkongsilah apa saja yang anda rasa bermanfaat. Jangan dihirau tentang apa yang manusia katakan. Ingatlah Allah, hanya Allah yang mampu menilai, bukan manusia di sekelilingmu itu.



    "Kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi,
    dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasehati.
    Hanya mengingatkan kembali kepada diri ini: jika kau merasa besar, periksa hatimu.
    Mungkin ia sedang bengkak.
    Jika kau merasa suci, periksa jiwamu.
    Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.
    Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu.
    Mungkin ia sedang melayang kehilangan pajakan.
    Jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu,
    mungkin itu asap dari amal shalihmu yang hangus dibakar riya' "

    Seolah bermonolog dengan diri sendiri.

    Tertarik dengan kata-kata seorang senior Naim yang ditulis dalam blognya,

    "Every sinner has a future, every pious has a past"


    notakaki :: Semalam tengok gambar rakan sekolah rendah. Sekolah Rendah Zainab 1, tempat saya menuntut pada darjah 5 dan 6, selepas saya berpindah dari SRI Aman. Seriously, i feel so sad. Ramai kawan-kawan dulu yang terputus hubungan, then bila tengok gambar di fb semalam, sangat ramai dari kalangan mereka yang tak bertudung :(

    she's amazing!



    She's so great! Brilliant muslimah!

    Tertengok video ini tadi. Rasa macam nak share pada readers semua. Please watch it, you'd be surprised at how fast and fluent at how Madrasah student can talk.

    Seriously, i really feel that Malaysia should have a tv series like this. Ni tidak, banyak promote suruh remaja sekarang menyanyi melalak tak tentu pasal. Sungguh tak educating kan!

    Masa tengok video ni, satu benda yang terlintas dalam kepala saya, "You should improve your English trah". That's it, tak tahu kenapa, itu je yang terlintas.

    Speaker tu namanya Siti Nur Diyanah Hardy. Terpegun dengan cara dia bercakap dalam bahasa Inggeris. Moga dia jadi permata berharga buat ummah. Bahasa Inggeris tu penting, tapi tak bermaksud saya tak sayangkan bahasa Melayu. I'm one of the person who really agree with the banning of PPSMI ok!

    Mendengar cerita umi yang ajar Biology, it should be in English, tapi kalau kelas hujung sekali ajar Biology dalam bahasa Melayu pun tak faham, inikan pula dalam bahasa Inggeris kan. Kesian sangat dengar. Dan, semuanya orang Melayu dan kebanyakannya dari keluarga miskin yang ibu bapanya tak educated.


    notakaki :: Tertarik dengan kata-kata ni,

    "Jangan cemari gedung ilmu dengan politik." Mentaliti tahap apa MAHASISWA zaman la nie? sedar tak POLITIK tu maksudnya apa? kepentingannya apa? Doktrin kuat keliling dia main politik kotor, habis semua politik dikatakan kotor. Simpati amat. P/s: KONSERT lulus, BATTLE OF THE BAND lulus, KARAOKE tengah-tengah dataran dengan PENGETUA kolej lulus, program campur LELAKI PEREMPUAN bertepuk sorak sampai tengah malam pun lulus, apa kau tak rasa tu AGEN PENCEMARAN gedung ilmu ke?nilai intelektual dipijak-pijak lumat, tak berharga!

    Friday, November 4, 2011

    9 Dzulhijjah 1432 H, jom puasa!

    Menunggu pukul 10 malam. Dari tadi menanti pukul 10 malam sebab bas akan datang bawa kami balik ke Kelantan. Oh bahagianya!

    Buat adik-adik saya yang tak balik rumah, sila jangan jeles pada kakakmu ini. Buat Imran yang tak balik rumah walau dia masih lagi di Malaysia, sila tabahkan dirimu untuk belajar sungguh-sungguh untuk final. After final cuti sebulan. Best oh!

    Buat Amir yang berada jauh di Hamilton sana, tabahlah adikku. Kamu sedang menuntut ilmu. Itu lumrah kan. Sape suruh rajin-rajin sangat nak belajar jauh. Berayalah kamu dengan senior-senior yang baik hati kat sana tu. Huhu~

    Pagi raya nanti kita Skype ramai-ramai lepas rindu ye :)

    9 Dzulhijjah 1432 H, bersamaan dengan Hari Arafah.

    Maghrib ni dah pun masuk 9 Dzulhijjah, makanya, eloklah kita puasa esok hari (esok tu maknannya still 9 Dzulhijjah la ye). Ganjarannya, MasyaAllah, HEBAT! Dosa kita akan diampunkan setahun sebelum dan selepas. Moga kita ikhlaskan niat berpuasa kerana Allah. Jom-jom kita puasa ye kawan-kawan! Sama-sama kita saling mengingati antara satu sama lain.


    Gambar diatas diambil dari page Fattabiouni. Silalah like page tu ye. Tak rugi pun malah bermanfaat.

    DOA yang dianjurkan baca pada Hari Arafah, 9 Dzulhijjah.

    لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

    sambil baring pun boleh buat kan!

    Tertarik dengan kata-kata Ustaz Syed Nurhisyam, "Dah lama kahwin, tak dapat anak. Bila dapat anak, Allah perintah suruh sembelih....logik ke ???? Nabi Ibrahim mengajar bila bahawa HUKUM ALLAH mesti diutamakan walaupun aqal kata "tak logik !!" atau perasaan kata "sayang anak !!". IBRAH.....HIKMAH BAGI YANG BERFIKIR..."


    notakaki :: Kan dah kata 4 November ni blog akan terupdate jugak.

    Thursday, November 3, 2011

    belek suratkhabar


    Tadi lab untuk Biochemistry cancel. Jadinya kami (aku, Eti dan Kak Syakirah) ke library. Bukan rajin nak menelaah, tapi sebab nak tunggu pak cik RJ aka pak cik bas datang. Makanya, library jadi tempat persinggahan.

    Belek-belek beberapa buah suratkhabar. Dari The Star, NST, Utusan (yang menyampah tu), Berita Harian, Harian Metro, semuanya aku ambil dan baca. Meneliti satu per satu. Dari satu berita ke satu berita yang aku baca, buat aku makin sedih. Siapa yang tak sedih, bila melihat berita seperti,

    "Last week, a 7 yaer old girl was allegedly raped and sodomised in Kulim, Kedah by four boys -- all just 10 and 11 years old. One had bragged in class taht he and some friends had lured the girl into a hut and sexually assaulted her."

    Ini sebenarnya dari artikel Do The Math Before You Reproduce. Berita tentang bayi yang ke 7 billion lahir ke muka bumi. Sebenarnya tak berapa suka dan setuju dengan tajuknya. Bagi aku, anak itu anugerah dan rezeki dari Allah. Cuma tinggal tanggungjawab ibu bapa kena didik anak sebaik mungkin, bukan hanya melahirkan zuriat ke muka bumi sahaja.

    Teringat kisah yang aku lihat di MHI suatu masa dulu. Temuramah Wardina bersama pelajar Raudhatus Sakinah. Remaja tu aku ingat umurnya dalam belasan tahun, dan sudah ada anak. Maksud aku, anak luar nikah, hasil hubungan haram bersama teman lelaki di sekolah menengah. Yang paling aku sedih, bila mana dia bercerita tentang kawan-kawan sekelasnya di sekolah menengah, yang kebanyakannya (KEBANYAKANNYA OK!) sudah melakukan hubungan haram bersama teman lelaki masing-masing.

    Tak sedih ke anda dengar?

    Ceritanya lagi, seolah-olah mereka bangga melakukan perbuatan hina dan jijik itu. Wardina terus menangis selepas itu. Katanya, risau akan nasib generasi masa hadapan. Risau bagaimana anak-anaknya akan hidup dalam suasana yang sebegitu rupa. Dan aku, menitis juga air mata melihat dan mendengar.

    Teringat status Kak Wardina di Facebook, "ZINA bermula krn TIDAK menjaga MATA...bermain "perasaan" - SMS, kemudian berpegang tangan-peluk-berciuman dan next ZINA! GAME OVER - Syaitan WINS!"

    Lagi berita yang aku baca, kalau tak silap dari akhbar The Star, mengisahkan keluhan hati seorang isteri yang setelah bertahun kahwin dan siap ada anak lagi, baru tahu yang suaminya suka akan kaum sejenis (lelaki) dan bukan setakat suka tapi buat lebih dari itu 9tak sanggup nak tulis). Fikirlah sendiri ye. Tak sedih ke anda dengar dan baca perkara yang terjadi pada orang di sekeliling kita hari ini (baca : Muslim).

    Itu belum lagi apa yang diceritakan dalam Harian Metro dan seangkatan dengannya, yang mana beritanya lagi 'hot'. Banyak lagi cerita yang kalau nak tulis semuanya kat sini, akan jadi berjela panjangnya. Hmm, dari hari ke hari, berita menunjukkan umat Islam makin teruk.

    Teringat Kak Syakirah cakap dalam bilik tadi sebelum dia balik ke Terengganu, "Pelik betul dengan mereka yang tak suka tahu isu semasa ni". Umat Islam makin teruk, caknalah anda dengan isu semasa, dan kalau boleh, lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Mungkin kita boleh mulakan dari keluarga dan sahabat baik kita dulu kan.

    At least kita ada rasa untuk "do something for the ummah". Biarlah impaknya tak besar dan orang tak nampak pun apa kita buat, tapi lakukannya kerana anda sayangkan Islam.

    Rasanya itu sahaja coretan buat kalu ini. Menanti hari esok untuk aku pulang ke rumah. Kalau perasan, aku gunakan kata ganti nama 'aku' untuk entri kali ini. Mungkin lebih feel untuk aku luahkan apa yang terpendam di hati.

    Lupa cakap, berita tentang Seksualiti Merdeka pun buat aku pening. Hmmmm..........


    notakaki :: Masuk November, 1, 2 dan 3 November aku update blog. Tunggulah, esok kalau aku rajin aku update lagi.

    notakaki :: Semua roomates dah berangkat pulang menemui keluarga masing-masing. Maka, tinggallah aku keseorangan dalam bilik. Lagilah aku teringat-ingat akan adik-adik dan abah umi di rumah. Oh lupa, teringat juga eca kucingku yang comel di rumah.

    Wednesday, November 2, 2011

    the best 10 days

    Baru lepas baca artikel dari Suhaib Webb. Siapa yang biasa tengok tv Al-Hijrah mesti kenal dia. Tahu tak kawan-kawan yang kita ni berada dalam fasa 10 hari yang cukup bermakna. Raya AidilAdha pun nak dekat dah kan. Jadi seelok-eloknya kita tahu apa kepentingan 10 hari di awal bulan Dzulhijjah ni.
    Masa jalan-jalan kat FB, terjumpa page Owh So Muslim. Sangat tertarik dengan gambar-gambar yang ada dalam satu album dalam page ini. Tajuknya, "Things To Do On The First 10 Days Of Dzulhijjah". Sangat comel dan informatif!

    Sila klik pada gambar di bawah untuk ke album tersebut ok!


    Ok, selamat beramal!


    notakaki :: Home is where the heart belongs to. Cepatlah hari Jumaat. Cepatlah Jumaat malam. Nak balik dah ni.

    Tuesday, November 1, 2011

    entri satu november


    Exam Epidemiology dah lepas tadi. Alhamdulillah :)

    Minggu ni dah tak ada lagi exam, after raya la pulak sambung exam. So, that's why i'm here, my dear blog! Habis exam terus update blog ye!

    A leisure talk yet beneficial

    Tadi, berjalan-jalan bilik Eti nak cari makanan sebab lapar, rupanya dalam bilik dia ada fellow. Miss, erkkkk, lupa nak tanya nama. Miss ni baik sangat. Sebenarnya miss datang sebab nak update pasal kecurian yang berlaku kat Tabarri ni. Memang sangat teruk kecurian yang berlaku kat mahallah saya ni. Moga Allah lindungi saya dan rakan-rakan yang lain dari menjadi mangsa kecurian.

    Berbalik pada cerita miss tadi, kami memang berbual panjang dengan miss. Miss layan je kami. Miss dulu belajar di UIA, sekarang, selepas sambung Master, jadi lecturer di UIA. Best kan! Yang lagi best, miss cerita yang dia dulu sambung Master di Sydney! Dahlah buat Master setahun je, after habis terus attach dengan UIA jadi lecturer. Wow, wow. Seriously, that's my dream. Bukan Sydney atau even Australia tapi sangat memasang cita-cita untuk sambung ke peringkat Master di UK. Moga Allah makbulkan apa yang hambaMu ini impikan dan moga Allah permudahkan perjalanan saya yang masih sangat panjang lagi ni.

    Kalau tengok je Sofia (kawan baik, sebenarnya panggil dia Epi je) post gambar di FB dari Belfast, memang akan ada rasa cemburu di hati. Wah, seronoknya kamu berada di sana wahai Sofiaku sayang. Hari tu adik saya post gambar dia melawat Niagara Fall, oh memang lagilah jealous. Cemburu untuk benda baik tak apa kan? It somehow motivates me.

    Pesanan dari miss lagi, belajar rajin-rajin dan dapat result yang terbaik. Kalau pointer kita tinggi, lebih mudah orang nak sponsor untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Memang semangat je kami semua dengar perkongsian dari miss. The other advice from her is, try to improve your communication skill, speak in English fluently and of course you should master the English language.

    Oh sekarang memang rasa sangat lintang pukang English aku, betapa kurang grammar dan vocab aku! Abah selalu pesan, nak kuasai bahasa ni kena selalu baca, dengar dan cakap. Banyakkan baca bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, banyakkan dengar cara sebutan mereka (either British or American), dan yang paling penting, PRACTICE! Itu yang abah pesan sejak dari dulu pada kami adik-beradik. Rasa kalau sekarang kalau suruh buat essay dan compare dengan adik-adik yang lain, rasanya memang fail. Nampak sangat kakaknya ni teruk. Ok, i think i've to start practice it now for my own benefits.

    Wahai rakan-rakan BioMedic yang lain, marilah kita sama-sama usaha dari sekarang. We got 4 years more to practice, and of course we should start it now!

    Dia Muslim!

    Tadi baru lepas call umi. Satu benda yang umi cerita yang saya rasa nak kongsikan dalam blog. Umi cerita apa yang berlaku kat kolej Imran. Tersentuh hati dengar. Ada senior Imran ni, beberapa hari yang lepas, meninggal disebabkan satu penyakit berkaitan otak (tak ingat dah, tadi umi baru cerita). Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

    Kiranya mereka yang kat KMB tu melakukan solat jenazah ghaib untuk arwah. Tiba-tiba masa mereka nak solat, seorang senior Imran yang berbangsa Cina ingin turut sama solat sekali untuk arwah sebab dia kawan baik dengan arwah. Terkejut semua orang. Rupanya, dia dah masuk Islam. Sejak dari 1st semester lagi. Sekarang, rasanya dekat 2 tahun dia jadi Muslim.

    Allah, tersentuh sangat. Lagi tersentuh bila umi cakap yang hanya arwah seorang yang tahu dia ni Muslim. Seorang lagi ustazah kat KMB tu. Orang lain tak tahu pun dia Muslim. Kiranya, kalau dia nak solat Jumaat sepanjang 2 tahun dia di KMB tu, ustazah tu la yang akan tolong hantar ke masjid. Kisah ni saya tak pernah dengar lagi. Dan memang saya sangat gembira dengar. Moga Allah merahmati arwah, walau saya tak kenal siapa dia. Moga usahanya membawa kawannya mengenali dan memeluk Islam menjadi penyelamat buatnya di alam barzakh dan menjadi saham buatnya di akhirat.

    Subhanallah Wallahuakbar !


    notakaki :: Sorry sangat-sangat kalau saya jadi kawan yang tak concern. Memang sekarang lama sangat tak keep in touch dengan kawan-kawan baik. Rasa bersalah :(

    notakaki :: Masuk November, maknanya 2 bulan lagi masuk tahun 2012. Dan aku, akan masuk umur 21 tahun pada bulan Februari nanti. Cepatnya masa berlalu....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Blog Template by BloggerCandy.com